Thursday, June 3, 2010

Turki desak dunia bangkit tentang Israel

1939897451-turkey-urges-world-punish-israel-bloody-massacre

Khamis, 03/06/2010 – Regim Zionis-Israel harus dihukum untuk “pembunuhan berdarah” konvoi bantuan Gaza, tegas Perdana Menteri Turki pada hari Selasa. Beliau mendesak hukuman antarabangsa dikenakan terhadap tindakan regim Zionis itu dan memanggil kuasa dunia lain turut serta. Beliau yang sebelum ini memanggil pulang duta Turki di Tel Aviv dan membatalkan latihan ketenteraan bersama Turki-Israel.

“Hal ini tidak mungkin lagi sekadar pengabaian undang-undang Israel, tetapi inilah saatnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatakan ‘cukup sudah’,” kata Erdogan dengan nada marah disambut tepukan gemuruh para hadirin. Beliau juga mendakwa bahawa Israel, menggunakan penipuan sebagai dasar Negara. Erdorgan turut memberitahu bahawa beliau sendiri akan menghubungi Presiden AS, Barack Obama untuk menyatakan sendiri pendirian Turki dalam isu ini.

“Turki akan menggunakan segala bentuk undang-undang antarabangsa dan diplomasi, tiada siapa harus menguji kesabaran Turki,” tambahnya. Sementara itu, seorang diplomat Turki mendakwa empat rakyat mereka terkorban dalam insiden berdarah rampasan Konvoi Gaza itu dan menambah bahawa nombor tersebut bakal meningkat. Turki pada hari Selasa telah menghantar tiga pesawat ambulans untuk membawa pulang 20 warga mereka yang cedera. Turki yang majoriti penduduknya Muslim telah menjadi sekutu Israel sejak kedua-dua Negara tersebut menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan pada tahun 1996 tetapi hubungan telah mengambil penurunan sejak Israel menyerang Gaza pada akhir tahun 2008.

sumber :  Yahoo! News
penterjemah : mujaheed929

Kredit : http://palestinkini.info

0 comments: