Rabu, 23/06/2010 – Kementerian Luar Rusia menyeru regim Zionis agar membatalkan segera sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza dengan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang telah dikepung untuk tahun keempat berturut-turut.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berkata, Menteri Luarnya, Sergei Lavrov melalui panggilan telefon telah meminta rakan sejawatannya dari regim Zionis, Avigdor Lieberman, agar segera membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza itu. Melalui panggilan telefon itu juga, perbincangan turut dijalankan mengenai perkembangan terkini rundingan tidak langsung antara pihak berkuasa Ramallah dan regim Zionis.
Kenyataan tersebut juga mengatakan bahawa Lavrov yang menerima panggilan tersebut daripada rakan sejawatannya itu turut menegaskan kepentingan usaha secara kolektif bagi menggerakkan usaha rundingan di Timur Tengah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, supaya rundingan-rundingan yang dijalankan dapat membawa kepada keamanan dan kestabilan bagi Israel dan juga negara lain di Timur Tengah.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Kredit : http://palestinkini.info/
0 comments:
Post a Comment