Pada 19 Jun 2010, (sabtu) bertempat di FK UNPAD A3 satu program, Sehari dan Selamanya: LifeLine 4 Gaza Satu perkongsian telah diadakan bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari kerjasama dari pihak IMAN dan CGC. Peserta amat bertuah kerana penceramah jemputan adalah salah seorang sukarelawan dari Malaysia yang turut berada dalam kapal konvoi MV Mavi Marmara menuju Gaza yaitu Dr. Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan. Malah beliau juga pernah menjadi tawanan di penjara Ashdod,Israel, dan merupakan ketua bagi misi kemanusiaan dan bantuan kecemasan HALUAN serta AJK kelab kesihatan HALUAN,Malaysia.
Pada jam 7.30 pagi,acara telah dimulakan dengan pendaftaran dan pengedaran makanan. Kemudiaan doa dan tilawah al-Quran dibaca. Sejurus tayangan slide berkenaan Palestin selesai,slot pertama bersama penceramah jemputan,Dr. Syed Muhammad Haleem dimulakan. Di dalam slot ini beliau banyak menceritakan detik-detik berharga sepanjang berada di dalam kapal konvoi tersebut, bermula sebelum berlepasnya kapal konvoi kepada saat ditembak oleh pihak Israel di Perairan Antarabangsa, kejadian menyaksikan sendiri saudara seagama yang meninggal kerana syahid di jalan Allah, saat mencabar ketika khidmatnya amat diperlukan dalam membantu sukarelawan yang cedera ditembak, sehinggalah kepada pengalaman menjadi tawanan di penjara Ashdod,Israel.
Lebih menarik lagi,Dr. Syed Haleem juga telah menyediakan video yang dirakam serta gambar-gambar menarik semasa di atas kapal MV Mavi Marmara tersebut. Ini menjadikan pandangan peserta lebih jelas dengan keadaan sebenar yang ingin disampaikan oleh Dr. Syed Haleem malah terkesan dengan betapa kuatnya semangat sukarelawan menghadapi setiap detik menuju jalan Allah.Bagi beliau sendiri pula, beliau amat bersyukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk merasa perasaan yang dialami oleh saudara-saudara Islam di Palestin walaupun sedikit dan hanyalah buat seketika.Beliau juga tidak putus-putus menyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus berusaha melaksanakan tuntutan Allah ini sekaligus menyahut seruan saudara kita di Palestin. Usaha dalam bersiap sedia untuk turut serta berjuang, mahupun usaha dalam memboikot produk Israel, atau paling tidak berdoa selalu pada Yang Kuasa.
Menurut beliau konvoi tersebut mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu menghentikan embargo, membuka mata dunia mengenai isu Palestin, dan demi menyampaikan bantuan ke Gaza. Alhamdulillah hampir keseluruhan misi mereka tercapai terutama dalam aspek membuka mata dunia mengenai isu keprihatinan terhadap rakyat Palestin yang ditindas. Hasilnya, liputan berita yang global dan susulan konvoi bakal diadakan lagi.Dr. Syed Haleem juga tidak lupa memberi kesedaran agar tidak saling menunding jari dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza tetapi kita sendirilah yang harus bertindak dan menyahut segala seruan itu.
Setelah slot pertama tamat, majlis berehat seketika dengan menyajikan slide video-video yang menarik.Kemudian slot kedua bersama penceramah disambung kembali yang memberi keutamaan untuk menjawab segala pertanyaan dari peserta.Setelah sesi tamat, ahli CGC telah mempersembahkan nasyid mereka yang bertajuk Palestina Tercinta yang turut menjemput kesemua hadirin untuk berdiri dan melaungkannya bersama-sama.Acara ditamatkan dengan penyerahan cenderamata dari amir IMAN, Haikal Ambri Rosle kepada penceramah Dr. Syed Haleem bin. Syed Hassan. Tidak lupa semasa program berlansung penjualan jaket Palestin,buku-buku, dan banyak lagi barangan lain turut dijual pada hari tersebut.Begitulah satu perkongsian buat sehari dan selamanya berlangsung yang merupakan ilmu yang sangat bernilai bagi peserta kerana pengalaman sebegini julung-julung kalinya diperolehi. Dengan berkat Allah SWT majlis telah berjalan dengan jayanya dan lancar sekali.
Untuk menyaksikan sendiri video detik berharga perkongsian salah seorang sukarelawan konvoi LL4G melalui kapal MV Mavi Marmara anda boleh klik disini
Untuk melihat lebih banyak gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung,klik lah di tab suwarul di atas atau klik disini
0 comments:
Post a Comment