Sunday, June 6, 2010

Israel bertindak ala ‘lanun’

israel

Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. “Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas,” kata aktivis berumur 36 tahun itu. “Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan ..”

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: