Wednesday, June 23, 2010

PBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Penarikan penuh sekatan ke atas Gaza akan memberikan peluang wilayah itu untuk dibangunkan semula, demikian menurut agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin pada hari Isnin, sehari selepas kerajaan haram Israel berkata akan mengundurkan kawalannya.

Kerajaan haram Israel, yang menutup laluan di perairan wilayah Gaza untuk menghalang Hamas daripada mendapatkan senjata, sedang dalam tekanan antarabangsa untuk membuka sekatan Palestin selepas tentera rejim Israel membunuh sembilan aktivis dalam serangan ke atas kapal bantuan Flotilla pada 31 Mei yang lepas.

Dalam undang-undang sekatan yang lepas, sebarang barang yang yang tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan diharamkan daripada dibawa masuk. Kerajaan haram Israel berkata buat masa ini semua barang akan dibenarkan masuk ke Gaza kecuali barang berkenaan termasuk dalam senarai yang diharamkan termasuk senjata dan bahan untuk membuat senjata.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : noraliza

Kredit : http://palestinkini.info/

0 comments: