17 Jun – Kumpulan bantuan kemanusiaan Turki mengatakan pada hari Rabu (16/6) kelmarin bahawa mereka akan menghantar satu lagi armada bantuan ke Gaza pada bulan hadapan, sekali lagi konvoi ini berusaha untuk memecahkan kepungan Israel selepas konvoi mereka yang lalu menjadi sasaran serangan berdarah Israel pada 31 Mei lepas.
Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) berkata kepada ahli Parlimen Eropah mereka akan menghimpunkan enam buah kapal untuk konvoi armada seterusnya dan mempelawa pihak lain untuk menyertai.
Serangan Israel pada 31 Mei menyerang sebuah konvoi enam kapal kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa barang-barang kemanusiaan dan aktivis yang menuju ke Gaza mengorbankan sembilan warga awam Turki dan puluhan lagi tercedera.
Konvoi armada yang seterusnya akan belayar pada pertengahan bulan Julai, kata wakil IHH. Pada kali ini sekretariat konvoi akan mengundang media antarabangsa untuk menyemak semua barang di atas kapal sebelum belayar bagi menunjukkan komitmen mereka adalah telus dan transperensi”.
Richard Howitt, ahli Parlimen Eropah dari Britain telah membantu mengadakan sidang akhbar tersebut untuk pertubuhan IHH membuat kenyataan di parlimen Strasbourg. Beliau berkata Kesatuan Eropah punya kewajipan untuk menjamin penghormatan terhadap undang-undang kemanusiaan dan perjalanan konvoi seterusnya.
Israel mengatakan sedang mempertimbangkan untuk bersikap lunak terhadap sekatan yang mereka kenakan pada Gaza selepas menerima kutukan antarabangsa atas serangan tentera mereka pada konvoi lautan bantuan kemanusiaan. Kesatuan Eropah berkata pada hari Isnin lalu agar sikap lunak Israel diharapkan akan bermula “pada hari-hari berikutnya”.
Tetapi, Israel menolak cadangan siasatan antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat ke atas serangan berdarah itu dan mengumumkan penubuhan suruhajaya siasatan mereka sendiri ke atas serangan yang mereka sendiri lakukan. (wbn)
0 comments:
Post a Comment