Monday, February 21, 2011

Perdana Menteri Ismail Haniya Mengundang Sheikh Qardawi


Perdana Menteri Palestina Ismail Haniya mengundang DR. Yusuf al-Qardawi, yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Dunia dan Organisasi Ilmuwan Muslim, untuk berkunjung ke Gaza.

Undangan Haniya kepada DR. Yusuf Qardawi itu disampaikan melalui telepon. Haniya melakukan pembicaraan telepon dengan Qardawi, dan meminta agar Qardawi mengunjungi Gaza. Sementara itu, Haniya mengucapkan selamat kepada pemimpin ulama dunia itu, dan menyambut baik atas sukses "Revolusi" di Mesir.

Haniya secara pribadi menyampaikan penghargaannya atas nama rakyat Palestina kepada Qardawi yang berdiri di pihak Palestina, di saat menghadapi situasi yang kritis sekarang ini, terutama tindakan agresi Israel, yang tidak berhenti. Haniya juga menunjukkan kesungguhan kepada pemimpin ulama, yang sangat menaruh perhatian terhadap Masjidil Aqsha, yang menghadapi ancaman dari Israel, yang setiap saat Masjidil Aqsha, bisa berubah bentuk dan status, karena langkah-langkah Israel, yang akan menjadikan Masjidil Aqsha sebagai : "Kuil Sulaeman".

Ketika melangsungkan khutbah Jum'at di Tahrir Square, yang baru dilakukan pertama kalinya, sesudah Qardawi meninggalkan Mesir selama 30 tahun. Khutbah Qardawi yang dihadiri ratusan ribu orang itu, pemimpin ulama dunia,yang menetap di Qatar, tak lupa mengangkat masalah Jerusalem dan Al-Aqsha.

Haniya juga mengharapkan suatu saat DR. Yusuf Qardawi akan dapat melaksanakan shalat Jum'at di Masjidil Al-Aqsha, dan berkhutbah di tempat yang disucikan oleh umat Islam itu. Ini adalah impian yang dimiliki oleh Haniya dan umat Islam di seluruh dunia, di mana saat nanti kaum muslimin dapat membebaskan tempat suci dari tangan Zionis-Israel.

Thursday, February 17, 2011

Laporan Maulidul Rasul 1432H

Page8

Assalamualaikum wbt….

   Segala Puji dan Syukur kepada Ilahi yang telah mempermudahkan dan melancarkan satu lagi program IMAN sempena Maulidul Rasul pada hari selasa 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiual Awal 1432H.

   Program telah berlangsung di FK UNPAD, A4.1 yang bermula pada seawal jam 8 pagi sehingga sebelum waktu Zohor. Pengisian oleh ustaz Suherman diiringi oleh acara lain seperti tayangan slide, tayangan video, jualan buku yang semuanya berkisar tentang kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Tidak lupa juga penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Quote terbaik di Facebook yang bertajuk “Rasulullah, we admire you. Apa yang anda ingin sampaikan jika Rasulullah bersama anda ketika ini?”

 

Page9    Ceramah Ustaz Suherman yang tidak lekang dari lawak jenaka namun penuh sinis itu, telah menyedarkan kami mencintai dan mengenali Nabi bongsu Allah ini bukan sekadar pada tanggal 12 Rabiual Awal semata-mata. Ini bukan satu sambutan sahaja!

   Perkongsian yang lebih sistemetik disampaikan oleh Ustaz dalam mengenal Rasul, sifat-sifat Rasul,kekhususan risalah nabi, kenapa harus mengenal Nabi Muhammad SAW sehinggalah bagaimana ingin mencintai Rasulullah SAW.

 

Risalah selembar kertas yang sarat berkaitan Rasulullah SAW turut diedarkan kepada tetamu yang hadir. Mungkin hanya selembar kertas, namun kesedaran yang ingin disampaikan amat mendalam.

   Akhir sekali, tidak kira yang hadir atau tidak hadir, selagi kita bergelar muslim, islam, wajib kita beriman dengan Rasulullah SAW. Beriman tidak sekadar percaya tapi beramal dengan Al-Quran serta sunnah baginda, dan akhir sekali menjadi tugas kita juga untuk menyebarkannya! ~wallahuaklam.

Wassalamualaikum wbt.

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sepanjang program berlangsung sila klik disini

Monday, February 14, 2011

Abbas bertanggungjawab atas keputusan mengadakan pilihanraya unilateral

Isnin , 14/02/2011 – Gerakan Hamas pada Rabu lalu mahu Presiden de facto, Mahmoud Abbas dan puak Fatah bertanggung jawab penuh atas kesan serius mengadakan pilihanraya unilateral di Tebing Barat terhadap perpaduan rakyat Palestin dan masa depan mereka.

Hamas menyatakan keputusan ini hanya melayani kehendak Israel bagi merenggangkan hubungan antara Gaza dan Tebing Barat dan merosakkan masa depan rakyat Palestin.

“Usaha untuk mengadakan pilihanraya ini tanpa konsensus kebangsaan dan di bawah dasar keganasan dan keterasingan yang dikejar oleh kerajaan tidak rasmi Abbas-Fayyad terhadap kumpulan pejuang dan pendukungnya menegaskan mereka tidak akan mempunyai legitimasi dan kredibiliti untuk melaksanakannya, dan penduduk Palestin tidak terikat dengan mereka, “kata Hamas dalam sidang akhbar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

kredit: http://palestinkini.info/

Friday, February 11, 2011

MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum….
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
168679_1652938837148_1047345427_31443202_1652589_n
   Segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa yang telah memberikan kami kesempatan dan kekuatan untuk menjayakan satu program sempena tanggal kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dicintai.

  570 Masihi tahun gajah 12 Rabiul Awal menjadi tanggal bersejarah dengan lahirnya Rasul bongsu Allah yang akan meneruskan agama tauhid ini yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh alam semesta.

  Pengisian Ceramah dari Ustaz Suherman. Turut disajikan dengan persembahan serta tayangan video yang menarik. Jualan buku juga bakal turut diadakan.
Berikut butiran mengenai program yang bakal diadakan ini:
Tanggal: 15 Februari 2011 ( hari selasa)
Jam      :  Bermula 8 Pagi .
Tempat : A4.1 Fakultas Kedokteran (FK UNPAD) 

  Jadi, ayuhlah kita meluangkan sedikit masa menghadiri program untuk lebih mengenal rasul junjungan kita yang bakal mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

Friday, February 4, 2011

Mesir Bergolak : Kenapa Kita Yang Sibuk Cemas?

Sekelip mata, Mesir jadi glamour. Secepat itu juga, Mesir begitu dekat di hati kita. Di Malaysia, kita tidak henti2 bertanya khabar mereka, membaca setiap update terbaru dan menyelongkar setiap sumber yang ada. Kita risau. Kita bimbang. Kita takut kecelakaan menimpa mereka. Sebahagian dari kita mungkin masih lagi berteleku dan menangis di atas tikar sejadah mereka.


Mesir yang bergolak, kenapa kita yang sibuk2 cemas pula?


Tunisia pun bergolak juga beberapa ketika yang lalu, tetapi kita diam saja. Palestin? Gaza ? Bergolak juga, tetapi kita tak menangis pun. Tak Bai? Selatan Thailand? Kita rilek saja. Malaysia sendiri? Kita tak bimbang apa2 pun.


Tiba2 Mesir, kita semua kalut.


Macam mana anak saya? Tolonglah, anak saya ada di sana. Macam mana adik beradik saya? Sepupu sepapat saya? Kaum kerabat saya? Ya Allah..!! Selamatkan mereka!!


Satu dunia mahu kita laungkan kesedihan kita.


Anda yang dihormati. Kesedihan yang terzahir dari lubuk hati kita, air mata yang mengalir di wajah kita, kebimbangan yang membuatkan kita hilang kata2 ; adakah ini semua lahir angkara kejapnya ikatan hati kita dengan saudara seAKIDAH dengan kita , ataupun lahir hanya semata2 kerana mereka mempunyai pertalian darah dengan kita??


Ini persoalan yang menjadi MUHASABAH besar kepada kita.


Sewaktu melihat potret2 berdarah di Palestin, kita tidak merasai kesedihan yang sama seperti sekarang. Sewaktu menatap potret tragedi berdarah di Tak Bai, kita tidak mengalirkan air mata seperti sekarang.


Sewaktu mendengar tentang kezaliman saudara2 kita yang ditahan secara ZALIM tanpa bicara, kita tidak melaungkan kebimbangan seperti sekarang.


Mengapa, apabila bergolaknya Mesir, kita tiba2 bersikap demikian?


Kalau jawapannya adalah kerana di sana ada anak beranak kita. Di sana ada kaum kerabat kita. Di sana ada kenalan2 kita. Maka kita masih sangat2 JAUH dari hakikat persaudaraan yang menjadi pemangkin kepada kemenangan kita.


Menangnya kita adalah atas dasar AKIDAH. Atas dasar IMAN. Atas dasar UKHWAH ISLAMIAH yang begitu teguh, utuh dan kejap antara sesama muslim.


Tidak kira di mana mereka. Siapa pun mereka. Kenal atau tidak kepada mereka. Ada pertalian darah atau tidak dengan kita. Asalkan mereka bergelar MUSLIM, maka mereka WAJIB untuk berada dekat di hati kita.


Saudara. Dalam hadith Baginda Nabi s.a.w disebutkan perumpaan yang begitu meruntun jiwa.


BANDINGAN SEORANG MUKMIN ITU DENGAN MUKMIN YANG LAIN, IBARAT SEBUAH BADAN YANG SAMA, JIKA SATU ANGGOTA TERCEDERA, SEKALIAN ANGGOTA YANG LAIN TURUN MENGADUH SAKIT YANG SAMA.


Nabi menekankan lagi kepada kita.


DEMI ALLAH YANG DIRIKU BERADA DI DALAM KEKUASAANNYA, TIDAK BERIMAN SESEORANG DARI KAMU, SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTIMANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI.


Allah. Alangkah jauhnya kita!


Kena pada orang, kita membisu seribu bahasa. Ah! Mereka aku tak kenal. Aku simpati, tapi yelah, nak buat macam mana.


Yang lain pula berkata ; Mereka hanya mangsa politik. Aku tau mereka dizalimi, tapi aku tak campur politik.

Biarpun duduk berdekatan rumah aku , aku buat tak endah saja. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri?


Hari ini, Allah bagi tamparan pada kita. Allah lancarkan pergolakan di Mesir. Di mana lebih kurang 11,300 rakyat Malaysia berada di sana. Sebahagiannya anak beranak kita, kaum kerabat kita, kenalan kita. Di Tunisia, mungkin tidak ada yang kita kenal. Maka terbukti, isu Tunisia tidak berapa memberi kesan kepada HATI kita.


Sungguh2 kita HIPOKRIT!!


Saudara2 kita ada di seluruh dunia, tetapi mereka sangat jauh di hati kita. Kerana itu kita tidak hairan apabila Nabi s.a.w mengeluarkan satu statement di dalam Sabdanya : Kamu semua ramai, tetapi ramainya kamu hanya ibarat BUIH2 DI LAUTAN.


Kita memang buih. Buih yang banyaknya tidak ada guna. Rapuh dan senang hancur.


Bagaimana mahu menjadi ummah yang kuat kalau kita masih terikat dengan perasaan keKITAan semata2? Sungguh...Mesir benar2 mengajar kita banyak perkara.


Sekali sekala, kita perlu diTAMPAR juga. Supaya kita mahu sedar dan buka mata. Saya tidak melarang kita sibuk dengan Mesir, risau dengan saudara mara, tetapi biarlah sensitiviti yang SAMA kita tunjukkan kepada beratus ribu isu yang serupa. Bahkan SEBAHAGIAN BESAR nya berlaku di hadapan mata kita sendiri.


Saya terpukul. Benar2 terpukul. Di dalam muhadharah Fiqh Jihad hari ini, Dr Mahmud Khalidi turut menyebut isu yang sama. Saya tidak menghentam sesiapa. Saya menghentam diri saya sendiri yang sangat lemah daya sensitivitinya. Hendak menghulur doa pun terkadang lupa. Hendak menghulur derma pun terkadang mengaduh dompet tak bawa.



Ya Allah, maafkanlah kelalaian dan kealpaan kami. Ampunkanlah segala dosa2 kami, andai ianya menjadi penghijab kepada tibanya saat kemenangan kepada kami. Kami mohon berlindung dari terputusnya rahmat dan kasih belasMu kepada kami. Bantulah kami Ya Allah. Hanya Engkaulah sebaik2 Penolong. Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Ini saudara2 kita,anak2 kita,kaum kerabat kita juga..pernah kita peduli & menangis kerana mereka?


Wallahua'lam


------------------



**sumber: http://hafizquran.blogspot.com/2011/02/mesir-bergolak-kenapa-kita-yang-sibuk.html

Thursday, February 3, 2011

..Insoft-ruangan baru..


Assalamualaikum w.b.t...

Pengumuman!

Untuk insoft edisi seterusnya,kami akan membuka satu ruang baru untuk memberi peluang kepada semua pelajar Muslim UNPAD untuk bekarya.


Kepada sesiapa yang berminat atau ingin pandangan atau pendapat anda diterbitkan dalam insoft,inilah masanya.

Karya boleh dalam bentuk artikel,puisi,cerpen,komik,dan sebagainya.Terpulang kepada kreativiti anda.



Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Muslim UNPAD tidak kira usia.Panjang karya hendaklah tidak melebihi 2 mukasurat.


Anda boleh hantarkan karya melalui emelkan ke  imaninside08@yahoo.com atau berhubung dengan mana-mana ahli IMAN.


Sebarang bentuk privasi yang diinginkan akan kami pertimbangkan.Jadi,apa tunggu lagi?


Jom sertai kami untuk menyumbang sesuatu dalam Islam!

Semoga segala usaha kita mendapat redha dari Allah.

Sekian


-Unit Penerbitan dan Multimedia-

Contact person :
Akmal FK08 : 081910590364
Syuhadah FK08:081809483702