Saturday, June 5, 2010

Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan

An-Israeli-naval-vessel-p-006 Jumaat, 04/06/2010 – Dengan perasaan marah dan cemas yang mendalam, pagi ini, saya telah mendengar khabar tragis tentang pembunuhan aktivis keamanan, lelaki dan wanita, anggota masyarakat awam yang belayar ke Semenanjung Gaza untuk memecahkan pengepungan oleh Tentera Zioni- Israel. Serangan terhadap armada ‘Freedom’ – yang belayar jauh dari Cyprus beberapa hari lalu dengan membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, simen untuk pembinaan semula Gaza setelah serangan Israel “Cast Lead” pada tahun 2009 – berlaku di tengah laut terbuka antarabangsa dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia.

Israel sekali lagi menunjukkan bahawa satu-satunya tindakan yang boleh digunakan mereka hanyalah ketenteraan, sombong mengatasi undang-undang Antarabangsa, dan sedar mustahil bagi mereka untuk dihukum. Hujah bahawa dunia ingin membantu Hamas adalah masuk akal: yang terus dihukum adalah penduduk Gaza, dan semua orang Palestin melalui pendudukan tentera dan pengepungan, mereka bertanggung jawab untuk melindungi Palestin. Penulis Israel, David Grossman pernah berkata sewaktu demonstrasi menentang perobohan rumah rakyat Palestin oleh penduduk Israel di Syaikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, bahawa Israel sekarang seperti “tanaman karnivor”, bahkan kini terpaksa makan dirinya sendiri.

Masyarakat antarabangsa harus mengambil pendirian yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai warga awam yang dilakukan oleh Israel ini, dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang antarabangsa sahaja bahkan harus bangkit menentang kebencian, keganasan, dan pelanggaran undang-undang dan kemanusiaan oleh Regim Zionis itu. Mereka juga harus terus konsisten menentang pengepungan Gaza sehingga wilayah terbabit kembali merdeka kerana tindakan ketenteraan regim terbabit tidak akan membawa sebarang erti kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Kredit : http://palestinkini.info/

0 comments: