Wednesday, June 30, 2010

Israel buka pintu masuk komersial Gaza, tetapi bahan api untuk stesen janakuasa tidak dibenarkan

rafahborders

Rabu, 30/06/2010 -Kerajaan haram Zionis memutuskan hari ini untuk membuka pintu masuk komersial ke Semenanjung Gaza. Pengerusi bekalan Gaza, Ir. Raed Fattouh mengesahkan bahawa kerajaan haram Zionis hari ini memutuskan untuk membuka sebahagian pintu masuk komersial Kerem Abu Salem dan Karni bagi membolehkan beberapa jenis barang keperluan, bantuan dan gas masakan dibawa masuk ke Gaza.

Fattouh juga meyakinkan bahawa kerajaan haram Zionis merancang untuk membenarkan kemasukan 143 trak yang membawa muatan bantuan dan barang-barang keperluan menerusi pintu masuk Kerem Abu Salem bagi menampung kekurangan gas masakan.

Sementara itu, diesel industri yang diperlukan untuk satu-satunya stesen janakuasa Gaza, Fattouh berkata bahawa kerajaan haram Zionis tidak akan membenarkan kemasukannya hari ini. Fattouh turut memberi jaminan bahawa pintu masuk Karni hari ini akan menerima kemasukan 120 buah trak yang sarat muatan gandum dan bahan makanan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Perdana Menteri Israel menjadi saksi pertama perbicaraan serangan flotilla

3061810281-israel-pm-appear-flotilla-probe-committee

Rabu, 30/06/2010 -Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjada saksi pertama untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa penyiasataan serangan maut ke atas kapal-kapal bantuan untuk Gaza. Sumber rasmi memberitahu bahawa panel telah bermesyuarat pada Isnin.

“Perdana Menteri akan menjadi saksi pertama untuk memberi ketereangan kepada jawatankuasa” jurucakap Ofer lefler memberitahu AFP, walau bagaimanapun tarikh perbicaraan masih belum ditentukan lagi. Keputusan untuk menyoal siasat Netanyahu diambil sesudah Suruhanjaya Tirkel secara rasmi membuka penyiasatannya terhadap serangan maut pada 31 Mei itu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

kredit: http://palestinkini.info/

Tuesday, June 29, 2010

Rejim zionis terus serang dan bunuh pejuang Palestin

GAZA CITY 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila rejim zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza semalam, kata pekerja perubatan.
Tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas Gaza yang diperintah oleh Hamas semalam dengan mensasarkan pejuang Palestin yang menentang keganasan mereka.
Menurut pasukan perubatan, kem pelarian Jebalya di selatan Gaza menjadi sasaran terbaru serangan rejim zionis semalam dan mangsa yang terkorban adalah dari kumpulan pejuang sayap kanan Pembebasan Palestin.
Salah seorang mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Dua hari lalu, dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim ke atas terowong di sepanjang sempadan Mesir. – REUTERS

Kredit : Fakhrul Ezam Shah

Monday, June 28, 2010

Zionis menyamar Hasbara!

Isnin, 28/06/2010 – Twitters dibayar untuk menyebarkan propaganda perang pasukan internet Israel dilancarkan. Sokongan penuh ghairah untuk Israel disajikan pada bahagian internet, laman sembang, forum, blog, dan facebook, twitters mungkin tidak semua yang tampaknya.

Kementerian luar negeri Israel dilaporkan membentuk sebuah pasukan yang menyamar khas pekerja dibayar yang akan melakukan pelayaran ke internet 24 jam sehari menyebarkan berita positif tentang Israel.

Anak muda Israel memahami Internet, terutama lulusan baru dan tentera ditarik dengan kemampuan bahasa, sedang direkrut untuk mengaku sebagai pelayar internet biasa, sementara mereka memberikan garis kerajaan tentang konflik Timur Tengah.

“Untuk semua maksud dan tujuan internet adalah sebagai teater dalam konflik Israel-Palestin, dan kita harus aktif di teater, kalau tidak kita akan kalah,” kata Ilan Shturman, yang bertanggungjawab untuk projek tersebut.

Kewujudan pasukan perang “internet” muncul ke permukaan ketika dimasukkan dalam perbelanjaan jabatan luar negeri tahun ini dimana $150,000 telah diberikan untuk tahap pertama pembangunan, dengan diharapkan dana yang meningkat tahun depan.

Pasukan ini akan diletak di bawah sebuah jabatan besar sudah berurusan dengan Israel apa istilah “hasbara”, diterjemahkan sebagai “penjelasan awam” tetapi biasanya bermaksud propaganda. Itu termasuk bukan sahaja perhubungan awam kerajaan tetapi lebih kepada urusan rahsia perkhidmatan dengan organisasi swasta dan inisiatif yang mempromosikan cerita Israel di bahan cetak, di TV dan di internet.

Dalam usaha mereka untuk memperindah pekerjaan dan membunuh anak-anak dan untuk menghalalkan pengepungan Gaza dan kelaparan semua orang pelarian etnik disembunyikan, Zionis mewujudkan pasukan besar dalam internet menyamar sebagai “pelayar” untuk membersihkan kekejaman Israel dan mencuci darah yang ditumpahkan oleh penjajah Zionis!

Pada saat Zionis menghancurkan Palestin persekitaran dengan mengeringkan Tasik Tiberia, dengan mengambil air bawah tanah Palestin, mencabut pohon Palestin (para penduduk Zionis tumbang atas 14000 pohon zaitun pada tahun 2009 sahaja) mereka pura-pura menjadi pecinta alam dan mengaku diri mereka sebagai Nabi Hijau.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Kredit : http://palestinkini.info/

Hamas mengutuk tangkapan di Tebing Barat dan memberikan peringatan akan akibatnya

Isnin, 28/06/2010 – Pergerakan Kebangkitan Islamiah “Hamas” telah mengecam tindakkan penangkapan yang menggila yang dilakukan oleh askar-askar Mahmoud Abbas terhadap kader-kader dan para pendukung pergerakkan itu di Tebing Barat semalam,lebih daripada 50 orang yang telah ditangkap,sambil menyifatkan bahawa penangkapan tersebut bakal memberikan suatu impak yang besar,dan perkara tersebut dapat menjadi bukti bahawa Fatah tidak serius untuk menjalankan Rundingan Damai.

Dr.Sami Abu Zuhri salah seorang daripada jurucakap Hamas memberikan peringatan bahawa penangkapan yang menggila yang dilakukan oleh askar-askar Abbas di Tebing Barat akan memberikan suatu kesan dan impak yang besar selagimana penangkapan tersebut tidak dihantikan dan membebaskan semua banduan-banduan tersebut.

Dan berkatanya Abu Zuhri di dalam satu kenyataan khasnya hari Selasa 22/6 dan Pusat Informasi Palestin mendapat satu salinanya : Sesungguhnya operasi penangkapan yang dilancarkan oleh Tentera Keamanan Fatah di Tebing Barat dan telah meningkat bilanganya kepada 50 orang yang terdiri daripada kader-kader dan anak-anak pendukung Gerakan Hamas telah menunjukkan suatu kerjasama aman secara langsung di antara Fatah dan Rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Kredit : http://palestinkini.info/

Saturday, June 26, 2010

Bantuan Flotilla Akan Memasuki Gaza


Jumaat , 25/06/2010 -Kematian di kapal Mavi Marmira, pastinya tidak akan menjadi luka yang menyakitkan sekiranya kehidupan sebilangan rakyat Palestin dapat ditingkatkan setelah menerima bantuan. Lebih kurang 10,000 tan bahan bantuan kebebasan flotilla untuk Gaza telah disediakan meskipun di tengah-tengah kempen antara Israel dan Hamas, iaitu satu pergerakan yang mengawal Gaza. Pada awalnya, bahan bantuan tersebut dibenarkan masuk kecuali bahan binaan dan rumah pasang siap.

Untuk itu, Israel hanya menghantar 5 trak kerusi roda dari flotilla menuju ke Keram Abu Salem, di sempadan Gaza. Kami menunggu di tengah-tengah terik mentari dari hujung jalan, memerhatikan trak-trak bersedia untuk memasuki Gaza. Cuaca terik ini kelihatan sangat panjang, seperti mana panjangnya jalanraya di hadapan kami. Tetapi, di akhirnya, konvoi trak denganbantuan kerusi roda itu tidak juga memasuki Gaza kerana Hamas tidak bersetuju. Mereka hanya bersetuju untuk membenarkan trak itu masuk sekiranya simen juga dibenarkan masuk.

sumber :  Blog Al Jazeera
penterjemah :  Faizul

kredit: http://palestinkini.info/

Friday, June 25, 2010

22 sifat buruk bangsa Yahudi

israel_flag_icon
Dalam Al-quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)


5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Kesimpulanya, jangan lah kita menganggap yahudi itu baik kerana kebaikan mereka hanya satu penipuan dan fitnah. Marilah kita boikot zionis dengan HATI, PERCAKAPAN dan TINGKAH LAKU.



-Jadilah orang yang berfikir dan orang orang yang beramal-

Thursday, June 24, 2010

" Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami dan Allah Adalah Sebaik-baik Pelindung "

Bismillahirahmanirahim....

Kita percaya dan mengakui bahawa kita beriman kepada Allah swt. tp, adakah kita meletakkan pengharapan dan pergantungan 100% padaNYA?

Apabila ditimpa musibah atau pun ujian, kepada siapakah kita sering mengadu dan berharap? Sering kali perkataan yang dikeluarkan " kenapa aku? kenapa bukan orang lain? " Hati kita seakan2 memberontak dan mempersoalkan tindakanNya. Sememangnya rasa sedih itu tidak salah dan ia merupakan fitrah, tp jangan jadikan fitrah itu sebagai fitnah tanpa kita sedari. Tangisan dan kesedihan yang berpanjangan menunjukkan bahawa hati ini tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

" Ala, kau cakap senang la...bukan kau yang kena. Aku ni yang rasa.." 

Ya, xdinafikan. tetapi ingatlah wahai sahabat :

MENYERAHKAN SEMUA urusan pada Allah, bertawakal kepadaNya, percaya terhadap janjiNya, redha dgn ketentuanNya, berprasangka baik terhadapNya dan menunggu jalan keluar daripadaNya merupakan buah iman yang paling besar dan merupakan sifat-sifat orang mukmin. Manakala, hamba yang selalu bersandar pada Tuhannya dalam setiap urusan maka dia pasti akan mendapatkan penjagaan, ketenangan, rasa cukup, kekuatan dan pertolongan.



tak teringatkah kita akan sejarah? 

Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dlm api yang sedang marak, baginda berkata, "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung" . Seketika itu juga Allah menjadikan api itu dingin dan menyelamatkan Ibrahim daripada penentangan kaum musyrikin ketika itu.

Manusia sendiri tidak akan mampu menghadapi cubaan dan musibah serta menghilangkan kesusahan kerana mereka merupakan makhluk yang lemah. Akan tetapi, seorang hamba  yang bertawakal, percaya dgn jaminanNya dan serahkan urusan pada Allah, dia lah yang akan mendapat kemenangan dan pertolongan!



" Mereka berkata, ' Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada org2 yg sgt kuat dan kejam, kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya. Jika mereka keluar dari sana, niscaya kami akan masuk. "

Berkatalah 2 org laki-laki di antara mereka yg bertakwa, yg telah diberi nikmat oleh Allah, " Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang2 yang beriman. "

~Al- Maidah, 22-23~ 



Pertolongan Allah itu sentiasa mengiringi mereka yang berserah kepadaNya dgn penuh keimanan.
Selamat beramal... (^_^)v

Militer Israel Ungkap Pangkalan Rahasia

Images_news_2010_Juni_23_google_300_0

(Haaretz. 21/6/2010) Sistem kontrol komputerisasi di militer Israel terungkap yang digunakan secara ekstensif di pangkalannya di Tepi Barat. System ini mencakup gambaran rinci pangkalan militer rahasia Israel. Hal itu diungkap di depan ribuan tentara dari semua tingkat dan peringkat bahkan dan tentara-tentara yang tidak memiliki klasifikasi yang tepat.

Sistem "Torch" produksi perusahaan Albet sudah digunakan oleh tentara Israel sejak 6 tahun silam untuk bidang keamanan dengan control jarak jauh.

System ini juga mampu memperjelas lokasi semua kendaraan dan pasukan invantri tentara Israel melalui foto udara secara rinci. Sistem ini memungkinkan transfer pesan dan memberikan data pada waktu yang tepat antar berbagai satuan tentara Israel.

Ribuan system Torch ini tersebar di seluruh Tepi Barat, dan masing-masing kendaraan militer milik Israel dilengkapi dan dipararelkan dengan system pusat. Bahkan hingga ke ruangan setiap unit pasukan.

System ini bekerja pada wilayah operasi setiap unit pasukan dari wilayah Tiberias di wilayah utara hingga selatan Naqab dan dari lembah Jordania di sebelah timur hingga wilayah Shevila.

Alat yang dihubungan ke satelit luar angkasa ini mampu memotret panorama bumi dengan sangat akurat bahkan hingga bangunan kecil dan gang-gang yang berada di antara pepohonan.

"Tidak ada pengawasan atas penggunakan alat Torch ini sebab setiap pasukan Israel mampu mengoperasikannyan dan memainkannya ketika dia bekejra di ruan pemantauan dan mampu melihat detail sebuah lokasi bahkan yang rahasia sekalipun," tegas seorang komandan Israel di Tepi Barat. Selain itu pasukan Israel juga bisa memotret sebuah lokasi dan mengirimkannya ke situs "wikilecks".

Komandan Israel ini mengisyaratkan bahwa Israel memiliki kesepakatan dengan pemerintah Amerika dan Rusia dalam hal jual beli foto hasil jepretan kamera mereka ke Israel. Google Eart sendiri menampakkan Israel dengan resolusi yang rendah sehingga tidak bisa dideteksi oleh pihak lain. (bn-bsyr)

kredit: http://palestine-info.co.uk/

Wednesday, June 23, 2010

PBB akan mendesak penarikan semula sekatan Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Penarikan penuh sekatan ke atas Gaza akan memberikan peluang wilayah itu untuk dibangunkan semula, demikian menurut agensi PBB yang bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin pada hari Isnin, sehari selepas kerajaan haram Israel berkata akan mengundurkan kawalannya.

Kerajaan haram Israel, yang menutup laluan di perairan wilayah Gaza untuk menghalang Hamas daripada mendapatkan senjata, sedang dalam tekanan antarabangsa untuk membuka sekatan Palestin selepas tentera rejim Israel membunuh sembilan aktivis dalam serangan ke atas kapal bantuan Flotilla pada 31 Mei yang lepas.

Dalam undang-undang sekatan yang lepas, sebarang barang yang yang tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan diharamkan daripada dibawa masuk. Kerajaan haram Israel berkata buat masa ini semua barang akan dibenarkan masuk ke Gaza kecuali barang berkenaan termasuk dalam senarai yang diharamkan termasuk senjata dan bahan untuk membuat senjata.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : noraliza

Kredit : http://palestinkini.info/

Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

ki-woman

Rabu, 23/06/2010 – Pusat Pengajian dan Perundingan Al-Zayouna merupakan organisasi Lebanon yang terlibat dalam kajian strategik dan futuristik terhadap masyarakat Arab dan dunia Muslim, (memberi penekanan) terhadap isu Palestin. Pada awal tahun 2010, ia telah menerbitkan siri kedua iaitu “Am I Not a Human”. Sebuah laporan “The suffering of Palesinian Woman Under the Israeli Occupation”, diterangkan seperti di bawah.

Meskipun di bawah ‘penderitaan luar biasa’ yang dialami, wanita-wanita Palestin in isentiasa menujukkan kualiti daya tahan yang luar biasa. Hidup dalam keadaan tekanan dengan kemiskinan, kediaman yang telah diranapkan, tanah yang telah musnah atau diambil alih, kanak-kanak yang sakit, suami yang dipenjarakan, ibu bapa yang dibunuh dan bermacam-macam lagi, Namun, mereka masih meletakkan harapan, untuk memenuhi keperluan harian sosial mereka. Mereka berpartisipasi dalam politk dan harus juga bergelut sepanjang hari. Semenjak 1948 lagi, hak-hak kemanusiaan, keselamatan, kebebasan untuk bergerak dan berekspresi, persekitaran yang sihat dan selamat, juga pendidikan telah dinafikan. Mereka terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri malah di juga peringkat antarabangsa, membawa beban yang melampau kapasaiti upaya wanita biasa.

Di bawah pendudukan Israel ini, mereka terpaksa bergelut setiap hari untuk survival, dan juga bergelut untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak mereka – merekalah pasangan, ibu, penjaga, pejuang, jururawat, buruh dan guru.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  faizul

Kredit : http://palestinkini.info/

Rusia tuntut Zionis segera batalkan sekatan terhadap Gaza

DataFiles_Cache_TempImgs_2010_1_Images 2010_june_21_338762043975_300_0

Rabu, 23/06/2010 – Kementerian Luar Rusia menyeru regim Zionis agar membatalkan segera sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza dengan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang telah dikepung untuk tahun keempat berturut-turut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berkata, Menteri Luarnya, Sergei Lavrov melalui panggilan telefon telah meminta rakan sejawatannya dari regim Zionis, Avigdor Lieberman, agar segera membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza itu. Melalui panggilan telefon itu juga, perbincangan turut dijalankan mengenai perkembangan terkini rundingan tidak langsung antara pihak berkuasa Ramallah dan regim Zionis.

Kenyataan tersebut juga mengatakan bahawa Lavrov yang menerima panggilan tersebut daripada rakan sejawatannya itu turut menegaskan kepentingan usaha secara kolektif bagi menggerakkan usaha rundingan di Timur Tengah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, supaya rundingan-rundingan yang dijalankan dapat membawa kepada keamanan dan kestabilan bagi Israel dan juga negara lain di Timur Tengah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Kredit : http://palestinkini.info/

Sabri : Pengusiran Perwakilan al-Quds adalah permulaan kepada dasar Penghijrahan

Rabu, 23/06/2010 – Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Syeikh Sabri menganggapkan keputusan pasukan penjajah Zionis mengusir Perwakilan Penduduk dari bandar Baitulmaqdis, sebagai langkah permulaan kepada dasar penghijrahan yg merupakan pelaksanakan kepada resolusi ketenteraan (1195) yang zalim.

Dia berkata “Jika pasukan penjajah berjaya dalam pelaksanaan resolusi ini, serta mengusir empat tokoh, ianya akan diikuti dengan langkah-langkah penghijrahan yang lain, seperti yang telah didedahkan oleh media baru-baru ini tentang kewujudan senarai 300 tokoh Baitulmaqdis, dengan matlamat untuk mengusir mereka dari kota al-Quds dan merampas kad pengenalan mereka,” dengan menegaskan lagi “bahawa kewarganegaraan (Palestin) adalah hak syar`ie yg suci dari Allah tuhan semesta alam dan bukannya dari kerajaan penjajah zionis ataupun dari mana-mana pihak berkuasa yg lain”.

Di sisi lain, Syeikh Sabri membuat kenyataan kepada (media)” Pusat Maklumat Palestin ” bahawa Keputusan kerajaan Zionis untuk membina 1600 penempatan baru (mereka) di Baitulmaqdis, adalah menunjukkan bahawa kerajaan Zionis, akan meneruskan dasar penempatan (mereka), dan tidak peduli kepada semua tekanan yang memerintahkan untuk membekukan kegiatan penempatan, dan menegaskan (lagi) bahawa pihak berkuasa Zionis tidak peduli terhadap rundingan damai atau tidak peduli terhadap proses keselamatan yg adil, dan ini menyebabkan ketegangan berterusan di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

kredit: http://palestinkini.info/

Israel melancarkan kempen kebencian terhadap Arab

E2EDE89C3

Rabu, 23/06/2010 – Lebih daripada setengah juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah yang diduduki sejak 1948 sangat gembira untuk hidup dengan tenang selama setahun dengan kurangnya gangguan daripada pendatang Israel, di mana dunia telah mengiktiraf pendatang-pendatang tersebut untuk menduduki wilayah ini dan mendiaminya serta mengganggu penduduk asal.

Penduduk Palestin yang telah menduduki wilayah ini sejak 1948 telah berjaya membuang imej rasis setelah sekian lama dituduh sebagai pencetus semangat perkauman yang meningkatkan serangan ke atas mereka oleh pendatang Israel, dan mereka tidak mahu lagi serangan itu berterusan.

Sejak tahun 2000, di mana mula tercertusnya Intifada II, yang telah mengorbankan 13 nyawa remaja Palestin di wilayah yang diduduki mereka sejak 1948, pendudukan mereka telah membuktikan kebenaran bahawa serangan dan semangat perkauman yang jelas ke atas penduduk minoriti Palestin yang tidak pernah berhenti sejak 1948.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Kredit : http://palestinkini.info/

Tuesday, June 22, 2010

Laporan Sehari dan Selamanya: LifeLine 4 Gaza Satu Perkongsian.

Page2

   Pada 19 Jun 2010, (sabtu) bertempat di FK UNPAD A3 satu program, Sehari dan Selamanya: LifeLine 4 Gaza Satu perkongsian telah diadakan bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari kerjasama dari pihak IMAN dan CGC. Peserta amat bertuah kerana penceramah jemputan adalah salah seorang sukarelawan dari Malaysia yang turut berada dalam kapal konvoi MV Mavi Marmara menuju Gaza yaitu Dr. Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan. Malah beliau juga pernah menjadi tawanan di penjara Ashdod,Israel, dan merupakan ketua bagi misi kemanusiaan dan bantuan kecemasan HALUAN serta AJK kelab kesihatan HALUAN,Malaysia.

   Pada jam 7.30 pagi,acara telah dimulakan dengan pendaftaran dan pengedaran makanan. Kemudiaan doa dan tilawah al-Quran dibaca. Sejurus tayangan slide berkenaan Palestin selesai,slot pertama bersama penceramah jemputan,Dr. Syed Muhammad Haleem dimulakan. Di dalam slot ini beliau banyak menceritakan detik-detik berharga sepanjang berada di dalam kapal konvoi tersebut, bermula sebelum berlepasnya kapal konvoi kepada saat ditembak oleh pihak Israel di Perairan Antarabangsa, kejadian menyaksikan sendiri saudara seagama yang meninggal kerana syahid di jalan Allah, saat mencabar ketika khidmatnya amat diperlukan dalam membantu sukarelawan yang cedera ditembak, sehinggalah kepada pengalaman menjadi tawanan di penjara Ashdod,Israel. 

   Lebih menarik lagi,Dr. Syed Haleem juga telah menyediakan video yang dirakam serta gambar-gambar menarik semasa di atas kapal MV Mavi Marmara tersebut. Ini menjadikan pandangan peserta lebih jelas dengan keadaan sebenar yang ingin disampaikan oleh Dr. Syed Haleem malah terkesan dengan betapa kuatnya semangat sukarelawan menghadapi setiap detik menuju jalan Allah.Bagi beliau sendiri pula, beliau amat bersyukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk merasa perasaan yang dialami oleh saudara-saudara Islam di Palestin walaupun sedikit dan hanyalah buat seketika.Beliau juga tidak putus-putus menyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus berusaha melaksanakan tuntutan Allah ini sekaligus menyahut seruan saudara kita di Palestin. Usaha dalam bersiap sedia untuk turut serta berjuang, mahupun usaha dalam memboikot produk Israel, atau paling tidak berdoa selalu pada Yang Kuasa.

   Menurut beliau konvoi tersebut mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu menghentikan embargo, membuka mata dunia mengenai isu Palestin, dan demi menyampaikan bantuan ke Gaza. Alhamdulillah hampir keseluruhan misi mereka tercapai terutama dalam aspek membuka mata dunia mengenai isu keprihatinan terhadap rakyat Palestin yang ditindas. Hasilnya, liputan berita yang global dan susulan konvoi bakal diadakan lagi.Dr. Syed Haleem juga tidak lupa memberi kesedaran agar tidak saling menunding jari dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza tetapi kita sendirilah yang harus bertindak dan menyahut segala seruan itu.

   Setelah slot pertama tamat, majlis berehat seketika dengan menyajikan slide video-video yang menarik.Kemudian slot kedua bersama penceramah disambung kembali yang memberi keutamaan untuk menjawab segala pertanyaan dari peserta.Setelah sesi tamat, ahli CGC telah mempersembahkan nasyid mereka yang bertajuk Palestina Tercinta yang turut menjemput kesemua hadirin untuk berdiri dan melaungkannya bersama-sama.Acara ditamatkan dengan penyerahan cenderamata dari amir IMAN, Haikal Ambri Rosle kepada penceramah Dr. Syed Haleem bin. Syed Hassan. Tidak lupa semasa program berlansung penjualan jaket Palestin,buku-buku, dan banyak lagi barangan lain turut dijual pada hari tersebut.Begitulah satu perkongsian buat sehari dan selamanya berlangsung yang merupakan ilmu yang sangat bernilai bagi peserta kerana pengalaman sebegini julung-julung kalinya diperolehi. Dengan berkat Allah SWT majlis telah berjalan dengan jayanya dan lancar sekali.

Untuk menyaksikan sendiri video detik berharga perkongsian salah seorang sukarelawan konvoi LL4G melalui kapal MV Mavi Marmara anda boleh klik disini

Untuk melihat lebih banyak gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung,klik lah di tab suwarul di atas atau klik disini

Sunday, June 20, 2010

Mari Berdemonstrasi Hari - Hari

nn

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Credit to : Ustaz Pahrol

Link Asal : http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/

Friday, June 18, 2010

Remaja Gaza ditembak rejim Zionis

ioff

Jumaat, 18/06/2010 – Sumber sahih daripada Pejabat Kesihatan Palestin memaklumkan seorang remaja lelaki telah dipindahkan ke Hospital Gaza setelah ditembak oleh tentera rejim Zionis ketika beliau berada di sempadan Hanoun – Eraz – Genting Gaza Utara. Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital, Dr. Muawayia Hassanein, dipetik sebagai berkata, Wael Al-Kafarna (16) ditembak di kaki kanannya oleh tentera Israel ketika melintasi sempadan Beit Hanoun sebelum dimasukkan ke Hospital Kamal Adwan untuk rawatan. Dr. Hassanein walau bagaimanapun memaklumkan bahawa remaja lelaki tersebut berada dalam kedaan terkawal.

Tentera rejim Zionis lazimnya akan menembak sebarang subjek yang bergerak secara rawak dari jarak beberapa ratus meter dari sempadan ini, begitu juga dengan wayar elektronik yang dipasang pada bahagian timur sempadan genting tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : Faizul

Kredit : http://palestinkini.info/

Israel dera pemuda dari Hebron

iof8

Jumaat, 18/06/2010 – Sebuah keluarga Palestin menyatakan ketakutan akan keselamatan anak lelaki mereka Daud Rajabi (19 tahun) yang percaya bahawa tentera Israel akan membunuhnya, setelah mereka membawanya ke penjara dan dia dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui dan diseksa dengan sangat teruk.

“Tentera Israel menculik adikku pada Sabtu malam selama beberapa jam, di mana mereka menyerang dan membakar bahagian sensitif tubuhnya dengan rokok dan api, mereka juga memaksa dia untuk minum pil yang membuatnya bertindak aneh sepanjang malam,” kata Kayed Rajabi.

“Sejak 2006, pasukan tentera Israel menyerang saudaraku Saleh dengan begitu kejam dengan sengaja, dan mereka menyebabkanya menghidap penyakit kronik – epilepsi – dan sekarang kami takut sekiranya adik kami keluar rumah, yang boleh mengakibatkan tentera Israel akan menculik dan membunuh dia, jadi kami cuba memberikan semua yang dia perlukan agar dia tinggal di rumah,” tambah Kayed Rajabi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : farah hidayah

Kredit : http://palestinkini.info/

Thursday, June 17, 2010

Lirik Lagu Palestina Tercinta untuk program LL4G hari sabtu. 19/6/2010

Palestina Tercinta
Album : Tak Kenal HENTI !!!
Munsyid : Shoutul Harokah

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

  

 

lihat di youtube: http://www.youtube.com/watch?v=XZXZAC_hCF8

Haniyeh : Suruhanjaya Siasatan,Penipuan Zionis Kepada Dunia

Khamis, 17/06/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismael Haniyeh menegaskan bahawa keputusan Rejim Zionis untuk mewujudkan suatu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat jenayah yang telah dilakukan ke atas Konvoi Kapal Bantuan ke Gaza di Kawasan Perairan Antarabangsa merupakan suatu keputusan yang tidak boleh diterima sama sekali bahkan tidak masuk akal!! Sambil menekankan kenyataan tersebut dengan berkata : “Tidak boleh sama sekali seorang algojo menjadi hakim dan mangsa di dalam waktu yang sama”

Dan Haniyeh berkata sempena perjumpaan beliau dengan delegasi-deligasi daripada Bahrain di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Gaza pada hari Selasa 15/6 : “Sesungguhnya Pihak Berkuasa Israel cuba untuk menipu Pendapat Sedunia dan mempermainkan kehendak Hakim Antarabangsa yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Siasatan Antarabangsa yang bergerak di bawah pemantauan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” sambil menegaskan bahawa Kerajaan Palestin berdiri bersama-sama Turki di atas pendirianya yang menolak penubuhan suruhanjaya tersebut dan kehendak penubuhan Suruhanjaya Antarabangsa bagi menyiasat kekejaman tersebut.

Bersempena dengan lawatan Amru Mousa ke Gaza,Haniyeh telah menegaskan bahawa tindakan lanjutan pihak kerajaan terhadap hasil lawatan tersebut dan segala yang berkaitan dengan fail sekatan dan fail perjanjian damai adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum terhadap keseriusan beliau untuk “mewujudkan kedamaian negara yang hakiki dan memperolehi kedamaian yang abadi serta melindungi hak-hak rakyat Palestin yang memilih untuk melakukan penentangan dan bersifat tabah menghadapi ujian”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

kredit: http://palestinkini.info/

Konvoi Lautan Ke Gaza Seterusnya Pada Bulan Julai – IHH

17 Jun – Kumpulan bantuan kemanusiaan Turki mengatakan pada hari Rabu (16/6) kelmarin bahawa mereka akan menghantar satu lagi armada bantuan ke Gaza pada bulan hadapan, sekali lagi konvoi ini berusaha untuk memecahkan kepungan Israel selepas konvoi mereka yang lalu menjadi sasaran serangan berdarah Israel pada 31 Mei lepas.

Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) berkata kepada ahli Parlimen Eropah mereka akan menghimpunkan enam buah kapal untuk konvoi armada seterusnya dan mempelawa pihak lain untuk menyertai.

Serangan Israel pada 31 Mei menyerang sebuah konvoi enam kapal kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa barang-barang kemanusiaan dan aktivis yang menuju ke Gaza mengorbankan sembilan warga awam Turki dan puluhan lagi tercedera.

Konvoi armada yang seterusnya akan belayar pada pertengahan bulan Julai, kata wakil IHH. Pada kali ini sekretariat konvoi akan mengundang media antarabangsa untuk menyemak semua barang di atas kapal sebelum belayar bagi menunjukkan komitmen mereka adalah telus dan transperensi”.

Richard Howitt, ahli Parlimen Eropah dari Britain telah membantu mengadakan sidang akhbar tersebut untuk pertubuhan IHH membuat kenyataan di parlimen Strasbourg. Beliau berkata Kesatuan Eropah punya kewajipan untuk menjamin penghormatan terhadap undang-undang kemanusiaan dan perjalanan konvoi seterusnya.

Israel mengatakan sedang mempertimbangkan untuk bersikap lunak terhadap sekatan yang mereka kenakan pada Gaza selepas menerima kutukan antarabangsa atas serangan tentera mereka pada konvoi lautan bantuan kemanusiaan. Kesatuan Eropah berkata pada hari Isnin lalu agar sikap lunak Israel diharapkan akan bermula “pada hari-hari berikutnya”.

Tetapi, Israel menolak cadangan siasatan antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat ke atas serangan berdarah itu dan mengumumkan penubuhan suruhajaya siasatan mereka sendiri ke atas serangan yang mereka sendiri lakukan. (wbn)

kredit: http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Poster Sehari dan Selamanya : LifeLine 4 Gaza Satu Perkongsian

36985_2431220819014_1206424169_100628942_669279_n 

35457_2430201673536_1206424169_100626005_5867987_n

Dr Syed Muhammad Haleem,Salah Seorang Sukarelawan LifeLine 4 Gaza,Ketua Biro Misi Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan Haluan,
Bertempat di FK Unpad, Jatinangor, Bandung.Bayaran serta Infaq sebanyak 20k
Ayuh, kita sama-sama mendengar perkongsian semangat, pengalaman dan ruh jihad dari beliau

 kredit : http://www.nst.com.my/nst/articles/4red/Article/

Wednesday, June 16, 2010

untuk semua...

Assalamualaikum…..

Kaifa imanukum? Yazid au yankus? iAllah..yazid.
Iman manusia xpernah static..ada masa menaik, ada masa menurun. Itulah hakikat..tp,, kte sebagai hamba perlulah berusaha untuk menjaga iman supaya  menjadi salah seorang hambaNya yang soleh solehah. J

Kali ni sy nak menceritakan kisah 2 org sahabat baik yang sama2 belajar di sebuah university X.

Faqih : Assalamualaikum Amin…. Kenapa muka masam je ni..ada masalah ke?

Amin : Waalaikumussalam  wbt.. Nampak sgt ke? Erm,,, sebenarnya ana ade masalah sikit la.

Faqih : Cakap la apa dia..mane tau ana boleh bantu.

Amin : Ntah la,, ana rasa sedih dgn diri ana sendiri. Ana kalah dengan nafsu. Sepatutnya waktu2 mcm ni la waktu untuk belajar. Sekarang ni kan musim peperiksaan, final pulak 2.

Faqih : eh, kenapa jadi mcm 2? Bukan ke anta ada jadual belajar. Ana tengok ok je..

Amin : Hmm,, planning je lebih. Pelaksanaannya?? Hakikatnya pagi bangun lambat, petang tdo.. malam pulak habiskan masa dengan main internet.  Ana rasa bila ada masa lapang mcm ni, ana banyak habiskan masa dgn perkara yg xsepatutnya.xde mood langsung nak study! Bukan mcm time lecture week dulu.. busy dengan gerak kerja.

Faqih : Ana tahu. Ramai yang mengalami situasi yang sama. Bila dah terlalu busy dengan gerak kerja…ada masa lapang je, rasa nak rehat..balas dendam dgn kesibukan yg lalu. Mcm culture shock la kan. Tp,, anta jgn risau la. Anta kan hebat. Gerak kerja hebat.. pelajaran mesti la hebat jugak kan.

Amin : menyesal la pulak ana terlalu busy dengan gerak kerja.Hasilnya xseberapa pun. Bukannya ramai orang yang ikut atau berubah kearah kebaikan.

Faqih : Anta xboleh ckp mcm 2. Gerak kerja tu kan untuk Islam. Semua event2 yang kte buat untuk bawak diri kte dan org lain ke arah kebaikan, kembali kepada Allah. Cuma bagi ana, setiap event mesti lah ada objektif dan matlamat yang jelas. Kalau gerak kerja je banyak, tp xtahu apa matlamat..ana rasa xperlu. Yang paling penting kualiti bkan kuantiti. Semua ni perlu kembali kepada asas yaitu aqidah. Aqidah atau pun kepercayaan/keyakinan perlu mantap..kerana aqidah yg mantap akan melahirkan seorang yg berakhlak baik. Umpama pokok,, apabila akarnya baik dan sihat, pasti batang dan cabang2nya tumbuh dgn baik. Batang tu pula seterusnya akan menghasilkan buah2 yg segar dan cantik. Apa yang ana cuba sampaikan, akar itu umpama aqidah kita, batang  pula adalah ibadah dan buah-buahan yang cantik itu la akhlak. Mampukah seorang pekebun mendapatkan buah yang cantik jika dia tak perbetulkan dasarnya atau akar pokok tersebut? Sukar bukan.

Begitu juga dengan manusia…

Mampukah seorang daie mengubah sikap buruk seseorang jika kepercayaan orang itu masih samar-samar?
Ana xnafikan kerja dakwah ini memang sukar, tp itu lah tanggungjawab kte semua. Yakmuru anil ma’ruf wa nahau anil munkar ( mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran).  Ingatlah sahabat, Allah sentiasa bersama org2 yang sabar dan insya Allah ada nilai yang tinggi di sisiNya utk orang yang berjuang di jalanNya.



Amin : Astaghfirullah, ya Allah, ampunkan lah aku atas kata-kataku sebentar tadi. Ana sayang dgn gerak kerja ana, tp cuba anta bg nasihat sikit macam mana nak naikkan semangat ana utk study.

Faqih : Hmm..mcm ni la sahabat. Ingat 1 benda je,kita semua bawa nama dan imej Islam. Sudah tentu kte xnak orang pandang rendah terhadap agama kte. Kita kena tunjukkan contoh yg baik agar Islam dipandang tinggi oleh semua org.

Lagi 1, kte  xmahu  bg fitnah kepada gerak kerja kte. Jangan sampai bila kte fail dalam exam, gerak kerja kte yang dipersalahkan. Sedangkan diri sendiri yang xstudy betul2. Bila ada waktu lapang buang masa dgn benda lain. Apa2 pun semuanya kerana Allah. Ok?  Ana yakin anta boleh!

~ mcm 2 la kisahnya.. faham ke? Harap faham la ye. Klu xfaham, xpe..pelan2..hu3~

Sebagai penutup, sy nak kongsi  1 ayat yg biasa kte semua dengar tp sukar utk diambil pengajaran :

"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.." (Surah Ar-Ra'd, 13:11)



~Salam Imtihan dan Selamat Bermujahadah~ (^_^)v

Rejim Zionis Dikecam Selepas Mendedahkan Panel Siasatan Kes Gaza

Rabu, 16/06/2010 – Kabinet rejim Zionis pada Isnin lalu menyokong penubuhan suruhanjaya dalaman untuk menyiasat kes serangan maut ke atas konvoi armada bantuan ke Gaza. Tindakan penubuhan suruhanjaya dalaman ini dengan segera mendapat tentangan daripada Turki dan Palestin.

Suruhanjaya itu yang didakwa akan melibatkan dua orang pemantau dari luar, akan melihat dari segi kebenaran undang-undang serangan itu yang mana komando rejim Zionis telah membunuh 9 orang aktivis Turki.

Ankara serta-merta menolak penubuhan suruhanjaya dalaman itu dengan menegaskan bahawa rejim Zionis tidak mampu berlaku adil, manakala bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa penubuhan suruhanjaya dalaman itu tidak selari dengan kehendak PBB.

kredit:http://palestinkini.info/

Israel Ancam Akan Tahan Kapal Bantuan Kemanusiaan Iran dan Lubnan Memasuki Gaza

15 Jun – Israel menghantar mesej ancaman kepada Iran dan Lubnan bahawa mereka akan menggunakan kekerasan jika perlu untuk mengelakkan kapal bantuan kemanusiaan Iran dan Lubnan memasuki pantai Gaza memberikan bantuan. Tel Aviv mengancam bahawa kapal tersebut akan disekat di perairan antarabangsa, Tentera Laut dan Tentera Darat Israel akan menggunakan kekerasan jika perlu terhadap konvoi tersebut.

Israel menambah bahawa kapal-kapal yang belayar tersebut digambarkan sebagai menuju ke “pelabuhan musuh” Israel, maka kapal tersebut akan dihentikan walau apa pun yang berlaku.

Israel mengadakan perbincangan dengan Mesir untuk membantu dan menghentikan kapal tersebut setelah mereka mendekati terusan Suez.  Perkhidmatan Keselamatan Israel dan jabatan perisikan Israel sudah mula mengumpul maklumat perisikan tentang kapal, barangan kargo dan relawan yang berada di atas kapal.

2 buah kapal bantuan kemanusia dari Iran yang diterajui oleh Bulan Sabit Merah Iran dan sebuah kapal dari Lubnan yang dinamakan sebagai “Maryam” siap sedia untuk menuju ke Gaza.

Pemimpin senior ketenteraan Israel mula adakan perundingan dengan para pegawai Tentera Laut Israel dalam rangka untuk menentukan strategi menahan kapal-kapal tersebut dalam usaha untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang ketika mereka menyerang Mavi Marmara yang menyebabkan 9 aktivis kemanusiaan terkorban pada 31 Mei yang lalu.
Perkhidmatan keselamatan Israel mendakwa bahawa pihak Hizbullah Lubnan menghantar kapal yang penuh dengan aktivis wanita, yang terdiri dari ahli Hizbullah dan Hamas, dalam usaha untuk memalukan Israel tatkala mereka menyerang kapal-kapal kemanusiaan tersebut.

Menurut sumber Israel, maklumat yang diterima oleh Tel Aviv mendedahkan bahawa, setakat ini, Mesir belum menerima sebarang permintaan dari Iran untuk membolehkan kapal mereka untuk belayar ke Gaza.

Ketua Staf Angkatan Darat Israel, Gabi Ashkenazi, menyatakan bahawa armada Kebebasan, kapal-kapal Iran dan kapal-kapal lain, melakukan tindakan memprovokasi Israel samada melalui media, mahkamah antarabangsa dan agensi atau organisasi yang tertentu.” (imo/hpo)

kredit:http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Tuesday, June 15, 2010

Sehari & Selamanya : Lifeline 4 Gaza,Satu Perkongsian

Sehari & Selamanya : Lifeline 4 Gaza,Satu Perkongsian
Sehari bersama crew kapal MV Mavi Marmara.
Sehari bersama doktor merawat komando israel.
Sehari bersama bekas tawanan penjara israel.
Sehari bersama wira gaza.
Selamanya bersama Palestin.

"Sehari & Selamanya : Lifeline 4 Gaza,Satu Perkongsian" merupakan suatu majlis perkongsian pengalaman dan semangat bersama seorang sukarelawan LifeLine 4 Gaza dari Malaysia yang turut berada di dalam kapal konvoi MV Mavi Marmara iaitu Dr.Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan yang akan diadakan pada 19 Jun 2010@Sabtu,7.30pagi-12.00t/hari di FK Unpad.

Fakta tentang Dr.Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan :
1.merupakan seorang sukarelawan Lifeline 4 Gaza yang turut berada di dalam kapal konvoi MV Mavi Marmara.
2.pernah menjadi tawanan di penjara ashdod,israel.
3.Ketua misi kemanusiaan dan bantuan kecemasan HALUAN.
4.AJK kelab kesihatan HALUAN,HALUAN Malaysia.




  Dr. Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan


Bayaran yang dikenakan kepada seorang peserta ialah 20k rupiah(minum pagi dan yang selebihnya akan diinfakkan kepada Palestin).
Semua pelajar(terutamanya pelajar Malaysia,pelajar lain dialu-alukan kedatangan) di seluruh Indonesia dijemput hadir tanpa mengira bangsa dan agama.

Jom pakat mai ramai-ramai!!!
Semoga sehari ini bermanfaat untuk selamanya.. =)


Pada hari program ini berlangsung juga penjualan jaket palestin akan diadakan. Berikut adalah gambar dari hadapan dan belakang:


Hood(penutup kepala) jaket ini adalah fleksibel. Boleh ditanggalkan...



Harga jaket Palestin ini adalah Rp 100,000.
Ada banyak lagi barangan menarik yang akan dijual semasa program ini selain jaket Palestin. Jadi jangan lepaskan peluang, hadirlah beramai-ramai.

Saturday, June 12, 2010

Rakaman Video Yang Berjaya Diseludup Keluar Semasa Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Pengarah CulturesofResistance, Ian Lee yang turut sama dalam konvoi telah berjaya menyeludup keluar rakaman ini daripada pihak rejim Zionis walaupun sebahagian besar rakaman dari pihak media yang lain telah di rampas.

Rakaman penuh tanpa edit dapat di lihat di sini

 

Kredit : http://palestinkini.info/

Tuesday, June 8, 2010

AS menyokong tragedi pembunuhan kejam armada kebebasan

DataFiles_Cache_TempImgs_2010_1_Images 2010_june_03_7777_300_0

Selasa, 08/06/2010 – Amerika Syarikat menganggapkan tindakan Israel melakukan pembunuhan secara kejam baru-baru ini terhadap para aktivis yang berada di atas kapal armada kebebasan, yang cuba belayar ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, adalah sebagai tindakan untuk mempertahankan hak mereka dan menjaga “keselamatan Israel”.

Joseph Biden, Naib Presiden Amerika, telah berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa “ Israel “memiliki hak penuh dalam menahan dan memeriksa kapal yang menuju ke Gaza. Beliau menambah lagi bahawa : “Israel tidak mengetahui (sebenarnya) muatan kapal yang menuju ke Gaza tersebut yang telah dilancarkan roket keatasnya”.

Joseph Biden menegaskan lagi bahawa armada kebebasan perlu bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri kerana tidak mematuhi atau mendengar kehendak Zionis supaya armada menukar pendirian mereka dan memberi peluang kepada “kerajaan” Zionis atau kebenaran supaya menguruskan bantuan kemanusiaan dengan (pihak rejim Zionis) membawa sendiri kapal konvoi tersebut ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Kredit : http://palestinkini.info/

Sunday, June 6, 2010

Israel bertindak ala ‘lanun’

israel

Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. “Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas,” kata aktivis berumur 36 tahun itu. “Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan ..”

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Kredit: http://palestinkini.info/

Israel Tawan Rachel Corrie, Ubah Haluan Ke Ashdod

PETALING JAYA: Perdana Global Peace Organization (PGPO) memaklumkan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini ditawan Tentera Pertahanan Israel (IDF).

Bagaimanapun Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, maklumat berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkaitan.

"Kita dapat info yang belum disahkan bahawa Rachel Corrie telah ditahan oleh IDF daripada meneruskan perjalanan ke Gaza," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Difahamkan Rachel Corrie dipintas oleh kapal tentera laut Israel ketika hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza.

Sebelum ini Mukhriz mengesahkan terdapat tiga buah kapal yang dipercayai milik tentera laut Israel mengekori Rachel Corrie sejak kira-kira pukul 3 pagi waktu di Gaza.

Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu menyatakan bahawa semua sukarelawan yang berada dalam kapal berkenaan dilaporkan selamat.

Sementara itu menurut laporan agensi berita AFP, Rachel Corrie tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan menuju ke Pelabuhan Ashdod.

"Kami memberitahu beberapa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Kapal Rachel Corrie milik Malaysia membawa 1,500 tan pelbagai bantuan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza dalam misi tersebut.

Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.

Kredit : http://mstar.com.my

Puluhan peluru pada tubuh aktivis

LONDON - Sembilan aktivis Turki yang terbunuh dalam satu serbuan anggota-anggota komando Israel di atas kapal Mavi Marmara yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin lalu terkena sejumlah 30 das tembakan, lapor akhbar Guardian kelmarin.

Menurut akhbar itu, lima daripada aktivis tersebut ditembak sebanyak lima kali di kepala.

Pendedahan berkenaan dibuat berdasarkan bedah siasat yang menunjukkan kebanyakan mangsa ditembak dengan peluru sembilan milimeter dari jarak dekat.

Akhbar itu memetik kenyataan Naib Presiden Majlis Perubatan Forensik Turki, Yalcin Buyuk yang melakukan bedah siasat ke atas sembilan aktivis tersebut.

Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa anggota-anggota komando berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserang oleh aktivis dengan pisau dan belantan, manakala dua pucuk pistol mereka dirampas.

Menurut keputusan bedah siasat itu, seorang aktivis Turki, Ibrahim Bilgen yang berumur 60 tahun ditembak empat kali di dada, pinggul, pelipis dan belakang badannya.

Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan Turki, Fulkan Dogan yang berumur 19 tahun pula ditembak lima kali dari jarak kurang 45 sentimeter di muka dan belakang kepala. Selain dua kali di kaki dan sekali di belakang badannya.

Dua lagi aktivis lelaki ditembak sebanyak empat kali.

Menurut Yalcin, lima orang yang mati itu ditembak sama ada di belakang kepala atau di belakang badan.

Beliau berkata, seramai 48 yang lain cedera akibat ditembak dan enam aktivis masih hilang.

Kapal itu membawa kira-kira 700 orang semasa diserbu oleh anggota-anggota komando di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.

Menurut seorang jurucakap Kedutaan Israel di London: "Memetik picu senjata api dengan pantas akan menyebabkan beberapa peluru yang sama berada pada tubuh manusia. Tetapi ia tidak dapat mengubah fakta bahawa komando-komando itu berada dalam situasi yang mengancam nyawa." – Reuters

Kredit : http://www.kosmo.com.my

Saturday, June 5, 2010

Kemarahan bergema di Kota London.

2008-12-28T121836Z_01_ACAE4BR0Y7400_RTROPTP_2_OEGTP-PAL-EGY-BLOCKADE-SK2

Sabtu, 05/06/2010 – Penduduk Britain yang prihatin dan marah dengan kekejaman tentera rejim Israel merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah kota London pada 5 Jun 2010. Emosi para aktivis pro-Palestine serta rakyat kebanyakan semakin membara berikutan kedegilan pihak berkuasa Israel yang masih menyekat kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pembunuhan kejam para aktivis keamanan di atas kapal Marvi Marmara baru-baru ini.

Pihak yang telibat dalam penganjuran demonstrasi ini adalah Friend of Al-Aqsa, British Muslim Initiative, Viva Palestina, Stop The War Coalition, CND dan Palestine Solidarity Campaign (PSC). Pertubuhan-pertubuhan ini adalah enam organisasi pro-Palestine yang terbesar di Britain.

Betty Hunter, Ketua Setiausaha PSC berkata, “Tindakan tidak bertamadun dan kejam tentera rejim Israel telah membangkitkan kemarahan rata-rata rakyat Britain untuk keluar menunjukkan penentangan mereka ke atas tindakan kerajaan Israel itu. Demonstrasi ini juga akan memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah mereka ke atas pembunuhan kejam aktivis yang tidak bersalah dan sekatan haram ke atas Gaza.

Kata Lindsey German dari Stop The War Coalition, “Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian baru-baru ini adalah, penggunaan kekerasan ketenteraan yang keterlaluan tidak mungkin sama sekali boleh membawa kepada keamanan atau keadilan. Tindakan tentera rejim Israel membunuh aktivis keamanan yang tidak bersalah serta melalukan sekatan haram ke atas Gaza hanya akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi keganasan. Hanya satu solusi untuk permasaalahan ini iaitu bumi Palestine mesti dibebaskan!.” Stop the War Coalition adalah organisasi anti peperangan yang terbesar di Britain.

Selain itu CND, organisasi yang paling lantang mengkritik keupayaan nuklear kerajaan Israel dan penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan Israel terhadap penduduk Palestine, berkata melalui pengerusinya, Kate Hudson:

“Penghalang utama keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah keengganan kerajaan Israel melucutkan keupayaan persenjataan nuklear mereka. Ini boleh mengakibatkan berlaku perlumbaan persenjataan nuklear dan kegagalan kerajaan Israel menyelesaikan konflik di Palestine secara aman akan memburukkan lagi keadaan di sini.”

Dalam pada itu, menurut British Muslim Initiative, “Pembunuhan kejam aktivis kemanusiaan yang berlaku di perairan antarabangsa baru-baru ini merupakan satu jenayah perang. Justeru itu, rejim penjenayah perang Israel mestilah dikenakan tindakan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan satu masa dahulu. Kami mendesak mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah perang ini dihadapkan ke muka keadilan secepat mungkin!.” British Muslim Initiative adalah organisasi bebas di Britain yang menyuarakan pandangan masyarakat Islam di sini.

Sementara itu, jurucakap dari Viva Palestina di laporkan berkata, “Serangan Israel ke atas flotilla bantuan kemanusiaan baru-baru ini adalah pembunuhan berdarah yang sangat kejam seperti mana kejadian pembunuhan yang berlaku di Soweto dan Sharpville. Penindasan, serangan dan kekejaman ke atas Gaza mesti dihentikan!.” Viva Palestina adalah organisasi yang telah berjaya membawa masuk bertan-tan bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan darat sebelum ini. Ia menyokong penuh usaha demonstrasi yang akan di adakan pada hari sabtu nanti.

Akhir sekali, Ismael Patel, Pengerusi Friend of Al-Aqsa berkata, “Serangan ke atas kapal Marvi Marmara adalah sangat kejam dan masyarakat dunia bertanggungjawab memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam kejadian ngeri itu. Kami menyeru kerajaan Britain mengetuai usaha murni ini.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

 

Kredit : http://palestinkini.info/

Sheikh Raed Salah: Israel mahukan saya mati

raed

Sabtu, 05/06/2010 – Ketua Pergerakan Islamis di wilayah yang dijajah Palestin, Sheikh Raed Salah, mengesahkan bahawa tentera dari unit komando telah cuba untuk menghapuskannya semasa beliau berada di atas kapal armada yang cuba memecah kepungan di Gaza. Beliau menambah ketika berada di dalam mahkamah Israel, “Tentera Israel mencari saya dengan teliti dan melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang kelihatan sama seperti saya yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk membunuh saya, yang akhirnya mereka yang tidak berdosa terbunuh serta merta.”

Media berbahasa Hebrew telah menwar-warkan yang Sheikh Raed Salah berada di dalam keadaan cedera parah dan di bawa ke hospital beberapa jam selepas serang pembunuhan beramai – ramai yang mana disangkal oleh isteri beliau dan yakin yang tercedrea adalah orang lain dan bukan suaminya.

Beliau menekankan bahawa tindakan seperti lanun terhadap armada kebebasan adalah satu jenayah, tambah beliau lagi ” menjadi hak kami untuk mempertahankan diri, dan menjadi tanggungjawab kami mempertahankan yang lemah”, merujuk kepada kapal yang berada di bawah seliaan Turki dan negara itu harus menyokong sesiapa sahaja yang berada di atas kapal tersebut.

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  bob

Kredit : http://palestinkini.info/