Tuesday, August 31, 2010

Haniyeh : Rakyat Palestin tidak akan benarkan perunding ketepikan hak-hak tanahair mereka

Selasa , 31/08/2010 – Ismail Haniyeh, Perdana Menteri dari pihak Hamas yang mentadbir Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak sesekali membenarkan para perunding (perjanjian damai) untuk mengabaikan hak-hak tanahair mereka.

Haniyeh mengeluarkan kenyataan itu dalam satu festival Ramadhan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan kebajikan di Genting Gaza yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga-keluarga para tahanan politik Palestin,serta keluarga mereka yang cedera dan dibunuh oleh tentera rejim Zionis.

Pegawai Hamas mengkritik keputusan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bersetuju untuk menyambung rundingan damai dengan kerajaan rejim Zionis pada bulan depan di Washington. “Tiada seorang perunding pun yang berhak menyerahkan Jerusalem dan hak-hak tanahair Palestin,” kata Haniyeh di hadapan 5 ribu orang yang menghadiri festival itu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Stesen janakuasa Gaza beroperasi semula selepas rundingan Hamas

Selasa , 31/08/2010 – Satu-satunya stesen janakuasa di Genting Gaza beroperasi semula pada Rabu lepas selepas pihak pentadbiran Hamas mencapai persetujuan tentang pembayaran bahan api dengan seterunya, PA. Sumber kedua-dua pihak mengesahkannya.

“Bahan api telah digunakan di stesen janakuasa elektrik pada hari ini, membolehkan turbin kedua beroperasi dan seterusnya membenarkan elektrik dijanakuasa semula,” kata Suheil Skeik, ketua syarikat penyaluran kuasa elektrik Gaza. Pada Selasa lepas, pejabat Perdana Menteri (PA) Palestin, Salam Fayyad berkata agensi kelolaan Skeik

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Israel menutup masjid Ibrahimi selama 10 hari. Pandatang Yahudi dibenarkan memasukinya manakala Muslim dihalang.

Isnin , 30/08/2010 – Pihak berkuasa penjajah Israel mengumumkan semalam bahawa Masjid Ibrahimi di Hebron akan dibuka sepenuhnya sebelum penduduk Israel mendudukinya di bulan suci Ramadhan, sempena menyambut hari ”pengampunan” Yahudi. Pada acara itu, masjid itu akan ditutup sepenuhnya kepada penganut Muslim.

Radio Israel mengatakan bahawa tentera regim zionis membenarkan pembukaan masjid itu khusus untuk pendatabg Yahudi selama tempoh sepuluh hari bermula dengan Tahun Baru Yahudi dan diakhiri dengan Hari Perdamaian (Hari Pengampunan). Radio regim Israel menambah bahawa keputusan itu dibuat atas permintaan yang diajukan oleh panjajah Yahudi, Lembaga Daerah Kiryat Arba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

kredit: http://palestinkini.info/

Monday, August 30, 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Penutup program IHRAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan puji syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kesempatan untuk meneruskan puasa kita pada bulan yang mulia ini. Semoga segala ibadah yang kita jalani bukanlah hanya sia-sia sekadar menahan makan dan minum, insyaAllah.

Di bulan mulia ini juga kita di anugerahkan dengan satu perkara yang amatlah berharga menurut saya. Tidaklah mampu untuk kita mengungkapkan betapa pentingnya ia di dalam hidup kita. Apakah ia? Itulah Al-Quran Al-Karim. Jadi di kesempatan ini, setelah beberapa minggu kita menjalankan tadarus bersama-sama yang mampu meningkatkan rasa cinta kepada kitab panduan hidup, semoga ia juga mampu merapatkan ukhuwah kita. insyaAllah.

Jadi!

Marilah sama-sama kita sertai program ini, [mungkin setahun sekali kot buat?]

Majlis Khatam Al-Quran serta Iftar Jami'e Penutup program IHRAM

Tarikh : 2 September 2010
Masa : Jam 4 petang sehingga selesai
Tempat : Aula Bale 4

Tentatif:

4.00pm : Majlis Khatam Al-Quran
5.15pm : Tayangan video / kuiz
5.50pm :Azan Maghrib dan berbuka puasa
6.10pm : solat maghrib
6.25pm : Tazkirah
7.10pm : Solat Isya
7.25pm : Solat terawih
8.15pm : Bersalam-salaman
8.30pm : Program tamat

Peserta di ingatkan untuk berwudhu dahulu dan membawa sejadah sendiri.

Untuk info lebih lanjut dan pendaftaran, sila contact wakil masing-masing:

Fk07 - Jamaluddin 081802057056
Fk08 - Fatin Zulaikha 081910580572
Fk09 - Mahirah 08170205770
Fk10 - Zarin 087822149629
Twp08 - Firdaus 083820573248
Twp09 - Ummi 087821067927
Twp10 - Qofa 085721258526


Semoga kita lebih memperbanyakkan ibadah kita di 10 malam terakhir ini!!!
Yuk, semangat!

Saturday, August 28, 2010

Cry No More






Marilah sama-sama kita memperbanyak amalan kebaikan terutamanya ketika bulan Ramadhan ini.
                               2:82
Al Baqarah,2:82 = And those who believe (in the Oneness of Allah - Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, they are dwellers of Paradise, they will dwell therein forever.

Saturday, August 21, 2010

Pendatang haram Yahudi perluas kempen memanipulasi Wikipedia

Sabtu, 21/08/2010 – Sumber terbuka internet, ensiklopedia yang boleh diedit oleh penggunanya iaitu Wikipedia menjadi sasaran kerajaan haram Zionis dan NGO Yahudi sejak ianya mula diperkenalkan bagi memanipulasi isi kandungannya untuk tujuan melaksakan agenda Yahudi. Pada minggu ini, pendatang haram Yahudi melancarkan satu kursus untuk penduduk haram Israel yang berpihak sayap kanan dan berminat untuk membantu memanipulasi kandungan ensiklopedia tersebut.

Kursus terbabit yang diadakan di Jerusalem merupakan anjuran Majlis Yesha pendatang haram Yahudi dan kumpulan sayap kiri Yahudi, Israel Sheli. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa penyokong utama pembinaan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah yang dirampas dengan kejamnya daripada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kira-kira 50 orang penyokong sayap kanan, termasuklah pengamal media yang tinggal di penempatan haram Yahudi menyertai kursus terbabit, yang mengajar bukan sahaja cara-cara untuk memanipulasi struktur dan gaya terbuka Wikipedia bagi mengetengahkan sejauh mungkin agenda politik Yahudi, malah turut juga mengajar cara-cara untuk profil mereka tidak dikesan bagi membolehkan mereka menyertai pihak pengelola laman terbabit.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Tuesday, August 17, 2010

Mesir menjumpai 17 terowong pada Khamis lalu.

Selasa, 17/08/2010 – Pihak keselamatan Mesir telah menemui 17 buah terowong semasa kempen keselamatan besar-besaran pada Khamis lalu, menurut sumber tempatan.  Sumber tempatan melaporkan terowong itu didapati kosong ketika pasukan keselamatan Mesir menemuinya.  Sumber juga mengatakan 15 daripada 17 terowong itu digunakan untuk menyeludup bahan binaan seperti semen dan baja.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

kredit: http://palestinkini.info/

Monday, August 16, 2010

IHRAM - MABIT ( Malam Bina Taqwa )

Assalamualaikum w.b.t...

Program IHRAM diteruskan lagi dengan MABIT - MAlam BIna Taqwa yang bakal menyusul beberapa hari lagi.Kepada warga UNPAD Muslim,anda dialu-alukan untuk sama-sama menyertai kami menghidupkan malam Ramadhan yang penuh berkah.Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh      : 21 Ogos 2010 (pagi Sabtu)
Masa        : 3.00 am - 5.00 am
Tempat     : Masjid Ibnu Sina
Program   : MABIT (Malam Bina Taqwa) 
Bayaran   :Rp5000



Tentatif
3.00 am    : Kedatangan pelajar
                    Qiam
3.45 am    : Sahur bareng(bersama)
4.30 am    : Solat Subuh Jemaah
                   Tazkirah
 5.00 am   : Bersurai

"dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat
tambahan bagimu. mudah-mudahan tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji." (al-isra`:79) 

Pengangkutan akan disediakan kepada mereka yang tinggal berjauhan dan mempunyai masalah dari segi pengangkutan.Sila maklumkan kepada wakil angkatan masing-masing.

Diharap semua pelajar menepati masa dan jangan lupa bawa bersama sejadah.Sila beri nama anda kepada wakil-wakil di bawah bagi memudahkan persiapan dilakukan oleh panitia.

wakil-wakil angkatan.

TWP 08 : Firdhaus
TWP 09 : Ummi
TWP 10 : Qofa
FK 07    : Jamal
Jom sertai IHRAM`10.. =)


Saturday, August 14, 2010

Harga Sebuah Tauhid Dan Suci Diri

“Hello Imam…!” seorang wanita bercakap di telefon.

“Hai. Assalamualaikum!” saya menjawab.

“Err… Mr. Imam, I wanna share with you a good news of mine. I just got married!” kata wanita itu.

Saya mengagak beliau berketurunan India atau Pakistan walaupun loghat Celtic beliau agak pekat.

“Alhamdulillah. Congratulations! What can I do to help you? Anything you need from our Mosque?” saya melayan keceriaan luar biasanya.

“Indeed. I do need your help. I want you to attend our wedding in Derry to bless our wedding reception” katanya.

“Oh, I see. May I know the details?” saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Ah, of course. My husband Micheál is from Derry. We got married and registered in Florence, Italy. We want the reception to be done according to Islam and Catholicism. The reception will be held in a church over there. By the way, I’m calling from Manchester” jelas wanita itu lagi.

“Is he a Moslem?” saya meneruskan ‘siasatan’.

“Err… no he is not. He’s Catholic. Aren’t we allowed to marry a Catholic? You know, the ‘People of the Book’!” wanita itu agak terkejut dengan soalan saya.

SALAH FAHAM TENTANG PERKAHWINAN AHLI KITAB

Seperti yang saya jangkakan, wanita ini berkahwin dengan lelaki tersebut dalam bentuk yang bermasalah. Saya jelaskan kepada beliau, jika peruntukan berkahwin dengan Ahli Kitab mahu diguna pakai sekali pun, kebenaran itu hanya untuk lelaki Muslim berkahwin dengan wanita Kitabiyyah dan tidak sama sekali untuk wanita Muslimah mengahwini lelaki Ahli Kitab.

“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” [Al-Ma'idah 5: 5]

Ayat ini membina hukum mengharuskan perkahwinan lelaki Muslim dengan Kitabiyyah. Akan tetapi ia tidak sama sekali bermaksud wanita Muslim juga boleh mengahwini lelaki Ahli Kitab kerana peruntukan hak memimpin, nisbah nasab anak-anak kepada bapa dan Qawamah lelaki ke atas perempuan yang berada di bawah tanggungan serta penjagaannya.

Di kalangan ulama yang mengekalkan keharusan peruntukan lelaki Muslim mengahwini wanita Kitabiyyah, banyak perincian diambil kira daripada aspek persekitaraan, manfaat dan mudarat, apakah wanita itu muhsanah (memelihara maruah diri, tidak mengamalkan seks bebas) atau tidak, malah dinilai sama ada wanita Kitabiyyah itu Zimmiyyah atau Harbiyyah dan banyak lagi. Semuanya demi mempertimbangkan sejauh manakah dominasi Islam dalam perkahwinan tersebut terhadap hak suami yang Muslim mengamalkan agamanya dan jaminan anak-anak dibesarkan sebagai Muslim. Kerana itulah ruang sempit pada mengharuskan perkahwinan antara Islam dan agama Kitabiyyah ini, hanya diperuntukkan kepada lelaki Muslim mengahwini wanita Kitabiyyah dan bukannya wanita Muslimah mengahwini lelaki Ahli Kitab.

JALAN MATI

“Jadi, Imam tidak bolehlah datang untuk memberkati majlis perkahwinan kami nanti?” tanya wanita itu.

“Sehingga Micheál memeluk Islam, barulah perkahwinan boleh berlaku. Ada pun keadaan semasa anda, perkahwinan itu tidak sah menurut peraturan Islam secara konsensus!” saya memuktamadkan penjelasan.

“Imam rasa, kalau saya cuba hubungi masjid lain, apakah ada kemungkinan saya mendapat pendapat yang berbeza?” wanita itu menyambung soalan.

Panas telinga saya mendengar soalan yang satu ini.

“Masjid yang mengamalkan Islam yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, tidak akan memberikan pendapat yang berbeza daripada apa yang saya terangkan tadi. Perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita Kristian, ada beberapa panduan yang diguna pakai di masjid kami pada menguruskan cabaran ini. Tetapi perkahwinan wanita Muslimah dengan lelaki Kristian, saya tidak dapat berbuat apa-apa. I’m sorry mam, err… miss!” saya tersasul membahasakan dirinya.

Sepi…

Wanita itu termenung barangkali.

“Err… ok. Thanks for your help” wanita itu menamatkan perbualan kami.

“My pleasure. Take care sis, Assalamualaikum” saya menyudahkan dialog kami dengan doa dan salam.

UJIAN REALITI KEHIDUPAN

Memulakan tugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre sungguh mencabar. Mendepani generasi Muslim ketiga yang sudah menjadi rakyat Britain dan Ireland, ketika mana saya adalah Imam sepenuh masa pertama yang ditugaskan di situ, sesungguhnya saya mewarisi sebuah legasi turun temurun yang amat bersimpang siur.

Mengendalikan kes Muslim vs Ahli Kitab memerlukan saya untuk keluar daripada pendapat tanpa dhawabit (garis panduan prinsip) yang lazim berlaku di tanah air tentang isu ini. Di negara kita, Ahli Kitab mungkin lebih kepada sebuah isu. Kita tidak mendepaninya secara realiti. Atau terlalu dimomokkan dengan masalah kahwin campur di negara jiran, Indonesia.

Tetapi mastautin saya selama 6 tahun di negara Barat memerlukan saya untuk lebih teliti menelusi 1001 perbezaan pendapat yang berlaku seawal zaman Sahabat hinggalah ke hari ini, tentang implimentasi peruntukan hukum yang terdapat di dalam Surah al-Ma’idah ayat ke-5 itu. 

Alasan bahawa Ahli Kitab sudah tidak wujud pada hari ini semata-mata dengan hujah Injil dan Taurat yang ada sudah terseleweng, tidak boleh dijadikan satu-satunya sudut menentukan hukum. Hakikatnya, penyelewengan itu sudah sedia berlaku di zaman penurunan al-Quran. 

Semasa Allah Subhanahu  menghukumkan kafir kepada mereka yang mengganggap Isa sebagai Tuhan atau Uzair sebagai anak Allah, ketika itu jugalah Surah al-Ma’idah ayat 5 itu diturunkan.

Penilaian tentang sama ada hari ini masih wujud atau tidak Ahli Kitab, memerlukan kepada pandangan yang lebih menyeluruh. Malah pandangan itu tidak hanya berkisar tentang persoalan hukum Fiqh semata-mata, sebaliknya keadaan persekitaran mesti diambil kira. Sebagaimana para sahabat menolak status Ahli Kitab kaum Arab Bani Taghlib, juga Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu mengarahkan beberapa sahabat yang mengahwini wanita Kitabiyyah menceraikannya kerana keadaan semasa yang boleh mencetuskan kemudaratan, maka demikian jugalah pada hari ini, tindakan-tindakan yang berbeza di peringkat implimentasi mesti diambil kira.

Andai keharusan itu mahu diimplimentasikan sekali pun, saya perlu mempertimbangkan banyak aspek.

Adakah wanita itu Kristian atau agnostik malah atheist?

Adakah beliau muhsonah atau pengamal seks bebas?

Sejauh mana kuatnya agama bakal suami yang Muslim itu?

Bagaimanakah persetujuan mereka berdua tentang cara anak-anak dibesarkan nanti? Islam? Kristian? Bebas?

Siapakah pula wali perempuan Kitabiyyah itu? Bapanya yang Kristian? Berwalikan Hakim? Atau bagaimana?

Bagaimanakah pula bentuk lafaz ijab dan qabul?

Bagaimana pula mekanisme sokongan dan bantuan masjid?

Syukur Alhamdulillah, walaupun perkahwinan antara Muslim dengan wanita Kitabiyyah tidak boleh saya hentikan secara serta merta, namun dengan peraturan-peraturan yang diperketatkan, serta menyiasat latar belakang lelaki yang mahu memperisterikan seorang wanita muhsanah Kristian, kesan-kesan negatif daripada perkahwinan yang berisiko tinggi ini semakin berjaya diminimumkan.

Di satu sisi lain, kaedah terbaik untuk menyebarkan Islam, adalah tetap melalui DAKWAH berplatformkan pergaulan dan pendidikan.

HARGA DIRI

Namun tersentuh juga hati saya memikirkan sesuatu. Biar pun agama Kristian dan Yahudi itu mengalami banyak penyelewengan, namun harga TAUHID dan SUCI DIRI (MUHSANAH) menjadi sendi keharusan lelaki Muslim mengahwini wanita Kitabiyyah. Bagaimana pula perihalnya anak-anak gadis Muslim kita yang hari ini Tauhidnya entah ke mana dan kesucian diri dan daranya sudah tidak dianggap berharga lagi?

Tidakkah besar musibah di depan mata ini?

Saya tidak faham jika ada yang berkata, “tak tahulah apa nak buat. Tak ada kerja!”

Allahu Akbar!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan


1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.
6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.
8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.
9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

Friday, August 13, 2010

File 4shared IMAN.


Bismillahirrahmanirrahim.

Sebagai salah satu alternatif dalam perkongsian ilmu sesama kita, IMAN telah membuat akaun 4shared, untuk memudahkan para mahasiswa memuat turun file - file program - program IMAN.

Berikut adalah link - link untuk memuat turun file - file tersebut.
InsyaAllah senarai ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daurah Kepentingan Dakwah & Tarbiyah, Sabtu 18 Disember 2010, Masjid Ibnu Sina UNPAD
Slide 1 - Kepentingan Tarbiyah
Slide 2 - Keutamaan & Kepentingan Dakwah


MARS7
(Mars adalah singkatan dari Majalah Remaja Sempoi, terbitan bulanan dari iluvislam.com
IMAN tidak mengambil apa - apa keuntungan dari link ini, sekadar untuk menggalakkan lagi penyebaran artikel - artikel bermanfaat buat semua.)


Reminder For Ramadhan '10 (REFORM)
http://www.4shared.com/document/DOQn08Xh/Risalah_Puasa_by_Ust_Suherman_.html

Tuesday, August 10, 2010

JADUAL TADARUS AL-QURAN SEMPENA PROGRAM IHRAM 2010/1431H

KAWASAN            POPULASI(±)          JUZUK TADARUS                PEMANTAU
ALPINA                        40                                    1                               AKMAL FK’08
BALE                             41                                  2-8                     QOFARUDDIN TWP’09
CIKUDA                       17                                  9-11                     JAMALUDDIN FK’07
CISEKE                         21                                 12-15                     HAIKAL FK’08
MULANA                      50                                 15-23                          WAN TWP’08
SUKAWENING            50                                  24-30                          ARIF FK’07

Perhatian!!!
• Setiap kosan DIWAJIBKAN melaksanakan pembacaan Tadarus Al-Quran mengikut juzuk-juzuk yang telah ditetapkan.

• Untuk melancarkan lagi program ini,setiap kosan boleh melantik seorang ketua/pemantau bagi setiap kosan.

• Setiap ketua/pemantau yang dilantik perlu membahagikan juzuk yang telah diberikan kepada setiap ahli dan memastikan setiap ahli mengambil bahagian.

• Pembacaan Tadarus ini perlu dihabiskan SEBELUM 02 September 2010 (Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada 02.09.2010 di FK).

• Sebarang maklumat terbaru akan diberitahu kelak. Harap maklum.

"Bacalah Al-Quran sebab kelak pada hari kiamat ia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya" (HR Muslim)

Sempadan Gaza Mula Dibuka

Selasa , 10/08/2010 – Jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap sempadan dan laluan di Jaluran Gaza menyatakan bahawa 516 penumpang meninggalkan Jaluran Gaza menerusi Rafah pada hari Sabtu, manakala 31 yang lain pula telah kembali.

Jawatankuasa tersebut mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa 681 orang yang terkandas di Mesir dan luar negara telah berjaya pulang menerusi laluan Rafah hari ini. Pihak berkuasa Mesir membuka laluan di Rafah untuk kes-kes kemanusiaan yang dibenarkan berikutan peristiwa berdarah armada kebebasan yang mengakibatkan kematian 9 warga Turki dan mencederakan puluhan warga negara lain yang sama-sama memperjuangkan kebebasan Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

kredit: http://palestinkini.info/

Aktivis “Miles of Smiles 2″ akan Tiba di Gaza

Selasa , 10/08/2010 – Hal ini dijadualkan bahawa penyokong konvoi perubatan Eropah, “Miles tersenyum 2,” akan tiba di Gaza Sabtu malam, Ahmed Yousef, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan untuk Memecah Pengepungan berkata.

Para penyokong yang akan memasuki Jaluran Gaza tiba di bandar Al-Arish Mesir Jumaat, dalam perjalanan mereka melalui pengkalan Rafah untuk masuk ke Gaza yang dikepung. Penyelaras Media Konvoi Rashad Al-Baz mengatakan bahawa sekitar 45 penyokong datang dari pelbagai negara Eropah, di antaranya empat orang ahli parlimen Britain.

Jurucakap itu mengatakan sekitar 50 ambulans, ubat-ubatan, peralatan perubatan bernilai satu juta Euro itu akan dihantar ke Gaza yang merupakan sumbangan dari pelbagai agensi Eropah dan amal. Penganjur konvoi ini adalah Pertubuhan “Rakan Keamanan dan Pembangunan untuk Palestin di Eropah” , Al-Baz ditambah.  Konvoi “Miles of Smiles” yang pertama membawa 100 lori kecil sarat dengan bantuan perubatan dan hampir 260 kerusi roda di samping sejumlah ambulans, 102 kereta untuk pengangkutan orang-orang cacat dan komputer bagi sekolah untuk Gaza November lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

kredit: http://palestinkini.info/

Monday, August 9, 2010

IHRAM MEMBUKA TIRAI- Pembukaan dan iftar

Assalamualaikum w.b.t..

Kepada semua Muslim UNPAD,IHRAM atau IHya` RAMadhan akan membuka tirai dengan acara pembukaan dan iftar( buka puasa bareng) bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan penuh berkat.Berikut adalah tentatif program,

Tentatif program
5.00 pm   : Kedatangan para pelajar.
5.45 pm   :  Buka puasa bareng
                  Solat Maghrib
                  Tazkirah
7.00 pm  : Solat Isya`
                 Tarawih ( 8 rakaat )
                 Acara pembukaan
8.30 pm  : Bersurai

Tarikh    : 12 Ogos 2010 (khamis)
Tempat   : A.4.1
Masa      : 5.00 pm - 8.30 pm
Bayaran : Rp 7000





Kepada yang masih belum memberi nama,sila serahka kepada wakil angkatan masing-masing.

Sila tepati masa dan jangan lupa bawa bersama anda sejadah untuk solat jemaah.Bagi memudahkan anda,ambil terus wudhu` dari rumah.

contact persons,
Wan Twp08 : 087821272411
Kamariah Twp 09 : 087821068571

Saturday, August 7, 2010

230 orang pendatang Yahudi tiba di Palestin yang dijajah.

Jumaat , 06/08/2010 - Seramai 230 orang pendatang Yahudi dari negara-negara Amerika Selatan telah tiba di Israel pada pagi hari ini. Perpindahan ini diusahakan oleh sebuah pertubuhan yang berminat untuk memindahkan orang Yahudi ke Israel dan membina lebih banyak lagi penempatan di atas tanah Palestin yang dirampas oleh mereka.

Memetik kata akhbar Ibrani “Haaretz” : “Perjalanan pendatang Yahudi telah bermula dari lapangan terbang John F. Kennedy di New York sehingga mereka tiba ke Lapangan Terbang Ben Gurion pagi ini”. Majlis yang gilang gemilang yang disertakan bersama kata-kata ucapan dari Shimon Perez iaitu presiden negara haram tersebut; diadakan untuk menyambut ketibaan mereka. Kemeriahan majlis tersebut diserikan lagi dengan upacara konsert.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada

kredit: http://palestinkini.info/

Wednesday, August 4, 2010

Demonstrasi Boikot Israel di Perkampungan Bil’In; 2 Cedera

Rabu , 04/08/2010 - Seramai 200 warga Palestin, Israel dan pelbagai negara termasuk sekelompok pemuzik hip-hop dari US dan Britain telah menyertai demonstrasi protes pada petang Jumaat bertempat di Perkampungan Bil’in di Palestin. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar memboikot Israel bagi menghentikan amalan dasar apartheidnya.

Diiringi nyanyian, para pemprotes membawa sepanduk-sepanduk menggesa Israel merobohkan tembok yang sedang dibina melalui kawasan pertanian penduduk Bil’in dan juga banyak kawasan lain di Palestin. Mereka merayu masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan daripada segi ekonomi menerusi kaedah boikot dan sekatan ekonomi. Usaha ini bertujuan menekan Israel agar mengakhiri penjajahannya di Palestin dan juga memberikan hak sama rata kepada semua warga Palestin seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa.

Demonstrasi aman tersebut bermula dengan perarakan dari pertengahan kampung ke kawasan di mana rejim Israel sedang membina Tembok Pencerobohan di atas tanah perkampungan. Saksi mata mengatakan, tentera-tentera Israel yang berkawal menyembur gas pemedih mata berkelajuan tinggi serta peluru getah kepada para peserta demonstrasi. Salah satu peluru getah mencederakan seorang pendemonstrasi warga Israel. Manakala seorang pemprotes dari Great Britain pula diheret di atas tanah oleh tentera-tentera Israel lalu menyebabkan kecederaan belakang dan juga pendarahan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

kredit: http://palestinkini.info/

Jet Israel Bom Rafah

Rabu , 04/08/2010 - Pesawat pejuang Israel mengebom hari ini dua lokasi yang berbeza yang terletak di selatan Jaluran Gaza tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom sebuah peluru berpandu di zon bebas di ‘timur Khan Younis, dan barat terowong Abassan kem pelarian Yebna di Rafah Jaluran Gaza selatan.

Gaza telah menyaksikan peningkatan serangan baru-baru ini selepas siri serangan terhadap sasaran-sasaran Israel di seluruh Gaza yang menyebabkan kematian pemimpin Briged Qassam dan mencederakan 20 warga Palestin, sementara beberapa kumpulan Palestin membalas dengan menembak roket buatan sendiri di bandar-bandar Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

kredit:http://palestinkini.info/

Tuesday, August 3, 2010

IHya` RAMadhan - IHRAM.(EDITTED)

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di bumi Wali Songo ini,IMAN akan mengadakan IHya` RAMadhan - IHRAM yang bakal berlangsung bermula dari hari pertama puasa 11 Ogos 2010  (Rabu ) sehingga 2 September (Khamis).

Jadi,bagi yang tidak pulang ke Malaysia untuk menyambut Ramadhan,anda dijemput hadir bagi sama-sama menghidupkan hari-hari di sepanjang bulan yang penuh berkah ini.

Berikut merupkakan antara program yang bakal dijalankan.

Tarikh    : 11 Ogos 2010 (Rabu)- ditukar kepada 12 ogos 2010(khamis)
Tempat  : A.4.1 (bukan Bale 4 ya)
Masa     : 5.00 pm - 8.30 pm
Program : Majlis Pembukaan dan Iftar (buka puasa bareng)
Bayaran : Rp 7000

Tentatif program
5.00 pm  : Kedatangan para pelajar.
5.45 pm  :  Buka puasa bareng
                  Solat Maghrib
                  Tazkirah
7.00 pm  : Solat Isya`
                Tarawih ( 8 rakaat )
                Acara pembukaan
8.30 pm  : Bersurai


Tarikh     : 21 Ogos 2010 (pagi Sabtu)
Masa      : 3.00 am - 5.00 am
Tempat   : Ibnu Sina
Program : MABIT (Malam Bina Taqwa) 


Tentatif
3.00 am : Kedatangan pelajar
                 Qiam
3.45 am : Sahur bareng(bersama)
4.30 am : Solat Subuh Jemaah
                 Tazkirah
 5.00 am : Bersurai


Tarikh     : 31 Ogos 2010 (Selasa )
Masa      : Mengikut kosan
Tempat   : Mengikut kosan
Program  : Cry No More

wakil-wakil kosan
Sukawening
Arif @ Pok Che Fk07 (K)
Mahirah FK09 (P)

Mulana
Faiz Twp08 (K)
Farhana Nasir FK07 (P)

Cikuda
Mustaqim FK09 (K)
Najiha FK08 (P)

Alpina
Ahmad Akmal FK08 (K)
Suhaila FK08 (P)

Belakang Alfamart
Haikal FK08 (K)
Safuraa FK08 (p)

Tarikh    : 2 September 2010 ( Khamis)
Masa     : 4.00 pm - 8.00 pm
Tempat  : Bale 4
Program : Iftar
                Nuzul al-Quran (bacaan tilawah akan dibahagi megikut kosan)
                Majlis Penutup

Aturcara 
  
4.00 pm : Kedatangan para pelajar
                  Bacaan tadarus beramai-ramai
5.45 pm : Iftar-buka puasa
                Solat Maghrib jemaah
                Tazkirah
7.00 pm : Solat Isya Jemaah
                  Solat Tarawih Jemaah
                  Majlis Penutup
8.00 pm : Bersurai




error : acara ditukar pada 12 ogos 2010 di A.4.1 dan bukan bale 4
        
Marilah sama-sama kita megimarahkan bulan Ramadhan kali ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya dan menjadi `booster` untuk kita menghadapi bulan-bulan yang akan datang.









“ Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya.” ( Bukhari & Muslim )-hadith Qudsi


Kepada yang berminat untuk sertai,sila beri nama kepada wakil-wakil berikut,

TWP 08 : Firdhaus
TWP 08 : Ummi
TWP 10 : Qofa
FK 08    : Duha
FK 07    : Jamal
FK 09    : Mahir


Semua pelajar diharapkan dapat menepati waktu kerana program akan dijalankan mengikut tentatif yang telah disediakan.

Jangan lupa bawa sejadah bersama anda ya.Semoga segala usaha mendapat keberkatan dari Allah.insyaAllah.

Sebarang pertanyaan,boleh langsung kepada mana-mana ahli IMAN.
AHLAN WAHSALAN YA RAMADHAN.

contact person : KAMARIAH TWP 09 : 087821068571 

p/s : maaf..sila ambil perhatian bahawa acara pada 11 ogos 2010 ditukar kepada 12 ogos 2010 di A.4.1

Monday, August 2, 2010

Cameron: Sekatan Gaza mesti ditarik balik

Isnin ,  02/08/2010 – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa Israel (rejim Zionis) patut serta-merta menarik balik sekatan yang dikenakannya ke atas Genting Gaza. Beliau turut menggambarkan Gaza sebagai penjara terbuka.

Cameron berkata ketika berucap di hadapan sekumpulan korporat di Ankara, “Mari perbaiki situasi di Gaza kerana ia mesti ditukar, kita tidak boleh dan tidak patut membiarkan Semenanjung Gaza terus menjadi penjara terbuka.” Dalam ucapan yang dibuat selepas pertemuannya dengan rakan sejawat dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, Cameron mempertahankan pendapatnya tentang situasi di Gaza. Beliau menjelaskan bahawa “walaupun terdapat sedikit perkembangan baik, kita masih berada dalam situasi di mana penduduk Gaza sukar untuk keluar dan masuk Gaza.” Tambahnya lagi, “sejak sekian lama kita telah menyokong pemberhentian sekatan dan kepungan ke atas Gaza dan sudah tiba masanya kita mesti bertindak untuk memastikan ianya terlaksana.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Amerika beri kata dua kepada Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Amerika hanya akan sokong Palestin jika pemimpin Palestin berbincang terus dengan pihak Zionis.

Barack Obama hanya akan memberi jaminan menyokong penubuhan Negara Palestin sekiranya Presiden PA, Mahmoud Abbas bersetuju untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung dokumen-dokumen dalaman Palestin yang terlepas ke tangan pihak media, The Associated Press pada Isnin lepas.

Abbas dan Netanyahu telah bermesyuarat secara tidak langsung sejak Mei lalu dengan perantaraan wakil Amerika, George Mitchell. Akhbar Haaretz melaporkan bahawa perbincangan ini dijadualkan akan berlangsung selama 4 bulan.

sumber : PNN
penterjemah : salwa

kredit: http://palestinkini.info/

Sunday, August 1, 2010

REminder FOr RaMadhan-REFORM

assalamualaikum w.b.t....

Bulan Ramadhan yang penuh berkah bakal tiba beberapa hari lagi.IMAN di bawah PKPMI-CB bakal mengadakan program REFORM-REminder FOr RaMadhan,sebuah talk(oleh ust soeherman) yang akan membincangkan pelbagai hal berkaitan puasa termasuklah fadhilat-fadhilat puasa,hukum dan perkara-perkara makhruh dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut :

Tarikh    : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Tempat  : A.3.3 Theatre
Masa     : 7.30 am - 11.30 am
Bayaran : Rp 3000




Tentatif Program


7.30am - 8.00am     : Pendaftaran
8.00am - 8.30am     : Pembukaan
8.30am - 9.30am     : SLOT 1
                                 -pengertian,fadhilat puasa -saintifik,hukum dan etc
9.30am - 10.00am   :Rehat
10.00am - 11.30am :SLOT 2
                                  -Fiqh Puasa
                                  -sesi soal jawab


Semua pelajar Muslim di UNPAD dijemput hadir.Marilah sama-sama kita melengkapkan diri kita dengan ilmu supaya kita yakin dengan segala ibadat yang kita jalankan,insyaAllah.Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah.



Segala persoalan tentang ibadat puasa boleh diajukan semasa sesi soal jawab.



Kepada yang berminat untuk sertai,sila beri nama kepada wakil angkatan masing-masing selewat-lewatnya pada 3 Ogos bagi memudahkan segala persiapan dijalankan.terima kasih.



Sebarang pertanyaan,boleh kepada mana-mana ahli IMAN.



contact person
Asyraf FK09    : 08170205772
Mahirah FK09 : 08170205770