Rabu , 04/08/2010 - Seramai 200 warga Palestin, Israel dan pelbagai negara termasuk sekelompok pemuzik hip-hop dari US dan Britain telah menyertai demonstrasi protes pada petang Jumaat bertempat di Perkampungan Bil’in di Palestin. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa agar memboikot Israel bagi menghentikan amalan dasar apartheidnya.
Diiringi nyanyian, para pemprotes membawa sepanduk-sepanduk menggesa Israel merobohkan tembok yang sedang dibina melalui kawasan pertanian penduduk Bil’in dan juga banyak kawasan lain di Palestin. Mereka merayu masyarakat antarabangsa agar mengenakan tekanan daripada segi ekonomi menerusi kaedah boikot dan sekatan ekonomi. Usaha ini bertujuan menekan Israel agar mengakhiri penjajahannya di Palestin dan juga memberikan hak sama rata kepada semua warga Palestin seperti yang termaktub di dalam undang-undang antarabangsa.
Demonstrasi aman tersebut bermula dengan perarakan dari pertengahan kampung ke kawasan di mana rejim Israel sedang membina Tembok Pencerobohan di atas tanah perkampungan. Saksi mata mengatakan, tentera-tentera Israel yang berkawal menyembur gas pemedih mata berkelajuan tinggi serta peluru getah kepada para peserta demonstrasi. Salah satu peluru getah mencederakan seorang pendemonstrasi warga Israel. Manakala seorang pemprotes dari Great Britain pula diheret di atas tanah oleh tentera-tentera Israel lalu menyebabkan kecederaan belakang dan juga pendarahan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada
kredit: http://palestinkini.info/
0 comments:
Post a Comment