Tuesday, May 25, 2010

tahniah!

Assalamualaikum wbt 

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..

mungkin ramai yang tertunggu-tunggu post kali ini,
iaitu berkaitan dengan unit terbaik dalam IMAN..

Alhamdulillah,
selepas perbincangan dan pertimbangan telah dilakukan,
unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5 (gabung 3 bulan terus) akan diumumkan..

sebelum itu,
setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli IMAN
tak kira unit apa sekalipun,
diatas komitmen dan semangat memberangsangkan yang telah diberikan
sejak dari keterlibatan anda hinggalah sekarang :)

yang baik kita kekalkan,
yang buruk kita betulkan..

ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian,
sama ada kita berada di tangga teratas,
atau di bawah
semua itu merupakan ujian dari Allah taala..

sekiranya kita mendapat kejayaan,
Allah akan menilai
sama ada kita akan lupa diri dan gagal untuk terus istiqamah,
atau kita mampu mengekalkan
malah menambah baik prestasi kita..

begitu juga kalau kita berada di bawah,
adakah kita akan putus asa atau terlalu cepat berpuas hati..
atau kita akan mengambil kegagalan itu sebagai ujian..

semua itu terpulang pada diri kita sendiri..
jadi harapnya,
lepasni semua akan terus semangat untuk berusaha keras,
moga Allah balas semua jasa kita :)

baiklah,
berikut merupakan keputusan unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5

tempat pertama
UPM (90%)

tempat kedua
UPMI (86%)

tempat ketiga
UDI (80%)

tempat keempat
UE (78%)

kriteria yang dinilai secara general adalah tugas-tugas bulanan unit, program/acara khusus unit, penilaian ketua, penolong dan ahli unit dari segi komitmen, semangat dan lain2   :)

p/s: markah tak jauh beza pun, jadi teruskan berlumba dalam melakukan kebaikan, ikhlaskan niat kerana Allahlah sebaik-baik pemberi ganjaran~

p/s2: pemenang unit terbaik akan diberi sedikit ccenderahati sebagai tanda penghargaan, jadi sama2 usaha untuk jadi yang terbaik untuk bulan2 akan datang :)

p/s3: mana-mana unit yang mendapat tempat terakhir sebanyak 2 kali berturut-turut juga akan diberi 'cenderahati' yang lebih istimewa..harapnya tiada unit yang akan mendapat cenderahati tersebut :p

p/s4: dengan izin Allah, keputusan yang telah dibincangkan ini adalah yang terbaik, dan tiada sebarang unsur berat sebelah atau penindasan telah dilakukan :D maaf atas segala salah dan silap~

p/s5: kepada yang sedang ujian dan bakal menduduki ujian, moga kita mendapat anugerah cemerlang juga dalam ujian kita sama ada di sisi makhluk di dunia dan lebih utama disisiNya..

5 comments:

AmalAdhwa said...

Alhamdulillah
Tahniah UPM~
keep up the good work!!

p/s: x leh bla p/s no 3 tu
XD

Ahmad Akmal said...

'sekiranya kita mendapat kejayaan,
Allah akan menilai
sama ada kita akan lupa diri dan gagal untuk terus istiqamah,
atau kita mampu mengekalkan
malah menambah baik prestasi kita..'

*dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu.
dalam senang, awasi kealpaanmu.

Unknown said...

Alhamdulillah! :)

dr.radzi said...

terbaiklah ketua biro.

sayang UPM! (alamak,xckp sayang IMAN plak. ngee...=P)

nicemedicine said...

erm.. kurang setuju andai unit yang dapat markah terendah buat dua kali berturut-turut di beri 'hadiah'. rasanya lebih sesuai sekiranya unit di bawah tahap yang bagus sebanyak dua kali berturut-turut patut di beri hadiah. contohnya, kita tetapkan, markah paling minima adalah 80. sekiranya ada unit yang dua kali berturut-turut bawah 80, baru diberi hadiah. cuma sekadar pandangan.