Minggu Multimedia (M2) yang diadakan pada 15 – 22 Mei 2010 telah pun menutup tirai dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu.
Nak tau apa yang berlaku sepanjang M2 berlangsung?? jom kita imbau kembali perjalanan M2... =)
1) Bengkel Adobe Photoshop telah membuka tirai M2 yang diadakan pada 15 Mei 2010. Bertempat di Teater A3.3, program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran multimedia dalam kalangan peserta. Saudara Arif Safwan menjadi tenaga pengajar untuk bengkel Adobe Photoshop dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana telah menyampaikan input-input yang berguna kepada para peserta. Alhamdulillah, bengkel ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana hampir 45 orang peserta yang terdiri daripada FK, FKG dan FF hadir untuk mengikuti program ini. Namun, ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari. Begitulah gambaran yang boleh dibuat apabila perjalanan bengkel terganggu apabila sumber kuasa yang menghubungkan kesemua laptop peserta menjadi “overheated”. Oleh yang demikian, bengkel tersebut terpaksa dihentikan dan bengkel Sony Vegas yang dijadualkan pada keesokan harinya dibatalkan. Begitulah lumrah kehidupan, manusia hanya mampu merancang dan Allah S.W.T yang menentukan. Diharap segala kelemahan yang hadir sepanjang perjalanan program akan dapat dibaiki pada masa hadapan.
2) Pada masa yang sama bengkel diadakan, booth jualan M2 turut dibuka kepada para peserta. Antara jualan yang diadakan seperti button badge, CD IMAN, makanan, minuman dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak jualan, antara yang paling mendapat sambutan adalah jualan kuih karipap. Tanpa disedari,kuih karipap telahpun habis dijual dalam sekelip mata. Tak sangka, rupa-rupanya ramai yang merindui karipap Malaysia ye.
3) Kalau nak tau, banyak lagi program yang dijalankan sepanjang M2 berlangsung. Antaranya ialah, kuiz multimedia, pertandingan poster dan video, pertandingan blog dan juga pertandingan fotografi. Hadiah yang menanti para pemenang juga sangatlah lumayan.
4) Malam penutup M2 turut diadakan di Teater A3.3. Majlis telah menjemput penceramah yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar UNPAD, iaitu Kang Indra untuk memberikan sepatah dua kata sempena dengan Hari Ibu. Aura Kang Indra berjaya membuka mata para hadirin mengenai betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Para hadirin dihiburkan dengan tayangan video Hari Ibu yang dilakonkan oleh pelajar UNPAD.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang M2 berlangsung. Turut diselitkan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang kempen 1H1N. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PKPMI-CB, Muhammad Fawwaz dan diiringi oleh Pengarah M2, Izharuddin. Majlis tamat pada pukul 10.00 malam.
Setakat ini sahaja coretan yang dapat dibuat mengenai M2. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah memberikan komitmen dan berpenat lelah untuk memastikan M2 berjalan dengan lancar. Semoga program ini member manfaat kepada semua dan diharap program seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.
~~note: untuk lebih banyak gambar sempena minggu M2 sila ke galeri iman di menu di atas. Dan gambar-gambar sempena M2 tersebut akan di “update” dari semasa ke semasa.
31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care.
Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)
"I "If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam." - George Bernard Shaw
Abu: salam ali...sawadikap
Ali : waalaikumussalam wbt..kap2
Abu: huih,hebatnyer ko..maner blaja?aishemen,sebelum aku mengarut dgn lebih panjang...aku nak tahu ape pandangan ko pasal video kat atas..ada link kan,mesti ko dah tengok
Ali: okey jer..lawa! pakai vegas eh?
Abu:banyakla ko...maksud aku isi dia..aku nak tau apa yg ko pikir
Ali: hehe..segan aku..pada akula kan,aku yakin satu hari nanti sejarah itu pasti akan berulang..sebab orang islam jika dia sungguh2 amalkan islam dalam hidup dia,dia akan jadi orang yang sangat hebat..
dan islam pasti akan duk kat atas semula..masa tu,sume orang dah izzah dengan islam..sebut je nama2 saintis,pakar2 mesin jugak engineer manusia(doctor) ,sume nama hebat2 itu adalah ORANG ISLAM, yang mengamalkan islam yang sebenar-benarnya..tapi ali...
Abu: aku tau..mesti ko nak persoalkan...SIAPA yang akan bekerja untuk menjadikan mende yang begitu besar ni satu kenyataan kan?
Ali: air oren tak akan mampu tersedia,walau semua bahan2 dah ada di depan mata..kalo tidak ada orang yang buat
Abu: Islam itu pasti akan naik..samada dengan kita atau tanpa kita sekalipun..samada kita nak berada bersama2 mereka yg berusaha, berjuang,berkorban jiwa,tenaga dan masa untuk merealisasikannya atau bersama dengan golongan yang hanya duduk dan melihat...
Ali: btul!...tapikan kalo ko benar2 beriman dengan penyataan ini..maksud aku kalo ko betul2 yakin..ko akan sedar ada sesuatu yang lain ko bleh dapat,yang mane konsepnya masih sama..yang mende ini sebenarnya kita boleh aplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari..
Abu: aku tak nampak...maksud ko?
Ali: aku bagi contoh...lepas ko makan megi,pastu mesti ko nak basuh mangkuk yg ko pakai kan?..dah tu ko Nampak la pulak dalam sink ada berbelas-belas sudu garpu,orang tinggalkan tak basuh..agak2 nye pe ko buat?
Abu:aku buat2 la tak nampak ..tak pun aku buat la announcement,suruh orang yg pakai tu basoh sendiri..jadual bertugas kan ader..takdek masa lapang aku nak buat keje orang lain
Ali: hah..itu yg ko silap..itu pikiran org biasa2...padahal last2 mende tu pasti tercuci,samada ko yg buat atau orang lain..kalo ko taknak ALLAH akan hantarkan orang lain buat....padahal mende itu bukan payah..sambil2 basuh mangkuk ko skali..pahala kebaikan dapat kat ko gak..lagi satu atleast kalo ko buat,mungkin ko dapat menyelamatkan orang len dari buat keje tak ikhlas,yg buat tapi sambil merungut...dan apa yg lebih penting pastinya melatih ko menjadi menantu mithali untuk masa depan..tak la raser kekok kalo ko tercampak maner2 umah ,ko tau bila masok dapor pe mende yg kene buat..sebab mende itu sudah jadik kebiasaan ..itu gunanya blaja jauh2 dari family bro!
Abu: yelah2..tapi aku tak makan megi!
Ali: jangan rigid macam DELL brother! manusia diberi akal..maner2 situasi pun ko bleh aplikasikan,lebih2 lagi dalam satu pergerakan yang bergerak atas dasar islam atau mana-mana organisasi sekalipun..tengok pada batas kemampuan ko,kalo kau berkemampuan nak buat,just buat..mungkin itu satu-satunya peluang yg ALLAH kasik khas kat ko masa tu..jgn jadik org biasa bro!..jadi org yg luar biasa!
Abu: baik..dah masuk waktu dhuha nih..meh aku azankan,before orang len buat..aku sahut saranan ko..jadi org yg luar biasa
Ali: Islam melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa.
seorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).(http://www.ukhwah.com/print.php?sid=606)
Berkata hanya yg baik..kalo tidak,better diam..aku bukan ape Ali,Cuma bimbang... ALLAH akan hitung tiap2 amalan kita..bukan tiap detik,bukan setiap hari..tapi setiap butir-butir zarah,yg ko sendiri pun x bleh imagine besar mana
Abu: astaghfirullah..sori2,takdek niat..baik,jom kita sama2 perbaiki diri,jadi lebih proaktif untuk menjadi mukmin yg sejati-menuju kemenangan agung..Ali,ko jangan lupa doakan aku,jangan sisihkan aku dalam hidup ko..tolong buat sesuatu kalo aku salah
Ali: InsyaAllah..sama2 la kita
wallahu'alam
p/s-kepada yang bakal menghadapi final exam,selamat berjaya..moga dapat laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..
mungkin ramai yang tertunggu-tunggu post kali ini,
iaitu berkaitan dengan unit terbaik dalam IMAN..
Alhamdulillah,
selepas perbincangan dan pertimbangan telah dilakukan,
unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5 (gabung 3 bulan terus) akan diumumkan..
sebelum itu,
setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli IMAN
tak kira unit apa sekalipun,
diatas komitmen dan semangat memberangsangkan yang telah diberikan
sejak dari keterlibatan anda hinggalah sekarang :)
yang baik kita kekalkan,
yang buruk kita betulkan..
ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian,
sama ada kita berada di tangga teratas,
atau di bawah
semua itu merupakan ujian dari Allah taala..
sekiranya kita mendapat kejayaan,
Allah akan menilai
sama ada kita akan lupa diri dan gagal untuk terus istiqamah,
atau kita mampu mengekalkan
malah menambah baik prestasi kita..
begitu juga kalau kita berada di bawah,
adakah kita akan putus asa atau terlalu cepat berpuas hati..
atau kita akan mengambil kegagalan itu sebagai ujian..
semua itu terpulang pada diri kita sendiri..
jadi harapnya,
lepasni semua akan terus semangat untuk berusaha keras,
moga Allah balas semua jasa kita :)
baiklah,
berikut merupakan keputusan unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5
tempat pertama
UPM (90%)
tempat kedua
UPMI (86%)
tempat ketiga
UDI (80%)
tempat keempat
UE (78%)
kriteria yang dinilai secara general adalah tugas-tugas bulanan unit, program/acara khusus unit, penilaian ketua, penolong dan ahli unit dari segi komitmen, semangat dan lain2 :)
p/s: markah tak jauh beza pun, jadi teruskan berlumba dalam melakukan kebaikan, ikhlaskan niat kerana Allahlah sebaik-baik pemberi ganjaran~
p/s2: pemenang unit terbaik akan diberi sedikit ccenderahati sebagai tanda penghargaan, jadi sama2 usaha untuk jadi yang terbaik untuk bulan2 akan datang :)
p/s3: mana-mana unit yang mendapat tempat terakhir sebanyak 2 kali berturut-turut juga akan diberi 'cenderahati' yang lebih istimewa..harapnya tiada unit yang akan mendapat cenderahati tersebut :p
p/s4: dengan izin Allah, keputusan yang telah dibincangkan ini adalah yang terbaik, dan tiada sebarang unsur berat sebelah atau penindasan telah dilakukan :D maaf atas segala salah dan silap~
p/s5: kepada yang sedang ujian dan bakal menduduki ujian, moga kita mendapat anugerah cemerlang juga dalam ujian kita sama ada di sisi makhluk di dunia dan lebih utama disisiNya..
untuk syarat bagi pertandingan VIDEO, masa yang diperuntukkan adalah 3 minit maksimum. peruntukan masa tidak dijelaskan dalam post sebelum ini
Pihak penganjur memohon maaf diatas segala kesulitan
harap maklum
*Update!
12 Mei, 12.15pm
Berikut adalah kriteria - kriteria pemarkahan poster dan video.
POSTER: Maklumat informasi, kreativiti dan menarik.
VIDEO: Maklumat informasi, kreativiti, menarik, ketepatan masa dan kekemasan.
*Makluman!
Disebabkan terdapat banyak pertanyaan yang berkaitan penyertaan pertandingan - pertandingan yang dijalankan, maka dengan ini setiap penyertaan HENDAKLAH DIMAKLUMKAN kepada pihak penganjur.
Sila sertakan butir - butir penyertaan anda ke emel PKPMI-CB di alamat pkpmi_bandung@yahoo.com
Butiran yang perlu disertakan:
1. Nama
2. Nombor telefon
3. Fakultas dan angkatan
4. Pertandingan yang disertai dan maklumat yang berkaitan dengannya. (Contoh, jika menyertai pertandingan blog, sertakan alamat blog anda sekali.)
Sekali lagi, pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kesulitan anda amat kami kesali.
CERITA TIGA BERADIK: TIADA LAGI HARI IBU www.iluvislam.com
“assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni..” Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.
“eh? tak berkunci pintu ni..” getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.
“ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!” teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.
“terima kasih.. sayang anak-anak mak..” Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.
Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.
“MISI SUPRISE BERJAYA!” serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.
***
Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.
Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu’, tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.
“sodaqallahul azim..” Mak menamatkan bacaannya dengan iringan ‘alarm clock’ yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.
“SARAPAN DAH SIAP!” tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.
“jom makan, sayang..” Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.
“terima kasih, bang..” sambil Mak mendakap Abah. “terima kasih along, angah, adik..” Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.
*******
Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi....
***
Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi....
***
Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi....
***
Tapi.... Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.
Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.
Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa.... Ya Allah, rahmatilah ibu kami!
Disini akan disenaraikan syarat-syarat dan peraturan bagi setiap pertandingan sepanjang minggu multimedia (M2) dijalankan :)
Pertandingan Poster & video Promosi Minggu Multimedia
Masa: 10 - 2- mei 2010
Objektif: Membuat poster/video promsi untuk M2. Poster/video yang menang akan ditayangkan pada malam penutup, dan menjadi poster/video rasmi M2.
Syarat-syarat pertandingan:
* Penyertaan dibuka kepada semua pelajar UNPAD, kecuali AJK-AJK yang terlibat dalam M2 * Poster/video hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
1. Minggu Multimedia (M2) 2. 15 - 22 Mei 2010 3. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
Pertandingan poster dan video promosi (10-20 Mei 2010)
Bengkel Photoshop & Sony Vegas (15 dan 16 Mei 2010)
Pertandingan blog (15-20 Mei 2010)
Pertandingan fotografi (15-20 Mei 2010)
Pertandingan Kuiz (15-20 Mei 2010)
Malam penutup (22 Mei 2010)
4. Poster/Video hendakah dihantar kepada wakil-wakil setiap batch (rujuk blog sebelumnya) selewat-lewatnya 20 Mei 2010
5. Penyertaan tidak terhad
6. Hadiah menarik menanti pemenang pertama hingga ketiga bagi setiap pertandingan (poster/video promo)
7. Keputusan pemenang terletak pada tangan juri. Juri-juri yang dilantik adalah juri professional. Sebarang bantahan/ketidakpuasan hati serta surat-menyurat TIDAK AKAN DILAYAN
8. Logo-logo yang perlu ada dalam poster/video:
PKPMI IMAN Procad
Pertandingan Blog
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di Universitas Padjadjaran
1. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei 2010 sehingga 20 Mei 2010
2. Setiap peserta blog hendaklah membuat satu post yang bertajuk “IBU”
3. Catatan atau tulisan didalam blog anda boleh ditulis dalam 2 bahasa, BM @ BI
4. Isi kandungan post anda mestilah tulen dan asli serta tidak ditiru dari mana-mana pihak yang lain.
5. Tiada had minimum atau maksimum yang ditetapkan bagi jumlah perkataan yang digunakan untuk post anda
6. Kriteria penilaian blog anda adalah seperti berikut:
I. Kreativiti: Grafik, gambar-gambar, warna yang digunakan, gaya dan persembahan termasuk semua aspek yang terdapat di blog anda
II. Bahasa: Gaya penulisan yang menarik untuk dibaca dan penggunaan bahasa yang konsisten dan bukan bahasa pasar @ sms diambil kira untuk penilaian
7. Setiap peserta blog hendaklah menghantar alamat blog, nama penuh, serta alamat anda ke email PKPMI Bandung.
8. Segala keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan
9. Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya sebelum 20 Mei 2010 (WIB)
Pertandingan Fotografi
Syarat-syarat penyertaan:
1. Gambar mestilah original
2. Gambar mestilah bertemakan teknologi, informasi dan multimedia
3. Gambar haruslah berkaitan dengan tema iaitu “Jatinangor dan Multimedia”
4. Hantar selewat-lewatnya pada 20 mei 2010 melalui email PKPMI iaitu pkpmi_bandung@yahoo.com
5. Hantarkan gambar penyertaan beserta nama penuh. Title pada email tersebut adalah Pertandingan Fotografi M2
Pertandingan Kuiz
Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua
2. Setiap ahli PKPMI akan mendapat borang soalan.
3. Pada 20 mei 2010, boring yang lengkap beserta slogan haruslah dihantar kepada wakil batch atau terus kepada Aiza (FK08)
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik
5. Keputusan juri adalah muktamad
Sebarang soalan bolehlah menghubungi Izharuddin FK07 (08782977707) atau Akmal FK08 (081910590364)
Mari sama-sama kita meriahkan Minggu Multimedia! ^^
* Wakil Batch Bagi Pengambilan & Pengagihan Software Photoshop & Sony Vegas:
FK 09: mustakim, mahirah
TWP 09: khalil, amal
FKG 09: intan
FAR 09: dudu, ain
FK 08: akmal, aiza
TWP 08: yana
FKG 08: faiz
FAR 08: azizul
FK 07: fawwaz, afiqah
FAR 07: qaliff
Pelbagai progam sempena minggu multimedia akan diadakan anjuran IMAN bersama PKPMI CB pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas. Objektif utama memperkenalkan dan mengajar cara menggunakan software photoshop dan sony vegas. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat,jadi ayuh kawan-kawan kita sertai dan jangan lupa dapatkan pengedar software setiap batch masing-masing..!
Sebarang kemusykilan boleh menghubungi:
saudara Izharuddin FK07 (087827977707) atau Ahmad Akmal FK08 (081910590364)
# untuk download video promosi minggu multimedia, sila klik disini
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3)Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4)Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
IMAN (Islamic Malaysian Association) adalah biro agama islam di bawah PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) yang berpusat di Bandung.
Tujuan kami bukanlah ia sekadar satu biro agama sekadar kewajipan setelah dilantik, namun cita-cita kami agar tersebarnya kalimah agung Allah dan izzah Islam di muka bumi Bandung ini khasnya serta keseluruh muka bumi ini amnya. Semuanya dengan biiznillah...
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untukmu dalam agama suatu kesempitan...." (Al-Hajj : 78)