Wednesday, June 2, 2010

Protes di Gaza membantah serangan Israel ke atas ”Freedom Flotilla”

demo1_copy

Rabu, 02/06/2010 – Ribuan Warga palestin membantah di beberapa tempat di Semenanjung Gaza Isnin pagi, membantah serangan rejim Zionis ke atas “Freedom Flotilla” yang mengorbankan 16 aktivis dan mencederakan 60 yang lain, setakat ini.

Para penunjuk perasaan Warga Palestin membawa sepanduk mengecam jenayah Israel yang dilakukan keatas aktivis pro-Palestin yang berada di kapal itu.

Penunjuk perasaan menggesa negara Arab dan Islam untuk menyatakan pendirian tegas terhadap keganasan Israel. Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Pelabuhan Bandar Gaza, di mana sepatutnya kapal Flotilla berlabuh pagi ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Kredit : http://palestinkini.info

Monday, May 31, 2010

LAPORAN MINGGU MULTIMEDIA (M2)

 

Page1

Minggu Multimedia (M2) yang diadakan pada 15 – 22 Mei 2010 telah pun menutup tirai dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu.

Nak tau apa yang berlaku sepanjang M2 berlangsung?? jom kita imbau kembali perjalanan M2... =)

1) Bengkel Adobe Photoshop telah membuka tirai M2 yang diadakan pada 15 Mei 2010. Bertempat di Teater A3.3, program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran multimedia dalam kalangan peserta. Saudara Arif Safwan menjadi tenaga pengajar untuk bengkel Adobe Photoshop dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana telah menyampaikan input-input yang berguna kepada para peserta. Alhamdulillah, bengkel ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana hampir 45 orang peserta yang terdiri daripada FK, FKG dan FF hadir untuk mengikuti program ini. Namun, ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari. Begitulah gambaran yang boleh dibuat apabila perjalanan bengkel terganggu apabila sumber kuasa yang menghubungkan kesemua laptop peserta menjadi “overheated”. Oleh yang demikian, bengkel tersebut terpaksa dihentikan dan bengkel Sony Vegas yang dijadualkan pada keesokan harinya dibatalkan. Begitulah lumrah kehidupan, manusia hanya mampu merancang dan Allah S.W.T yang menentukan. Diharap segala kelemahan yang hadir sepanjang perjalanan program akan dapat dibaiki pada masa hadapan.

2) Pada masa yang sama bengkel diadakan, booth jualan M2 turut dibuka kepada para peserta. Antara jualan yang diadakan seperti button badge, CD IMAN, makanan, minuman dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak jualan, antara yang paling mendapat sambutan adalah jualan kuih karipap. Tanpa disedari,kuih karipap telahpun habis dijual dalam sekelip mata. Tak sangka, rupa-rupanya ramai yang merindui karipap Malaysia ye.

3) Kalau nak tau, banyak lagi program yang dijalankan sepanjang M2 berlangsung. Antaranya ialah, kuiz multimedia, pertandingan poster dan video, pertandingan blog dan juga pertandingan fotografi. Hadiah yang menanti para pemenang juga sangatlah lumayan.

4) Malam penutup M2 turut diadakan di Teater A3.3. Majlis telah menjemput penceramah yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar UNPAD, iaitu Kang Indra untuk memberikan sepatah dua kata sempena dengan Hari Ibu. Aura Kang Indra berjaya membuka mata para hadirin mengenai betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Para hadirin dihiburkan dengan tayangan video Hari Ibu yang dilakonkan oleh pelajar UNPAD.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang M2 berlangsung. Turut diselitkan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang kempen 1H1N. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PKPMI-CB, Muhammad Fawwaz dan diiringi oleh Pengarah M2, Izharuddin. Majlis tamat pada pukul 10.00 malam.

Setakat ini sahaja coretan yang dapat dibuat mengenai M2. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah memberikan komitmen dan berpenat lelah untuk memastikan M2 berjalan dengan lancar. Semoga program ini member manfaat kepada semua dan diharap program seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.

~~note: untuk lebih banyak gambar sempena minggu M2 sila ke galeri iman di menu di atas. Dan gambar-gambar sempena M2 tersebut akan di “update” dari semasa ke semasa.

                                                                                                              di post oleh unit UDI

Kematian mencecah 16 orang, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara (Terkini)

palestin

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif  dan Muslim Care.

Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaza (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Sumber : Haluan Palestin

Friday, May 28, 2010

Do you still remember?

Bismillah..

http://www.youtube.com/watch?v=uqfyzXCMbEM

                                        


"I    "If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam." - George Bernard Shaw
             
         Abu: salam ali...sawadikap
         
         Ali  : waalaikumussalam wbt..kap2
         
        Abu: huih,hebatnyer ko..maner  blaja?aishemen,sebelum aku mengarut dgn lebih panjang...aku nak tahu ape pandangan ko pasal video kat atas..ada link kan,mesti ko dah tengok
         
          Ali: okey jer..lawa!  pakai vegas eh?
         
         Abu:banyakla ko...maksud aku isi dia..aku nak tau apa yg ko pikir
        
          Ali:   hehe..segan aku..pada akula kan,aku yakin satu hari nanti sejarah itu pasti akan berulang..sebab orang islam jika dia sungguh2 amalkan islam dalam hidup dia,dia akan jadi orang yang sangat hebat..
dan islam pasti akan duk kat atas semula..masa tu,sume orang dah izzah dengan islam..sebut je nama2 saintis,pakar2  mesin jugak engineer manusia(doctor) ,sume nama hebat2 itu adalah  ORANG ISLAM, yang mengamalkan islam yang sebenar-benarnya..tapi ali...
        
         Abu:   aku tau..mesti ko nak persoalkan...SIAPA yang akan bekerja untuk menjadikan mende yang begitu  besar ni satu kenyataan kan?
       
         Ali:   air oren tak akan mampu tersedia,walau semua bahan2  dah ada di depan mata..kalo tidak ada orang yang buat
       
        Abu: Islam itu pasti akan naik..samada dengan kita atau tanpa kita sekalipun..samada kita nak berada bersama2  mereka yg berusaha, berjuang,berkorban jiwa,tenaga dan masa untuk merealisasikannya atau bersama dengan golongan yang hanya duduk dan melihat...
      
        Ali:   btul!...tapikan kalo ko benar2 beriman dengan penyataan ini..maksud aku kalo ko betul2 yakin..ko akan sedar ada sesuatu yang lain ko bleh dapat,yang mane konsepnya masih sama..yang  mende ini sebenarnya kita boleh aplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari..
      
       Abu:  aku tak nampak...maksud ko?
         
       Ali:   aku bagi contoh...lepas ko makan megi,pastu mesti ko nak basuh mangkuk yg ko pakai kan?..dah tu ko  Nampak la pulak dalam sink ada  berbelas-belas sudu garpu,orang tinggalkan tak basuh..agak2 nye pe ko buat?
       
        Abu:aku buat2 la tak nampak ..tak pun aku buat la announcement,suruh orang  yg pakai tu basoh sendiri..jadual bertugas kan ader..takdek masa lapang  aku nak buat keje orang lain
       
         Ali:   hah..itu yg ko silap..itu pikiran org biasa2...padahal last2 mende tu pasti tercuci,samada ko yg buat atau orang lain..kalo ko taknak ALLAH akan hantarkan orang lain buat....padahal mende itu bukan payah..sambil2 basuh mangkuk ko skali..pahala kebaikan dapat kat ko gak..lagi satu atleast kalo ko buat,mungkin ko dapat menyelamatkan orang len dari buat keje tak ikhlas,yg buat tapi sambil merungut...dan apa yg lebih penting pastinya  melatih ko menjadi menantu mithali untuk masa depan..tak la raser kekok kalo ko tercampak maner2 umah ,ko tau bila masok dapor pe mende yg kene buat..sebab mende itu sudah jadik kebiasaan ..itu gunanya blaja jauh2 dari family bro!
      
        Abu: yelah2..tapi aku tak makan megi!
      
          Ali: jangan rigid macam DELL  brother! manusia diberi akal..maner2 situasi pun ko bleh aplikasikan,lebih2 lagi dalam satu pergerakan yang bergerak atas dasar islam atau mana-mana organisasi sekalipun..tengok  pada batas kemampuan ko,kalo kau berkemampuan nak buat,just buat..mungkin itu satu-satunya peluang yg ALLAH kasik khas kat ko masa tu..jgn jadik org biasa bro!..jadi org yg luar biasa!
     
        Abu: baik..dah masuk waktu dhuha nih..meh aku azankan,before orang len buat..aku sahut saranan ko..jadi org yg luar biasa
     
         Ali:   Islam melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa.

seorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).(http://www.ukhwah.com/print.php?sid=606)

       Berkata hanya yg baik..kalo tidak,better diam..aku bukan ape Ali,Cuma  bimbang... ALLAH akan hitung tiap2 amalan kita..bukan tiap detik,bukan setiap hari..tapi setiap butir-butir zarah,yg ko sendiri pun x bleh imagine besar mana
        
       Abu: astaghfirullah..sori2,takdek niat..baik,jom kita sama2 perbaiki diri,jadi lebih proaktif untuk menjadi  mukmin yg sejati-menuju kemenangan agung..Ali,ko jangan lupa doakan aku,jangan sisihkan aku dalam hidup ko..tolong buat sesuatu kalo aku salah
         
       Ali:   InsyaAllah..sama2 la kita  
        
        wallahu'alam
      
       p/s-kepada yang bakal menghadapi final exam,selamat berjaya..moga dapat laksanakan tanggungjawab  sebaik mungkin

    
  

Tuesday, May 25, 2010

tahniah!

Assalamualaikum wbt 

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..

mungkin ramai yang tertunggu-tunggu post kali ini,
iaitu berkaitan dengan unit terbaik dalam IMAN..

Alhamdulillah,
selepas perbincangan dan pertimbangan telah dilakukan,
unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5 (gabung 3 bulan terus) akan diumumkan..

sebelum itu,
setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli IMAN
tak kira unit apa sekalipun,
diatas komitmen dan semangat memberangsangkan yang telah diberikan
sejak dari keterlibatan anda hinggalah sekarang :)

yang baik kita kekalkan,
yang buruk kita betulkan..

ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian,
sama ada kita berada di tangga teratas,
atau di bawah
semua itu merupakan ujian dari Allah taala..

sekiranya kita mendapat kejayaan,
Allah akan menilai
sama ada kita akan lupa diri dan gagal untuk terus istiqamah,
atau kita mampu mengekalkan
malah menambah baik prestasi kita..

begitu juga kalau kita berada di bawah,
adakah kita akan putus asa atau terlalu cepat berpuas hati..
atau kita akan mengambil kegagalan itu sebagai ujian..

semua itu terpulang pada diri kita sendiri..
jadi harapnya,
lepasni semua akan terus semangat untuk berusaha keras,
moga Allah balas semua jasa kita :)

baiklah,
berikut merupakan keputusan unit terbaik bagi bulan 3,4 dan 5

tempat pertama
UPM (90%)

tempat kedua
UPMI (86%)

tempat ketiga
UDI (80%)

tempat keempat
UE (78%)

kriteria yang dinilai secara general adalah tugas-tugas bulanan unit, program/acara khusus unit, penilaian ketua, penolong dan ahli unit dari segi komitmen, semangat dan lain2   :)

p/s: markah tak jauh beza pun, jadi teruskan berlumba dalam melakukan kebaikan, ikhlaskan niat kerana Allahlah sebaik-baik pemberi ganjaran~

p/s2: pemenang unit terbaik akan diberi sedikit ccenderahati sebagai tanda penghargaan, jadi sama2 usaha untuk jadi yang terbaik untuk bulan2 akan datang :)

p/s3: mana-mana unit yang mendapat tempat terakhir sebanyak 2 kali berturut-turut juga akan diberi 'cenderahati' yang lebih istimewa..harapnya tiada unit yang akan mendapat cenderahati tersebut :p

p/s4: dengan izin Allah, keputusan yang telah dibincangkan ini adalah yang terbaik, dan tiada sebarang unsur berat sebelah atau penindasan telah dilakukan :D maaf atas segala salah dan silap~

p/s5: kepada yang sedang ujian dan bakal menduduki ujian, moga kita mendapat anugerah cemerlang juga dalam ujian kita sama ada di sisi makhluk di dunia dan lebih utama disisiNya..

Tuesday, May 18, 2010

KRITERIA PEMARKAHAN BAGI PERTANDINGAN BLOG MINGGU MULTIMEDIA (M2)

Berikut adalah markah yang akan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan:

1. BAGI KREATIVITI (40):

Reka letak halaman blog-10
Reka bentuk grafik-10

Gambar-gambar-5
Warna-warna-
5
Gaya-10

2 Bagi POST "IBU" (60):


Penyusunan dan perkembangan idea-30
Kreativiti penulisan-15

Kepelbagaian dalam menyampaikan isi isi penulisan-10

Pengunaan bahasa yang jelas dan konsisten-5

JAZAKUMULLAH CIKGU!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


dipetik dari sajak Guru o Guru 
USMAN AWANG



1979