Wednesday, May 25, 2011

Laporan BWB ( Brothers without Borders)

Assalamualaikum wbt….

Page1

      Alhamdulillah selesai sudah satu program Brothers without Borders (BWB) yang telah diadakan pada tanggal 21.5.2011 yaitu pada hari sabtu yang lalu.

       Program ini adalah kerjasama antara Biro Agama Islam KUBI (BAIK) dengan IMAN sendiri. Program yang berlangsung di FK UNPAD A.4.1 itu telah bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

       Ustaz suherman telah dijemput untuk memberikan ceramah yang berkisar tentang isu dunia islam kini dan apakah peranan kita sebagai mahasiswa.

      Ceramah ustaz yang berkisar mengenai gambaran pada abad 20, dan kondisi umat Islam pada abad ini. Selain itu, perkongsian keadaan dunia menuju abad ke 21, yaitu zaman kita sekarang dan apa saja tantangan yang umat harus hadapi juga turut diperjelaskan.

Namun, yang paling penting Ustaz Suherman juga telah melengkapi ceramahnya dengan menyampaikan apa saja peranan kita sebagai mahasiswa Muslim pada saat ini. Terasa jelas dan lebih dekat dengan apa yang Ustaz telah sampaikan kerana para hadirin semua adalah  mahasiswa sendiri.  Ustaz turut berpesan untuk membawa Islam, kita harus mulakan dengan diri kita dahulu, yaitu dengan menjadi muslim sebenar. Dari segi luaran apatah lagi dalaman.

Untuk kefahaman yang lagi jelas silakan menekan gambar dibawah untuk  men’download’ bahan perbincangan ustaz suherman mengenai program ini:

Earth-Download-icon

 

Sempena program ini juga, satu group facebook BWB telah ditubuhkan bertujuan untuk menyampaikan segala isu mengenai berita-berita dunia Islam kini. Sila tekan gambar dibawah untuk ke page group BWB di facebook ini. 

Sepanjang seminggu sebelum program bermula, setiap hari telah dikongsikan juga video-video yang telah dibuat khas sempena program ini.

Capture

      Disamping itu antara aktiviti yang telah diisi sepanjang program ini adalah jualan makanan Malaysia, jualan baju T-shirt BWB, jualan buku dan tidak lupa juga sesi persembahan kumpulan nasyid DIWANI daripada Malaysia.

Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar. Semoga kebaikan dan info yang ingin disampaikan sepanjang program ini dapat dicapai dan difahami hendaknya.Jika tidak sekarang manfaatnya terlihat, insyaAllah pada masa akan datang.Page2

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu SALING MENGENAL. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Al-Hujurat,49:13)

Untuk melihat lebih banyak gambar program BWB ini boleh tekan disini atau tekan di tab galeri IMAN diatas.

Sekian. Terima Kasih.

Sunday, May 22, 2011

Mengumpat Harus?

“Saya bukan nak mengumpat, tetapi perkara yang saya sebut ni, memang benar-benar berlaku! Saya lihatnya sendiri.”
“Malaslah nak dengar ceramah ustaz tu, asyik mengumpat orang je.”
“Hari ni saya puasa, jadi tidak mahu join kamu mengumpat.”
Dan pelbagai lagi ungkapan yang sering didengari berkaitan mengumpat.
Apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengumpat?
Adakah dikira mengumpat sekiranya apa yang diceritakan benar-benar berlaku?
Adakah wujud mengumpat yang DIHARUSKAN?
Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (no. 2589), Rasulullah s.a.w. bertanya para sahabat: “Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Rasulullah s.a.w menjelaskan yang bermaksud: “Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia marah (sekiranya dia mengetahuinya).”
Sahabat bertanya:Sekiranya  apa yang kamu sebut itu benar-benar wujud (berlaku), maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa kamu sebut itu tidak benar, maka kamu telah memfitnahnya.”
TAKRIF MENGUMPAT

Mengumpat ialah perbuatan menyebut sesuatu yang memang benar-benar wujud tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahuinya, ia pasti akan marah,
Dalam kitab al-Azkar, Imam al-Nawawi menyediakan maksud yang terperinci mengumpat iaitu:
“Kamu menyebut tentang saudaramu yang ia memarahinya samada berkaitan tubuh badan, agama, dunia, diri, fizikal, akhlak, harta, anak, ayah, pasangan, khadam, hamba, serban, baju, cara berjalan, bergerak, senyuman, masam wajah dan segala-galanya yang berkaitan dengan dirinya, sama ada cara menyebut, menulis, isyarat mata, kepala dan sebagainya.”
Mungkin juga menulisnya di blog, Facebook dan pelbagai lagi mekanisme moden sekarang.
Imam al-Nawawi juga mengingatkan bahawa mendengar umpatan juga hukumnya haram.

BURGER DAGING MANUSIA
 “…Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.”
(Surah Al-Hujurat, 49:12)

Bahkan ketika peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. diperlihatkan suatu situasi yang mengerikan, di mana satu kaum yang memiliki kuku dari tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri.
Baginda bertanya kepada Jibrail: “Siapakah mereka itu?”
Jibrail menjawab: “Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain.”
(Riwayat Abu Daud no. 4235)

6 MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN

Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, setelah Imam al-Ghazali menyatakan 6 situasi yang mengharuskan mengumpat, iaitu:
1.      Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
2.      Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut.
3.      Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w. tentang suaminya yang kedekut.
4.       Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang. Contohnya, jika ada seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya jika ada. Terdapat 3 golongan manusia yang seandainya diceritakan keburukan mereka, tidak dikira sebagai mengumpat, iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan.
5.     Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya.
6.     Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan. Seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Tetapi jika mereka melakukannya secara sembunyi, maka tidak harus menyebut tentang mereka.

Walaubagaimanapun, situasi-situasi di atas mestilah dikawal dengan kaedah “al-dararu tuqaddaru bi qadariha” yang bermaksud, setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi masalah darurat itu saja.
Jika tidak disebut nama seseorang, itu lebih baik.
Perbuatan itu masih dikira mengumpat, tetapi hukumnya harus.


Sekian.


Dipetik dan diubahsuai dari Solusi Isu No.30

Sunday, May 15, 2011

BROTHERS WITHOUT BORDERS



"hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu SALING MENGENAL. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" 
(Al-Hujurat,49:13)


Insya Allah, IMAN dan BAIK akan mengadakan program BROTHERS WITHOUT BORDERS (BWB), bertujuan untuk menyampaikan berita tentang saudara seakidah kita diseluruh dunia. Mari sama-sama kita memupuk sikap peduli di antara kita. Bersempena dengan program di atas, group Facebook BWB  telah dilancarkan pada tanggal 14 Mei 2011 bagi menyampaikan lebih banyak informasi mengenai umat islam di seluruh dunia. Anda semua dialu-alukan untuk meletakkan apa-apa info tentang umat Islam kini. 7 video menarik juga bakal ditayangkan. Nantikan!
Group BWB ini akan terus aktif dari tanggal 14 Mei 2011 sehingga 27 Mei 2011

TALK oleh Ustaz Suherman dengan tajuk DUNIA ISLAM KINI juga akan diadakan pada:
TARIKH: 21 Mei 2011
HARI: Sabtu
TEMPAT:  FK A.3.3

"Tidak Sempurna Iman Seseorang di Kalangan Kalian Sehingga ia mencintai Saudaranya Sebagaimana ia Mencintai Dirinya Sendiri"
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

KEEP ON UPDATING INFO & VIDEO ON FACEBOOK!!





Saturday, May 14, 2011

Nasihat Kepada Allah, KitabNya, RasulNya dan kaum Muslimin.

 Bismillahirrahmanirrahim.
 
 "Nasihat, yakni ketulusan kepada Allah," tulis Syaikh Muhammad Hayat As-Sindi dalam Syarh Al-Arba'in An-Nawawiyah, "Maksudnya adalah agar seorang hamba menjadikan dirinya ikhlas kepada Rabbnya dan meyakini bahawa Dia adalah Ilah Yang Esa dalam UluhiyahNya. Kehambaanya bersih dari noda syirik, tandingan dan pemisalan, serta apa-apa yang tidak layak bagiNya. Allah mempunyai sifat segala kesempurnaan yang sesuai dengan keagunganNya, dan seorang Muslim harus mengagungkanNya dengan sebesar-besarnya pengagungan. Dia mengamalkan amalan-amalan zahir dan batin yang Allah cintai dan menjauhi apa-apa yang Allah benci. Dia cinta kepada apa-apa yang dicintai oleh Allah dan benci kepada apa-apa yang Allah jadikan sesuatu itu benar sebagai suatu kebenaran, dan yang batil itu sebagai suatu kebatilan. Hatinya penuh dengan cinta dan rindu kepadaNya. Dia bersyukur akan nikmat-nikmatNya dan sabar atas musibah yang menimpanya, serta redha dengan segala ketentuanNya."

 "Adapun nasihat ketulusan kepada KitabNya", lanjut beliau masih dalam Syarh Al-Arba'in An -Nawawiyah, "Adalah dengan meyakini bahawa Al-Quran itu Kalamullah. Kita wajib mengimaninya dengan apa-apa yang ada di dalamnya, wajib mengamalkan, memuliakan dan membacanya dengan sebenar-benarnya. Kita mengutamakan ia dari selainnya dan penuh perhatian untuk mendapatkan ilmu-ilmunya. Al-Quran merupakan teman dekat orang-orang yang menempuh jalan Allah dan merupakan wasilah bagi orang-orang yang senantiasa berhubungan dengan Allah. Al-Quran menjadi penyejuk mata bagi orang-orang yang berilmu. Barangsiapa yang ingin sampai di tujuan, maka harus menempuh jalan yang dibimbingkan Al-Quran, kerana kalau tidak dia pasti tersesat. Seandainya seorang hamba mengetahui keagungan Kitab Allah, nescaya mereka tidak akan meninggalkannya sedikit pun."

  "Kita juga bernasihat, bertulus hati kepada Rasullullah, iaitu dengan meyakini bahawa beliau adalah seutama-utama makhluk dan kekasihNya. Allah mengutusnya kepada para hambanya agar beliau mengeluarkan mereka dari segala kegelapan kepada cahaya. Beliau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang membuat mereka bahagia dan apa-apa yang membuat mereka sengsara. Beliau juga menerangkan kepada mereka jalan Allah yang lurus agar mereka lulus mendapatkan kenikmatan syurga dan terhindar dari kepedihan seksa neraka.Kita mencintai beliau, memuliakannya, dan mengikutinya.



  "Hendaknya tak ada kesempitan di dada kita atas apa-apa yang beliau SAW putuskan. Kita tunduk serta patuh kepada beliau, seperti orang yang buta mengikuti penunjuk jalan yang awas matanya. Orang yang beruntung adalah mereka yang membawa kecintaan dan ketaatan kepada sunnahnya dan orang yang rugi adalah mereka yang terhalang dari mengikuti ajarannya. Barangsiapa yang taat kepada beliau SAW, maka dia telah taat kepada Allah dan barangsiapa yang menentangnya, maka ia telah menentang Allah."

 "Sedangkan makna nasihat kepada para pemimpin kaum Muslimin," lanjut Syeikh Muhammad Hayat As-Sindi, "Adalah menerima perintah mereka, mendengar dan taat kepada mereka dalam hal yang bukan maksiat dan tidak memerangi mereka selama mereka belum kafir. Kita berusaha untuk memperbaiki keadaan mereka dan membersihkan kerosakan mereka. Kita memerintahkan mereka kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran. Kita mendoakan agar mereka mendapatkan kebaikan sebab kebaikan mereka akan menjadi kebaikan bagi rakyat dan dalam kerosakan mereka terkandung kerosakan bagi umat."

  "Yang akhir, makna nasihat kepada kaum Muslimin pada umumnya adalah dengan menolong mereka dalam hal kebaikan, dan melarang mereka berbuat keburukan. Kita membimbing mereka kepada petunjuk dan mencegah mereka dengan sekuat tenaga dari kesesatan. Kita mencintai kebaikan untuk mereka sebagaimana kita mencintainya untuk diri sendiri. Oleh kerana mereka itu semua adalah hamba-hamba Allah, maka haruslah bagi kita untuk memandang mereka dengan kacamata yang satu, iaitu kacamata kebenaran."

Begitulah, dalam dakapan ukhwah kita ambil makna nasihat sebagai ketulusan. Sebagaimana taubat yang paling indah juga disebut oleh Allah sebagai 'taubatan nashuha', yakni taubat yang tulus dan murni, maka dalam dakapan ukhwah ketulusan hati di saat saling menasihati akan benar-benar diuji.


dipetik dan diubahsuai dari buku Dalam Dekapan Ukhwah karya Salim A.Fillah

Thursday, May 12, 2011

Nasihat, Apa itu?

 " Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar - benar berada dalam kerugian. Kecuali orang -orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, serta nasihat - menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " QS Al - Asr, 103: 1-3
  Kalau baca surah ini dalam bahasa Arabnya, pasti akan menyebut 'tawashau', bererti saling berpesan, saling berwasiat. Tetapi dalam bahasa kita, Bahasa Malaysia/Indonesia lebih memilih kata nasihat sebagai padanan untuk kerja saling mengingatkan dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang itu. Tetapi apakah sebenarnya erti dari nasihat jika merujuk kepada bahasa asalnya (Bahasa Arab)?

  Ada sebuah hadis yang menyertakan nama 'An Nashiha(t)' dengan kedudukan begitu penting. Rasullullah menjadikannya sebagai definisi dari agama.
Dari Tamim ibn Aus Ad-Dari r.a. Nabi saw pernah bersabda, "Agama adalah nasihat." Para sahabat lalu bertanya, "Untuk siapa Ya Rasullullah?" Beliau menjawab, "Untuk Allah, untuk KitabNya, untuk RasulNya, dan untuk para pemimpin kaum Muslimin beserta seluruh orang awamnya." HR Muslim.
 Ha, apa maksud nasihat dalam hadis ni?

  Imam Al-Khaththabi menjelaskan bahawa asal kata nasihat adalah "nashaha-yanshahu" yang bererti memurnikan. "Jika seseorang mengatakan نصحت العسل ('Nashahtu al 'Asl)," itu bererti 'Aku memurnikan madu dengan memisahkannya dari lilin'.

  Maka kata "An-Nashiha(t)" ertinya bukanlah sama persis dengan kata nasihat seperti yang kita fahami dalam Bahasa Malaysia/Indonesia, melainkan lebih bermakna kemurnian dan ketulusan.

 Maka agama adalah ketulusan untuk Allah, ketulusan untuk KitabNya, ketulusan untuk Rasulnya, dan ketulusan untuk para pemimpin kaum Muslimin beserta seluruh orang awamnya.

*dipetik dan diubahsuai dari buku Dalam Dekapan Ukhwah, karya Salim A. Fillah

Tuesday, May 3, 2011

Al-Arabi berikrar tamatkan kepungan Gaza dalam masa 10 hari

Selasa, 03/05/2011 - Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

kredit: http://palestinkini.info/