Wednesday, September 8, 2010

..Sunnah Nabi Ketika Lebaran..

assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah..hari ini sudah masuk hari yang ke-29 kita menjalani ibadah puasa di bulan Rmadhan yang mulia..

Sedar tak sedar,kita sudah berada di malam sepuluh yang terakhir..
Dan diriwayatkan dalam banyak hadith bahawa malam Lailatul Qadr terletak dalam sepulah malam yang terakhir..

Bagaimanakah perasaan kita sekarang yang berada dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan?

Adakah kita sudah tidak sabar mengkhiri bulan ini kerana akan tibanya Syawal nanti?

Adakah kita berasa sedih akan meninggalkan suatu bulan yang penuh keberkatan ini?

Atau pun kita tidak merasakan apa-apa dengan adanya syawal mahupun Ramadhan?

Setelah sebulan kita berperang melawan nafsu,Allah menghadiahkan buat kita semua dengan adanya bulan Syawal,bulan di mana umat Islam semua menyambut hari raya Aidilfitri.

Bila menyebut Hari Raya Aidilfitri,pastinya pelbagai perkara terngiang di kepala kita.

Lagu-lagu raya berkumandang..
Biskut raya yang beraneka jenis..Baju baru,kasut baru,tudung baru..
Teringat sanak saudara yg lama dah tak jumpa..
Mercun bunga api..Dan sebagainya..




Mahu Jadikan Ia Berbeza Berbanding Tahun Lain.

Tahun ini,
Apa kata kita jadikan Syawal kita lebih keberkatannya berbanding tahun-tahun yang lain.
Ayuh ikut apa yang Nabi kita buat.

Mandi.(sejuk kot)
Sa’id bin Al Musayyib berkata:

“Sunah hari raya ‘idul Fitri ada tiga: berjalan menuju lapangan, makan sebelum keluar dan mandi.”


Sebelum korang buat apa2x,apa kata g mandi dulu.Kalau kat kampung2x selalu kena berebut toilet,so pandai-pandai la queue ye.Tengok,korang mandi je dah dapat pahala.
Sunnah ini juga selari dengan hadith 40 yang menyatakan kebersihan adalah sebahagian dari iman.kalau ditanya,kita suka berdamping dengan org yg mandi ke yang tak mandi?haa..jawab2x.
Bila kita bersih,bukan sahaja dapt menghindari pelbagai penyakit tapi diri kita sendiri akan berasa selesa.kan?kan?







2.Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. Sabda Nabi s.a.w.;

زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
“Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

Kalau kita singkap kembali sirah nabi,selepas setiap kemenangan dalam perang,nabi dan para sahabat akan bertakbir dengan penuh semangat tanda kesyukuran.Jadi,kita juga baru sahaja tamat perang.Selama sebulan kita cuba melawan nafsu makan,nafsu melakukan maksiat dan menempuh ujian.Jadi,apa kata kita takbir dengan penuh semangat tanda kemenagan.Inilah tanda kemenangan sebenar!

Mari bertasbih,bertakbir dan bertasmid kepada Tuhan yang memberi nikmat.


3.Memakai pakaian yang baru dan wangi-wangian.


Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.

Yang ni saya sure ramai yang ikut.hehe..Ada yang ikut tema warna la,tak kisah la.asal korang gembira.Tapi ingat,pakaian tu mestilah yang menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan.Dan bagi wanita,berpada-pada dalam memakai wangi-wangian.Jangan sampai ia jatuh kepada haram apabila berlebih-lebihan.


4.Makan sebelum sholat ‘Idul Fitri.

“Dari Anas RodhiyAllahu’anhu, ia berkata: Nabi sholAllahu ‘alaihi wa sallam tidak keluar rumah pada hari raya ‘Iedul fitri hingga makan beberapa kurma.”
(HR. Bukhari).

Ha..apa kata korang simpan sikit kurma yang korang makan time posa tu..bawak makan di pagi raya..bagi kat abah skit,omma sikit,adik sikit..lebih berkat insyaAllah..


5.Solat Sunnat Raya di pagi hari raya.

Dari Jabir bin Samurah berkata: “Aku sering sholat dua hari raya bersama nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tanpa adzan dan iqamat.” (HR. Muslim)

Senang je nak buat solat sunnat nie.ada 2 rakaat,Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir.Selalunya tok imam akan demo dulu mcm mana nak buat,ye lah,jarang-jarang kita buat solat ni.Disunatkan juga buat di tempat lapang,tapi if ade keudzuran(hujan ke,banjir ke),bisa aja di masjid.

6. Mengambil jalan yang berbeda saat berangkat dan pulang dari sholat ‘Ied.
Hal ini sebagaimana yang dilakukan Rasulullah, beliau mengambil jalan yang berbeza saat pulang dan perginya (HR. Bukhari)
Sebenarnya hikmah Rasulullah buat macam ni,supaya kita boleh menyebarkan salam dan menjalinkan silaturrahim dengan lebih ramai orang apabila kita pergi dan pulang dari masjid mengikut jalan yang lain.

7.Mengucap Selamat Hari Raya

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang mengucapkan selamat pada hari raya dan beliau menjawab: “Adapun ucapan selamat pada hari raya ‘ied, sebagaimana ucapan sebagian mereka terhadap sebagian lainnya jika bertemu setelah sholat ‘ied yaitu: Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amal kami dan kalian) atau ahaalAllahu ‘alaika (Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu) dan semisalnya.”

Telah diriwayatkan dari sejumlah sahabat Nabi bahwa mereka biasa melakukan hal tersebut. Imam Ahmad dan lainnya juga membolehkan hal ini. Imam Ahmad berkata, “Saya tidak akan memulai seseorang dengan ucapan selamat ‘ied, Namun jika seseorang itu memulai maka saya akan menjawabnya.” Yang demikian itu karena menjawab salam adalah sesuatu yang wajib dan memberikan ucapan bukan termasuk sunah yang diperintahkan dan juga tidak ada larangannya. Barangsiapa yang melakukannya maka ada contohnya dan bagi yang tidak mengerjakannya juga ada contohnya (Majmu’ al-Fatawaa, 24/253). Ucapan hari raya ini diucapkan hanya pada tanggal 1 Syawal.

Hadith nie saya dengar masa pergi tarawh malam semalam.Kata pak imam tu,apa kata tahun ni kita tukar sikit ucap selamat hari raya kita daripada `happy hari raya` kepada Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amal kami dan kalian)..

Haa..apa kata kita ikut apa yang nabi buat time raya.Kalau tak mampu semua,kita mulakan dengan 2 or 3 daripada yang di atas..Semoga mendapat keberkatan..insyaAllah

Saya mewakili IMAN mengucapkan salam lebaran buat semua pelajar Muslim di UNPAD dan di luar UNPAD.Salah dan silap harap dimaafkan.




ref:
http://muslimah.or.id/fikih/berhari-raya-sesuai-tuntunan-rasulullah.html
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/09/adab-adab-menyambut-id-hari-raya.html

0 comments: