Friday, September 17, 2010

..JAGA-JAGA DI HARI RAYA...

Assalamualaikum..

Apa khabar kepada semua pembaca blog IMAN?..jadi sudah seminggu lebih kita menyambut bulan kemenangan bulan Syawal bersama keluarga tercinta.mungkin ada yang tidak mudik,tak pe,tak de rezeki.mungkin tahun depan insyaAllah..mungkin ada juga yang sudah memulakan ibadah Puasa 6 di bulan Syawal..bagus2x..

Untuk post sebelum ini,saya ada nyatakan tentang beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan di pagi raya.Jadi,untuk kali ini,saya ingin berkongsi beberapa KESILAPAN yang sering kita lakukan di hari raya.

1) SENTUHAN 
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

Kalau di Bandung,agak mudah untuk kita menolak salaman orang yang bukan mahram dengan kita.Hanya dgn mununjuk hormat dgn tangan sudah memadai untuk mereka faham yang kita tidak boleh bersalam.


2) AURAT DAN IPAR
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Bagi yang tinggal serumah dengan abg ipar atau adik ipar lelaki,anda harus menutup aurat.kenapa?kerana dia bukan mahram anda.Jelas..Ya..mungkin pada awalnya,anda berasa agak pelik atau kurang selesa harus menutup aurat walaupun berada di rumah sendiri,tapi inilah yang disyariatkan oleh Allah.

Pada awalnya mungkin tidak selesa,tapi lama kelamaan anda akan biasa..percayalah..=)

 
3) WANGIAN WANITA
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

Wahai wanita di luar sana,anda adalah ciptaan Allah yang direct dari Penciptanya.Bukan melalui perantaraan manusia seperti terciptanya robot,anak patung dan sebagainya.Anda sudah di`make up` dengan cukup sempurna dan cantik.Mengapa perlu menokok tambah yang asli? =)


4) PAKAIAN WANITA 
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

Berhias tidak salah,yang salah apabila ianya keterlaluan dan mendedahkan aurat.Pakaian yang dituntut adalah longgar,tidak jarang sehingga menampakkan bentuk badan dan menutup aurat.Senang je.

 
5) KUBUR
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) 

Sebelum ini,dalam in-soft,ada dinyatakan hukum wanita haid menziarahi kubur.Jawapannya adalah menziarahi kubur adalah disyariatkan dan disepakati oleh para ulama` kerana tiada hadith yang melarang wanita haid menziarahi kubur.Cuma harus menjaga adab seperti tidak meraung-raung di kubur,menutup aurat dan tidak sering ke kubur..
6) MENINGGALKAN SOLAT
Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

Raya-raya jugak,solat jangan lupa.Kita kena tahu persis yang mana wajib dan yang mana sunat untuk kita.Allah dah bagi hadiah bulan Syawal untuk kita,jadikan solat kita sebagai tanda thank you kita kepada Allah..=) 


 
7) DOSA BERTEMPOH
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

diedit dengan menambah garam gula sedikit dari  http://www.zaharuddin.net/content/view/612/72/ 


0 comments: