Saturday, June 5, 2010

Serangan Israel terhadap Konvoi Flottila merupakan jenayah kemanusiaan

An-Israeli-naval-vessel-p-006 Jumaat, 04/06/2010 – Dengan perasaan marah dan cemas yang mendalam, pagi ini, saya telah mendengar khabar tragis tentang pembunuhan aktivis keamanan, lelaki dan wanita, anggota masyarakat awam yang belayar ke Semenanjung Gaza untuk memecahkan pengepungan oleh Tentera Zioni- Israel. Serangan terhadap armada ‘Freedom’ – yang belayar jauh dari Cyprus beberapa hari lalu dengan membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, simen untuk pembinaan semula Gaza setelah serangan Israel “Cast Lead” pada tahun 2009 – berlaku di tengah laut terbuka antarabangsa dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia.

Israel sekali lagi menunjukkan bahawa satu-satunya tindakan yang boleh digunakan mereka hanyalah ketenteraan, sombong mengatasi undang-undang Antarabangsa, dan sedar mustahil bagi mereka untuk dihukum. Hujah bahawa dunia ingin membantu Hamas adalah masuk akal: yang terus dihukum adalah penduduk Gaza, dan semua orang Palestin melalui pendudukan tentera dan pengepungan, mereka bertanggung jawab untuk melindungi Palestin. Penulis Israel, David Grossman pernah berkata sewaktu demonstrasi menentang perobohan rumah rakyat Palestin oleh penduduk Israel di Syaikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, bahawa Israel sekarang seperti “tanaman karnivor”, bahkan kini terpaksa makan dirinya sendiri.

Masyarakat antarabangsa harus mengambil pendirian yang tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai warga awam yang dilakukan oleh Israel ini, dan tidak hanya bergantung kepada undang-undang antarabangsa sahaja bahkan harus bangkit menentang kebencian, keganasan, dan pelanggaran undang-undang dan kemanusiaan oleh Regim Zionis itu. Mereka juga harus terus konsisten menentang pengepungan Gaza sehingga wilayah terbabit kembali merdeka kerana tindakan ketenteraan regim terbabit tidak akan membawa sebarang erti kebebasan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Kredit : http://palestinkini.info/

Friday, June 4, 2010

Doktor Aktivis HALUANPalestin Membantu Komando Israel Yang Cedera Ketika Serangan Laut Marmara

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.
“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.
“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.

“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat demikian.” katanya.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal.
“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.

“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa pesakit keluar.

“Mereka sendiri yang akui perkara itu.

“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang tertembak pada tangan.

“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah menjadi hospital,” katanya.

Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan warga emas berusia lebih 80 tahun.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi. (uo)

Thursday, June 3, 2010

Raed Shalah: Berita kematian adalah propaganda Zionis

Khamis, 03/06/2010 – Ketua Gerakan Islam, Syaikh Raed Shalah menyatakan propaganda media Zionis yang sentiasa berusaha melenyapkan beliau. Syaikh Raed berkata lagi kerja Zionis ini adalah sia-sia. Zionis tidak lagi dapat menutup kezaliman yang dilakukan ke atas konvoi keamanan.

Syaikh Raed masih dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan Turki yang telah membantu banyak dalam menjayakan kovoi keamanan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Kredit : http://palestinkini.info

Israel Memanipulasikan Media

480 aktivis telah ditahan dalam serangan maut ala komando Isnin lalu.

2910139751

Khamis, 03/06/2010 – Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditangkap dalam serangan maut komando terhadap sebuah kapal bantuan Gaza dan akan mengusir 48 yang lain, lapor radio awam Selasa lalu.

Mereka ditahan di penjara Israel selatan Asdod, sementara 48 yang lain dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion untuk dihantar kembali ke negara asal mereka, menurut laporan itu.

Para pegawai Israel akan menyoalsiasat tahanan sebelum memutuskan adakah mereka akan dibebaskan atau akan dihukum.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

 

Kredit : http://palestinkini.info

Turki desak dunia bangkit tentang Israel

1939897451-turkey-urges-world-punish-israel-bloody-massacre

Khamis, 03/06/2010 – Regim Zionis-Israel harus dihukum untuk “pembunuhan berdarah” konvoi bantuan Gaza, tegas Perdana Menteri Turki pada hari Selasa. Beliau mendesak hukuman antarabangsa dikenakan terhadap tindakan regim Zionis itu dan memanggil kuasa dunia lain turut serta. Beliau yang sebelum ini memanggil pulang duta Turki di Tel Aviv dan membatalkan latihan ketenteraan bersama Turki-Israel.

“Hal ini tidak mungkin lagi sekadar pengabaian undang-undang Israel, tetapi inilah saatnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatakan ‘cukup sudah’,” kata Erdogan dengan nada marah disambut tepukan gemuruh para hadirin. Beliau juga mendakwa bahawa Israel, menggunakan penipuan sebagai dasar Negara. Erdorgan turut memberitahu bahawa beliau sendiri akan menghubungi Presiden AS, Barack Obama untuk menyatakan sendiri pendirian Turki dalam isu ini.

“Turki akan menggunakan segala bentuk undang-undang antarabangsa dan diplomasi, tiada siapa harus menguji kesabaran Turki,” tambahnya. Sementara itu, seorang diplomat Turki mendakwa empat rakyat mereka terkorban dalam insiden berdarah rampasan Konvoi Gaza itu dan menambah bahawa nombor tersebut bakal meningkat. Turki pada hari Selasa telah menghantar tiga pesawat ambulans untuk membawa pulang 20 warga mereka yang cedera. Turki yang majoriti penduduknya Muslim telah menjadi sekutu Israel sejak kedua-dua Negara tersebut menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan pada tahun 1996 tetapi hubungan telah mengambil penurunan sejak Israel menyerang Gaza pada akhir tahun 2008.

sumber :  Yahoo! News
penterjemah : mujaheed929

Kredit : http://palestinkini.info

Wednesday, June 2, 2010

Semua ahli LL4G yang di Tangkap Israel Kini di Kedutaan Malaysia di Jordan

2 Jun – Kesemua ahli pasukan LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan.  Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan.  Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, telefon bimbit, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas.  Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada saudara Noorazman Shamsudin, Ketua Misi LL4G Malaysia yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan dan akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.

Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org.

 

Kredit : http://haluanpalestin.haluan.org.my