Ibn Qayyim al-Jauzi berkata: "Semenjak diciptakan manusia adalah
musafir. Perhentiannya hanya dua, sama ada di syurga atau neraka."
Penyair Arab menyebut dalam bait syairnya:
"Berapa
ramai orang yang sihat disambar maut sebelum didahului sakit. Tidak
sedikit orang yang bertahun ditimpa sakit, maut belum mengintai jua."
Nafsu
kebinatangan terkadang mendorong seekor kucing untuk menyambar keketul
daging dan memakannya. Ketika ia ingat betapa sakitnya jika dipukul
manusia ia lantas mengurungkan niatnya.
Lalu mengapa manusia begitu
mudah berbuat maksiat dan dosa?
Padahal Allah lebih kuat memberikan
sekasaan terhadap manusia berbanding seksaan manusia terhadap kucingnya
yang nakal. - (Khalid Abd al-Mu'ti Khalif - Don't be Careless)
Syaqiq
bin Ibrahim al-Balkhi berkata: Ramai orang sependapat denganku dalam 4
perkara tetapi perbuatan mereka berlawanan.
1. Mereka mengaku sebagai
hamba Allah, tetapi berbuat seperti orang yang merdeka bebas.
2. Mereka
mengaku Allah menjamin rezki, tetapi hati tidak tenang bila tidak ada
kekayaan di tangan mereka.
3, Mereka berkata akhirat lebih baik dan
kekal berbanding dunia, tetapi mereka hanya berkerja untuk dunia.
4.
Mereka mengaku pasti akan mati, tetapi perlakuannya seperti tidak akan
pernah mati." - (Abu al-Laith al-Samarqandi, tanbih al-Ghafilin)
0 comments:
Post a Comment