Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulilah, kali ni kita akan berkongsi mengenai konsep Itsar.. Apa itu itsar?
Kalau kita semua perasan, ramai orang berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan kat dunia ni..tak kira la dari segi harta, pangkat mahupun populariti. Terlampau taksub ingin memiliki kepentingan diri sehingga mengabaikan orang sekeliling. Jarang nak jumpa orang yang sanggup berkorban atau mendahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri...memang ada tapi sangat MINOR! Bersyukur la kalau ada orang yang suka berbagi rezeki.
Memang tak dinafikan, kebanyakan dari kita merasa berat untuk memberi atau mencurahkan tenaga, masa dan harta tanpa adanya imbalan, tanpa adanya manfaat buat diri...tetapi ingat la semua, orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain adalah orang yang paling baik dan manusia seperti inilah yang akan dicintai Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebaik – baik manusia ialah yag paling bermanfaat untuk orang lain.” [HR. Ath Thabarani, hasan, dlm kitab Shahihul Jami’, no. 3289]
Haaa....ini lah sifat ITSAR! Dengan kata mudah Itsar bermaksud melebihkan atau mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan dirinya.
Ingat tak lagi kisah Ansar dan Muhajirin? Rujuk surah Al-Hasyr, ayat 9 (59:9) :
Ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi s.a.w seraya berkata,” Sungguh Ya Rasul, saya sedang ditimpa kesulitan hidup.” Kemudian Nabi s.a.w menuju kepada isteri-isteri beliau, namun beliau tidak mendapati dari mereka sesuatu yang boleh diberikan kepada orang tadi. Maka Rasulullah berkata kepada para sahabatnya,” Siapa yang boleh menjamu orang ini, pada malam hari ini…?” Dan berkatalah salah seorang Ansar di antara mereka,” Saya, wahai Rasulullah.”
Kemudian orang Ansar tersebut datang kepada isterinya dan berkata,” Ini tetamu Rasulullah. Janganlah kamu menyimpan sesuatu yang sekiranya itu boleh diberikan kepadanya.” Kemudian isterinya mengatakan,” Demi Allah, tidak ada padaku kecuali makanan untuk anak – anak.” Lantas suaminya berkata,” Bila anak – anak ingin makan, maka tidurkanlah mereka dan kemarilah kamu membawa hidangan lalu matikanlah lampu ini.Tidak mengapa malam ini kita berlapar – lapar dahulu.” Isteri orang Ansar ini menjalankan apa yang diperintah suaminya…
Pada keesokan harinya, orang Ansar itu pergi kepada Rasulullah s.a.w, maka beliau bersabda,” Sungguh Allah ta’ala kagum pada fulan ini dan istrinya. Dengannya, Allah berfirman:
“…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan…” [QS. Al Hasyr: 9]
Tetapi perlu diingatkan di sini TIDAK SEMUA URUSAN kita perlu mengamalkan sikap itsar ni.... iaitu dalam bab Agama. Dalam bab deen (agama), diri kita sendiri perlu didahulukan untuk melaksanakannya sebagaimana Allah perintahkan untuk berfastabiqul khairat yakni berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " ~Al-Baqarah,148~
Kiranya dalam perkara itsar ni, Asy Syaikh Muhammad Ibnu Shalih al ‘Utsaimin menjelaskan:
Berlumba-lumba dalam melebihkan dan mendahulukan orang lain daripada diri sendiri hanya meliputi urusan duniawi sahaja, sedangkan urusan akhirat tidaklah diperbolehkan.. kerana Allah memerintahkan kita untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
JADI, KONKLUSINYA, MELEBIHKAN ORANG LAIN DARIPADA DIRI SENDIRI TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS :
1. DILARANG. Di mana kita mengutamakan orang lain dalam urusan yang telah diwajibkan syariat. Contohnya, kita dengan kawan kita ni terbatal wudhu. tapi, malangnya waktu tu kita ada air yang mencukupi untuk seorang je. kita pun bagi la air tu dekat kawan kita sehingga tiada lagi air untuk kita berwudhu sehingga terpaksa bertayammum. hukumnya haram ye kawan-kawan.
2. MAKRUH. Melebihkan orang lain dalam perkara sunnah. Misalnya kita mampu berdiri di shaf pertama dalam solat, tapi kita memepersilakan orang lain untuk mengisinya. Hal ini makruh karena menandakan kita kurang bersemangat terhadap kebaikan.
3. BOLEH BAHKAN DIANJURKAN. Iaitu melebihkan orang lain dalam perkara yang bukan ibadah. Seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang sedang lapar, padahal kita sendiri lapar, maka perbuatan ini adalah perbuatan terpuji. :)
-THE END-
Al-Imam As-Syahid Hassan Al-banna, "Serendah-rendah ukhwah diantara kamu dan saudaramu ialah berlapang dada , dan Setinggi-tingginya ialah kamu melebihkan saudaramu (itsar) ".
0 comments:
Post a Comment