[[ SIAPA KAMI ]]
ISLAMIC MALAYSIAN ASSOCIATION, BIRO AGAMA ISLAM, PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA(PKPMI), CAWANGAN BANDUNG.
[[ EXCO IMAN 11/12 ]]
[[ PENGUMUMAN ]]
HUDA BINTI ABDUL HALIM,
NO. AKAUN : 530-01-01192-11-3
[BANK NIAGA, INDONESIA]
imaninside08@yahoo.com
ID YM IMAN: imaninside08
INSYAALLAH, KAMI AKAN CUBA MEMBANTU:)
[[ KEDUBES Jakarta ]]
No tel : +6281806513364
Email: azizjusoh@islam.gov.my
Alamat:
KEDUBES Malaysia, Jl.H.R.Rasuna Said, Kav.X/6 Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Indonesia.
Untuk sebarang masalah yang berkait, sila hubungi beliau.
Harap maklum, terima kasih! =)
[[ TEMUI IMAN ]]
[[ KATEGORI ]]
- JADUAL BLOG (1)
- MUHASABAH (5)
- MUSLIMAT (6)
- ORGANISASI IMAN (2)
- Palestin (115)
- PEDULI UMMAH (6)
- PENGENALAN IMAN (1)
- PROGRAM (44)
- PROMOSI (14)
- RAMADHAN (3)
- RISALAH (37)
- Tazkirah (26)
- TERKINI (8)
- video (4)
LAPORAN I DARE ( I Daie Islamis & Realistis
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah kami baru sahaja selesai melaksanakan satu program yang diberi nama I DARE atau I Daie Agamis & Realistis yang disertai oleh ahli IMAN bersama ahli BAIK (Biro Agama Islam KUBI) di Taman Bougenville, Bandung.
Program selama 3 hari ini (30 Sept, 1 & 2 Oktober 2011) telah dijalankan yang bertujuan
1) Memberi kesedaran dan pemahaman tentang dakwah dan tarbiyah
2) Membentuk para da'ie yang proaktif dan mempunyai nilai ihsan dalam melaksanakan taklifan yang diberikan
3) Melahirkan para da'ie yang aslabuhum tanzhiman (solid penataan organisasinya) melalui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan masa, cara berkomunikasi, dan sanggup berkorban
4) Mengeratkan ukhwah sesama peserta dan ahli jawatankuasa
5) Melahirkan para da'ie yang 'hebat'
Berikut adalah rentetan program yang telah dilakukan
30 September 2011:
Bermula jam 5.00 petang kami telah berkumpul di UNPAD perkarangan Dewan Orang Ramai dan telah menjamah makanan petang sambil menunggu ketibaan bas. Disebabkan ada salah faham jadual ketibaan bas, setelah jam 7 malam kami mula bertolak ke lokasi tujuan.
Akhirnya dalam jam 10 malam kami selamat tiba di taman Bougenville yang udaranya sangat dingin ditambahi sejuknya malam yang agak menggigit kulit. Namun alhamdulillah kami dengan cepatnya meletak beg masing-masing dan bergegas ke khemah program untuk mengisi slot pertama pada malam pertama itu.
Di slot pertama ini, awal-awal lagi kami diberi tugas menjawab soalan dan teka-teki yang agak mencabar minda. Slot utama pada malam pertama diteruskan dengan pengisian oleh Ahmad Zulfahmi dan Mohd Mohsein yang cuba menjentik jiwa kami untuk muhasabah kembali kenapa kami menyertai program ini.
Mungkin objektif program telah ditetapkan, namun subjektif bagi masing-masing kerana setiap orang itu menilai dengan situasi diri sendiri. Yang pasti, kami mencari ibrah dalam program kali ini.
Setelah jam 11 malam, sesi pengisian tamat dan kami menuju tempat tidur masing-masing yang menempatkan akhwat di dua buah villa, manakala ikhwan di khemah di sebuah padang.
1 Oktober 2011:
Seawal jam 3 pagi kami berkumpul kembali di dalam khemah program untuk qiyamulail bersama dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah. Tazkirah subuh telah disampaikan oleh salah seorang peserta lelaki mengenai hati.
Setelah bersarapan, slot kedua diteruskan dengan ceramah dari Ustaz Cucu bertajuk Menjadi Daie Yang Proaktif dan mempunyai nilai Ihsan.
Aktiviti LDK pula diteruskan pada sebelah petang. Setiap kumpulan telah diberi soalan-soalan mengenai masalah yang biasa dihadapi dalam berdakwah. Kemudian, setiap kumpulan harus membentangkan dan bersiap untuk menjawab soalan yang diajukan. Tujuan LDK ini adalah untuk mencetuskan idea di saat masalah-masalah ini dihadapi oleh kami.
Seusai solat zohor dan menjamak asar, kami meneruskan sesi pengisian oleh Ahmad Zulfahmi bertajuk Bicara Organisasi. Sepertimana kami berorganisasi IMAN dan BAIK, pengisian oleh speaker amatlah kena dengan kami mengenai tanggungjawab dan pengisian masa antara berorganisasi serta menjadi seorang pelajar perubatan! Namun apa yang penting perlu diingatkan, organisasi itu bukanlah menjadi pembeda tujuan dakwah apatah lagi untuk menjauhkan ukhwah. Tetapi agar tubuh-tubuh ini bangkit dalam satu barisan dan setiap orang mampu memainkan peranan dalam lingkungan masing-masing, insyaAllah.
Penghujung petang kami telah diisi dengan aktiviti riadah masing-masing.
Pada sebelah malam pula, setelah solat berjemaah Maghrib dan Isya’ ,speaker Ahmad Fakhrul Radzi memainkan peranan beliau dalam membangkitkan semangat kami untuk menjadi Daie Idaman. Kata-kata “I AM DAIE and I WILL BE THE BEST DAIE” dilaungkan yang sebelumnya peserta diminta mengimbau kembali perjalanan hidup dari kecil sehingga pada malam itu.
Kami diminta mengimbau jatuh bangunnya kami dalam perjalanan menempuh permainan dunia, dan kisah hitam yang lalu bukanlah penyebab yang menghalang kami untuk memilih jalan dakwah ini. Mungkin memori luka itulah yang menjadi penguat untuk bangkit dan menjadi sebaik-baik manusia yaitu bermanfaat kepada orang lain, InsyaAllah.
Malam terakhir kami di taman ini diisi dengan permainan kotak beracun dan mereka yang mendapat kotak beracun ini harus menjawab soalan yang dipilih. Di atas batu berhampiran sungai kami mengelilingi unggun api sambil menjamah jagung bakar serta air teh panas. Sesi malam terakhir ini banyak diisi dengan curahan hati peserta serta pesanan-pesanan dari mereka yang lebih berpengalaman tentang usaha berdakwah.
2 Oktober 2011:
Amazing Race atau Treasure Haunt telah dijalankan pada hari terakhir kami disini dan setiap permainan yang disusun serta klu yang diberi mempunyai maksud tersendiri, yang memerlukan peserta berlari sambil berfikir untuk meneruskan permainan.
Seusai solat berjemaah, pengakhiran kami adalah dengan perasmian penutup dari ketua pengarah program Mohd Asyraf As’ari dan ucapan dari Ahmad Zulhazwan sambil kami dihidangkan makanan tengahari. Setelah semuanya selesai kami mula berangkat pulang dan selamat tiba kembali di Jatinangor pada jam 6 petang.
Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada rahmatNya kerana telah memperlancarkan program ini dan alhamdulillah juga kerana mendapat banyak masukan dari peserta yang mengakui banyak manfaat yang telah mereka perolehi. Semoga ukhwah terus kuat, dan usaha menyampaikan serta mempraktikkan ajaran Islam terus mekar di bumi Jatinangor khususnya dan kemana saja kami bertebaran di muka bumi Allah amnya. Islam itu untuk semua. Wallahua’lam.
Untuk lebih banyak gambar sila tekan tab gambar di atas atau KLIK DISINI
[[ KITA SAUDARA SEAKIDAH ]]
“ ..Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal,8:63)
[[ KHAZANAH BLOG ]]
[[ TAMAN ILMU ]]
-
Al-Rasul Sebagai Pendidik4 days ago
-
AFN V21 month ago
-
Alkohol Dalam Ubat7 months ago
-
-
CONTOHI PERIBADI LUQMAN2 years ago
-
-
[[ LINK IMAN ]]
-
-
JOM AMBIL TAHU :)6 days ago
-
-
Permai Jakarta 2011 LIVE !!!2 months ago
-
PLANNER 2012 brought to you by IMAN3 months ago
-
Seven People Will Be Under God's Shade3 months ago
-
Marhaban Ya Ramadhan :)7 months ago
-
bandung games datang lagi7 months ago
-
-
DVD PERMAI 20101 year ago
-
[[ BLOG AHLI IMAN ]]
-
Berat Hati1 day ago
-
'Tangan' Tuhan Yang Gagal3 weeks ago
-
I’M twentySIX …AND I KNOW IT! (^^,)4 weeks ago
-
pasangan4 weeks ago
-
sensitivity4 weeks ago
-
Teguran Dan Doa Kepada Pak Dokter1 month ago
-
Hope vs Fate1 month ago
-
perspective1 month ago
-
.:Guru = Da'ie = Manusia:.2 months ago
-
Teguran mereka teruk!3 months ago
-
Kasih Ibu Membawa ke Syurga4 months ago
-
i dont belong here........6 months ago
-
.:Rahsia disebalik Tulang Sulbi atau Coccyx:.9 months ago
-
.: Because She Said So :.11 months ago
-
Muhasabah Awal Tahun 1432 Hijriyah1 year ago
-
Eksperimen.1 year ago
-
Usrah : Sebuah keterpaksaan1 year ago



0 comments:
Post a Comment