Search

Loading...

[[ SIAPA KAMI ]]

[[ SIAPA KAMI ]]
ISLAMIC MALAYSIAN ASSOCIATION, BIRO AGAMA ISLAM, PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA(PKPMI), CAWANGAN BANDUNG.

[[ EXCO IMAN 11/12 ]]

MAJLIS TERTINGGI:

AMIR:
MD.ASYRAF AS'ARI, FK09

AMIRAH:
MAHIRAH MOHD YUSOF, FK09

SETIAUSAHA I:
QATRUNNADA ZAINOL, FK09

SETIAUSAHA II:
AISYAH ARSHAD, TWP10

BENDAHARI I:
UMMI KALTHUM MOHD MOKHTARUDDIN, TWP09

BENDAHARI II:
FIKRI IDRUS, FKG10

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN (UPMI)
K: MUHD FAEZ FAISAL SEZALI, TWP09
P: NUR FARHANIS ASSILA ROSLAN, FF09

UNIT PENERBITAN & INFORMASI (UPI)
K: SITI FARHAIN AMIR, FF09
P: ABD.KHALIQ ALIM ABD.RANI, FK10

UNIT EKONOMI (UE)
K: RAWIYANI MOHD FUZI, FF09
P: MOHAMAD HANIF AHMADUL, TWP10

IMAN INTERN
K: MOHD MOHSEIN KAMARULZAMAN, FK05
P: NURUL AIMI MUSTAFFA, FK05


"Bertemu dlm Ketaatan,
Bersatu dlm Perjuangan~"

[[ PENGUMUMAN ]]

Dalam memastikan kemudahan dan kelancaran program IMAN secara berterusan dari semasa ke semasa, IMAN dengan rasa rendah hati amat mengalu-ngalukan sebarang sumbangan ikhlas tunai atau lain-lain dari kalian. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan melalui cek/draf bank/kiriman wang atas nama:

HUDA BINTI ABDUL HALIM,

NO. AKAUN : 530-01-01192-11-3
[BANK NIAGA, INDONESIA]

SEBARANG URUSAN ATAU MAKLUM BALAS, BOLEH EMAIL KE:
imaninside08@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UNTUK SEBARANG KEMUSYKILAN & SOAL JAWAB AGAMA, SILA ADD YM IMAN:-
ID YM IMAN: imaninside08

INSYAALLAH, KAMI AKAN CUBA MEMBANTU:)

[[ KEDUBES Jakarta ]]

Atase agama di KEDUBES : Ustaz Abdul Aziz Jusoh

No tel : +6281806513364
Email: azizjusoh@islam.gov.my

Alamat:
KEDUBES Malaysia, Jl.H.R.Rasuna Said, Kav.X/6 Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Indonesia.

Untuk sebarang masalah yang berkait, sila hubungi beliau.
Harap maklum, terima kasih! =)

[[ TETAMU IMAN ]]

[[ KATEGORI ]]

[[ MASA BERHARGA ]]

Thursday, October 20, 2011

Kisah Pak Pandir..


Di sebuah desa bernama Hegarmanah tinggallah sepasang suami isteri yang berhijrah dari Tanah Melayu. Hidup mereka boleh dikatakan bahagia walaupun tidak dikurniakan zuriat. Pak pandir, si suami sangatlah pemalas orangnya, setiap hari, setiap waktu, detik dan saat hanya menghabiskan masa dengan terbaring di pelantar rumah merenung nasib, mengelamun, berkhayal duit jatuh dari langit, berangan-angan dapat membuka sebuah ladang betik dan akhirnya tertidur. Berbeza pula dengan mak andir, si isteri yang sangatlah rajin, pagi-pagi membuat kupat tahu untuk dijual, tengah hari sibuk menyiapkan gehu pedas untuk di jual sebelah petang dan malam menjahit tempahan-tempahan celana, dan gamis.

" Bapaknye, pergilah keluar mencari rezeki, membuat amal kebaikan", cadang mak andir di suatu hari.
Setelah memikirkan cadangan mak andir, pak andir lantas masuk ke rumah dan keluar bersama beg berisi kelengkapan bermusafir. Mak andir kaget di muka pintu. " Aku keluar mencari rezeki ", kata pak pandir bernada serius.

Bermulalah pengembaraan pak pandir untuk 'mencari rezeki'.Liku-liku jalan tanah tidak berturap tar, berbatu-batu seperti terapi refleksologi, debu-debu tanah mengalahkan padang pasir di tempuh sehingga sampai di suatu persimpangan jalan. Pak pandir berhenti. Memandang ke bawah, terlihat olehnya satu benda yang sangat menarik, berwarna hitam kecokletan, separa pejal, bentuk yang sedikit berpusar, cantik dan kemas terletak. Terlintas di hati pak pandir, adakah ini 'rezeki'? adakah ini binatang ? adakah ini pokok?..Pak pandir yang memang terkenal dengan sifat dungunya cuba berfikir dalam keraguan..dalam keadaan ragu-ragu tentang benda tadi, dengan selambanya pak pandir memegang objek tersebut...

tahukah teman-teman apakah objek tersebut?? itulah tahi lembu.. =p

Cerita rakyat 'pak pandir' yang masyhur sangat menarik perhatian dari semuda-muda usia sehinggalah setua-tua usia manusia..apa yang ingin disampaikan adalah

(1) manfaatkanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya dengan perkara-perkara kebaikan


jangan asyik duduk melangut macam pak pandir tu, bukan dapat apa-apa hasil pun..
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." (Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Allah pun dah mengingatkan dalam surah Al-Mukminun bahawa sangat beruntung orang yang beriman kalau khusyuk solat, jauh dari perkara lagho, tunaikan zakat, memelihara kemaluan, jaga amanah dan janji kerana Allah dah menjanjikan syurga Firdaus.
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" (23:3)

(2) isu keraguan

memang tidak dapat tidak kita sebagai manusia lari dari keraguan, was-was, (apa lagi sinonim dia) dalam setiap tindak tanduk kita terutama bab-bab makan, halal-haram

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, Aku telah hafal sabda Rasulullah saw.,
"Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu." (h.r. Tirmidzi dan Nasa'i..)

Pak pandir yang dalam keraguan dengan tidak sengaja telah memegang tahi lembu tu..kalaulah pak pandir tahu tentang hadis di atas mesti dah lama dia tinggalkan benda tersebut dan tidaklah dia bermusafir dalam keadaan busuk tahi lembu..

"Sesuatu yang meragukanmu & kamu ragu didalamnya baik perkara dunia mahupun akhirat, maka yang terbaik ialah kamu meninggalkannya hingga tiada kegelisahan dan kebimbangan dalam dirimu pada apa yang kamu kerjakan"


*Kisah ini adalah rekaan semata sekadar perumpamaan untuk peringatan, bukanlah satu topik untuk diperbahaskan secara logik atau tidak logik.




0 comments:

[[ KITA SAUDARA SEAKIDAH ]]

“ ..Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal,8:63)

[[ KHAZANAH BLOG ]]

[[ UKHUWAH ITU INDAH ]]


ShoutMix chat widget

[[ 99 ASMA ALLAH ]]

[[ KALENDAR IMAN ]]

[[ FOLLOWERS ]]