Thursday, October 27, 2011

Kita & Mereka


KITA dan MEREKA
sama sahaja
kerna kita manusia
mereka manusia

KITA dan MEREKA
ada bezanya
kerna kita mampu
mereka kurang mampu

pakaian kita, pakaian mewah-mewah
berjenama..Alpha lauren, Polo, Roxy, Scholl, Clarks, Giordini, dll
pakaian mereka, pakaian murahan
tiada jenama..hanya bekas orang, hasil sumbangan ikhlas orang

tidur kita, beralaskan tilam empuk
tidur mereka, beralaskan tikar semata

makanan kita, sedap dan mewah belaka
makanan mereka, yang asas pun sukar nak dapat

rumah kita, berdindingkan batu simen, berlantaikan batu marmar granite
rumah mereka, berdindingkan kayu nipah, berlantaikan bumi

hidup kita, serba lengkap serba moden
hidup mereka, serba kekurangan serba konvensional

kita punya laptop, blackberry, ipad, iphone, dslr
mereka?
untuk membeli hp pun perit sekali

kita bergerak sana-sini berbangga dengan kereta mewah,
Merc, BMW, Toyota, Honda, Jaguar
mereka?
hanya mampu dengan 2 kaki paling tidak 2 tayar motor

peluang pendidikan kita, cerah dan mudah
mereka?
sangat susah, dan sukar kerana tidak cukup wang ringgit

kesihatan kita, ada doktor persendirian lagi
mereka?
untuk mendapat khidmat sang doktor terpaksa bergadai

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna nikmat Allah tidak terhitung nilainya
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
 Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (16:18)

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna semuanya adalah rezeki dari Allah

اللّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقَدِرُ وَفَرِحُواْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مَتَاعٌ

 Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).(13:26)

KITA dan MEREKA...




Thursday, October 20, 2011

Kisah Pak Pandir..


Di sebuah desa bernama Hegarmanah tinggallah sepasang suami isteri yang berhijrah dari Tanah Melayu. Hidup mereka boleh dikatakan bahagia walaupun tidak dikurniakan zuriat. Pak pandir, si suami sangatlah pemalas orangnya, setiap hari, setiap waktu, detik dan saat hanya menghabiskan masa dengan terbaring di pelantar rumah merenung nasib, mengelamun, berkhayal duit jatuh dari langit, berangan-angan dapat membuka sebuah ladang betik dan akhirnya tertidur. Berbeza pula dengan mak andir, si isteri yang sangatlah rajin, pagi-pagi membuat kupat tahu untuk dijual, tengah hari sibuk menyiapkan gehu pedas untuk di jual sebelah petang dan malam menjahit tempahan-tempahan celana, dan gamis.

" Bapaknye, pergilah keluar mencari rezeki, membuat amal kebaikan", cadang mak andir di suatu hari.
Setelah memikirkan cadangan mak andir, pak andir lantas masuk ke rumah dan keluar bersama beg berisi kelengkapan bermusafir. Mak andir kaget di muka pintu. " Aku keluar mencari rezeki ", kata pak pandir bernada serius.

Bermulalah pengembaraan pak pandir untuk 'mencari rezeki'.Liku-liku jalan tanah tidak berturap tar, berbatu-batu seperti terapi refleksologi, debu-debu tanah mengalahkan padang pasir di tempuh sehingga sampai di suatu persimpangan jalan. Pak pandir berhenti. Memandang ke bawah, terlihat olehnya satu benda yang sangat menarik, berwarna hitam kecokletan, separa pejal, bentuk yang sedikit berpusar, cantik dan kemas terletak. Terlintas di hati pak pandir, adakah ini 'rezeki'? adakah ini binatang ? adakah ini pokok?..Pak pandir yang memang terkenal dengan sifat dungunya cuba berfikir dalam keraguan..dalam keadaan ragu-ragu tentang benda tadi, dengan selambanya pak pandir memegang objek tersebut...

tahukah teman-teman apakah objek tersebut?? itulah tahi lembu.. =p

Cerita rakyat 'pak pandir' yang masyhur sangat menarik perhatian dari semuda-muda usia sehinggalah setua-tua usia manusia..apa yang ingin disampaikan adalah

(1) manfaatkanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya dengan perkara-perkara kebaikan


jangan asyik duduk melangut macam pak pandir tu, bukan dapat apa-apa hasil pun..
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." (Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Allah pun dah mengingatkan dalam surah Al-Mukminun bahawa sangat beruntung orang yang beriman kalau khusyuk solat, jauh dari perkara lagho, tunaikan zakat, memelihara kemaluan, jaga amanah dan janji kerana Allah dah menjanjikan syurga Firdaus.
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" (23:3)

(2) isu keraguan

memang tidak dapat tidak kita sebagai manusia lari dari keraguan, was-was, (apa lagi sinonim dia) dalam setiap tindak tanduk kita terutama bab-bab makan, halal-haram

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, Aku telah hafal sabda Rasulullah saw.,
"Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu." (h.r. Tirmidzi dan Nasa'i..)

Pak pandir yang dalam keraguan dengan tidak sengaja telah memegang tahi lembu tu..kalaulah pak pandir tahu tentang hadis di atas mesti dah lama dia tinggalkan benda tersebut dan tidaklah dia bermusafir dalam keadaan busuk tahi lembu..

"Sesuatu yang meragukanmu & kamu ragu didalamnya baik perkara dunia mahupun akhirat, maka yang terbaik ialah kamu meninggalkannya hingga tiada kegelisahan dan kebimbangan dalam dirimu pada apa yang kamu kerjakan"


*Kisah ini adalah rekaan semata sekadar perumpamaan untuk peringatan, bukanlah satu topik untuk diperbahaskan secara logik atau tidak logik.




Wednesday, October 5, 2011

LAPORAN I DARE ( I Daie Islamis & Realistis

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kami baru sahaja selesai melaksanakan satu program yang diberi nama I DARE atau I Daie Agamis & Realistis yang disertai oleh ahli IMAN bersama ahli BAIK (Biro Agama Islam KUBI) di Taman Bougenville, Bandung.

312824_10150348582182122_826617121_8035553_912446043_n

 

Program selama 3 hari ini (30 Sept, 1 & 2 Oktober 2011) telah dijalankan yang bertujuan

1) Memberi kesedaran dan pemahaman tentang dakwah dan tarbiyah
2) Membentuk para da'ie yang proaktif dan mempunyai nilai ihsan dalam melaksanakan taklifan yang diberikan
3) Melahirkan para da'ie yang aslabuhum tanzhiman (solid penataan organisasinya) melalui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan masa, cara berkomunikasi, dan sanggup berkorban
4) Mengeratkan ukhwah sesama peserta dan ahli jawatankuasa
5) Melahirkan para da'ie yang 'hebat'

Berikut adalah rentetan program yang telah dilakukan

30 September 2011:

       Bermula jam 5.00 petang kami telah berkumpul di UNPAD perkarangan Dewan Orang Ramai dan telah menjamah makanan petang sambil menunggu ketibaan bas. Disebabkan ada salah faham jadual ketibaan bas, setelah jam 7 malam kami mula bertolak ke lokasi tujuan.

Page4

Akhirnya dalam jam 10 malam kami selamat tiba di taman Bougenville yang udaranya sangat dingin ditambahi sejuknya malam yang agak menggigit kulit. Namun alhamdulillah kami dengan cepatnya meletak beg masing-masing dan bergegas ke khemah program untuk mengisi slot pertama pada malam pertama itu.

       Di slot pertama ini, awal-awal lagi kami diberi tugas menjawab soalan dan teka-teki yang agak mencabar minda. Slot utama pada malam pertama  diteruskan dengan pengisian oleh Ahmad Zulfahmi dan Mohd Mohsein yang cuba menjentik jiwa kami untuk muhasabah kembali kenapa  kami menyertai program ini.

Mungkin objektif program telah ditetapkan, namun subjektif bagi masing-masing kerana setiap orang itu menilai dengan situasi diri sendiri. Yang pasti, kami mencari ibrah dalam program kali ini.

       Setelah jam 11 malam, sesi pengisian tamat dan kami menuju tempat tidur masing-masing yang menempatkan akhwat di dua buah villa, manakala ikhwan di khemah di sebuah padang.

Page5

 

1 Oktober 2011:

        Seawal jam 3 pagi kami berkumpul kembali di dalam khemah program untuk qiyamulail bersama dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah. Tazkirah subuh telah disampaikan oleh salah seorang peserta lelaki mengenai hati.

Setelah bersarapan, slot kedua diteruskan dengan ceramah dari Ustaz Cucu bertajuk Menjadi Daie Yang Proaktif dan mempunyai nilai Ihsan.

Aktiviti LDK pula diteruskan pada sebelah petang. Setiap kumpulan telah diberi soalan-soalan mengenai masalah yang biasa dihadapi dalam berdakwah. Kemudian, setiap kumpulan harus membentangkan dan bersiap untuk menjawab soalan yang diajukan. Tujuan LDK ini adalah untuk mencetuskan idea di saat masalah-masalah ini dihadapi oleh kami.

 

        Seusai solat zohor dan menjamak asar, kami meneruskan sesi pengisian oleh Ahmad Zulfahmi bertajuk Bicara Organisasi. Sepertimana kami berorganisasi IMAN dan BAIK, pengisian oleh speaker amatlah kena dengan kami mengenai tanggungjawab dan pengisian masa antara berorganisasi serta menjadi seorang pelajar perubatan! Namun apa yang penting perlu diingatkan, organisasi itu bukanlah menjadi pembeda tujuan dakwah apatah lagi untuk menjauhkan ukhwah. Tetapi agar tubuh-tubuh ini bangkit dalam satu barisan dan setiap orang mampu memainkan peranan dalam lingkungan masing-masing, insyaAllah.

Page6

Penghujung petang kami telah diisi dengan aktiviti riadah masing-masing.

           Pada sebelah malam pula, setelah solat berjemaah Maghrib dan Isya’ ,speaker Ahmad Fakhrul Radzi memainkan peranan beliau dalam membangkitkan semangat kami untuk menjadi Daie Idaman. Kata-kata “I AM DAIE and I WILL BE THE BEST DAIE” dilaungkan yang sebelumnya peserta diminta mengimbau kembali perjalanan hidup dari kecil sehingga pada malam itu.

Kami diminta mengimbau jatuh bangunnya kami dalam perjalanan menempuh permainan dunia, dan kisah hitam yang lalu bukanlah penyebab yang menghalang kami untuk memilih jalan dakwah ini. Mungkin memori luka itulah yang menjadi penguat untuk bangkit dan menjadi sebaik-baik manusia yaitu bermanfaat kepada orang lain, InsyaAllah.

          Malam terakhir kami di taman ini diisi dengan permainan kotak beracun dan mereka yang mendapat kotak beracun ini harus menjawab soalan yang dipilih. Di atas  batu berhampiran sungai kami mengelilingi unggun api sambil menjamah jagung bakar serta air teh panas. Sesi malam terakhir ini banyak diisi dengan curahan hati peserta serta pesanan-pesanan dari mereka yang lebih berpengalaman  tentang usaha berdakwah.

301669_10150348569002122_826617121_8035419_28218751_n

2 Oktober 2011:

       Amazing Race atau Treasure Haunt  telah dijalankan pada hari terakhir kami disini dan setiap permainan yang disusun serta klu yang diberi mempunyai maksud tersendiri, yang memerlukan peserta berlari sambil berfikir untuk meneruskan permainan.

IMG_7688

 

      Seusai solat berjemaah, pengakhiran kami adalah dengan perasmian penutup dari ketua pengarah program Mohd Asyraf As’ari dan ucapan dari Ahmad Zulhazwan sambil kami dihidangkan makanan tengahari. Setelah semuanya selesai kami mula berangkat pulang dan selamat tiba kembali di Jatinangor pada jam 6 petang.

Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada rahmatNya kerana telah memperlancarkan program ini dan alhamdulillah juga kerana mendapat banyak  masukan dari peserta yang mengakui banyak manfaat yang telah mereka perolehi. Semoga ukhwah terus kuat, dan usaha menyampaikan serta mempraktikkan ajaran Islam terus mekar di bumi Jatinangor khususnya dan kemana saja kami bertebaran di muka bumi Allah amnya. Islam itu untuk semua. Wallahua’lam.

Untuk lebih banyak gambar sila tekan tab gambar di atas atau KLIK DISINI