Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang lalu, Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan (IHRAM) khusus untuk mahasiswa- mahasiswa muslim di UNPAD. Program ini diadakan untuk meraikan ketibaan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti menarik selain menjadi medan untuk mahasiswa mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang IHRAM berlangsung adalah:
Iftar jam'ie dan solat Terawikh berjemaah:
yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2010 di Plaza FK UNPAD bermula pada 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Antara tentatif progam ini adalah berpuka puasa bersama-sama peserta,solat maghrib berjemaah, tazkirah bertajuk taubat, solat isyak dan terawikh berjemaah dan diakhiri dengan tayangan slide.
MABIT (malam bina iman dan taqwa):
mabit telah diadakan di Masjid Ibnu Sina UNPAD pada 21 Ogos 2010. Program yang bermula jam 3.30 pagi itu diisi dengan qiyamullail, tilawah al-quran, sahur bersama, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang telah berakhir pada jam 7.00 pagi.
Malam penutup IHRAM:
Bagi malam penutup IHRAM, acara telah diadakan di Bale 4 pada bulan September yang bermula pada jam 4.30 petang. Pada malam penutup ini, telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran, tayangan, berbuka puasa bersama,solat maghrib berjemaah, tazkirah, dan solat isyak serta terawikh berjemaah. Majlis telah berakhir pada jam 8.30 malam.
Terawikh,Tadarus, dan Tazkirah (3T)
Sempena program ini juga 3T telah dijalankan pada sepanjang bulan Ramadhan, di setiap kosan atau tempat tinggal Mahasiswa Malaysia bermula jam 7.00 hingga 8.00 setiap malam.
Cry No More (CNM):
Program lain yang tidak kurang menariknya juga adalah Cry No More iaitu program memasak dan memberi makanan kepada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan. CNM telah dijalankan pada tanggal 31 Ogos 2010 bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang.
gambar : http://picture-of-iman.blogspot.com/2010/11/cry-no-more.html
0 comments:
Post a Comment