
Saturday, April 28, 2012
Jadual Update Blog IMAN sesi 2012/2013
Harap nama-nama yang tersenarai dapat meng'update' blog IMAN dan melaksanakan amanah yang diberi sebaiknya.
MEI 1 : MUHAIMIN (UPMI)
MEI 2 : SYAFIQ AIDI (UPMI)
JUN 1 : YASMIN SHUKRINA (UPMI)
JUN 2 : SITI FATMAH (UPMI)
JULAI 1 : TAUPEK (MT)
JULAI 2 : QOFARUDDIN (UPMI)
OGOS 1 : MURNI (UPMI)
OGOS 2 : MUMTAZAH (MT)
SEPT. 1 : SYED SUHAIL (UPI)*
SEPT. 2 : FARHAIN (UPI)*
OKT. 1 : DARIMI (UE)*
OKT. 2 : MURSYIDA (UE)*
NOV. 1 : FARHANIS (UPMI)
NOV. 2 : QATRUNNADA (UPMI)
DIS. 1 : FIKRI IDRUS (MT)
DIS. 2 : NADIAH MUHAMMAD ALI (MT)
JAN. 1 : NUR AJJRINA (MT)
JAN. 2 : SITI AISYAH (MT)
FEB. 1 : ABU RIDHUWAN (UPMI)
FEB. 2 : MD. ASYRAF (UPMI)
MAC 1 : DARIMI (UE)*
MAC 2 : MURSYIDA (UE)*
APRIL 1 : SYED SUHAIL (UPI)*
APRIL 2 : FARHAIN (UPI)*
Petunjuk:
(-BULAN- 1) : 2 minggu pertama. (1 - 14 haribulan)
(-BULAN- 2) : 2 minggu kedua. (15 - 30/31 haribulan)
*Ketua dan penolong unit boleh mewakilkan kepada ahli-ahli unit.
1. Frekuensi Update Blog : 1x/ 2minggu. Tafadhal bagi mana-mana ahli yang ingin meng'update' blog 1x/minggu.
2. PJ hanya perlu meletakkan artikel dan mengambil tahu segala komen yang dihantar tentang artikel tersebut.
3. Panduan update (artikel) :
i) Di update dengan kemas & menarik (semampunya).
ii) Mudah di baca (berperenggan pendek, tak terlalu panjang)
iii) Tulisan (font size : Normal)
iv) 'Bold'kan/ besarkan info yg penting @ apa yg hendak difokus.
v) Wajib letak gambar.
vi) Letakkan 'sumber' artikel (jika ada).
vii) Artikel boleh dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan semasa (tazkirah, isu
semasa,sajak,cerpen,komik,video,lagu dan lain-lain)
viii) Jaga adab & akhlak ketika menulis (jika menulis sendiri).
Perhatian: Di akhir ruangan menulis artikel, ada satu kotak kosong yang bertanda 'Labels'. Setelah selesai update, mohon di 'klik' 'Show all' disebelahnya, dan pilih kategori artikel yang sesuai.
[untuk artikel tazkirah,dakwah dll - pilih 'RISALAH". isu semasa - "TERKINI". palestin & ummah - "PEDULI UMMAH". wanita - "MUSLIMAT". promosi program/tentang program - "PROGRAM" dan lain2]
4. Jadual ini dengan rasmi bermula bulan MEI 2012. Moga istiqamah hingga ke akhirnya.
Email username & password IMAN akan di mesej kepada yang bertugas nanti. InsyaAllah. Jazakumullahu khair.
Tuesday, April 17, 2012
SAFF KEPIMPINAN IMAN SESI 2012/2013
MAJLIS TERTINGGI (MT)
Monday, April 16, 2012
Organisasi IMAN Sesi 2012/2013
Saturday, March 10, 2012
ITSAR
Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulilah, kali ni kita akan berkongsi mengenai konsep Itsar.. Apa itu itsar?
Kalau kita semua perasan, ramai orang berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan kat dunia ni..tak kira la dari segi harta, pangkat mahupun populariti. Terlampau taksub ingin memiliki kepentingan diri sehingga mengabaikan orang sekeliling. Jarang nak jumpa orang yang sanggup berkorban atau mendahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri...memang ada tapi sangat MINOR! Bersyukur la kalau ada orang yang suka berbagi rezeki.
Memang tak dinafikan, kebanyakan dari kita merasa berat untuk memberi atau mencurahkan tenaga, masa dan harta tanpa adanya imbalan, tanpa adanya manfaat buat diri...tetapi ingat la semua, orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain adalah orang yang paling baik dan manusia seperti inilah yang akan dicintai Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebaik – baik manusia ialah yag paling bermanfaat untuk orang lain.” [HR. Ath Thabarani, hasan, dlm kitab Shahihul Jami’, no. 3289]
Haaa....ini lah sifat ITSAR! Dengan kata mudah Itsar bermaksud melebihkan atau mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan dirinya.
Ingat tak lagi kisah Ansar dan Muhajirin? Rujuk surah Al-Hasyr, ayat 9 (59:9) :
Ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi s.a.w seraya berkata,” Sungguh Ya Rasul, saya sedang ditimpa kesulitan hidup.” Kemudian Nabi s.a.w menuju kepada isteri-isteri beliau, namun beliau tidak mendapati dari mereka sesuatu yang boleh diberikan kepada orang tadi. Maka Rasulullah berkata kepada para sahabatnya,” Siapa yang boleh menjamu orang ini, pada malam hari ini…?” Dan berkatalah salah seorang Ansar di antara mereka,” Saya, wahai Rasulullah.”
Kemudian orang Ansar tersebut datang kepada isterinya dan berkata,” Ini tetamu Rasulullah. Janganlah kamu menyimpan sesuatu yang sekiranya itu boleh diberikan kepadanya.” Kemudian isterinya mengatakan,” Demi Allah, tidak ada padaku kecuali makanan untuk anak – anak.” Lantas suaminya berkata,” Bila anak – anak ingin makan, maka tidurkanlah mereka dan kemarilah kamu membawa hidangan lalu matikanlah lampu ini.Tidak mengapa malam ini kita berlapar – lapar dahulu.” Isteri orang Ansar ini menjalankan apa yang diperintah suaminya…
Pada keesokan harinya, orang Ansar itu pergi kepada Rasulullah s.a.w, maka beliau bersabda,” Sungguh Allah ta’ala kagum pada fulan ini dan istrinya. Dengannya, Allah berfirman:
“…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan…” [QS. Al Hasyr: 9]
Tetapi perlu diingatkan di sini TIDAK SEMUA URUSAN kita perlu mengamalkan sikap itsar ni.... iaitu dalam bab Agama. Dalam bab deen (agama), diri kita sendiri perlu didahulukan untuk melaksanakannya sebagaimana Allah perintahkan untuk berfastabiqul khairat yakni berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " ~Al-Baqarah,148~
Kiranya dalam perkara itsar ni, Asy Syaikh Muhammad Ibnu Shalih al ‘Utsaimin menjelaskan:
Berlumba-lumba dalam melebihkan dan mendahulukan orang lain daripada diri sendiri hanya meliputi urusan duniawi sahaja, sedangkan urusan akhirat tidaklah diperbolehkan.. kerana Allah memerintahkan kita untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
JADI, KONKLUSINYA, MELEBIHKAN ORANG LAIN DARIPADA DIRI SENDIRI TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS :
1. DILARANG. Di mana kita mengutamakan orang lain dalam urusan yang telah diwajibkan syariat. Contohnya, kita dengan kawan kita ni terbatal wudhu. tapi, malangnya waktu tu kita ada air yang mencukupi untuk seorang je. kita pun bagi la air tu dekat kawan kita sehingga tiada lagi air untuk kita berwudhu sehingga terpaksa bertayammum. hukumnya haram ye kawan-kawan.
2. MAKRUH. Melebihkan orang lain dalam perkara sunnah. Misalnya kita mampu berdiri di shaf pertama dalam solat, tapi kita memepersilakan orang lain untuk mengisinya. Hal ini makruh karena menandakan kita kurang bersemangat terhadap kebaikan.
3. BOLEH BAHKAN DIANJURKAN. Iaitu melebihkan orang lain dalam perkara yang bukan ibadah. Seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang sedang lapar, padahal kita sendiri lapar, maka perbuatan ini adalah perbuatan terpuji. :)
-THE END-
Al-Imam As-Syahid Hassan Al-banna, "Serendah-rendah ukhwah diantara kamu dan saudaramu ialah berlapang dada , dan Setinggi-tingginya ialah kamu melebihkan saudaramu (itsar) ".
Wednesday, March 7, 2012
Laporan Program Muslimah Pillar in Deen & Forum Tarbiyah di Luar Kampus
“Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?
Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak, "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Qur'an. Berkata si anak: Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: “Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepadamu.”
Antara peranan lain adalah sebagai isteri solehah yang mana menjadi penyejuk mata dan pakaian buat pasangan dan sebagai ujian kepada suami; sebagai anak solehah hal ini kerana anak yang soleh merupakan asset buat kedua ibubapa; dan juga sebagai seorang sahabat yang soleheh. Syurga adalah untuk orang-orang yang hebat. Oleh itu, jika Syurga menjadi matlamat kita, sudah seharusnya kita perlu menjadi orang yang hebat. Menjadi seorang yang hebat bukan pilihan akan tetapi satu kemestian. Hebat dari segi ibadah dan peranan kita sebagai khalifah di bumi Allah ini… demi Islam! “Muslimah yang hebat merupakan seorang yang flexible, versatile dan tidak rigid”, kata Dr Muna. Muslimah solehah pasti mempunyai quality control (conscious + self-control) untuk membuahkan ketakwaan. Quality control bermaksud kita sedar akan sesuatu dan bertindak atas kesedaran.
Di penghujung Slot 1, kami diingatkan menjadi muslimah solehah perlukan maintenance iaitu dengan terus beristiqamah. Slot ini tamat pada jam lebih kurang 11 pagi, sebelum disambung dengan Slot 2 pada sebelah petangnya.
Selepas Slot 1, kami mengadakan sebuah permainan mengenai fesyen muslimah. Semua muslimat yang hadir dibahagikan kepada 6/7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa helai tudung dan sehelai kertas untuk melukis pakaian muslimah. Semua saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada akhir permainan, seorang atau dua orang model dari setiap kumpulan akan memperagakan pakaian yang direka dan para pereka menerangkan keistimewaan pakaian tersebut dihadapan para juri, Dr Muna salah satu antaranya, dan para muslimat yang lain. Permainan ini bukan saja-saja diadakan akan tetapi ada message yang ingin disampaikan iaitu dengan mengingatkan kami akan kepentingan menutup aurat dengan sempurna dan dengan menjadi seorang muslimah tidak membataskan diri daripada berfesyen akan tetapi haruslah bersesuaian dengan hukum syara’.
Kemudian, kami diberikan rehat selama sejam sebelum diteruskan dengan Slot 2. Kami diberi nasi ayam yang sangat enak untuk makan tengah hari. Kira-kira jam 1:30 petang, kami teruskan dengan Slot 2 yang bertajuk “Muslimah Solehah dan Kerjaya”. Antara perkara yang dibincangkan dalam slot ini ialah pandangan Islam tentang wanita bekerjaya, contoh kerjaya wanita dalam al-Quran dan Sunnah serta kelebihan bekerjaya.
Wanita mempunyai tanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga dan masyarakat.
Wanita mempunyai tugas yang tersendiri dalam agama. Dr Muna memberikan contoh-contoh wanita bekerjaya dalam sirah Islam. Antaranya adalah Ummu Atiyah (bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawat pejuang-pejuang lelaki yang cedera di medan perang dan menyediakan makanan untuk mereka), Rufaydah al-Aslamiyyah (doktor wanita Islam pertama) dan As-Shifa’ binti Abdullah (guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis).

Alhamdulillah, dengan izinNya, program-program ini dapat diadakan dengan jayanya. Terlalu banyak ilmu yang ustaz dan zaujah kongsikan bersama kami. Semoga ilmu-ilmu yang diperoleh bermanfaat. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak. Jazakumullahu khairan. Semoga kita bertemu lagi di program-program yang akan datang. InsyaAllah.
Wednesday, February 29, 2012
Program Muslimah Pillar in Deen & Forum "Tarbiyah di Luar Kampus"
Sunday, February 5, 2012
Nota tarbiyah dari Gaza: As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin – Hidup & syahidmu membakar semangat jihad ummat zaman ini
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
“Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana” (Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami) – As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Kata-kata ini diabadikan pada tembok berhadapan dengan rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Kedua mereka syahid dalam jarak hanya 40 hari pada tahun 2004. Kedua mereka membuktikan bahawa amal mereka adalah selari dengan apa yang mereka ucapkan.
Seperti pepatah Arab: “Sekiranya anda hendak menjadi pemimpin kami maka hendaklah anda berada di hadapan kami.”
- Catatan di bumi Gaza pada hari, Khamis 26 Januari 2012 ketika jaulah dan melaksanakan misi audit projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.
Nota 2

“Di sinilah Syeikh Ahmad Yaasin menemui syahid beliau,” ujar akh Abdul Rahim Syihab (Abu Muhammaad) yang merupakan rakan pelaksana projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.
As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin keluar dari masjid ini (al-Mujamma al-Islami) selepas selesai menunaikan solat subuh. Beliau ditolak di atas kerusi rodanya oleh pembantu beliau untuk pulang ke rumah hanya kira-kira 100 m. Helikopter penyerang Apachee sudah menunggu dan melepaskan tiga tembakan roket Hellfire, tepat mengenai tubuh as-Syahid yang mulia. Jasadnya berkecai. Episod serangan ini disaksikan secara live oleh Ariel Sharon (the butcher of Shabra Shatilla), Perdana Menteri Israel ketika itu.
As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin mengabadikan apa yang beliau ucapkan. “Sesungguhnya sekiranya kamu (Israel) hendak membunuh aku, maka aku ada di kerusi roda aku.”
“Kamu akan dapati kami akan mati dalam keadaan menghadap musuh-musuh kami dan bukannya dalam keadaan membelakangkan mereka (lari dari mereka).”
Al-Akh Abdul Rahim Syihab menambah, “Ariel Sharon kini berada dalam azab-un-alim (seksa yang amat pedih). Dalam keadaan koma sejak 5 tahun lalu tanpa ada tanda-tanda akan pulih mahupun akan mati.
La haula wala kuwataa illa billa hil aliyul azim.
Sahabat-sahabat pergilah ke medan di mana jihad sedang berkumandang untuk mengubat hati kita yang sudah tenggelam dalam dunia yang melekakan ini sehingga hilang dari jiwa kita sifat-sifat rijal dan jundi. “Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan dakwahMu yang mulia ini yang menuntut padanya pembuktian amal, bukan sekadar kata-kata.”
Nota 3
“Inilah rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin,” ujar al-Akh Abdul Rahim Syihab. Aku berusia 6 tahun ketika ayah aku membawa aku ke rumah Syeikh Ahmad Yaasin. Di sini ayah aku memberikan bai’ahnya (janji taat setianya) kepada dakwah ini. Syeikh Ahmad Yaasin adalah murabbi ayahku.
Aku dihantar bersekolah tadika di al-Mujamma al-Islami (sebuah institusi yang diasaskan oleh as-Syahid dan masjid di mana as-Syahid mendirikan solatnya).
As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin adalah pengasas penting kepada usaha-usaha Islamic Society of Jabaliya di mana al-akh Abdul Rahim Syihab adalah Rais (pengerusinya yang ke 3). Dengan permulaan modal sebanyak USD 20,000 kini Islamic Society Jabaliya mengendalikan projek-projek bantuan untuk rakyat Palestin (kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin dgn usahasama Aqsa Syarif, projek ternakan lembu, ternakan ikan aquaculture, penajaan anak yatik, bantuan keluarga miskin dan lain-lain) yang bernilai USD10 juta.
Inilah baroqahnya dakwah dan mujahadah sertanya syahidnya Syeikh Ahmad Yaasin. Apa juga yang dilakukan oleh musuh-musuh zionis tidak pernah sedikitpun memberi kesan buruk kepada dakwah ini. Malah dakwah inilah yang menjadi benteng paling ampuh dalam menghadapi musuh yang jauh lebih kuat pada zahirnya tetapi amat lemah pada hakikatnya. Kerana yang dihadapi oleh Israel adalah satu toifah (golongan) yang mendapat dokongan langsung dari Allah SWT yang memiliki dakwah ini.
Nota 4
Inilah bahagian hadapan rumah Syeikh Ahmad Yaasin as-Syahid. Inilah dia pemimpin umat yang sebenar. As-syahid hidup di kalangan rakyat Palestin yang miskin dan hidup bersama mereka. Memberi mereka segala harapan yang baik terhadap kehidupan, perjuangan, berhadapan dengan musuh dan penindasan.
Ketika dibebaskan dari penjara Israel dalam keadaan lumpuh berkerusi roda (sejak kecil – berusia 10 tahun) beliau diberikan sejumlah wang sebagai elaun sara hidup. Setelah mencongak perbelanjaan harian dan mendapati jumlah yang disalurkan lebih banyak dari keperluan, beliau telah memulangkan lebihannya.
Inilah pemimpin yang sehingga hari ini menjadi sebutan. Namanya masih meniti di bidir-bibir manusia dan tidak pernah luput dari ingatan. Mereka inilah insan yang telah meninggalkan kita tetapi seolah-olah masih hidup di kalangan kita.
Ariel Sharon menyangka dengan membunuh Syeikh Ahmad Yaasin dan kemudian as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi, mereka boleh memadamkan usaha jihad dan kebangkitan rakyat Palestin. Bahkan syahidnya mereka berdua menyuburkan lagi jihad ini. Kesilapan besar ditempa oleh musuh yang tidak memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi setelah syahidnya.
Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian. “Hidup mulia atau mati syahid.” (Is syazizan aumut syahidan)
Nota 5
As-Syahid Ahmad Yaasin tidak boleh bergerak dari kerusi rodanya tetapi dia telah menggerakkan ummah ini. Beliau telah berseru kepada umat ini. “Wahai para pemuda – jihad adalah kewajipan kalian – untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dan untuk membebaskan negara kalian dan diri kalian dari penguasaan Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Ia adalah pejuangan kalian, semoga menang atau syahid.”
Beliaulah yang sepatutnya dijadikan idola bagi umat ini, disamping ribuan para pejuang ulama mujahid yang telah pergi menemui Tuhan dan masih setia menunggu giliran mereka.
Mereka mengharapkan mati syahid dan sentiasa mendambakannya. Sebagaimana yang diulang-ulang oleh Dr Abdul Aziz Rantisi, yang menyusul as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin selepas hanya menggantikan Syeikh Ahmad Yasin sebagai pimpinan HAMAS selama sekitar 40 hari. “Setiap orang akan mati, samada mati akibat serangan jantung atau mati ditembak Apachee. Adapun aku memilih Apachee.”
Harapan dan doa ikhlas beliau benar-benar dimakbulkan oleh Allah. Helikopter Apachee telah melepaskan tembakan peluru berpandu kepada beliau sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah dengan doa, “Wahai Allah! Masukkan lah aku ke dalam syurgaMu.” Beliau menyusul murabbi beliau, Syeikh Ahmad Yaasin dengan cara yang sama.








