Saturday, March 10, 2012

ITSAR

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulilah, kali ni kita akan berkongsi mengenai konsep Itsar.. Apa itu itsar?

Kalau kita semua perasan, ramai orang berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan kat dunia ni..tak kira la dari segi harta, pangkat mahupun populariti. Terlampau taksub ingin memiliki kepentingan diri sehingga mengabaikan orang sekeliling. Jarang nak jumpa orang yang sanggup berkorban atau mendahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri...memang ada tapi sangat MINOR! Bersyukur la kalau ada orang yang suka berbagi rezeki.

Memang tak dinafikan, kebanyakan dari kita merasa berat untuk memberi atau mencurahkan tenaga, masa dan harta tanpa adanya imbalan, tanpa adanya manfaat buat diri...tetapi ingat la semua, orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain adalah orang yang paling baik dan manusia seperti inilah yang akan dicintai Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Sebaik – baik manusia ialah yag paling bermanfaat untuk orang lain.” [HR. Ath Thabarani, hasan, dlm kitab Shahihul Jami’, no. 3289]

Haaa....ini lah sifat ITSAR! Dengan kata mudah Itsar bermaksud melebihkan atau mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan dirinya.


Ingat tak lagi kisah Ansar dan Muhajirin? Rujuk surah Al-Hasyr, ayat 9 (59:9) :

Ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi s.a.w seraya berkata,” Sungguh Ya Rasul, saya sedang ditimpa kesulitan hidup.” Kemudian Nabi s.a.w menuju kepada isteri-isteri beliau, namun beliau tidak mendapati dari mereka sesuatu yang boleh diberikan kepada orang tadi. Maka Rasulullah berkata kepada para sahabatnya,” Siapa yang boleh menjamu orang ini, pada malam hari ini…?” Dan berkatalah salah seorang Ansar di antara mereka,” Saya, wahai Rasulullah.”

Kemudian orang Ansar tersebut datang kepada isterinya dan berkata,” Ini tetamu Rasulullah. Janganlah kamu menyimpan sesuatu yang sekiranya itu boleh diberikan kepadanya.” Kemudian isterinya mengatakan,” Demi Allah, tidak ada padaku kecuali makanan untuk anak – anak.” Lantas suaminya berkata,” Bila anak – anak ingin makan, maka tidurkanlah mereka dan kemarilah kamu membawa hidangan lalu matikanlah lampu ini.Tidak mengapa malam ini kita berlapar – lapar dahulu.” Isteri orang Ansar ini menjalankan apa yang diperintah suaminya…

Pada keesokan harinya, orang Ansar itu pergi kepada Rasulullah s.a.w, maka beliau bersabda,” Sungguh Allah ta’ala kagum pada fulan ini dan istrinya. Dengannya, Allah berfirman:

“…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan…” [QS. Al Hasyr: 9]


Tetapi perlu diingatkan di sini TIDAK SEMUA URUSAN  kita perlu mengamalkan sikap itsar ni.... iaitu dalam bab Agama. Dalam bab deen (agama), diri kita sendiri perlu didahulukan untuk melaksanakannya sebagaimana Allah perintahkan untuk berfastabiqul khairat yakni berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. " ~Al-Baqarah,148~


Kiranya dalam perkara itsar ni, Asy Syaikh Muhammad Ibnu Shalih al ‘Utsaimin menjelaskan:

Berlumba-lumba dalam melebihkan dan mendahulukan orang lain daripada diri sendiri hanya meliputi urusan duniawi sahaja, sedangkan urusan akhirat tidaklah diperbolehkan.. kerana Allah memerintahkan kita untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.

JADI, KONKLUSINYA, MELEBIHKAN ORANG LAIN DARIPADA DIRI SENDIRI TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS :

1.      DILARANG. Di mana  kita mengutamakan orang lain dalam urusan yang telah diwajibkan syariat. Contohnya, kita dengan kawan kita ni terbatal wudhu. tapi, malangnya waktu tu kita ada air yang mencukupi untuk seorang je. kita pun bagi la air tu dekat kawan kita sehingga tiada lagi air untuk kita berwudhu sehingga terpaksa bertayammum. hukumnya haram ye kawan-kawan.

2.      MAKRUH. Melebihkan orang lain dalam perkara sunnah. Misalnya kita mampu berdiri di shaf pertama dalam solat, tapi kita memepersilakan orang lain untuk mengisinya. Hal ini makruh karena menandakan kita kurang bersemangat terhadap kebaikan.

3.      BOLEH BAHKAN DIANJURKAN. Iaitu melebihkan orang lain dalam perkara yang bukan ibadah. Seperti kita memberikan makanan kepada orang lain yang sedang lapar, padahal kita sendiri lapar, maka perbuatan ini adalah perbuatan terpuji. :)

-THE END-

chi-020 copy


Al-Imam As-Syahid Hassan
Al-banna, "Serendah-rendah ukhwah diantara kamu dan saudaramu ialah berlapang dada , dan Setinggi-tingginya ialah kamu melebihkan saudaramu (itsar) ".

Wednesday, March 7, 2012

Laporan Program Muslimah Pillar in Deen & Forum Tarbiyah di Luar Kampus

Assalamu’alaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, IMAN telah berpeluang menganjurkan dua buah program tarbiyah dengan jayanya pada hari Sabtu, 3 Mac lalu. Program-program tersebut adalah Program Muslimah Pillar in Deen dan Forum “Tarbiyah di Luar Kampus” yang diadakan di Fakultas Kedokteran A5.3, Universitas Padjadjaran, Jatinangor.

Muslimah Pillar in Deen – You as an Agent of Change




Program Muslimah Pillar in Deen merupakan sebuah program yang dianjurkan khas buat para muslimat. Bertemakan “You as an Agent of Change”, program ini mengupas mengenai muslimah sebagai tunjang kepada agama Islam. Siapa sangka kami di bumi Bandung ini bukan sahaja berpeluang menemui pakar perubatan kecemasan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasaruddin (UmmuSaif), zaujah kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, bahkan beliau menjadi speaker bagi program ini. Sepanjang program berlangsung, sangat banyak ilmu yang beliau kongsikan bersama kami, pelajar-pelajar di UNPAD ini. Alhamdulillah.

Mengikut perancangan, program ini bermula pada jam 8.00 pagi, namun terdapat hal-hal yang tidak dapat dielakkan, program ini bermula pada jam 9.00 pagi. Program ini dimulai dengan bacaan ayat al-Qur’an, surah At-Taubah ayat 71-74. Kemudian diteruskan dengan Slot 1 yang mana membincangkan mengenai “Muslimah: Siapa & Bagaimana?”. Di slot ini, Dr. Muna menerangkan mengenai muslimah solehah; ciri-ciri muslimah solehah, kepentingannya, cara-cara menjadi muslimah solehah, cabaran-cabaran dari segi luaran dan dalaman serta peranan-peranan muslimah solehah.

“Without women, the world’s empty". Hal ini kerana lelaki dan perempuan memerlukan antara satu sama lain dalam kehidupan ini. Bukan lelaki sahaja mempunyai peranan dalam agama, wanita juga mempunyai peranan masing-masing. Antara keistimewaan wanita ialah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim). Menjadi muslimah solehah dengan mengerjakan amal soleh pasti akan mendapat kehidupan yang baik. Malah Allah berfirman dalam al-Qur’an:

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” [QS Al-Nahl 16: 97]

Antara input menarik lain yang kami peroleh ialah potensi manusia. Setiap  manusia berpotensi untuk menjadi baik dan buruk. Begitu juga iman kita, adakala naik dan adakalanya turun.

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya), serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.” [QS Ash-Shams: 7-8]

Muslimah solehah pasti mempunyai peranannya. Antara peranan yang paling utama ialah sebagai hamba Allah SWT.

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” [QS Al-Dhariyat 51: 56]

Setiap amal samada kebaikan dan keburukan tidak memberi keuntungan mahupun kerugian kepada Allah, tetapi kepada diri sendiri. Allah’s our CEO! Every single thing we do, is for Him, our Boss! Jika kita seorang hamba yang taat kepada Allah, kita akan tetap lakukan walaupun sekecil-kecil pekerjaan, dan kita tidak akan berkira dengan sebarang amalan sekiranya kita lakukan keranaNya.

Kemudian, peranan sebagai ibu solehah. Dr Muna mengingatkan kami supaya membuat persiapan sebaiknya sebelum berkahwin. Hal ini kerana lelaki perlu memilih ibu kepada anak-anaknya. Memilih ibu bermaksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Beliau juga menceritakan kepada kami mengenai sirah Saidina Umar al-Khattab didatangi seorang lelaki.


“Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak, "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Qur'an. Berkata si anak: Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: “Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepadamu.”                

                Antara peranan lain adalah sebagai isteri solehah yang mana menjadi penyejuk mata dan pakaian buat pasangan dan sebagai ujian kepada suami; sebagai anak solehah hal ini kerana anak yang soleh merupakan asset buat kedua ibubapa; dan juga sebagai seorang sahabat yang soleheh. Syurga adalah untuk orang-orang yang hebat. Oleh itu, jika Syurga menjadi matlamat kita, sudah seharusnya kita perlu menjadi orang yang hebat. Menjadi seorang yang hebat bukan pilihan akan tetapi satu kemestian. Hebat dari segi ibadah dan peranan kita sebagai khalifah di bumi Allah ini… demi Islam! “Muslimah yang hebat merupakan seorang yang flexible, versatile dan tidak rigid”, kata Dr Muna. Muslimah solehah pasti mempunyai quality control (conscious + self-control) untuk membuahkan ketakwaan. Quality control bermaksud kita sedar akan sesuatu dan bertindak atas kesedaran.          

                Di penghujung Slot 1, kami diingatkan menjadi muslimah solehah perlukan maintenance iaitu dengan terus beristiqamah. Slot ini tamat pada jam lebih kurang 11 pagi, sebelum disambung dengan Slot 2 pada sebelah petangnya.              

                Selepas Slot 1, kami mengadakan sebuah permainan mengenai fesyen muslimah. Semua  muslimat yang hadir dibahagikan kepada 6/7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa helai tudung dan sehelai kertas untuk melukis pakaian muslimah. Semua saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada akhir permainan, seorang atau dua orang model dari setiap kumpulan akan memperagakan pakaian yang direka dan para pereka menerangkan keistimewaan pakaian tersebut dihadapan para juri, Dr Muna salah satu antaranya, dan para muslimat yang lain. Permainan ini bukan saja-saja diadakan akan tetapi ada message yang ingin disampaikan iaitu dengan mengingatkan kami akan kepentingan menutup aurat dengan sempurna dan dengan menjadi seorang muslimah tidak membataskan diri daripada berfesyen akan tetapi haruslah bersesuaian dengan hukum syara’.                

                Kemudian, kami diberikan rehat selama sejam sebelum diteruskan dengan Slot 2. Kami diberi nasi ayam yang sangat enak untuk makan tengah hari. Kira-kira jam 1:30 petang, kami teruskan dengan Slot 2 yang bertajuk “Muslimah Solehah dan Kerjaya”. Antara perkara yang dibincangkan dalam slot ini ialah pandangan Islam tentang wanita bekerjaya, contoh kerjaya wanita dalam al-Quran dan Sunnah serta kelebihan bekerjaya.                        

                Wanita mempunyai tanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga dan masyarakat.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong buat sebahagian yang lain”  [QS At-Taubah 9: 71]. 
             
                Wanita mempunyai tugas yang tersendiri dalam agama. Dr Muna memberikan contoh-contoh wanita bekerjaya dalam sirah Islam. Antaranya adalah Ummu Atiyah (bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawat pejuang-pejuang lelaki yang cedera di medan perang dan menyediakan makanan untuk mereka), Rufaydah al-Aslamiyyah (doktor wanita Islam pertama) dan As-Shifa’ binti Abdullah (guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis).

Dr Muna berkongsi mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memaksimumkan ‘pro’ sebagai muslimah solehah yang berkerjaya iaitu menambahkan ilmu pengetahuan, pelbagaikan bahan bacaan, perbanyak perbincangan dengan rakan muslimat, pelbagaikan kenalan dan juga kerjasama dan kefahaman dengan suami. Slot pada petang tersebut lebih santai dan Dr Muna banyak berkongsi mengenai pengalaman hidupnya sebagai seorang doktor, isteri, ibu, anak dan pelajar. Terlalu banyak perkara baru yang kami peroleh daripada perkongsian beliau, terasa seakan masa sangat singkat. Pada jam 3 petang, program Muslimah Pillar in Deen sampai ke penghujungnya. Sebelum bersurai, kami sempat merakamkan kenangan istimewa kami bersama Dr Muna. Kami berharap agar dapat bersama dengan beliau lagi di masa akan datang. InsyaAllah.


Forum ‘Tarbiyah di Luar Kampus’




Pada sebelah malam hari yang sama, kira-kira jam 8:30 malam, sebuah forum bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan zaujah, Dr Muna, serta Md Asyraf As’ari sebagai moderator forum yang bertajuk ‘Tarbiyah di Luar Kampus’. Sebelum memulakan perbincangan, forum bermula dengan ta’aruf dengan ustaz dan zaujahnya. Forum ini terbahagi kepada tiga slot, pada Slot 1, Ustaz menerangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘Tarbiyah di Luar Kampus’. Tarbiyah di luar kampus bukanlah bermaksud tarbiyah di luar kawasan universiti akan tetapi tarbiyah selepas alam kampus (selepas menamatkan pengajian di universiti).

“Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat)” [QS Al-Hasyr 59: 18]

Ustaz menerangkan kepada kami mengenai apa itu tarbiyah dan konsep asas tarbiyah. Tarbiyah bermaksud seni yang membentuk manusia atau pendidikan dan pembentukan diri dengan agama Islam. Terdapat tiga unsur-unsur tarbiyah iaitu menyampaikan, menyucikan (memasukkan apa yang dibaca kepada manusia) dan mengajar. Kemudian, Dr Muna memberitahu kita kena sentiasa upgrade diri kita dan tarbiyah tidak terhad hanya dengan usrah dan program akan tetapi apa-apa yang dapat membentuk kita menjadi lebih baik. Tarbiyah juga perlu berterusan supaya dapat menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Kemudian diteruskan dengan Slot 2 yang mana membincangkan mengenai ‘Tarbiyah vs Hiburan’. Masjid merupakan rumah Allah dan ramai yang datang ke masjid bukan sahaja untuk beribadah kepada Allah tetapi juga mencari ketenangan. Apabila mereka gagal untuk mencari ketenangan di masjid, mereka mula mencari hiburan untuk memberi ketenangan. Tarbiyah sepatutnya dapat memotivasikan diri dan memberi ketenangan terutamanya kepada mereka yang dibelenggu masalah, akan tetapi sesetengah tarbiyah gagal untuk memberi ketenangan apabila disertai dengan nasihat dan tarbiyah yang bernada tinggi dan lari daripada topik asal dan seterusnya tidak memberi ketenangan kepada para pendengar. Ustaz juga menyatakan bahawa tarbiyah merupakan makanan ilmu dan makanan akal. Malah ia merupakan salah satu latihan untuk melembutkan nafsu.

Slot 3 pula membincangkan mengenai 'bagaimanana tarbiyah boleh menghasilkan manusia yang berkualiti’. Ustaz menerangkan kepada kami untuk menghasilkan manusia yang berkualiti dengan tarbiyah, pendakwah perlu berada di tempat yang ramai dan tarbiyah offline (directly) adalah lebih baik berbanding tarbiyah online.

Pada akhir forum, antara rumusan yang dibuat oleh ustaz dan Dr Muna adalah kita perlu sentiasa mendapat tarbiyah to remain casual, tidak terlalu formal dan skema, kita juga kena remain close to reality, lagi dekat kepada realiti, lagi kurang culture shock dan yang paling penting kita perlu sentiasa mendampingi dan dekatkan diri dengan al-Qur’an dan tadabbur ayat-ayatNya.

“Maka tidakkah mereka menghayati al-Qur’an, ataukah hati mereka sudah terkunci?” [QS Muhammad 47: 24]

Sebelum keberangkatan ustaz dan zaujah, sebahagian pelajar sempat mengambil gambar bersama bagi menjadikan ia sebagai kenangan indah di UNPAD.



Alhamdulillah, dengan izinNya, program-program ini dapat diadakan dengan jayanya. Terlalu banyak ilmu yang ustaz dan zaujah kongsikan bersama kami. Semoga ilmu-ilmu yang diperoleh bermanfaat. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak. Jazakumullahu khairan. Semoga kita bertemu lagi di program-program yang akan datang. InsyaAllah.

Wednesday, February 29, 2012

Program Muslimah Pillar in Deen & Forum "Tarbiyah di Luar Kampus"

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semua sihat ke? Harap semua sihat. Kalau ada yang kurang sihat, syafakallah/syafakillah. Sakit itu merupakan ujian Allah. Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya di luar kemampuan mereka.

InsyaAllah, Sabtu ini, 3 Mac '12, akan diadakan dua buah program di FK A.5.3.

1. Program Muslimah Pillar in Deen yang bertemakan "You as an Agent of Change" bakal membincangkan mengenai isu semasa wanita. Speaker oleh Dr Muna (zaujah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil). Program ini khas buat kaum muslimat sahaja. Bayaran hanya Rp15K. Program bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.


2. Forum bertajuk "Tarbiyah di Luar Kampus" bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan zaujah. Forum ini dibuka kepada semua; muslimin dan muslimat. TIADA BAYARAN DIKENAKAN. Forum bermula pada jam 8-10 malam.


Promo Muslimah Pillar in Deen & Forum "Tarbiyah di Luar Kampus"








Jika anda berminat untuk menyertai program-program ini, anda boleh menghubungi wakil setiap batch.

Batch'07, '08 - Cik Nik Syuhadah 
Batch'09 - Cik Anis FKG (087822973111) / Cik Farhain Amir (087827714613)
Batch'10 - Cik Che We (085722601087)
Batch'11 - Cik Ajjrina (087822004155)

Anda semua dijemput hadir. Jom ramai-ramai perbaiki diri. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatanNya, insyaAllah.

Sunday, February 5, 2012

Nota tarbiyah dari Gaza: As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin – Hidup & syahidmu membakar semangat jihad ummat zaman ini

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

421243_342196709137337_107299275960416_1283989_337920099_n

“Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana” (Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami) – As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Kata-kata ini diabadikan pada tembok berhadapan dengan rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Kedua mereka syahid dalam jarak hanya 40 hari pada tahun 2004. Kedua mereka membuktikan bahawa amal mereka adalah selari dengan apa yang mereka ucapkan.

Seperti pepatah Arab: “Sekiranya anda hendak menjadi pemimpin kami maka hendaklah anda berada di hadapan kami.”

- Catatan di bumi Gaza pada hari, Khamis 26 Januari 2012 ketika jaulah dan melaksanakan misi audit projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

 

Nota 2

“Di sinilah Syeikh Ahmad Yaasin menemui syahid beliau,” ujar akh Abdul Rahim Syihab (Abu Muhammaad) yang merupakan rakan pelaksana projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin keluar dari masjid ini (al-Mujamma al-Islami) selepas selesai menunaikan solat subuh. Beliau ditolak di atas kerusi rodanya oleh pembantu beliau untuk pulang ke rumah hanya kira-kira 100 m. Helikopter penyerang Apachee sudah menunggu dan melepaskan tiga tembakan roket Hellfire, tepat mengenai tubuh as-Syahid yang mulia. Jasadnya berkecai. Episod serangan ini disaksikan secara live oleh Ariel Sharon (the butcher of Shabra Shatilla), Perdana Menteri Israel ketika itu.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin mengabadikan apa yang beliau ucapkan. “Sesungguhnya sekiranya kamu (Israel) hendak membunuh aku, maka aku ada di kerusi roda aku.”

“Kamu akan dapati kami akan mati dalam keadaan menghadap musuh-musuh kami dan bukannya dalam keadaan membelakangkan mereka (lari dari mereka).”

Al-Akh Abdul Rahim Syihab menambah, “Ariel Sharon kini berada dalam azab-un-alim (seksa yang amat pedih). Dalam keadaan koma sejak 5 tahun lalu tanpa ada tanda-tanda akan pulih mahupun akan mati.

La haula wala kuwataa illa billa hil aliyul azim.

Sahabat-sahabat pergilah ke medan di mana jihad sedang berkumandang untuk mengubat hati kita yang sudah tenggelam dalam dunia yang melekakan ini sehingga hilang dari jiwa kita sifat-sifat rijal dan jundi. “Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan dakwahMu yang mulia ini yang menuntut padanya pembuktian amal, bukan sekadar kata-kata.”

Nota 3

“Inilah rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin,” ujar al-Akh Abdul Rahim Syihab. Aku berusia 6 tahun ketika ayah aku membawa aku ke rumah Syeikh Ahmad Yaasin. Di sini ayah aku memberikan bai’ahnya (janji taat setianya) kepada dakwah ini. Syeikh Ahmad Yaasin adalah murabbi ayahku.

Aku dihantar bersekolah tadika di al-Mujamma al-Islami (sebuah institusi yang diasaskan oleh as-Syahid dan masjid di mana as-Syahid mendirikan solatnya).

As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin adalah pengasas penting kepada usaha-usaha Islamic Society of Jabaliya di mana al-akh Abdul Rahim Syihab adalah Rais (pengerusinya yang ke 3). Dengan permulaan modal sebanyak USD 20,000 kini Islamic Society Jabaliya mengendalikan projek-projek bantuan untuk rakyat Palestin (kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin dgn usahasama Aqsa Syarif, projek ternakan lembu, ternakan ikan aquaculture, penajaan anak yatik, bantuan keluarga miskin dan lain-lain) yang bernilai USD10 juta.

Inilah baroqahnya dakwah dan mujahadah sertanya syahidnya Syeikh Ahmad Yaasin. Apa juga yang dilakukan oleh musuh-musuh zionis tidak pernah sedikitpun memberi kesan buruk kepada dakwah ini. Malah dakwah inilah yang menjadi benteng paling ampuh dalam menghadapi musuh yang jauh lebih kuat pada zahirnya tetapi amat lemah pada hakikatnya. Kerana yang dihadapi oleh Israel adalah satu toifah (golongan) yang mendapat dokongan langsung dari Allah SWT yang memiliki dakwah ini.

Nota 4

Inilah bahagian hadapan rumah Syeikh Ahmad Yaasin as-Syahid. Inilah dia pemimpin umat yang sebenar. As-syahid hidup di kalangan rakyat Palestin yang miskin dan hidup bersama mereka. Memberi mereka segala harapan yang baik terhadap kehidupan, perjuangan, berhadapan dengan musuh dan penindasan.

Ketika dibebaskan dari penjara Israel dalam keadaan lumpuh berkerusi roda (sejak kecil – berusia 10 tahun) beliau diberikan sejumlah wang sebagai elaun sara hidup. Setelah mencongak perbelanjaan harian dan mendapati jumlah yang disalurkan lebih banyak dari keperluan, beliau telah memulangkan lebihannya.

Inilah pemimpin yang sehingga hari ini menjadi sebutan. Namanya masih meniti di bidir-bibir manusia dan tidak pernah luput dari ingatan. Mereka inilah insan yang telah meninggalkan kita tetapi seolah-olah masih hidup di kalangan kita.

Ariel Sharon menyangka dengan membunuh Syeikh Ahmad Yaasin dan kemudian as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi, mereka boleh memadamkan usaha jihad dan kebangkitan rakyat Palestin. Bahkan syahidnya mereka berdua menyuburkan lagi jihad ini. Kesilapan besar ditempa oleh musuh yang tidak memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi setelah syahidnya.

Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian. “Hidup mulia atau mati syahid.” (Is syazizan aumut syahidan)

Nota 5

As-Syahid Ahmad Yaasin tidak boleh bergerak dari kerusi rodanya tetapi dia telah menggerakkan ummah ini. Beliau telah berseru kepada umat ini. “Wahai para pemuda – jihad adalah kewajipan kalian – untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dan untuk membebaskan negara kalian dan diri kalian dari penguasaan Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Ia adalah pejuangan kalian, semoga menang atau syahid.”

Beliaulah yang sepatutnya dijadikan idola bagi umat ini, disamping ribuan para pejuang ulama mujahid yang telah pergi menemui Tuhan dan masih setia menunggu giliran mereka.

Mereka mengharapkan mati syahid dan sentiasa mendambakannya. Sebagaimana yang diulang-ulang oleh Dr Abdul Aziz Rantisi, yang menyusul as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin selepas hanya menggantikan Syeikh Ahmad Yasin sebagai pimpinan HAMAS selama sekitar 40 hari. “Setiap orang akan mati, samada mati akibat serangan jantung atau mati ditembak Apachee. Adapun aku memilih Apachee.”

Harapan dan doa ikhlas beliau benar-benar dimakbulkan oleh Allah. Helikopter Apachee telah melepaskan tembakan peluru berpandu kepada beliau sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah dengan doa, “Wahai Allah! Masukkan lah aku ke dalam syurgaMu.” Beliau menyusul murabbi beliau, Syeikh Ahmad Yaasin dengan cara yang sama.

 

Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/02/nota-tarbiyah-dari-gaza-as-syahid-syeikh-ahmad-yaasin-hidup-syahidmu-membakar-semangat-jihad-ummat-zaman-ini/#.Ty4clHuLozw.facebook

Tuesday, January 17, 2012

Qadha' dan Qadar

{Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri,
melainkan dia telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.} (QS. Al-Hadid: 22)

Tinta pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan
telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.
Maka,

{Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami."} (QS. At-Taubah: 51)

Apa yang membuat anda benar, maka tak akan membuat anda salah.
Sebaliknya, apa yang membuat anda salah, maka tidak akan membuat anda benar.

Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa anda dan kukuh
bersemayam dalam hati anda, maka setiap bencana akan menjadi karunia,setiap ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

Karena itu, jangan pernah merasa gundah dan bersedih dikarenakan
suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah terbakar. Betapapun, sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menentukan segala sesuatunya dan takdir telah bicara. Usaha dan upaya dapat sedemikian rupa, tetapi hak untuk menentukan tetap mutlak milik Allah.
Pahala telah tercapai, dan dosa sudah terhapus. Maka,berbahagialah
orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

{Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai.} (QS. Al-Anbiya: 23)

Syaraf-syaraf anda akan tetap tegang, kegundahan jiwa anda tak akan reda, dan kecemasan di dada anda tak akan pernah sirna, sebelum anda benar-benar beriman terhadap qadha' dan qadar.

Anda harus menyerahkan semua hal kepada takdir agar tak ditindas
oleh bala tentara kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Dan, percayalah dengan kebenaran qadha' sebelum anda dilanda banjir penyesalan! Dengan begitu, jiwa anda akan tetap tenang menjalani segala daya upaya dan cara yang memang harus ditempuh.

Rujukan: La Tahzan (Qadha' dan Qadar)


Saturday, December 31, 2011

Menjamak Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dipetik dari buku Rukhsah Dalam Shalat oleh dr.Ali Abu Al-Bashal


Makna dan hukum menjamak dua solat.
Para ulama mendefinisikan menjamak dua solat dengan mengumpulkan pelaksanaan dua solat. Definisi ini tidak menghalangi masuknya solat-solat yang-- berdasarkan ijmak—tidak boleh dijamak dengan solat lainnya ; seperti subuh. Solat subuh tidak boleh dijamak dengan solat lainnya.

Para ahli fikih mengklasifikasikan jamak menjadi dua yaitu
a.) Jamak Taqdim, yakni mendirikan solat yang kedua pada waktu solat pertama.
b.) Jamak Ta'khir, yakni mendirikan solat yang pertama pada waktu solat yang kedua.

Syarat Menjamak Solat:
1. Niat Jamak
- Tidak boleh menjamak solat tanpa niat. Kerana mungkin seseorang mendirikan solat asar pada waktu zohor tanpa sengaja. Jadi, harus ada niat jamak yang membezakan jamak taqdim yang masyru’ (disyariatkan) dengan yang lain.
-Mengenai waktu niat, ada dua pendapat.
     a) harus diniatkan ketika memulai solat yang pertama.
     b) Boleh diniatkan sebelum selesainya solat yang pertama, dari sejak
         awalnya hingga salam
Tidak kira bila masa pun dia berniat,itu cukup baginya. Sebab, waktu jamak adalah antara selesainya solat yang pertama hingga dimulai solat yang kedua. Selama niat belum terlambat dari waktu itu maka itu pun cukup. 144

2. Tertib
Maksudnya, solat yang pertama harus didirikan terlebih dahulu kemudian mendirikan yang kedua.
Sebab, waktu yang dipakai adalah waktu solat yang pertama. Solat yang kedua dilaksanakan mengikuti solat yang pertama. Karenanya, yang diikuti harus didahulukan.
Seandainya ada yang mendahulukan solat yang kedua maka solatnya tidak sah dan wajib mengulang selesainya pelaksanaan solat yang pertama.
Seandainya telah mendahulukan solat yang pertama kemudian solat yang kedua; tetapi belakangan diketahui bahawa solat yang pertama rosak, maka rosak pula solat yang kedua. 145


3. Muwalat atau beruntun.
Yakni tidak memisahkan antara keduanya. Dasarnya adalah karena keduanya seperti satu solat. Jadi tidak boleh dipisahkan; seperti tidak boleh dipisahkannya rakaat-rakaat solat. Jika dipisahkan dengan waktu yang panjang maka jamak pun batal. Jika dipisahkan dengan waktu yang pendek, seperti mengambil wudhu misalnya, maka hal itu tidak mengapa. Parameternya adalah ‘urf (kebiasaan).


Bagaimana jika salah satu rukun solat terlupakan?
Seseorang menjamak solat. Setelah selesai, dia teringat bahwa dia telah meningggalkan salah satu rukun pada solat yang pertama. Jika benar demikian maka kedua solatnya batal dan dia harus mengulang keduanya. Tetapi, jika diingatnya itu adalah salah satu rukun pada solat yang kedua; jika baru saja dia menyelesaikan solatnya yang kedua itu maka hendaklah dia melengkapinya sehingga kedua solatnya pun sah. Namun, jika teringatnya itu setelah berselang waktu yang cukup lama, solatnya yang kedua menjadi batal. Dengan demikian dia harus mengulang solatnya yang kedua itu pada waktunya.
Adapun jika dia tidak mengetahui, dari solat yang mana salah satu rukun tersebut ditinggalkannya maka dia wajib mengulang kedua solatnya. 146


4. Adanya Uzur
Yaitu uzur yang membolehkan jamak ketika memulai solat yang pertama, selesai darinya, dan ketika memulai solat yang kedua. Jika uzur itu hilang pada salah satu dari ketiganya maka jamak tidak diperbolehkan.
Ada beberapa permasalahan yang perlu diperhatikan yaitu:
a. An nawawi menyatakan, “Jika seseorang menjamak taqdim lalu di tengah-tengah pelaksanaan solat yang pertama atau sebelum mendirikan solat yang kedua, status orang itu berubah menjadi mukim dengan niat bermukim atau karena sampainya kapal ke kampung halaman maka jamaknya pun batal. Solat yang kedua harus dikerjakan pada waktunya. Adapun solat yang pertama tetap sah” 147
b. Jika statusnya berubah menjadi mukim di tengah-tengah pelaksanaan solatnya yang kedua atau seusai solat kedua maka jamaknya tidak batal” 148

soalt2
Menjamak Solat Pada Saat Berpergian
Para ulama berbeda pendapat mengenai kebolehan menjamak dua solat ketika safar. Ada empat pendapat yaitu:


1) Musafir boleh menjamak solat; baik dengan jamak taqdim maupun jamak ta’khir.
Anas r.a berkata “Jika Rasulullah berangkat safar (jarak jauh) sebelum matahari tergelincir, beliau menunda solat Zohor sampai masuk waktu Asar, lalu beliau berhenti dan menjamak keduanya. Jika matahari tergelincir sebelum beliau berangkat, beliau mendirikan solat, lalu menaiki (kenderaan)'” 115
Hadith ini menerangkan kebolehan menjamak dua solat secara jamak ta’khir.


Mu’adz r.a. menuturkan, “ Kami keluar (Madinah) bersama Nabi dalam perang Tabuk. Nabi mendirikan solat Zohor dan Asar sekaligus, dan mendirikan solat Magrib dan Isya’ sekaligus,” 116
Dalam riwayat At-Tarmidzi disebutkan, “Jika Rasulullah saw berangkat safar sebelum matahari tergelincir, beliau manunda Zohor sehingga mengumpulkannya dengan Asar lalu mendirikan keduanya sekaligus. jika beliau berangkat safar setelah matahari tergelincir, beliau mengerakan Asar ke waktu Zohor, dan beliau mendirikan solat Zohor dan Asar sekaligus” 117
Hadith ini menunjukkan boleh menjamak secara takdim atau ta’khir.


2) Musafir boleh menjamak solat jika dalam safarnya dia dikejar waktu.
Abdullah bin Abbas ra menceritakan, “ Rasulullah biasa menjamak solat Zohor dengan Asar dalam perjalanan, jika beliau naik kenderaan. Beliau juga menjamak solat Magrib dengan Isya’" 120
Malik meriwayatkan dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahwa jika dikejar waktu dalam perjalanan, Rasulullah menjamak antara Magrib dan Isya’ 121
Imam Malik berkomentar, “Berdasarkan itu, menurut kami, jamak antara dua solat diperuntukkan bagi musafir yang dikejar waktu” 122

Ibnul Qayyim menulis: “ Tidak dalam semua safar Rasulullah menjamak solat seperti yang dilakukan oleh banyak orang. Saat beliau singgah di suatu tempat pun beliau tidak menjamak solat.  Beliau hanya menjamak solat, jika ingin cepat-cepat melanjutkan  perjalanan, sebagaimana disebutkan di dalam hadis (perang) Tabuk. Mengenai jamak yang beliau lakukan saat beliau singgah dan bukan sedang berjalan, tidak ada riwayat yang menyebutkannya selain (solat jamak beliau) di Arafah dan Muzdalifah” 123


3) Musafir hanya boleh melaksanakan jamak ta’khir.
Ini adalah pendapat Al-Awza’I dan Iman Malik menurut satu riwayat. Juga pendapat Iman Ahmad bin Hambal.
Dalil pendapat ini adalah hadith Anas r.a berkata “Jika Rasulullah berangkat safar (jarak jauh) sebelum matahari tergelincir, beliau menunda solat Zohor sampai masuk waktu Asar, lalu beliau berhenti dan menjamak keduanya. Jika matahari tergelincir sebelum beliau berangkat, beliau mendirikan solat, lalu menaiki (kenderaan)'”
Hadith ini menunjukkan kebolehan menjamak solat secara ta’khir bagi musafir dan memberitahukan bahwa beliau tidak menjamak secara taqdim, sebab di dalam hadith ada ungkapan ‘…beliau mendirikan solat Zohor’. Sekiranya boleh menjamak taqdim, pastilah beliau mengumpulkannya dengan solat Asar. Perbuatan nabi juga mengkhususkan hadith-hadith yang menjelaskan tentang penentuan waktu-waktu solat.


4) musafir sama sekali tidak boleh menjamak solat. Dia hanya boleh menjamak solat di Arafah dan Muzdalifah. Ini adalah pendapat para ulama mazhab Hanafi dan dirajihkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitabnya, Al-Muhalla
Dalil pendapat ini:
a) Firman Allah “Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wustha” (Al Baqarah:238)
b. Dan Allah berfirman, “Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An nisa:103).
c. Qiyas. Para ulama sepakat bahwa tidak boleh menjamak solat Isya’ dengan solat Subuh, tidak boleh pula menjamak solat Subuh dengan solat Zohor sebab waktu masing-masing telah ditetapkan berdasarkan nash syar’i. Jadi demikian pula halnya dengan jamak solat Zohor dengan Asar dan solat Magrib dengan Isya’ 128

Akhirnya saya katakan bahwa pendapat jumhur ulama, yakni bolehnya musafir menjamak taqdim dan ta’khir, lebih utama untuk diterima dan diikuti mengingat dalili-dalil mereka yang kuat dan pendapat mereka yang selaras dengan tujuan syariat Islam dalam masalah ini. Hal itu dengan penegasan bahwa yang menjadi sebab bolehnya menjamak dua solat bukan sebarang safar, melainkan safar dengan rambu dan syarat tertentu, sebagaimana dipahami oleh sebagian ahli fikih.

solat 1
Menjamak Solat Pada Saat Tidak Berpergian


Menjamak solat tanpa uzur
Dasar masalah ini adalah hadith Ibnu Abbas yang menyatakan bahwa Nabi pernah menjamak solat zohor dengan Asar dan menjamak solat Magrib dengan Isya’ bukan karena khauf dan hujan. Ibnu Abbas ditanya “Apa yang diinginkan oleh Nabi dengan itu?” Dia menjawab, “Beliau ingin tidak menyusahkan umatnya” 151
Berkenaan dengan masalah ini, para ulama berbeda pendapat seiring dengan perbedaan pendapat mereka dalam memahami hadith ini.
Pendapat yang rajih mengenai jamak yang diterangkan hadith ini adalah pendapat yang mengatakan bahwa itu adalah jamak shu’ri (jamak tidak hakiki) Yang demikian itu karena:


1. Ibnu Abbas ra pernah berkata “ Aku pernah solat bersama Nabi di Madinah delapan rakaat sekaligus dan tujuh rakaat sekaligus. Beliau mengakhirkan Zohor dan menyegerakan Asar, serta mengakhirkan Magrib dan menyegerakan Isya’” 154
Periwayatan hadith Ibnu Abbas ini menegaskan bahwa jamak yang diriwayatkan adalah jamak shu’ri.
2. Amru bin Dinar berkata “wahai Abu Asy-Sya’sya’, menurutku beliau mengakhirkan Zohor dan menyegerakan Asar; serta mengakhirkan Magrib dan menyegerakan Isya’”. Abu Asy-Sya’Sya berkata “menurutku begitu” 155 Abu Asy-Sya’sya adalah perawi hadith dari Ibnu Abbas.
3. Tidak ada kontradiksi antara semua jalur periwayatan hadits tersebut dengan waktu jamak. Hadith tersebut bisa difahami secara umum sehingga bersekuensi mengeluarkan solat dari waktu yang telah ditetapkan tanpa uzur; atau bisa juga difahami cara tertentu sehingga tidak bersekuensi mengeluarkan solat (dari waktu yang ditetapkan tanpa uzur). Inilah gambaran jamak syu’ri dan memahami cara ini adalah lebih baik. 157


Rujukan:
115: HR Bukhari dan Muslim (Shahih Bukahri. 11/58 dan Shahih Al-Muslim bi Syarhi An-nawawi. V/214
116: HR Muslim ( Shahih Al-Muslim bi Syarhi An-nawawi: v/216)
117: Shahih At-Tarmidzi: II/33
120: HR Bukhari (Shahih Bukhari. II/57)
121: HR Muslim (Shahih Al-Muslim bi Syarhi An-Nawawi: V/212-213)
122: Al-Mudawwanah Al-Kubra, Imam Malik: I/112. Lihat: Syarh Muwatha’, Az-Zarqani: II/9)
123: Zad Al-Ma’ad, Ibnul Qayyim: I/133
128: Para Ulama mazhab Hanafi juga menjadikan hadiths yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud sebagai dalil. Yakni bahwa Nabi bersabda “ Barangsiapa menjamak dua solat dalam satu waktu, sungguh dia telah membuka satu pintu dosa besar” Hadith ini dhaif; saya dapatkan di dalam Sunan Ad-Daruquthni dari Riwayat Ibnu Abbas dengan tambahan catatan, yakni barangsiapa yang menjamak dua solat tanpa uzur. Lihat: Sunan Ad-Daruquthni: I/395; Al-Mabsuth, As-Sarakhsi: II/149; dan Nashbur Rayah, Az-Zulay’i: II/193, cet. ke 2, Al-Maktabah Al-Islamiyah.
144: Mawahib Al-Jalil, Al-Haththab, II/156; Al-Muhadzdzab, Asy-Syayrazi, I/112; Rawadhah Ath-Thalibin, An-Nawawi: I/397; Al-Kafi, Ibnu Qudamah: I/202; dan Muntaha Al-Iradat, Ibnu An-Najjar: I/126.
146: Mawahib Al-Jalil, Al-Haththab, II/156; Al-Muhadzdzab, Asy-Syayrazi, I/112; Rawadhah Ath-Thalibin, An-Nawawi: I/397; Al-Kafi, Ibnu Qudamah: I/203; dan Muntaha Al-Iradat, Ibnu An-Najjar: I/126.
147: Rawdhah Ath-Thalibin, An-Nawawi: I/398. Lihat: Al-Kafi, Ibnu Qudamah: I/203.
151: HR Muslim (Shahih Al-Muslimn bi Syarhi An-Nawawi: V/216-217)
155: HR Muslim (Shahih Al-Muslim bi Syarhi An-Nawawi V/217).
157: Ihkam Al-Ahkam Syarhu ‘Umdatil Ahkam, Ibnu Daqiq Al-Ibnu Daqiq Al-Id: II/105.

Contoh Keadaan yang berbangkit:
Kami berpergian untuk satu program yang berniat baik insyaAllah. Dalam perjalanan pulang, ternyata  sesampainya kami sudah memasuki waktu Isya, dan telah melewati waktu Magrib.
Dalam hal ini, termasuk di dalam menjamak solat tidak berpergian dimana membolehkan solat jamak magrib dan isya di tempat masing-masing tanpa meng’qosar’kan solat isya dan dalam keadaan ini bukan kerana uzur atau khauf.
Rujukan kami: Pertanyaan kepada ustaz dan bahagian menjamak solat tidak berpergian seperti di atas.

Isu lain yang berbangkit boleh dibaca disini:

http://biroagamakubi.blogspot.com/2009/04/boleh-ke-tak-boleh-jamak-qasar-ni-waaaa.html

waalahu’alam.

Wednesday, December 21, 2011

PANDUAN PESERTA PERMAI 2011

 

Info PERMAI 2011


Assalamu’alaikum wbt


Sahabat-sahabat PERMAI 2011, semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Terima kasih dan tahniah kerana telah mendaftar sebagai peserta PERMAI kali ini! Berikut merupakan butir-butir PERMAI untuk panduan semua.

Barang yang perlu dibawa:

1. Pakaian slot/ forum
2. Pakaian riadah
3. Keperluan solat (telekung)
4. Alatan mandi
5. Alat tulis
6. Ubat-ubatan peribadi (bagi yang perlu)
7. Dokumen diri (Passport/ SKLD/ Kittas)

Etika Pemakaian:

1. Majlis Pembukaan, Slot dan Forum:
»Muslimin- baju berkolar, seluar slack/khakis, kasut
»Muslimat- baju kurung, kasut/sandal
2. Riadah: Pakaian dan kasut sukan
3. Majlis Penutupan: Baju PERMAI 2011, seluar slack/khakis, kasut

Ambil Perhatian:

1. Berpakaian sopan dan menutup aurat sepanjang PERMAI berlangsung.
2. Tidak dibenarkan memakai seluar jeans.

INFO PERMAI 2011:

Penyampai:
1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
2. Ustaz Salim A Fillah
3. Ustaz Erfino Johari


Peserta
Akan dihadiri seramai 230 orang peserta terdiri daripada 11 provinsi dan 2 IPT dari Malaysia.

Tempat:
Taman Rekreasi Wiladatika
Jl.Jambore 1,
Cibubur - Jakarta 13720

                    image

TENTATIF PERJALANAN PERMAI:

image

image

image

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli (Pengarah) +62818 0708 5632
Mohamad Afiq Bin Abd Malek (Exco Promosi dan Informasi) +6287882660359
Muhammad Hasif Bin Hussin (Exco Pengangkutan dan Logistik) +6287886213081