Sunday, June 6, 2010

Israel bertindak ala ‘lanun’

israel

Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. “Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas,” kata aktivis berumur 36 tahun itu. “Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan ..”

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Kredit: http://palestinkini.info/

Israel Tawan Rachel Corrie, Ubah Haluan Ke Ashdod

PETALING JAYA: Perdana Global Peace Organization (PGPO) memaklumkan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini ditawan Tentera Pertahanan Israel (IDF).

Bagaimanapun Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, maklumat berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkaitan.

"Kita dapat info yang belum disahkan bahawa Rachel Corrie telah ditahan oleh IDF daripada meneruskan perjalanan ke Gaza," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Difahamkan Rachel Corrie dipintas oleh kapal tentera laut Israel ketika hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza.

Sebelum ini Mukhriz mengesahkan terdapat tiga buah kapal yang dipercayai milik tentera laut Israel mengekori Rachel Corrie sejak kira-kira pukul 3 pagi waktu di Gaza.

Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu menyatakan bahawa semua sukarelawan yang berada dalam kapal berkenaan dilaporkan selamat.

Sementara itu menurut laporan agensi berita AFP, Rachel Corrie tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan menuju ke Pelabuhan Ashdod.

"Kami memberitahu beberapa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Kapal Rachel Corrie milik Malaysia membawa 1,500 tan pelbagai bantuan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza dalam misi tersebut.

Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.

Kredit : http://mstar.com.my

Puluhan peluru pada tubuh aktivis

LONDON - Sembilan aktivis Turki yang terbunuh dalam satu serbuan anggota-anggota komando Israel di atas kapal Mavi Marmara yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin lalu terkena sejumlah 30 das tembakan, lapor akhbar Guardian kelmarin.

Menurut akhbar itu, lima daripada aktivis tersebut ditembak sebanyak lima kali di kepala.

Pendedahan berkenaan dibuat berdasarkan bedah siasat yang menunjukkan kebanyakan mangsa ditembak dengan peluru sembilan milimeter dari jarak dekat.

Akhbar itu memetik kenyataan Naib Presiden Majlis Perubatan Forensik Turki, Yalcin Buyuk yang melakukan bedah siasat ke atas sembilan aktivis tersebut.

Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa anggota-anggota komando berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserang oleh aktivis dengan pisau dan belantan, manakala dua pucuk pistol mereka dirampas.

Menurut keputusan bedah siasat itu, seorang aktivis Turki, Ibrahim Bilgen yang berumur 60 tahun ditembak empat kali di dada, pinggul, pelipis dan belakang badannya.

Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan Turki, Fulkan Dogan yang berumur 19 tahun pula ditembak lima kali dari jarak kurang 45 sentimeter di muka dan belakang kepala. Selain dua kali di kaki dan sekali di belakang badannya.

Dua lagi aktivis lelaki ditembak sebanyak empat kali.

Menurut Yalcin, lima orang yang mati itu ditembak sama ada di belakang kepala atau di belakang badan.

Beliau berkata, seramai 48 yang lain cedera akibat ditembak dan enam aktivis masih hilang.

Kapal itu membawa kira-kira 700 orang semasa diserbu oleh anggota-anggota komando di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.

Menurut seorang jurucakap Kedutaan Israel di London: "Memetik picu senjata api dengan pantas akan menyebabkan beberapa peluru yang sama berada pada tubuh manusia. Tetapi ia tidak dapat mengubah fakta bahawa komando-komando itu berada dalam situasi yang mengancam nyawa." – Reuters

Kredit : http://www.kosmo.com.my

Saturday, June 5, 2010

Kemarahan bergema di Kota London.

2008-12-28T121836Z_01_ACAE4BR0Y7400_RTROPTP_2_OEGTP-PAL-EGY-BLOCKADE-SK2

Sabtu, 05/06/2010 – Penduduk Britain yang prihatin dan marah dengan kekejaman tentera rejim Israel merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah kota London pada 5 Jun 2010. Emosi para aktivis pro-Palestine serta rakyat kebanyakan semakin membara berikutan kedegilan pihak berkuasa Israel yang masih menyekat kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pembunuhan kejam para aktivis keamanan di atas kapal Marvi Marmara baru-baru ini.

Pihak yang telibat dalam penganjuran demonstrasi ini adalah Friend of Al-Aqsa, British Muslim Initiative, Viva Palestina, Stop The War Coalition, CND dan Palestine Solidarity Campaign (PSC). Pertubuhan-pertubuhan ini adalah enam organisasi pro-Palestine yang terbesar di Britain.

Betty Hunter, Ketua Setiausaha PSC berkata, “Tindakan tidak bertamadun dan kejam tentera rejim Israel telah membangkitkan kemarahan rata-rata rakyat Britain untuk keluar menunjukkan penentangan mereka ke atas tindakan kerajaan Israel itu. Demonstrasi ini juga akan memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah mereka ke atas pembunuhan kejam aktivis yang tidak bersalah dan sekatan haram ke atas Gaza.

Kata Lindsey German dari Stop The War Coalition, “Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian baru-baru ini adalah, penggunaan kekerasan ketenteraan yang keterlaluan tidak mungkin sama sekali boleh membawa kepada keamanan atau keadilan. Tindakan tentera rejim Israel membunuh aktivis keamanan yang tidak bersalah serta melalukan sekatan haram ke atas Gaza hanya akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi keganasan. Hanya satu solusi untuk permasaalahan ini iaitu bumi Palestine mesti dibebaskan!.” Stop the War Coalition adalah organisasi anti peperangan yang terbesar di Britain.

Selain itu CND, organisasi yang paling lantang mengkritik keupayaan nuklear kerajaan Israel dan penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan Israel terhadap penduduk Palestine, berkata melalui pengerusinya, Kate Hudson:

“Penghalang utama keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah keengganan kerajaan Israel melucutkan keupayaan persenjataan nuklear mereka. Ini boleh mengakibatkan berlaku perlumbaan persenjataan nuklear dan kegagalan kerajaan Israel menyelesaikan konflik di Palestine secara aman akan memburukkan lagi keadaan di sini.”

Dalam pada itu, menurut British Muslim Initiative, “Pembunuhan kejam aktivis kemanusiaan yang berlaku di perairan antarabangsa baru-baru ini merupakan satu jenayah perang. Justeru itu, rejim penjenayah perang Israel mestilah dikenakan tindakan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan satu masa dahulu. Kami mendesak mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah perang ini dihadapkan ke muka keadilan secepat mungkin!.” British Muslim Initiative adalah organisasi bebas di Britain yang menyuarakan pandangan masyarakat Islam di sini.

Sementara itu, jurucakap dari Viva Palestina di laporkan berkata, “Serangan Israel ke atas flotilla bantuan kemanusiaan baru-baru ini adalah pembunuhan berdarah yang sangat kejam seperti mana kejadian pembunuhan yang berlaku di Soweto dan Sharpville. Penindasan, serangan dan kekejaman ke atas Gaza mesti dihentikan!.” Viva Palestina adalah organisasi yang telah berjaya membawa masuk bertan-tan bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan darat sebelum ini. Ia menyokong penuh usaha demonstrasi yang akan di adakan pada hari sabtu nanti.

Akhir sekali, Ismael Patel, Pengerusi Friend of Al-Aqsa berkata, “Serangan ke atas kapal Marvi Marmara adalah sangat kejam dan masyarakat dunia bertanggungjawab memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam kejadian ngeri itu. Kami menyeru kerajaan Britain mengetuai usaha murni ini.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

 

Kredit : http://palestinkini.info/

Sheikh Raed Salah: Israel mahukan saya mati

raed

Sabtu, 05/06/2010 – Ketua Pergerakan Islamis di wilayah yang dijajah Palestin, Sheikh Raed Salah, mengesahkan bahawa tentera dari unit komando telah cuba untuk menghapuskannya semasa beliau berada di atas kapal armada yang cuba memecah kepungan di Gaza. Beliau menambah ketika berada di dalam mahkamah Israel, “Tentera Israel mencari saya dengan teliti dan melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang kelihatan sama seperti saya yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk membunuh saya, yang akhirnya mereka yang tidak berdosa terbunuh serta merta.”

Media berbahasa Hebrew telah menwar-warkan yang Sheikh Raed Salah berada di dalam keadaan cedera parah dan di bawa ke hospital beberapa jam selepas serang pembunuhan beramai – ramai yang mana disangkal oleh isteri beliau dan yakin yang tercedrea adalah orang lain dan bukan suaminya.

Beliau menekankan bahawa tindakan seperti lanun terhadap armada kebebasan adalah satu jenayah, tambah beliau lagi ” menjadi hak kami untuk mempertahankan diri, dan menjadi tanggungjawab kami mempertahankan yang lemah”, merujuk kepada kapal yang berada di bawah seliaan Turki dan negara itu harus menyokong sesiapa sahaja yang berada di atas kapal tersebut.

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  bob

Kredit : http://palestinkini.info/

Zionis membuat kenyataan rasmi melakukan pembunuhan kejam ke atas aktivis “Armada Kebebasan”

Jumaat, 04/06/2010 – Rejim Zionis membuat pengakuan secara rasmi, melalui kenyataan Menteri pertahanannya, Ehud Barak, berkenaan pembunuhan secara kejam yang mengerikan terhadap para aktivis antarabangsa di atas armada “kebebasan”, pada waktu subuh, hari Isnin (31-5), dimana puluhan dari aktivis keamanan tersebut telah jatuh syahid dan cedera, dan beliau mengesahkan lagi bahawa tentera zionis telah melaksanakan apa yang telah diperintahkan kepada mereka.

Ehud Barak berbangga dengan tindakan tentera laut Israel, diatas kejayaan mereka melaksanakan operasi penangkapan armada “kebebasan”, yang telah menyebabkan sembilan belas orang terbunuh dan lima puluh yang lain cedera serta menahan beratus-ratus aktivis antarabangsa. Beliau menambah lagi bahawa “tentera laut Israel telah melakukan tindakan yang teliti atas tanggungjawab yang diberikan pada mereka dalam berurusan dengan penumpang armada kebebasan, “katanya.

Media Zionis menyiarkan kenyataan Barak, pada hari Rabu (2 / 6), yang dibuat untuk ahli unit komando, “Shalit 13″ yang telah melakukan serangan terhadap armada kebebasan: “Aku datang untuk mengucapkan terima kasih kerajaan,” Israel “, dan untuk menyatakan pada kamu semua “Israel mengucapkan terima kasih atas kamu semua “.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Kredit : http://palestinkini.info/

Khamenei:Serangan penjajah Israel, melukakan hati seluruh dunia

Jumaat, 04/06/2010 – Seyed Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran pada hari Selasa (06/01), menyifatkan serangan jenayah Zionis ke atas konvoi bantuan kemanusiaan “kebebasan”, sebagai serangan terhadap hati nurani masyarakat di seluruh dunia, dengan menekankan bahawa isu Palestin hari ini bukan hanya permasalahan masyarakat Arab, atau permasalahan umat Islam semata-mata, tetapi ianya adalah masalah hak asasi manusia (yang perlu ditangani) dalam dunia kini.

Sayyid Khamenei berkata dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa (06/01), dan “Pusat Maklumat Palestin” menerima satu salinan, bahawa “mereka yang melindungi rejim Zionis, terutama Amerika, British dan Perancis perlu bertangungjawab secara serius terhadap kejahatannya.”

Beliau menegaskan lagi bahawa serangan rejim Zionis tersebut adalah “contoh perilaku kejam yang tiada belas kasihan, dimana masyarakat muslim telah merasai penderitaan di wiliyah ini, khususnya di tanah Palestin yang tertindas selama puluhan tahun.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Kredit : http://palestinkini.info/