Saturday, November 12, 2011

'”UNTAIAN TALI TAQWA” Qurban 1432H

Alhamdulillah berlalu sudah program Qurban buat tahun ini, 1432H. Berikut adalah program yang telah dilakukan sempena persediaan menyambut hari kemenangan  kedua umat Islam.

banner qurban copy (2)

28/10/2011 . JUMAAT (1 Zulhijjah 1432H).:

Technical meeting dan sesi fotografi mengikut biro tugas masing-masing telah diadakan bertempat di A5.3 teater, FK UNPAD.

Jam 4 ptg:

pembukaan majlis oleh MC, saudara Hasif Ali dan bacaan doa oleh saudara Muhaimin.

Jam 4.05 ptg:

Bermula sesi penerangan oleh ketua setiap biro

  1. Tugas-tugas khas : saudari Farhanah
  2. Keceriaan & kebersihan : saudara Muhaimin
  3. Pembahagian Daging : saudara Tajul
  4. Pemotongan : saudara Abu Ridhuwan
  5. Multimedia : saudara Zarrin
  6. Logistik : saudara Khaleq
  7. Masakan : saudari Ain Yahya

Acara : saudari Rozaliamisah

 

Jam 4.30 ptg:

Acara diteruskan dengan ucapan dari Pengarah, Md Asyraf As’ari yang intipatinya berkisar mengenai kisah pengorbanan, kecintaan dan ketakwaan Nabi Ibrahim yang berkait dengan pemilihan tema qurban tahun ini iaitu untaian tali taqwa.

clip_image002

“Sesiapa yang menolong memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya”

Jam 4.40 ptg:

Masa yang dinantikan oleh semua AJK terutama yang sudah di tahun akhir untuk mengabadikan kenangan menjadi insan-insan yang membantu menjayakan qurban pada tahun ini, dengan sesi bergambar mengikut tema warna masing-masing.

DSC_0073

Walaupun seulas bawang yang kamu kupas tetap mendapat pahala dariNya”, Ketua Biro Masakan

 

05/11/2011, Sabtu (09 Zulhijjah 1432H):

Untuk program seterusnya adalah forum Qurban “Alangkah Indahnya Hidup Ini” telah dijalankan bertempat di A5.3 teater, FK UNPAD bermula jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang.

 

        Moderator forum, saudara Ahmad Akmal bertugas sebagai MC telah berjaya mengendalikan aturan majlis bersama ahli panel forum iaitu Ustaz Cucu, Ustaz Fakhrudin, dan saudara Haikal Ambri. Antara persoalan yang telah diutarakan kepada ahli panel antaranya:

- Adakah hidup ini indah?

- "Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara." Apakah bekal-bekal yang perlu kita sebagai hamba dan khalifah bawa di sepanjang kehidupan kita yang sangat singkat ini ?

- Bagaimana menghadapi dan menyikapi ujian hidup?

clip_image002[11]

           Terlalu banyak mutiara kata yang disampaikan oleh para ahli panel selama lebih kurang 2 jam forum berlangsung, yang pasti para peserta tidak pulang kosong dengan bekalan ilmu yang telah diberikan.

“Jangan pernah berhenti dari bercermin dari mereka (insan-insan yang diuji pada zaman Rasulullah seperti Bilal, Sumayyah), semakin banyak ujian, semakin dekat kita dengan Allah; semakin besar ujian Allah, semakin tinggi derajat kita disisiNya”-Ust. Cucu

“Jelaskan matlamat hidup dan matlamat utama adalah beribadah kepada Allah (QS 51:56), berbagi manfaat buat orang lain, hidup untuk orang lain, mati mulia; hidup untuk diri sendiri, mati hina & sia-sia”-Ustaz Fakhrudin

“Kita umat terbaik (QS 3:110), usaha, tekun, komited, optimis dan menggali potensi diri, jangan mudah putus asa, mulailah dengan hal-hal terkecil”-Haikal Ambri

Pada jam 3.30 petang seusai menyampaikan cenderamata kepada ahli panel, majlis ditutup dengan tayangan video yang bertajuk ‘Apa Erti Pengorbanan”.

 

05/11/2011, Sabtu (10 Zulhijjah 1432H):

Masih pada hari yang sama namun acara pada sebelah malamnya adalah solat Isya’ berjemaah dan bertakbir raya di tempat kediaman pelajar muslim UNPAD masing-masing.

Antaranya di Alpina, Sukawening, Mulana, Bale, Ciseke, dan Cikuda, yang menjadi tempat kediaman pelajar muslim Malaysia di bumi Bandung Indonesia ini.

IMG_7909

 

06/11/2011, Ahad (10 Zulhijjah 1432H):

Pada hari kemuncak ini, yaitu hari raya Qurban, berikut adalah tentatif program yang telah berlangsung:

 

0845:

Alhamdulillah pada tahun ini seekor lembu dan 4 ekor kambing telah menjadi qurban, menjadi saksi cinta dan ketakwaan hambaNya kepada Allah SWT.

 

“A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

IMG_7935

Selesai sembelihan, proses melapah, memotong dan mengagih-agihkan bahagian daging qurban diteruskan sehingga semuanya selesai. Walaupun dalam keadaan hujan lebat yang turun membasahi bumi, hal ini tidak mematahkan semangat semua AJK untuk bersama-sama mempersiapkan segala persiapan untuk majlis makan malam. Dari dapur memasak sehingga khemah pemotongan daging, suka duka,pahit manis pengalaman & perasaan dirasai setiap AJK mahupun bukan AJK.

IMG_7958

 

1900:

Sedikit kelainan pada tahun ini, majlis pada sebelah malam diserikan dengan kehadiran wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia (Atase Agama), Ustaz Aziz sekeluarga. Acara pada malam hari dimulakan dengan aluan MC dan bacaan doa seterusnya ucapan penghargaan daripada pengarah dan Ustaz Aziz. Menu kari daging, rendang daging, sup tulang, dan acar menjadi santapan makan malam. Sambil-sambil menjamu selera, para hadirin turut di hidangkan dengan tayangan multimedia koleksi gambar-gambar sepanjang program pre-Qurban dan Qurban.

clip_image002[22]

 

2200-2300:

Usai majlis, AJK yang bertanggungjawab bertungkus lumus mengemas dan membersihkan kelengkapan-kelengkapan yang telah digunakan.

Selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini hasil kerjasama IMAN dan BAIK. Semoga pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan harta benda sepanjang program sambutan Qurban 1432H ini dilakukan ikhlas keranaNya dan mudah-mudahan dapat menjadi bekal untuk pulang ke kampung Akhirat kelak.

 

Akhir kata, segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segala urusan program dan tahniah serta takziah pada semua yang telah terlibat dalam menjayakan setiap program yang telah dilaksanakan sempena Qurban pada tahun ini. Moga ibrah dari setiap pengisian aturan majlis kali ini dapat dikutip dan diamali. InsyaAllah.

Wallahua’lam.

 

Untuk melihat lebih banyak gambar sempena program sila KLIK DISINI atau tekan di tab GALERI IMAN di atas.

2 comments:

adaibrahim said...

Salam alak...Rindu pada sebuah perjuangan & kenangan di hari raya Qurban & J-town...Untuk adik2 tersayang, semangat dengan kerja dakwah...Insya-ALLAH, ganjaran terbaik menanti semua (",)

IMAN - PKPMICB said...

wsalam wbt k.adaIbrahim.. InsyaAllah moga Islam terus segar dan mekar di bumi jatinangor ni.. Doa2kan kami ye. jzkk ;D