Monday, January 24, 2011

Fatah Berundur Untuk Kepentingan Pendatang Yahudi

 

   24 Januari 2011 - Jazeera mendedahkan perancangan rahsia - peta kawasan terbaru yang telah dipersetujui antara Fatah dan Israel, segala kepentingan Israel dituruti satu persatu oleh Pihak Berkuasa Palestin yang diterajui oleh Abbas.
Pada pertemuan keempat bulan Mei 2008 delegasi dipimpin oleh Ahmed Qurei, Ketua Rundingan Israel-Palestin membincangkan rancangan pembahagian kawasan untuk kepentingan Israel, yang telah disahkan oleh Qurei sebagai "Kepentingan Bersama mempertahankan penempatan Yahudi".
Kawasan berwarna biru adalah penempatan di Quds Timur bahagian utara, mewakili dua blok utama penduduk Yahudi seramai lebih 136,000 penduduk, cadangan yang dikemukakan oleh Samih Abd, salah seorang anggota rundingan, jejantas atau jambatan telah dibina sebagai penghubung antara dua kawasan tersebut.
Kawasan berwarna merah mewakili kawasan dalam "Israel", pihak berkuasa Palestin mencadangkan ia berada dibawah kekuasaannya, kedua-dua cadangan tersebut sebagai pertukaran tanah antara Palestin-Israel.

kredit: http://amanpalestin.net/

Wednesday, January 19, 2011

Wanita Ibarat Ombak

Salam,

selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.

Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik.. Berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kdang2 kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.

Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:

ombak eh perempuan ini?

Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.

Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.

Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.

Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.

Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!

Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.

Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.

Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.

Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.

Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.

Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.

( tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula…hohoohoh)

Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?

Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.

Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari ALlah.

Kenalilah simptom futur anda

Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.


Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera..

Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.

Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.

Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.

dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.

Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.

Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:

Ala, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaa.. apa salahnya dengar lagu rihanna?ehek ehek…..

Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:

aku bila lagi? aku bila lagi?

dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..

dan kita lebih jauh dari Allah..

bertambah jauh.

Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.


Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.

Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?

Syaitan!

dan siapa yang akan kalah dan menangis ? Islam dan diri sendiri juga!

Sebab itu, kenalilah sifat kita yang mudah down, dan berombak. Dan ubatilah kefuturan dengan setepat-tepat ubat. Bukan mencarinya dan mengubatnya dengan hiburan dan kelekaan.

Jawapan itu ada pada:

1) Kembalilah pada Allah.

Yes. I mean this.

Go back to Him. Bersolatlah kepada Dia. Bercakaplah dengan Dia.

Kalau uzur, baca ma’thurat. Hafal surah. Buat perkara -perkara yang mendekatkan diri dengan Allah. Even membaca buku yang mengingatkan kita pada Allah.

Berdoalah. Kembalikan kekhusyukan. Istighfar berulang kembali.

Dan paling best untuk dilakukan adalah:

Membaca Quran, serta mentadabburi setiap makna kalimahNya.


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (QS Al-Isra’ : 9)

Perkara ini juga dikuatkan oleh Ustaz Hasan Al-Hudhaibi yang berkata :

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.”

Allah SWT berfirman :

“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Ruh (Al-Qur’an) dengan perintah kami . Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami tunjuki siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami”. (QS As-Syura : 52)

Ketika Ruh tersebut melekat ke dalam hati dan setiap penjurunya dipenuhi dengan cahaya iman, maka ia mampu mengusir hawa nafsu dan rasa cinta terhadap dunia dan kemudiannya akan mempengaruhi perilaku seorang hamba dan tujuan hidupnya.

Maka temuilah ketenangan itu pada tadabbur Al-Quran. Berkata-katalah dengan Allah dengan membaca ayatNya, penuh dengan kehadiran sebuah perasaan.

Ibnu Mas’ud berwasiat :

“Janganlah kau membaca Al-Qur’an secepat kau membaca sya’ir, atau seperti buah kurma yang berguguran dari tangkainya, berhenti dan renungkanlah keajaiban-keajaibannya, gerakkanlah hatimu dengannya dan janganlah menjadikan akhir surah sebagai pusat perhatianmu.”


2) Bergaullah dengan orang-orang yang soleh.

Tak semestinya kena cari naqibah, atau ustaz. Carilah teman yang mengingatkan kita pada Allah. Yang akanremindkan kita tentang akhirat. Yang dapat menyedarkan kita dari tidur yang lena itu.

Sebab time kita down, memang hati tengah gelap. Sukat untuk kita menerima nasihat orang. Maka sentuhan orang-orang soleh ini dapat melembutkan hati kita, dan memberi cahaya baru dalam hati kita dengan izin Allah..

Jangan bersendirian ketika futur. Kita akan diganggun dengan bisikan syaitan jika kita terus bersendirian.

3) Berdoa kepada Allah.

Berdoalah diberikan semula hidayah yang malap. Berdoalah untuk diberikan kekuatan. Dan berdoalah supaya Allah mudahkan urusan kita yang menyebabkan kefuturan kita.

Berdoalah kepada ALlah:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir” (QS al-Baqarah [2]: 250).

Berdoalah dan temuilah kekuatan itu dengan doa!

4) perbaharui kefahaman kita.

Sebelum ini mungkin kita dah faham akan erti hidup kita. Kita faham tugas kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat di dunia ini.

Namun bila saatnya futur, maka kefahaman itu seolah-olah terbang ditiup angin nafsu yang mengelabui iman dan akal kita.

Di saat itu, perbaharuilah kefahaman kita. Bila kita menganggur, syaitan akan mudah menjadikan kita futur.

Maka perbaharuilah kefahaman itu dengan tarbiyah. Pergilah kepada majlis-majlis ilmu. Nyalakan semula semangatmu. Semarakkan semula baraan himmahmu.

Katakan pada dirimu bahawa:

‘ Hidupku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam!’

Kerana memberi dakwah itu menghidupkan dan merupakan jalan keluar kepada kefuturan. Kerana itu di saat kau meninggalkannya, perkara itu akan lebih mendownkan kamu.

Maka di saat down, ambillah masa sekejap untuk istighfar dan perbaiki semangatmu. Seterusnya, bangkitlah dan teruskan memberi kepada manusia!

5) Mengingati negeri akhirat.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya ketika ia ditanya tentang makna ‘insyirah shadr’ (keterbukaan dada) dalam firmanNya :

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az-Zumar : 22)

Nabi saw menjelaskan :

“Apabila cahaya iman masuk terbukalah hatinya” (untuk menerima kebenaran).”

Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, apa ciri-cirinya?”

Rasulullah saw bersabda :

“Kerinduan kepada kampung keabadian, merasa jauh dari dunia yang menipu, bersiap-siap untuk menghadapi kematian sebelum ia datang.”

Di dunia ini kita akan selalu ditinggalkan keseorangan. Apa awak ingat awak seorang je ke takde murabbi? ( kita akan selalu mengadu benda yang kita takde, benda depan mata, selalu tak kita hargai…)

orang terdahulu sendiri banyak belajar berdikari. Banyak membina diri mereka sendiri.

Semakin lama kita dalam tarbiyah, Sedarlah, kita perlu lebih banyak bergantung pada tarbiyah dzatiyah berbanding tarbiyah jam’iyah ( tarbiyah diri sendiri, daripada tarbiyah beramai-ramai)

Maka, bila kita down, kitalah yang perlu merawat ke’down’an kita itu sendiri. Dengan cepat!

Jika kamu tak mampu merawatnya, siapa lagi?

sedangkan ummah mendambakan parajurit-parajurit yang sentiasa terpadu iman dan amal jihadnya, untuk menongkah jahiliyah yang amat pekat di luar sana.

Mampukah kamu bangkit semula?

Wassalam

ukhtikum

aisyahz

yang banyak kali down juga…


**sumber: http://muharikah.wordpress.com/2011/01/13/wanita-itu-ibarat-ombak/

Friday, January 14, 2011

Israel bimbangkan kembalinya kapal Mavi Marmara pada Mei

Jumaat , 14/01/2011 - Ahli-ahli politik Israel menyuarakan kebimbangan terhadap kembalinya kapal bantuan Gaza yang diserang pada Mei tahun lepas.

Tabung Bantuan Kemanusiaan Turki IHH, salah satu kumpulan Freedom Flotilla sedang mempersiapkan sebuah konvoi 12 kapal bantuan yang dijadualkan belayar lewat Mei akan datang, demikian menurut laporan akhbar Israel Maariv pada Rabu. Mavi Marmara merupakan salah satu kapal yang akan terlibat.

Usaha Israel untuk menjejaskan misi tersebut gagal kerana penganjur konvoi menolak tawaran untuk menghantar bantyuan kemanusiaan menerusi Pelabuhan Ashdod di Israel, kata Maariv. Tindakan industri yang diambil oleh pihak berkepentingan dengan Kementerian Luar Israel telah menyebabkan usaha-usaha diplomatik untuk menghentikan konvoi itu tergantung.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

kredit: http://palestinkini.info/

Thursday, January 13, 2011

Laporan Metamorphosis

coklat (1)

 

   Pada awal Muharam 1432, satu program sempena awal tahun Hijrah telah dijalankan, iaitu program Metamorphosis. Acara berlangsung di Ibnu Sina pada seawal jam 7.30 pagi pada hari selasa (7.12.2010).

 

  Berikut adalah tentatif program:

7.30 pagi : Kehadiran

8.00 pg- ucapan alu-aluan MC
8.10 pg- bacaan doa
8.15 pg- tilawah al-Quran
8.30 pg- tayangan video
8.40 pg- ceramah part 1
9.15 pg- break
9.30 pg- ceramah part 2
10.30 pg-sesi pertanyaan
11.00 pg-bersurai

 

  Penceramah jemputan pada hari berkenaan adalah Ustaz Abdul Aziz yang juga merupakan ahli kedutaan Malaysia di Jakarta. Beliau yang berkelulusan dari UKM dalam peringkat ijazah Al-Quran dan Hadis, juga salah seorang pakar rujuk akidah JAKIM.

   Isi ceramah dan ilmu yang dikongsikan pada hari berkenaan menekankan kepada fitrah manusia yang sememangnya ingin berbuat baik dan beragama. Diselitkan juga pengenalan kepada antara agama-agama sesat di Malaysia sebagai pengetahuan peserta agar berhati-hati dalam menilai agama islam yang sebenar.

  Hijrah adalah peristiwa keberangkatan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya pada tahun 622 masihi dari kota Makkah menuju kota Yathrib, yang kemudia disebut al-Madinah al-Munawwarah. Dalam konteks Islam hari ini pula kita mesti boleh menuangkan nilai-nilai hijrah ke dalam semua aspek kehidupan kita. Sebagaimana manusia yang terus bertambah umurnya, maka saatnya lah setiap berusaha berubah dari kurang baik kepada keadaan yang mana lebih baik dari sehari ke sehari. Perubahan ini meliputi aspek ukhrawi dan juga duniawi.Page7 

 

   Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kemarin, dialah orang yang beruntung. Siapa yang hari ini keadaannya sama dengan hari kemarin mak dia rugi, siapa yang keadaan hari ini lebih buruk dari kemarin, maka dia celaka”

 

   Sepanjang program berlangsung juga, jualan makanan dan juga jualan buku agama  turut diadakan. Alhamdulillah, jualan mendapat sambutan ramai dan rasa syukur juga dipanjatkan kerana dipermudahkan olehNya yang telah melancarkan program pada hari berkenaan. Dan akhir sekali mohon maaf atas sebarang kekurangan berkaitan program ini.

Untuk melihat lebih banyak gambar boleh tekan tab suwarul di atas atau klik disini.

                                                               Dipost oleh unit UDI 

.: Mana Lebih Utama? Menjaga Pandangan Allah atau Pandangan manusia? :.

 keldai dgn posing maut...

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,

"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."

Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,

"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)."

Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,
"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."

Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,
"Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"


apakah yg akan kita lakukan jika kita yg berada dalam situasi ini?pernah terfikir?

 
Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan. Inilah makna dari perkataan alim besar Muhammad bin Aslam radhiAllahu `anhu:

"Apa peduliku antaraku dengan makhluk, adalah pada permulaan dalam sulbi orang tuaku, aku sendirian, kemudian aku berpindah ke dalam perut ibuku, aku sendirian, kemudian aku masuk ke dunia juga sendirian, kemudian rohku dicabut, juga sendirian, kemudian aku pun masuk dalam kuburku sendirian pula dan datanglah kepadaku Malaikat-malaikat Munkar dan Nakir menanyakan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dalam keadaan aku sendirian pula. Kemudian amal baikku dan dosaku ditimbang dalam timbanganku, juga aku sendirian. Andainya jika aku dikirim ke syurga, aku sendirian, dan jika dikirim ke neraka aku pun sendirian pula. Maka apakah hubungan dengan manusia-manusia selianku?"


 bertaqwalah kepada allah dgn sebenar-benar taqwa....


"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33)

Sekarang sudah jelas, bahawa lakukanlah apa yang kau putuskan dan semua itu mempunyai risiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang anda putuskan tetap saja orang lain akan mengkritik bahkan anda diam pun akan dikritik, lakukanlah yang terbaik dengan risiko yang paling kecil. Cukuplah dengan pandangan Allah s.w.t atas kita. Pandangan Tuhanlah yang berfaedah . Penglihatan manusia atas kita, seperti menghormati kita, memuliakan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi. Cukupkan saja dengan pandangan hati, keyakinan hati bahawasanya Allah s.w.t melihat kita, memelihara kita dan menjaga kita.


 adakah dgn duit kita boleh membeli sebuah syurga?


Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah. Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah.

Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.

Dengan demikian fahamilah wahai diri
Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhai hal diri kita,
Biarlah tidak masyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhai kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhaan Allah.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)


 semoga hati2 kita terus tetap istiqamah di jalanNYa...


Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:
  1. Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.
  2. Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya.

Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:

Rasul sollallahu `alaihi wasallam menerangkan kepada Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.

Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.

Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)
 
sumber: http://www.mhds-sg.org

Sunday, January 9, 2011

.: Persediaan Peperiksaan VS Persediaan Kematian ..... Bersediakah kita? :.

adakah persediaan kita untuk exam sehebat persediaan kita untuk menghadapi kematian?


 
Sesungguhnya kematian itu adalah perkara yang pasti, pasti akan menjemput setiap dari anak Adam yang bernyawa, sama ada lelaki mahupun perempuan, yang kaya atau miskin dan yang muda mahupun tua. Itulah kematian. Perkara yang secara jelasnya telah diceritakan di dalam al-Quran, kalamullah yang masih terjaga kesucian dan keasliannya. Bagaimana di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana perjalanan hidup seorang anak Adam itu, dari saatnya masih berada di dalam kandungan ibu, sehinggalah dia menjengah ke alam ciptaan Allah penuh indah dan pengajaran.

Firman Allah yang bermaksud:
” Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah,Dialah yang haq. Dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab (wahyu) yang bercahaya.” ( QS Al-Hajj; 5-8)

kematian adalah sesuatu yg pasti...yg tidak pasti adalah samada dekat atau lambat...oleh itu sudah bersediakah anda?


Subahanallah, begitu unik perjalanan hidup seseorang anak Adam itu. Benar, setiap orang mengalami fasa hidup yang berbeza-beza. Jalan cerita hidup kita berbeza antaranya. Semua itu, Allah telah menetapkan dengan kuasaNya yang Maha Pencipta.
Dan apa yang pasti, bagaimana perjalanan hidup seseorang itu sama ada di selimuti kemewahan atau di ambang kesusahan tetapi hujungnya keduanya akan yang sama iaitu kematian. Kematian itu suatu perkara yang selalu mengintai-ngintai kita. Cuma sama ada kita sedar akan kehadirannya atau tidak. Suka atau tidak, kita pasti akan di panggil menghadap Allah. Suka atau tidak kita pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini. Itu adalah janji Allah. Janji Allah yang pasti.  

Firman Allah yang bermaksud:
”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS Ali Imran:185)


Begitulah pengakhiran hidup kita. Kematian adalah kepastian. Tidak ada seorang pun anak Adam yang mampu menepis hakikat ini walaupun ia mempunyai wang yang berjuta, harta yang berlimpah, mahupun kekayaan yang menggunung. Tetapi, kita boleh memilih bagaimana untuk kita mati, sama ada dalam keadaan husnul khatimah, mahupun su’ul khatimah. Sama ada kita mati sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah atau mungkin sebagai seorang munafik atau mungkin juga sebagai seorang yang kafir. Nauzubillah.. Kita pasti tidak mahu dimatikan dalam keadaa su’ul khatimah. Oleh itu sahabatku, di sini penulis ingin menyeru untuk sama-sama kita perhatikan bagaimana persiapan kita untuk menghadapi kematian ini. Jika kita berkata, aku masih muda... benar sahabat kita masih muda, tetapi kematian itu tidak pernah mengenal usia. Jadi adalah baiknya untuk kita sama-sama persiapkan diri kita dengan sebaiknya.


 hidup dan pilihan....apakah jalan pilihan anda? ke destinasi bernama neraka atau syurga?



Cuba kita nilai kembali suruhan-suruhan wajib yang telah diperintahkan Allah kepada kita. Adakah kita melakukannya dengan sepenuh hati dan rasa cinta kita kepadaNya? Adakah kita masih lagi melambat-lambatkan waktu solat? Astagfirullahalazhim.. diri ini dan sahabat sekalian, mari kita sama-sama renung kembali, muhasabah kembali diri kita. Kita adalah makhluk Allah yang seringkali melakukan kesilapan, sememangnya tidak akan terhindar dari kesalahan. Ayuh sahabatku, mari kita tautkan kembali, eratkan kembali hubungan kita dengan Allah. Mari kita sama-sama turuti jejak Rasulullah saw. Baginda menunaikan solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki.. tetapi kita? Sahabat.. marilah sama-samakita menjadi hamba Allah yang bersyukur. Hidup kita di dunia ini ada visi dan misi yang kita perlu laksanakan. Yang pasti semuanya itu akan ditanya oleh Allah. Apa jawapan kita kepadaNya? Fikir-fikirkanlah..


 selamat menghadapi peperiksaan..buat yg terbaik untuk Allah dan diri kita sendiri.. n_n


Dan memandangkan sekarang musim peperiksaan, penulis ingin mengajak kita kembali sama-sama memuhasabahkan diri. Kenapa kita mampu lakukan persiapan untuk menghadapi peperiksaan dengan sebaiknya. Kita boleh sahaja tekun menelaah di meja sedangkan azan sudah berkumandang... Apa salahnya, seruan ke arah kejayaan itu kita sahut dengan hati yang penuh tawadhuk dan bersedia. Kita berhenti sebentar, menenangkan hati dan perasaan yang penuh kerisauan. Teringat penulis sewaktu berada di matrikulasi, kebanyakkan penghuni blok akan berjaga sehingga ke awal pagi dan akan tidur sebelum subuh.. dan akibat kepenatan dan rasa mengantuk itu, ramailah yang solat subuh gajah.. dimanakah keberkatan apa yang kita pelajari itu. Sama-sama kita muhasabah diri, semoga persiapan kita untuk menghadapi kematian ini lebih hebat lagi kerana ia datang secara tiba-tiba yang kita sendiri tidak tahu bila ia akan menjenguk diri kita. Belajarlah kita kerana Allah dan apa yang kita lakukan juga adalah untuk mendapatkan redhaNya. Letakkan Allah di tempat teratas dalam hatimu, bukan kedua mahupun ketiga.... Wallahua’lam