Thursday, July 29, 2010

Kapal India Akan Menyertai “Audacity of Hope”

Khamis,  29/07/2010 – Kapal India bersedia untuk bergabung dengan armada bantuan kemanusiaan bernama “The Audacity of Hope” yang akan bermula pada September belayar ke Jaluran Gaza.

Akhbar “Indian Express” berkata bahawa armada bantuan kemanusiaan “The Audacity of Hope,” yang diinspirasi oleh seorang teman Presiden AS Barack Obama, akan termasuk kapal bantuan dari Eropah, Kanada, India, Afrika Selatan dan Timur Tengah, yang akan belayar untuk mematahkan kepungan di Gaza. Kempen ini muncul di tengah-tengah tekanan antarabangsa terhadap “Israel” untuk mengangkat pengepungan di Semenanjung Gaza.

Armada tersebut akan meliputi sejumlah orang yang berkeperibadian yang terkemuka, termasuk teman Presiden AS Barack Obama, Rashid Khalidi. Akhbar Hindi mengatakan bahawa persediaan sedang diadakan untuk mengumpul 360,000 dolar untuk membeli sebuah kapal untuk membawa 40-60 aktivis, di samping untuk menampung kos operasi.

Khalidi mengatakan bahawa fakta bahawa kapal ini adalah dari Amerika, akan sukar bagi Israel untuk berurusan dengan mereka berbanding mereka berurusan dengan armada kebebasan tempoh hari.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

kredit: http://palestinkini.info/

Wednesday, July 28, 2010

30 doktor dari Malaysia akan memasuki Gaza Ramadhan nanti.

Rabu,  28/07/2010 – Konvoi 30 doktor dan doktor pakar daripada 55 sukarelawan Malaysia akan memasuki Semenanjung Gaza semasa bulan Ramadhan. Agensi berita melaporkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata misi sukarelawan terdiri daripada doktor selain sepuluh wartawan yang lain akan menghabiskan 13 hari di Jalur Gaza dari hari kelapan hingga ke dua puluh dalam bulan Ramadhan dengan diselenggarakan oleh Kelab “Putera 1 Malaysia”.

Selepas pertemuan dengan delegasi media, beliau menambah pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Malaysia juga turut serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Misi kemanusiaan melalui pasukan doktor mencerminkan perasaan rakyat Malaysia terhadap nasib penduduk di Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

kredit: http://palestinkini.info/

Tuesday, July 27, 2010

Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih

Arrow-Missile-simulation-thumb

Jerusalem, 26 Julai 2010 – Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7).

Arrow III akan membolehkan Israel “menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh” dan akan memberi “kemampuan untuk menembak jatuh senjata pemusnah besar-besaran di luar atmosfera,” kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan.
Israel menjelaskan bahawa sistem Arrow adalah sebagai persiapan pertahanan mereka terhadap ancaman Iran.  Amerika Syarikat, sekutu  baratnya dan Israel mengesyaki program nuklear awam Iran direka untuk menghasilkan bom nuklear. Namun Teheran telah menyangkal dakwaan tersebut.

Arrow dihasilkan secara usahasama  oleh syarikat milik kedua Negara, iaitu Israel Aerospace Industries dan syarikat Amerika Boeing Co dan telah melibatkan  hampir  $ 1 bilion dana dari AS sejak awal tahun 1988 lagi. (Reuters/Haaretz)

kredit: http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Saturday, July 24, 2010

Bintang bolasepak dan tennis akan menyertai Floatilla 2.

Sabtu,  24/07/2010 – Bintang bola sepak, Iker Casillas dan legenda tenis, Rafael Nadal mungkin akan menghulurkan tangan bantuan bagi menamatkan kepungan Gaza, lapor akhbar al-Hayat yang berpusat di London hari ini.

Kepungan ini dilakukan oleh Israel sejak tahun 2007 selepas parti Hamas dipilih secara demokratik. Bintang sukan itu mungkin akan menyertai Flotilla Freedom 2 dengan lebih banyak kapal bantuan dijangka terlibat ke Gaza awal musim panas ini. Bantuan kemanusiaan pada Mei lalu terhenti seketika apabila sembilan anggota Flotilla maut di tangan tentera Israel.

sumber : PNN
penterjemah :  hijjaz

kredit:http://palestinkini.info/

Polis Rejim Zionis memukul kanak-kanak di Baitulmaqdis

Sabtu,  24/07/2010 – Seorang polis Israel menyerang dan memukul seorang kanak-kanak di Baitulmuqaddis, Sam Alseyuri, 8 tahun berdekatan sebuah pasar yang terletak berhampiran salah satu gerbang Masjid Al Aqsa.

Menurut sumber-sumber tempatan, serangan terhadap kanak-kanak itu berlaku selepas dia mengerjakan solat Asar bersama ibu dan dua orang saudaranya, Hossam, 7 tahun, dan adiknya, Rodat dua tahun, di mana mereka mengunjungi sebuah kedai bernama “gifts of children” milik datuknya, Haji Mohammad Arif Seyuri, yang memberikannya pistol mainan untuk bermain.Namun,dia dan saudaranya terkejut apabila seorang polis Israel menyerang mereka dengan mengambil pistol mainan itu dari tangannya dengan secara paksaan kemudian memusnahkan pistol mainan tersebut. Polis itu kemudiannya membawa Sam ketepi dan mula memukulnya di hadapan saudaranya.

Sam kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dan dia masih trauma dan tidak mengerti mengapa polis Israel melakukan begitu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

kredit: http://palestinkini.info/

Monday, July 19, 2010

Sayang Perempuan

“Sayang, sayang… kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet’ pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee…..
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping… tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik…. Hmm….”
***** IKLAN *****
Gulp….
(Perhatian kepada wanita mengandung, lelaki yang ada allergy tekak, sila sediakan ubat anti-emetic anda. Jangan biarkan muntah-muntah menghilangkan electrolyte dalam badan. Minumlah, UsuTah! Ubat Susah Muntah. Ngee~)
**** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ****
“Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahla diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…”
“Hmm… Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak”
**** PENONTON TERCENGANG! ****
“Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah…
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?”
“Exclusive hape plak tu ustaz?”
“Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?”
“Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni….”
“Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”
“Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”
“Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalm perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat yang lain,
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang darikalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….
“Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah.
“Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ’fitrah’nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal.
“Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah. Cakap-cakap orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
“Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya’…
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah FITNAH.
“Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!
“Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go’. Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
“Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.”
“Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
“Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…”
“Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
“Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”

EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU!
“Dimana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat????
Dimana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki…. Didepan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’ itulah tempat dia curhat.
Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah’.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua’? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot???
***** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL *****
“Sayang sayang….. sayang sayang sayang?”
“ Of course sayang…..sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!”
(Erk….???? Apakah?
Gastric juice is over secreted, help!!! )
**** TUKAR CHANNEL BALIK *****
“Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci.
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
6: 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
“Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”
“Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….”
***** BLACKOUT, TUTUP TV *****


sumber: http://drrazi.wordpress.com

Friday, July 16, 2010

Antara Khinzir dan Kekasih

Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”.

Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.

ohislam-khinzir

Kredit : http://ohislam.com

Thursday, July 15, 2010

Kapal bantuan milik Libya, Hope akan tiba di Gaza pada Rabu ini

Khamis, 15/07/2010 – Yayasan Gaddafi, penganjur kapal bantuan Libya, Hope, memaklumkan bahawa kapal bantuan itu sekarang ini sedang belayar menuju ke Semenanjung Gaza. Kapal itu telah memasuki perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete di Greek dan dijangka tiba di Gaza pada hari Rabu ini.

Yayasan tersebut menyatakan di dalam laman webnya bahawa para aktivis yang berada di dalam kapal itu mempunyai semangat yang tinggi dan mereka sedang bersedia untuk tiba ke Gaza pada Rabu ini. Kapal itu dilaporkan telah tiba kira-kira 100km daripada Pulau Crete, Greek pada tengahari dan meneruskan pelayarannya ke Gaza.

Wakil yayasan tersebut yang turut serta dalam pelayaran itu, Mashallah Zoe berkata,”Kami tidak mempunyai senjata atau sebarang benda yang mencurigakan. Kami hanya membawa bantuan makanan dan perubatan serta orang-orang muda yang cintakan keamanan.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

kredit:http://palestinkini.info/

Tuesday, July 13, 2010

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mendermakan 3 tangki air di Gaza.

DataFiles_Cache_TempImgs_2010_2_Images 2010_july_07 _Gaza_War_2009_51_300_0

Selasa, 13/07/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah mendermakan tiga tangki air di Gaza yang telah dikepung semenjak 4 tahun yang lepas,dan saluran bantuan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk mengubati luka para penduduk Palestin dan mengembalikan mereka kepada kehidupan yang normal.

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah meneruskan misi kemanusiaanya tanpa henti kepada penduduk Gaza dan telah banyak melancarkan program-program yang bermanfaat untuk penduduk Gaza.Di antaranya ialah membuat kerja-kerja penyelenggeraan dan membaik pulih tangki-tangki air yang telah rosak dan musnah akibat serangan-serangan bersifat jenyah Zionis kepada penduduk Gaza.

Dan berkatanya Pengerusi Bulan Sabit Merah Turki bahawa mereka telah merangka untuk melancarkan enam program untuk penduduk Gaza dan bakal membina tiga lagi tangki air dalam masa terdekat yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada penduduk Gaza,sambil mengatakan bahawa program bekalan air tersebut bakal membekalkan air kepada lebih 240 000 penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Kredit : http://palestinkini.info/

Sunday, July 11, 2010

Tentang Zionis Habis Habisan

Persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) yang akan berlangsung esok diharap dapat meraih sokongan negara-negara lain bagi menentang kekejaman rejim Zionis ke atas Palestin.

Jurucakap PGPO, Shamsul Akmar berkata, selain Malaysia dan Turki, sokongan padu negara lain perlu bagi mendesak rejim Israel itu menghentikan sekatan dan memutuskan hubungan Gaza dengan dunia luar.

Selain itu, kata beliau, persidangan bertujuan menyangkal propaganda Israel terhadap kejadian sebenar yang berlaku ke atas Mavi Marmara dan memupuk kesedaran mengenai sekatan tiga tahun terhadap Gaza itu juga akan menggariskan beberapa langkah bagi membantu rakyat Palestin yang kini menderita.

"Ini termasuk merumuskan langkah-langkah yang boleh diambil secara kolektif untuk menentang kekejaman sekatan Israel terhadap Gaza serta membuat satu ketetapan terbaik untuk menangani masalah Palestin secara keseluruhan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Persidangan sehari itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PGPO akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menurut Shamsul Akmar, persidangan itu meliputi tiga sesi termasuk perbincangan mengenai penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan kisah tragedi kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang diserang dan ditawan oleh Israel pada 31 Mei dan 5 Jun lepas ketika mengikuti misi flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagi sesi pertama, katanya, beberapa sukarelawan termasuk aktivis antarabangsa kapal Rachel Corrie, Jenny Graham akan menceritakan pengalaman semasa berada di atas kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie termasuk serangan kejam tentera Israel yang mengorbankan sembilan nyawa warga Turki serta mencederakan berpuluh yang lain.


Sementara sesi kedua pula adalah perkongsian pengalaman sebuah kehidupan di Gaza yang penuh penderitaan dan kemiskinan akibat sekatan Israel.


Ia akan disampaikan oleh rakyatnya, pegawai hubungan antarabangsa, Ir. Mohammed D. Radwan yang bekerja di Parlimen Gaza serta pengalaman aktivis tentang mengapa mereka mahu terus mengunjungi wilayah itu oleh ketua sukarelawan kapal Rachel Corrie, Derek Graham.


Pada sesi ketiga iaitu sesi perbincangan bersama panel bagi tajuk Langkah Seterusnya, Dr. Mahathir akan bertindak sebagai moderator dan akan disertai beberapa panel termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengetuai usaha mengutip dana untuk Palestin; Duta Turki ke Malaysia, Serap Attay; Timbalan Duta Iran ke Malaysia, Dr. M. S. Dolatabadi dan Ketua Wakil Liga Arab di New Delhi, India, Dr Ahmad Salem Saleh Alwahishi.


Dijangkakan seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada para aktivis, ahli po

litik, pelajar universiti dan duta-duta besar akan menghadiri persidangan itu yang turut dibuka kepada orang ramai.


Shamsul Akmar berkata, orang ramai yang ingin turut serta pada persidangan tersebut dinasihatkan supaya mendaftar seawal 8 pagi kerana tempat duduk adalah terhad.

Friday, July 9, 2010

Tentara Zionis belasah tahanan Palestin di Majiddo



Khamis, 08/07/2010 – Tentera rejim Zionis membelasah beberapa orang tahanan Palestin selepas menyerbu bilik penjara mereka di seksyen 4 dan 5 di Penjara Majiddo. Pihak tentera mendakwa bahawa mereka mencari telefon bimbit yang dikatakan ada di tangan beberapa tahanan.
Serangan itu dilakukan pada waktu tengah malam 5 Julai dan menyebabkan berlakunya pertempuran dengan para tahanan. Kementerian Tahanan Penjara Palestin melaporkan bahawa tahanan-tahanan itu dibelasah oleh tentera daripada briged Nahshon dan Alimar.
Tentera-tentera itu membelasah para tahanan dengan belantan dan melepaskan bom gas sebelum memaksa mereka keluar daripada bilik penjara masing-masing. Beberapa orang tahanan dilaporkan menderita akibat terkena gas pemedih mata manakala yang lain mengalami hentakan kuat pada otak dan lebam-lebam.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Tuesday, July 6, 2010

`IBRAH SUATU MALAM`

Assalamualaikum w.b.t..

Kepada semua warga UNPAD bersempena dengan tarikh isra` mi`raj tahun ini,satu ta`lim bertajuk `IBRAH SUATU MALAM` akan diadakan beserta dengan buka puasa bersama (iftar).Maklumat berikutnya adalah seperti di bawah:



Tarikh   :8hb Julai 2010  (Khamis)
Tempat  : Bale 4
Masa      :5.15 pm - 9.00 pm

Tentatif program adalah seperti berikut:

5.15 pm - 5.45 pm = ketibaan para pelajar

5.45 pm - 6.05 pm = Buka puasa

6.10 pm - 9.00 pm = Solat maghrib
                                   Ta`lim bertajuk `Ibrah Suatu Malam`(Ustz Sohaerman)

9.00pm                 = Solat isya` dan bersurai.


*Bayaran sebanyak 5k Rp dikenakan untuk iftar.


Sila berikan nama kepada wakil-wakil berikut :

FK 08 = Nurul Syafiqah

TWP 08 = Muhammad Hanif 

TWP 09 = Lina

TWP10 = Mira.

Semua pelajar diharap menepati masa.Kepada yang tidak mahu mengikuti iftar,anda juga dijemput hadir bersama.Sebarang pertanyaan,silalah bertanya kepada mana-mana wakil IMAN.

video insoft edisi CUTI

assalamualaikum w.b.t...

Seperti yang semua maklum,setiap keluaran insoft akan ada video bulanan disertakan..untuk insoft kali ini,kami bawakan kepada anda dengan tema CUTI!


mungkin ada yang baru sahaja mula bercuti,ada yang sedang bercuti dan ada yang akan bercuti tidak lama lagi.

untuk kali ini,kami uploadkan di blog kerana kebanyakan fakultas sedang bercuti.
Jadi,persembahkan kepada anda,video bulanan insoft...enjoy!

insoft akan diedarkan kepada semua a.s.a.p...=)






p/s= yang baru sahaja memulakan sem baru,tiada salahnya merehatkan minda dengan aktiviti-aktiviti cuti yang kami cadangkan dalam video..selmat menonton!





http://www.youtube.com/watch?v=Ec2vhx6xjus(boleh juga klik di sini)

Utara Gaza diserang rejim Zionis.

Selasa, 06/07/2010 -Pesawat tentera Israel telah mengebom beberapa kawasan di selatan dan utara Semenanjung Gaza selepas tengah malam tadi (Jumaat lepas) namun tiada korban dilaporkan.

Saksi menyebut pesawat tentera Israel (F16) telah mensasarkan dua peluru berpandu sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah yang ditutup beberapa tahun lalu dan telah menjadi sasaran berterusan oleh pesawat Israel. Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terletak di selatan Gaza itu mengalami beberapa kerosakan manakala pesawat Israel yang sama itu juga mengebom zon bebas di timur Khan Younis.

Pesawat tentera Israel juga mengebom Abu Jarad, selatan Kota Gaza sehingga menyebabkan berlaku kerosakan beberapa buah rumah di sekitarnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

kredit:http://palestinkini.info/

Friday, July 2, 2010

Turki melarang ruang udara digunakan oleh rejim Zionis.

Jumaat, 02/07/2010 -Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan Turki telah melaksanakan larangan kemasukan pesawat tentera Israel dalam ruang udaranya sejak tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan keamanan yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza sehingga meragut sembilan nyawa warga Turki dan mencederakan ramai yang lain.

Erdogan membenarkan kenyataan tersebut sebagai respon terhadap laporan pesawat yang membawa pegawai Israel ke Poland untuk melawat Auschwitz terpaksa mengubah haluan selepas Turki menolak untuk membenarkan mereka memasuki ruang udara Turki.

Menurut sumber terbaru media Israel, Erdogan mengatakan ia akan menutup ruang udara Turki terhadap pesawat tentera Israel dan ini merupakan langkah praktikal pertama yang diambil oleh Ankara terhadap Israel sejak memanggil pulang duta besar mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

kredit: http://palestinkini.info/