Sunday, April 4, 2010

1H1N [ 1 Hari 1 Nasihat ]


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua~



Untuk pengetahuan semua, IMAN telah melancarkan Kempen 1 Hari 1 Nasihat atau lebih mesra dikenali sebagai 1H1N(bukan H1N1 ye!) yang menggunakan Facebook sebagai medium perantaraannya.Kempen ini akan dilangsungkan selama sebulan bermulanya pada hari ini 4 April 2010 hingga 5 May 2010.







1H1N merupakan suatu kempen bagi menggalakkan kita semua untuk memberikan nasihat sesama kita sekurang-kurangnya satu nasihat untuk satu hari agar nasihat yang diberikan akan memberikan manfaat(kebaikan) bukan sahaja kepada kita malah kepada yang menerima nasihat kita tersebut.Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk(kebaikan),maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan (keburukan), maka dia pun akan menanggung dosa yang sama dengan dosa yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.[HR Muslim]

Untuk memeriahkan lagi kempen ini, IMAN turut mengadakan pertandingan 1H1N.Rakan-rakan semua dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan menyertai group 1H1N di Facebook.


Maklumat dan syarat-syarat pertandingan :

1.Pertandingan terbuka kepada semua orang(muslim dan non-muslim).

2.Terbuka kepada segala jenis kata-kata hikmah,ucapan atau "quotes" yang berbentuk nasihat.

3.Nasihat boleh diambil daripada pelbagai sumber.

4.Nasihat boleh diambil daripada al-Quran dan hadis tetapi tidak dikira untuk penilaian.Sila nyatakan surah dan ayat ke berapa atau sanad yang berkenaan.

5.Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah difahami.

6."Tag" [1H1N] pada permulaan nasihat.

7.10 nasihat terbaik akan dipilih sabagai pemenang.


Pautan-pautan penting di Facebook.




Yuk teman-teman kita meriahkan Kempen 1H1N.Semoga dengan membuat sesuatu yang "simple" ini kita memperoleh sedikit manfaat di samping orang ramai memperoleh manfaat daripada kita.Insyaallah... (n.n)b


"Think big act small"

(^.^)v

























4 comments:

Syuhadah said...

assalamualaikum~
poster lawa!hehe..
alaaa....xde FB la..YM bole??hehe..

Dr Amad said...

Hahahaha...baru tau.

IMAN - PKPMICB said...

waalaikumusaalam

sue : alhamdulillah..diberikan idea olehNYA..

silakan buat facebook..akmal dah ada..sue bila lagi???

dr.amad : baru tahu ke?haha.. ;p

Pengembara Bumi Ilahi said...

su pn xde fb gak ke?
ish3..xsgke lak..
same la kite rupenye..
wlcme 2 the club! hehe=)