Thursday, March 25, 2010

Tarbiyyah itu Petrol

Tarbiyyah Itu Petrol PDF Print E-mail
Wednesday, 21 October 2009 18:42















Oleh: Azizul Salehuddin, Chez

Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan 
bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang 
guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru 
menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, 
bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. 
Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan 
untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil 
dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.


Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston 
dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. 
Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. 
Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak 
selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, 
enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas 
membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan 
walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. 
Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah 
mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas 
punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke 
dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar
langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh 
dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol
yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan 
petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen 
minyak untuk isi tangki. Bekalan yang  baru akan 
menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan 
jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan 
diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah 
bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. 
Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.
Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. 
Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk 
meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas 
jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya 
dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam 
perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. 
adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat 
diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin 
seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar 
apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan 
dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa 
untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya 
tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang 
kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya 
kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, 
sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan 
bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, 
diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, 
rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang 
mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, 
masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan 
berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang 
berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang 
panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.

Diambil dari www.dakwah.info

2 comments:

Ahmad Akmal said...

satu analogi yang mantab!

Syuhadah said...

assalamualaikum..
nice one..
sebuah kereta tu perjalannya xselalu smooth..kadng2x tayar bocor,laluan bengkang-bengkong n kdg2x kena lalu traffic jam..begitu jga dakwah..penat,lelah,sabar..smua tu menguatkan lagi kita..ape barang if hidup senng je sokmo kan?..no life la..hehe..

selamat bermujahadah!