Friday, October 16, 2009

keluhan seorang Da'ie



Letih.

Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun,
adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku
andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini
berbanding usaha Hassan al-Banna.

Layakkah aku untuk berasa letih?




Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah
menemui jalan buntu.

Namun,
adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W.
yang ditolak oleh kaum sendiri pun
tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?



Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun,
layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,
bagaimana dengan Imam Syafie',
Imam Ghazali
dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka
yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini
apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.

Namun,
apalah erti kepedihan ini

dibandingkan dengan Bilal bin Rabah
yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?



Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar
yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,
hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,
namun,
adakah baginda berputus asa?



Adakah kita selaku pendakwah ini
selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,
kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup.
Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.



Jadi,
mengapakah kita mengeluh?

Tiada alasan untukku berputus asa.



Hanya ada SATU jalan untukku.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

7 comments:

'Abid Sakina said...

alhamdulillah..tq kpd yg mengupdate..
bca pagi2..mmg menyegarkan :)

letih,kecewa,sibuk,pedih,hampa..perkara lumrah..samada yg mngaku dai ataupun tidak..

tp, smua tu bkn alasan utk berhenti..itulah antara ujian yg Allah beri.

biar letih secara zahirnya..biar sedih buat berapa kalinya..biar sibuk didunia fana..asalkn semangatnya tetap membara,semuanya krn ALLAH~

spontan ayat..huhu,smangat2!^^

Insoft said...

Biarpun letih tutorial di waktu matahari meninggi di petang jumaat...

Biarpun kecewa tercampak jauh dan terpaksa bermalam di Ciparay kerana KKN...

Biarpun pedih menahan mata bermadu cinta dan ukhuwah dalam usrah se awal jam 7...

Biarpun hampa gagal mendapat bahagian anak yang di idamkan ketika permulaan koas...

Biarpun...seisi dunia memandang hina.

Asalkan redha Tuhanku sentiasa membalut diri yang kerdil ini...

semua itu tidak ku peduli...

p/s : Ni siapa suh jadi juri puisi nih...isk3...

'Abid Sakina said...

Biarpun pedih menahan mata bermadu cinta dan ukhuwah dalam usrah se awal jam 7...

**ni mcm kenal je..

p/s:MEMANG LAYAK mnjadi juri puisi.hehe....

Dr Amad said...

Kenyang membaca article ini. Satu article yang wajib dibaca oleh semua orang dan ahli IMAN khususnya.

Semangat!

IMAN - PKPMICB said...

terima kasih pada semua yang membaca :) insyaAllah sama2 kita muhasabah diri..dan berusaha menjadi yang lebih baik..

sebar2kan jika dirasa perlu :)

semangat!

sinar_islami said...

salam..tumpang lalu
mohon di copy..
mahu dikongsi bersama rakan2 lain..
salam dari perlembahan nil..

IMAN - PKPMICB said...

sinar_islami-waalaikumussalam..
silalah di copy,
risalah ini memang untuk disebarkan..
moga para da'ie akan jadi lebih bersemangat walau di lembah mana kita berada insyaAllah~