Wednesday, October 28, 2009

Raya D'Iman

pada 19 oktober yang lalu,
IMAN telah mengadakan jamuan hari raya..
bertempat di Casa Pelangi,Cikuda.

Alang-alang keluarga besar IMAN telah berkumpul
(termasuk wakil dari cawangan Bandung )
jadi,
kami ambil kesempatan untuk memotretkan
gambar keluarga tersebut..
















di sebalik tabir...

candle light dinner bersama nasi impit :)


tukang potong semangka (tembikai) yang diupah khas

nasi tomato belum masak



p/s: credit to Dr Amad untuk gambar formal IMAN~
p/s2: moga semua terus istiqamah berjuang demi islam (^-^)v

Monday, October 26, 2009

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

-Edcoustic-

p/s: muhasabah itu sangat penting bagi setiap yang bergelar mukmin, kerana kita kadang terlepas pandang dosa-dosa yang telah dilakukan..sama-sama perbaiki diri! :)



muhasabah untuk mempertingkatkan, bukan menjatuhkan~

Friday, October 16, 2009

keluhan seorang Da'ie



Letih.

Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun,
adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku
andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini
berbanding usaha Hassan al-Banna.

Layakkah aku untuk berasa letih?




Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah
menemui jalan buntu.

Namun,
adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W.
yang ditolak oleh kaum sendiri pun
tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?



Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun,
layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,
bagaimana dengan Imam Syafie',
Imam Ghazali
dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka
yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini
apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.

Namun,
apalah erti kepedihan ini

dibandingkan dengan Bilal bin Rabah
yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?



Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar
yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,
hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,
namun,
adakah baginda berputus asa?



Adakah kita selaku pendakwah ini
selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,
kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup.
Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.



Jadi,
mengapakah kita mengeluh?

Tiada alasan untukku berputus asa.



Hanya ada SATU jalan untukku.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Friday, October 2, 2009

Setelah Ramadhan berlalu

Alhamdulillah bulan Ramadhan telah berakhir
dan kini sudah pun mencecah minggu kedua syawal 1430..

Sungguh suatu kebanggaan,
kita boleh melaksanakan ibadah yang mulia puasa tahun ini..

Janji yang pasti diperolehi
oleh orang yang berpuasa jika dia menjalankan puasa
dengan dasar iman kepada Allah
dan mengharapkan ganjarannya
telah disebutkan oleh Nabi SAW dalam hadits berikut,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah
maka dosanya di masa lalu pasti diampuni.”
(HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760)

Sungguh, sangat rugi bagi mereka yang meninggalkan amalan yang mulia ini.
Begitu sering dilihat orang yang mengaku muslim
namun di siang hari bulan Ramadhan
dia makan terang-terangan
atau dia mengganggu saudaranya dengan asap rokok.

Sungguh sangat rugi sekali orang yang meninggalkan ibadah ini,
padahal amalan ini
adalah sebahagian daripada rukun Islam
yang dapat menegakkan bangunan Islam..

Setelah melalui bulan Ramadhan,
kita masih perlu untuk beramal sebagai bekal kita nanti
sebelum dijemput oleh malaikat maut.

di sini terdapat sedikit ulasan
mengenai beberapa amalan
yang sebaiknya dilakukan seorang muslim
setelah menunaikan puasa Ramadhan.

Semoga kita mendapatkan ilmu yang bermanfaat.


1. Tetap Menjaga Solat Lima Waktu dan Solat Jema’ah

Bulan Ramadhan sangat berbeza dengan bulan-bulan lainnya.
Orang yang dulu malas ke masjid
atau sering lalai mengerjakan solat lima waktu,
di bulan Ramadhan selalunya akan bersemangat melaksanakan amalan ini.
Itulah di antara tanda
dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka ketika itu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

“Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,
dan syaitan pun dibelenggu.”
(HR. Muslim no. 1079)

Namun, amalan solat ini hendaklah tidak ditinggalkan begitu saja.
Kalau memang di bulan Ramadhan, kita boleh menjaga solat lima waktu
maka hendaklah amalan tersebut tetap dijaga di luar Ramadhan,
begitu pula dengan solat jema’ah di masjid
terutamanya untuk kaum lelaki.

Rasulullah SAW bersabda mengenai salah satu keutamaan
bagi orang yang menjaga solat lima waktu,

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ افْتَرَضْتُ عَلَى أُمَّتِكَ خَمْسَ صَلَوَاتٍ وَعَهِدْتُ عِنْدِى عَهْدًا أَنَّهُ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهِنَّ لِوَقْتِهِنَّ أَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهِنَّ فَلاَ عَهْدَ لَهُ عِنْدِى

“Allah ‘azza wa jalla berfirman,
‘Aku wajibkan bagi umatmu shalat lima waktu.
Aku berjanji pada diriku bahawa barangsiapa yang menjaganya pada waktunya,
Aku akan memasukkannya ke dalam syurga.
Adapun orang yang tidak menjaganya,
maka aku tidak memiliki janji padanya’.”
(HR. Sunan Ibnu Majah no. 1403)
(Syaikh Al Albani dalamSahih wa Dho’if Sunan Ibnu Majah mengatakan bahawa hadits ini hasan)


Solat jema’ah di masjid
juga memiliki keutamaan yang sangat mulia
dibandingkan dengan solat sendirian.

Rasulullah SAW bersabda,

صَلاَةُ الْجَمَاعَة أفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

“Shalat jama’ah lebih utama daripada shalat sendirian sebanyak 27 darjat.”
(HR. al-Bukhari no. 645 dan Muslim no. 650)

Namun yang sangat menyedihkan,
amalan ini sering dilalaikan oleh sebahagian kaum muslimin.

Bahkan bermula pada hari raya 1 Syawal saja,
sebahagian orang sudah mulai meninggalkan solat
kerana sibuk menziarah ke sana-sini
dan berjalan-jalan ke pelbagai tempat..

terutamanya solat fardhu Subuh,
Padahal solat subuh inilah yang paling berat
dan sukar dikerjakan oleh orang munafik
sebagaimana sabda Nabi SAW,

لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Tidak ada solat yang paling berat
dilakukan oleh orang munafik kecuali solat Subuh
dan shalat Isya’.
Seandainya mereka mengetahui keutamaan keduanya,
nescaya mereka akan mendatanginya
walaupun sambil merangkak.”
(HR. al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Dan bagi yang meninggalkan solat tanpa alasan,
ada ancaman keras daripada Nabi SAW.
Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu -bekas hamba Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam-,
beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ

“Pemisah antara seorang hamba antara kekufuran dan keimanan adalah solat.
Apabila dia meninggalkannya,
maka dia telah melakukan kesyirikan.”

(HR. Ath Thobariy dengan sanad sahih. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini sahih.
Lihat Sahih At Targib wa At Tarhib no. 566)


Buraidah bin Al Hushaib Al Aslamiy berkata,
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat.
Barangsiapa meninggalkannya
maka dia telah kafir.”

(HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah.
Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani.
Lihat Misykatul Mashobih no. 574)


Begitu pula solat jema’ah di masjid,
seharusnya setiap muslim –khususnya kaum lelaki- menjaga amalan ini.
Solat jema’ah di masjid atau surau mungkin kelihatan meriah di bulan Ramadan sahaja.

Namun, ketika bulan Ramadan berakhir,
masjid kembali kelihatan sepi seperti sedia kala.

2. Memperbanyakkan Puasa Sunat

Selain melakukan puasa wajib di bulan Ramadan,
hendaklah kita menyempurnakannya pula dengan melakukan amalan puasa sunnah.
Di antara keutamaannya adalah
disebutkan dalam sabda Nabi SAW berikut,

أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ

“Maukah kutunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?
Puasa adalah perisai, …”
(HR. at-Tirmidzi no. 2616.
Syaikh Al Albani mengatakan dalam Sahih wa Dho’if Sunan Abu Daud
bahawa hadits ini sahih)


Puasa dalam hadis ini
merupakan perisai bagi seorang muslim
baik di dunia maupun di akhirat.

Di dunia, puasa adalah perisai daripada perbuatan-perbuatan maksiat,
sedangkan di akhirat nanti adalah perisai daripada api neraka.

Banyak puasa sunat
yang dapat dilakukan oleh seorang muslim setelah Ramadhan.

Di bulan Syawal,
kita dapat menunaikan puasa enam hari Syawal.
Juga setiap bulan Hijriyah kita dapat berpuasa tiga hari
dan lebih utama jika dilakukan pada ayyamul bid
iaitu pada tanggal 13, 14, dan 15.

Kita juga dapat melakukan puasa Isnin-Khamis,
puasa Arafah (pada tanggal 9 Dzulhijah),
puasa Asyura (pada tanggal 10 Muharram),
dan memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban
sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi SAW.

Dan jika ada yang punya kemampuan
boleh juga melakukan puasa Daud
iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak.
Semoga Allah memudahkan kita melakukan amalan puasa sunnah ini.

Berpuasa Enam Hari di Bulan Syawal

Hendaklah di bulan Syawal ini,
setiap muslim berusaha untuk menunaikan amalan
berpuasa enam hari di bulan Syawal.
Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa.
Hal ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW
dari Abu Ayyub Al Anshoriy,
beliau bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan
kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal,
maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”
(HR. Muslim no. 1164)


3.Menjaga Shalat Malam

Sewaktu di bulan Ramadan
masjid terlihat penuh pada saat qiyamul lail (solat tarawih).
Namun setelah Ramadan,
amalan solat malam ini seakan-akan hilang begitu saja.

Ramai orang lebih senang tidur nyenyak di malam hari
hingga subuh atau pagi tiba,
berbanding bangun untuk mengambil air wudhu dan mengerjakan solat malam.
Seolah-olah amalan solat malam ini
hanya ada pada bulan Ramadan saja.

Semestinya jika seseorang benar-benar menjalankan ibadah solat tarawih dengan baik
pasti akan membuahkan kebaikan selanjutnya.

Sebahagian salaf mengatakan,

إِنَّ مِنْ ثَوَابِ الحَسَنَةِ الحَسَنَةَ بَعْدَهَا، وَإِنَّ مِنْ جَزَاءِ السَّيِّئَةِ السَّيِّئَةَ بَعْدَهَا

“Sesungguhnya di antara balasan amalan kebaikan
adalah kebaikan selanjutnya.
Dan di antara balasan dari amalan keburukan
adalah keburukan selanjutnya.”
(Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir pada tafsir surah Al Lail)

Di antara keutamaan solat malam:

[1] Solat malam adalah sebaik-baik solat setelah solat wajib. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan
adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-.
Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib
adalah shalat malam.”
(HR. Muslim no. 1163)

[2] Orang yang melakukan solat malam dijamin masuk syurga dan selamat dari azab neraka. Dari Abdullah bin Salam radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda,

يَا أَيُّهَا اَلنَّاسُ! أَفْشُوا اَلسَّلَام, وَصِلُوا اَلْأَرْحَامَ, وَأَطْعِمُوا اَلطَّعَامَ, وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ, تَدْخُلُوا اَلْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

“Wahai manusia! Sebarkanlah salam,
jalinlah tali silturahmi (dengan kerabat),
berilah makan (kepada isteri dan kepada orang miskin),
shalatlah di waktu malam sedangkan manusia yang lain sedang tidur,
tentu kalian akan masuk ke dalam syurga
dengan penuh keselamatan.”

(HR. at-Tirmidzi no. 2485 dan Ibnu Majah no. 1334.
Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Sahihah no. 569
mengatakan bahawa hadits ini sahih)

[3] Orang yang melakukan solat malam akan dicatat sebagai orang yang berzikir kepada Allah
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Apabila seseorang bangun di waktu malam,
lalu dia membangunkan isterinya,
kemudian keduanya mengerjakan shalat dua raka’at,
maka keduanya akan dicatat sebagai lelaki dan wanita
yang banyak berzikir pada Allah.”

(HR. Ibnu Majah no. 1335.
Syaikh Al Albani mengatakan dalam Sahih wa Dho’if Sunan Ibnu Majah
bahawa hadits ini sahih)

Hadits ini menunjukkan bahawa suami isteri dianjurkan untuk solat malam berjama’ah.

[4] Orang yang bangun di malam hari kemudian berwudhu dan melakukan solat malam,
dia akan bersemangat di pagi harinya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَقِدَ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

“Syaitan membuat tiga ikatan
di tengkuk (leher bahagian belakang) salah seorang dari kalian
ketika tidur.
Di setiap ikatan syaitan akan mengatakan,
“Malam masih panjang, tidurlah!”
Jika dia bangun lalu berzikir pada Allah,
lepaslah satu ikatan.
Kemudian jika dia berwudhu,
lepas lagi satu ikatan.
Kemudian jika dia mengerjakan solat,
lepaslah ikatan terakhir.
Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira.
Jika tidak melakukan seperti ini,
dia tidak ceria dan menjadi malas.”

(HR. al-Bukhari no. 1142 dan Muslim no. 776)


Kalau memang kita suka melakukan solat malam
atau amalan sunnah yang lainnya,
maka hendaklah amalan-amalan tersebut tetap dijaga.

Kalau selalunya mengerjakan solat malam 3 raka’at
dan dilakukan terus menerus
(walaupun jumlah raka’at yang dikerjakan sedikit),
maka itu lebih baik daripada tidak shalat malam sama sekali.

Amalan yang Berterusan, Amalan yang Paling Dicintai

Rasulullah SAW bersabda,

اكْلَفُوا مِنَ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ

“Bebanilah diri kalian dengan amal sesuai dengan kemampuan kalian.
Kerana Allah tidaklah bosan sampai kalian merasa bosan.
(Ketahuilah bahawa) amalan yang paling dicintai oleh Allah
adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah.
Syaikh Al Albani dalam Sahihul Jami’ no. 1228 mengatakan hadits ini sahih)

Ingatlah bahawa rajin ibadah bukanlah hanya di bulan Ramadhan saja.
Ulama salaf pernah ditanya
tentang sebahagian orang yang rajin beribadah di bulan Ramadhan,
namun jika bulan suci itu berlalu
mereka pun meninggalkan ibadah-ibadah tersebut.
Dia pun menjawab,

بِئْسَ القَوْمُ لاَ يَعْرِفُوْنَ اللهَ حَقًّا إِلاَّ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ

“Alangkah buruknya tingkah mereka,
mereka tidak mengenal Allah melainkan hanya di bulan Ramadhan!”
(Lihat Latho’if Ma’arif, 244)

Sedangkan Rasulullah SAW bersabda,

تَعَرَّفْ إِلَي اللهِ فِى الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِى الشِّدَّةِ

“Kenalilah Allah di waktu lapang,
nescaya Allah akan mengenalimu ketika susah.”

(HR. al-Hakim.
Syaikh Al Albani dalam Sahih wa Dho’if Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahawa hadits ini sahih)

Itulah beberapa amalan yang seeloknya
kita terus amalkan di bulan-bulan setelah ramadan..
dan bersedialah untuk ramadan yang seterusnya insyaAllah..
moga kita sempat bertemu dengan ramadan yang akan datang..


p/s: kalau di bulan ramadhan selalunya kita meletakkan target mungkin untuk bangun qiamullail beberapa kali seminggu, atau mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali..apa salahnya kalau kita set target untuk bulan-bulan setelah ramadhan?

p/s2: selamat bermujahadah buat semua :)