Thursday, April 21, 2011

SAFF KEPIMPINAN IMAN SESI 2011/2012

AMIR
MD.ASYRAF BIN AS'ARI
FK09
AMIRAH
MAHIRAH BINTI MOHD YUSOF
FK09
SETIAUSAHA I
QATRUNNADA BINTI ZAINOL 
FK09
SETIAUSAHA II
SITI AISYAH BINTI ARSHAD
TWP10
BENDAHARI I
UMMI KALTHUM BINTI MOHD MOKHTARUDDIN
TWP09
BENDAHARI II
MUHAMMAD FIKRI BIN IDRUS
FKG10

UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN (UPMI)
KETUA : MUHD FAEZ FAISAL BIN SEZALI (TWP09)
PEN. : NUR FARHANIS ASSILA BINTI ROSLAN (FF09)
AHLI :

1. AHMAD AKMAL B. AHMAD NIZAM (FKO8)
2. HAIKAL AMBRI BIN ROSLE (FK08)
3. MOHAMAD FAIZ BIN SHAMSUDIN (FKG08)
4. MOHD JAMALUDDIN BIN MUSA (FK07)
5. MUHAMAD ARIF BIN ABDULLAH (FK07)
6. WAN MOHD. RIDZWAN BIN WAN AB. GHANI (TWP08)
7. QOFARUDIN BIN WAHAB (TWP10)
8. ABU RIDHUWAN BIN ABU BAKAR (FK09)

1. BADIHAH BT ALI (FK07)
2. FATIN ZULAIKHA BT KAMARUDIN (FK08)
3. HUDA BT ABDUL HALIM (FK07)
4. NUR HANISAH BT ABD. NASIR (FK07)
5. NUR KAMARIAH BT AB JALIL (TWP09)
6. NURUL AIMAN BT ISMAIL (FK07)
7. NURUL FARHANA BT MD NASIR (FK07)
8. RAIHANAH BT CHE GHANI (FK08)
9. SITI NUR NABILAH BT MOHD. ALWI (TWP09)
10. SUHAILAH BT ZAHARUDIN (FK08)
11. MUMTAZAH BT AHMAD (TWP10)
12. NADIAH BT MUHAMMAD ALI (TWP10)


UNIT PENERBITAN DAN INFORMASI (UPI)
KETUA : SITI FARHAIN BINTI AMIR (FF09)
PEN. : ABD KHALIQ ALIM BIN ABD RANI (FK10)
AHLI:

1. AHMAD ARIF SAFWAN B. ABDOLLAH (FK08)
2. JAUHARY EFFENDY BIN JUMA’AT (TWP08)
3. IZHARUDDIN BIN AZAR (FK07)
4. MUHAMMAD FAWWAZ BIN MEOR ABDUL MALIK (FK07)
5. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAT SEDIK (TWP08)
6. MUHAMMAD HANIF BIN YAHAYA (TWP08)

1. FATIN AYUNI BT ROZALI (TWP09)
2. HANIS SYAMIMI BT CHE ABD KARIM (FK07)
3. IZZAH FASIHAH BT ZAINAL ARIFFIN (FK08)
4. NABILAH BT HASSAN (TWP09)
5. NADIA IZZATY BT MOHD YAZID (FK07)
6. NIK NUR AINI SYUHADAH BT NIK RUSLI (FK08)
7. NUR AFIQAH BT ABDULLAH (FK07)
8. NUR AMALINA ADHWA BT NAJIBOLLAH (TWP09)
9. NUR IZZATI BT MOHD ALI (TWP09)
10. NURUL SYAFIQAH BT NAAM (FK08)
11.NUR DIANA JAMAL BT ABD NASIR (FF10)
12. ASILA ZAHIRI BT ZAHARI (FK10)
13. ANIS SYAKIRAH MOHD NASIR (FKG10)


UNIT EKONOMI (UE)
KETUA : RAWIYANI BINTI MOHD FUZI (FF09)
PEN. : MUHAMAD HANIF BIN AHMADUL (TWP10)
AHLI:

1. MUHAMAD FAIZ BIN ZAINAL ABIDIN (TWP08)
2. MUHAMMAD ‘AZIZUL ‘AZIM BIN MALIKI (FF08)
3. MUHAMMAD FADHLULLAH BIN ROSLAN (FF09)
4. MUHAMMAD QALIFF BIN MOHAMAD ZAKI (FF07)
5. MOHD TAUPEK BIN AHMAD (TWP10)

1. ALYAA NADHIRA BT JAAFAR (TWP09)
2. DUHA BT MOHD YUNUS (FK08)
3. NABILAH BT MOHAMED (FK08)
4. NAZMINA AZHANA BT AZIH (FK07)
5. NOR SAADAH BT REDZWAN (FK07)
6. NURLINA BT ABDULLAH (TWP09)
7. SITI HASMAH BT JAMIL (FK08)
8. AMAL AZIMAH BT. AHAMAD (FF10)
9. WAN NURUL MURSYIDA BT. WAN ALI (FF10)
10. NURAIN BT YAHYA (FK10)
11. ROZALIAMISAH BINTI HASSAN (FK09)
IMAN INTERN
KETUA : MOHAMAD MOHSEIN BIN KAMARULZAMAN (FK05)
PEN. : NURUL AIMI BINTI MUSTAFFA (FK05)
AHLI:

1.AHMAD FAHMI BIN SULAIMAN (FK06)
2.AHMAD ZULFAHMI BIN KAMARUZAMAN (FK06)
3.AHMAD ZULHAZWAN BIN AHMAD KASIM (FK06)
4.FAKHRUL RADZI BIN AHMAD ZUBIR (FK06)
5.MOHD FATHY BIN ISMAIL (FK05)
6.MUHAMMAD KHALIS BIN SAHIMI (FK06)

1. HALIAIDA BT KHALID (FK05)
2.IDA NUR KAMELIA BT IDER (FK05)
3. KHAIRI FATIMAH BT MUHAMAD JAMIL (FK06)
4.NATASHA BT A. HADI (FK05)
5. NUR FATIHAH BT BAKRI (FK06)
6.NURUL IZZAH BT MAHFAR (FK05)
7.NOR FATIHAH BT AZHAR (FKG07)
"Bukan jawatan yang menggerakkan kita untuk bekerja tetapi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan khalifah Allah di muka bumi ini"
- petikan ucapan Amir IMAN sesi 2011/12

Kreativiti dalam amal dakwah


Oleh: Dr. Ahmad Solah


Bayangkanlah seandainya muslimin tidak mendatangkan idea menggali parit di dalam Ghazwah Ahzab dalam tahun ke lima Hijrah sedangkan mereka terpaksa menghadapi ancaman 10 ribu musyrikin di hadapan mereka dan orang Yahudi mengintip di belakang mereka.

Bayangkanlah seandainya Rasulullah saw tidak menyetujui idea yang diutarakan oleh Salman al-Farisi atau muslimin menolaknya kerana mereka takutkan idea baru dan hanya berpegang kepada semua cara lama sebagai satu-satunya yang betul, dan semua yang baru tidak patut diberi perhatian kerana mereka tidak mengetahuinya dan tidak pernah mencubanya.

Namun Rasulullah dan para sahabat sangat fleksibiliti bila mendengar idea daripada Salman dan mereka mengkajinya dengan penuh hati-hati, kemudian mereka mula melaksanakan idea ini dengan penuh semangat, kerjasama dan kecintaan sehingga tercapai kemenangan dengan izin Allah.

Idea penuh kreativiti yang dibawa Salman al-Farisi dan diterima Rasulullah saw dan muslimin dengan akal yang terbuka dan dada yang lapang ke atas semua yang baru tanpa perasaan bimbang, takut atau terkejut, agar muslimin menyelamat diri mereka dan menjaga risalah mereka daripada serangan taufan manusia yang akhirnya melemahkan fikiran musuh sepanjang lebih 20 hari tentang bagaimana menyerang muslimin dan menamatkan mereka.

Kreativiti ini dan idea-idea baru ini juga diperlukan dalam semua lapangan hidup. Namun dalam dakwah kepada Allah lebih lagi berhajat kepadanya memandangkan cabaran semasa yang diharungi tidak mampu ditangani dengan cara lama atau tradisional. Kini pendakwah yang kreatif dan tulin adalah mereka yang memiliki pandangan dan pemikiran yang kritis dan inovasi untuk mengalihkan dakwah ke era baru yang boleh pergi jauh untuk memperolehi tapak yang baru yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa dan menyerap medan yang baru dalam masyarakat. Ini bermakna dakwah menggalakkan kepada merekacipta teknik dan kaedah yang bersesuaian untuk sampai kepada mereka.

Apakah maksud kreatif?

Oleh kerana terdapat bermacam-macam takrif, maka kita cuba melihat dan menilai dari sudut kerja merekacipta atau berkreativiti dengan teliti. Boleh jadi takrif Dr. Ali al-Hamadi yang dinyatakan dalam bukunya yang pertama tentang siri “Kreativiti” ialah yang paling mudah dan umum, iaitu: “Campuran dari khayalan pengetahuan yang fleksibel untuk mengembangkan idea lama atau mengadakan idea baru sekalipun hanya idea kecil yang menghasilkan suatu yang berbeza dan tidak biasa untuk dilaksanakan dan diamalkannya”.

Ini bermakna orang yang mampu merangka idea baru atau kreativiti dakwah hanyalah dari individu yang hidup dalam asam garam dakwah, yang melihat keseluruhannya dengan teliti, yang mendorong semangat dan kecintaannya kepada dakwah dan terganggu dengan masalah yang membuatnya berfikir dengan penuh mendalam dan pada waktu-waktu yang tidak biasa manusia untuk memikirkannya. Mungkin dia memikirkannya semasa berjalan kaki di jalanan atau semasa menaiki kenderaan atau ketika bersedia untuk tidur. Ini bermakna individu ini mampu untuk meneliti dan membayangkan.

Dia juga mampu untuk menghubungkan satu idea dengan idea yang lain, kerana dia boleh menggugurkan fikrah yang telah Berjaya di dalam lapangan di mana masalah dakwah berlaku. Maka berlaku percampuran secara kimia yang memberikan hasil yang baru dan berguna tetapi dengan teknik yang berlainan yang belum diperkenalkan sebelumnya. Hasil dari teknik ini, ia mampu menyelesaikan masalah dengan kerugiaan yang paling sedikit, memerlukan masa yang paling singkat atau tenaga yang paling minima tetapi mampu mencapai hasil yang lebih baik.

Takrif ini juga bermaksud bahawa idea kreativiti dan merekacipta sesuatu yang baru mestilah tidak membawa kesusahan atau membiarkan di dalam kekosongan. Ini bermakna idea itu mestilah sedia untuk dilaksanakan dengan formula tertentu. Formula ini kadang kala menurut nilai agama atau kebiasaan masyarakat atau peraturan-peraturan organisasi yang dilakukan oleh pencetus idea ini. Ini dari satu segi. Dari segi yang lain, idea itu mestilah terikat dengan formula zaman, tanggungjawab, penghasilan dan kerugian.

Ini bermakna sesuatu idea atau kreativiti baru mestilah mempunyai syarat (terikat). Ia sama sekali bukan seperti setengah orang yang bercakap sesuatu idea baru mestilak bebas tanpa sebarang ikatan dan syarat di samping tetap mengiktiraf, bahwa setiap kali bertambah ruang kebebasan yang menggerakkan pencetus idea tentulah mampu mendatangkan kreativiti yang lebih besar. Tetapi setiap kali menyempitkan ruang kebebasan ini, tentulah pencetus idea kreatif akan merasai bahawa minat mereka dibunuh untuk meneruskan idea kreatif.

Ciri-ciri pendakwah kreatif

Mana-mana pendakwah mampu menjadi seorang pencetus idea kreatif. Satu-satunya syarat tentang hal ini ialah keinginan dan kemahuan. Selepas itu pendakwah mampu memasuki ke dunia kreativiti dan merekacipta setelah menguasai beberapa kemahiran dan memperolehi beberapa kepuasan iaitu;
  1. Keyakinan sepenuhnya bahwa manusia mampu membuat sebaik mungkin. Namun semua yang ada biarpun nampak cantik, tetap tidak sunyi daripada kecacatan dan kelemahan. Kita boleh kata bahawa ini idea baru bagi mengatasi kelemahan lama dan menambah baik.
  2. Berani mengkritik reality semasa dan tidak menerima masalah yang terkumpul, penyelesaiannya dan pendedahan kesilapan dan perkara negative.
  3. Kemampuan untuk mengadakan jawapan dan cadangan yang pelbagai untuk menyelesaikan satu masalah.
  4. Tetap berusaha menyelesaikan dengan cubaan berkali-kali, pelbagai cara dan berterusan. Sekalipun gagal dalam cubaan pertama tetap tidak menyerah kalah, tidak kebosanan dan putus asa setelah berkali-kali gagal atau ada individu di sekelilingnya yang menentang.
  5. Pembacaan berterusan dan menganalisa idea-idea berguna daripada mana-mana bidang dan mengaplikasi ke atas reality dakwah jika ianya bersesuaian.
  6. Terus berfikr dan berupaya untuk meneliti dan berimaginasi
  7. Mendengar pendapat orang lain dan berfikir tentangnya sekalipun pendapat yang asing.
Halangan kerja merekacipta dan berkreativiti di medan dakwah

Hubungan antara pencipta idea kreativiti dan masyarakat adalah melalui hubungan yang saling bertuakr ganti. Apabila pencetus idea kreatif berfikir dan mencipta demi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka sewajarnya masyarakat membantu pencetus idea kreatif dan berada di sampingnya dari sudut maknawi dan material sehingga hasil kreativitinya menyinar.

Jika tidak tentulah akal yang kreatif ini mati pada tempatnya atau lari menuju kepada sesiapa yang menerima dan menggalakkannya. Hal ini seperti mana puluhan cendikiawan dan saintis arab yang lari ke Eropah dan Amerika untuk memperolehi hadiah-hadiah dan anugerah dunia yang tidak pernah berlaku. Kita kembali selepasnya mendedahkan mereka kepada masyarakat supaya kita mengiktiraf mereka akhirnya dan berbangga mereka adalah bangsa Arab!


Masalah dakwah yang sangat berhajat kepada kreativiti

Di medan dakwah terdapat banyak permasalahan semasa yang perlu kepada akal yang kreatif yang mencari jawapan dan penyelesaian yang bukan tradisional atau cara lama. Di antara masalahnya ialah:

  1. Dakwah tidak sampai kepada sasaran tertentu dalam bentuk yang sempurna
  2. Peranan dakwah dalam menyelesaikan masalah akhlak dan pendidikan di dalam masyarakat dalam bentuk yang reality dan berkesan.
  3. Tiada persefahaman antara bapa dan anak yang menyebabkan anak-anak hidup diluar lingkungan keluarga mereka dan kehidupan dalam lingkungan masyarakat lebih memudaratkan.

Oleh itu dakwah kepada Allah sangat perlu kepada pendakwah yang kreatif dalam semua lapangan amal dakwah untuk membangunkannya dan mencapai matlamatnya kerana kalau berlaku sedemikian tentulah akan membuka lembaran yang baru di mana sebelum itu suatu yang sukar untuk sampai kepadanya.



Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=45514&SecID=363

Wednesday, April 13, 2011

ATURAN PERGAULAN LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM


Fenomena Mencengangkan!

Pada tahun 2006 Synovate melakukan penelitian tentang fenomena seks bebas di kalangan remaja. Penelitian dilakukan kepada 450 responden putra-putri usia 15-24 tahun di empat kota besar; Jakarta, Bandung, Medan dan Surabaya. Hasilnya cukup mencengangkan! Robby Susatyo—Manager Director Synovate—mengemukakan data berikut ini:

  1. Sekitar 16 % remaja di empat kota itu mengaku sudah berhubungan intim saat berusia antara 13-15 tahun.
  2. 44 % responden lainnya mengaku mulai ‘mencicipi’ seks sejak usia 16-18 tahun. Sampai disini kita dapat menghitung bahwa 50 % responden mengaku telah berhubungan seks saat mereka belum lagi lepas akil baligh.
  3. Sekitar 35 % responden mengaku mengenal seks pertama kali dari filem porno. Sisanya mengaku mengetahui seks dari pengalaman sesama teman.
  4. 40 % responden mengaku pertama kali melakukan hubungan seks di rumah mereka; 26 % mengaku senang melakukannya di tempat kos; 26 % lainnya senang melakukannya di kamar hotel.

Sangat mengejutkan. Inilah yang terjadi pada sebahagian remaja di negera ini. Kita tidak tahu persis fakta sesungguhnya; namun tentu saja kita berharap mudah-mudahan kenyataan yang sebenarnya tidak separah yang dikemukakan hasil penelitian.

Guna menekan dan mempersempit ruang gerak budaya permisifisme, menurut saya tidak ada pilihan lain, kecuali berusaha menegakkan dan menjunjung tinggi akhlak Islam. Untuk itu setiap kita hendaknya merasa bertanggung jawab untuk mewujudkannya.

Tips-tips Islam tentang pergaulan

Islam adalah agama yang syamil (menyeluruh) dan mutakamil (sempurna). Agama mulia ini diturunkan dari Allah Sang Maha Pencipta, Yang Maha Mengetahui tentang selok belok ciptaan-Nya. Dia turunkan ketetapan syariat agar manusia hidup tenteram dan teratur.

Diantara aturan yang ditetapkan Allah SWT bagi manusia adalah aturan mengenai tata cara pergaulan antara lelaki dan wanita. Berikut panduan yang harus diperhatikan oleh setiap muslim agar mereka terhindar dari perbuatan zina yang tercela:


  • [1] Hendaknya setiap muslim menjaga pandangan matanya dari melihat lawan jenis secara berlebihan. Dengan kata lain hendaknya dihindarkan berpandangan mata secara bebas. Perhatikanlah firman Allah berikut ini,

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka…katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya…”

(QS. 24: 30-31).

Awal dorongan syahwat adalah dengan melihat. Karena itu jagalah mata agar terhindar dari tipu daya syaitan. Tentang hal ini Rasulullah bersabda,

“Wahai Ali, janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita yang bukan mahram) dengan pandangan lain, karena pandangan yang pertama itu (halal) bagimu, tetapi tidak yang kedua!” (HR. Abu Daud).


  • [2] Hendaknya setiap muslim menjaga auratnya masing-masing dengan cara berbusana islami. Secara khusus bagi wanita Allah SWT berfirman,

“…dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…” (QS. 24: 31).

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman, “Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan anak-anak perempuanmu dan juga kepada istri-istri orang mu’min: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, sehingga tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (QS. 33: 59)

Dalam hal menjaga aurat, Nabi menegaskan sebuah tata krama yang harus diperhatikan, beliau bersabda:

“Tidak dibolehkan laki-laki melihat aurat (kemaluan) laki-laki lain, begitu juga perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Dan tidak boleh laki-laki berselimut dengan laki-laki lain dalam satu kain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh berselimut dengan sesama perempuan dalam satu kain.” (HR. Muslim)


  • [3] Tidak berbuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina (QS. 17: 32) misalnya berkhalwat (berdua-duaan) dengan lawan jenis yang bukan mahram.

Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).


  • [4] menjauhi pembicaraan atau cara berbicara yang bisa ‘membangkitkan selera’. Arahan mengenai hal ini kita temukan dalam firman Allah,

“Hai para istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara(melembutkan suara) hingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang ma’ruf.” (QS. 33: 31)

Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Katsir menyatakan, “Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (non mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)


  • [5] hindarilah bersentuhan kulit dengan lawan jenis, termasuk berjabatan tangan sebagaimana dicontohkan Nabi saw,

“Sesungguhnya aku tidak berjabatan tangan dengan wanita.” (HR. Malik, Tirmizi dan Nasa’i).

Dalam keterangan lain disebutkan, “Tak pernah tangan Rasulullah menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hal ini dilakukan Nabi tentu saja untuk memberikan teladan kepada umatnya agar melakukan tindakan preventif sebagai upaya penjagaan hati dari bisikan syaithan.Wallahu a’lam.

Selain dua hadits di atas ada pernyataan Nabi yang demikian tegas dalam hal ini, beliau bersabda:

“Seseorang dari kamu lebih baik ditikam kepalanya dengan jarum dari besi daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thabrani).


  • [6] hendaknya tidak melakukan ikhtilat, yakni berbaur antara lelaki dengan wanita dalam satu tempat. Hal ini diungkapkan Abu Asied, “Rasulullah saw pernah keluar dari masjid dan pada saat itu bercampur baur laki-laki dan wanita di jalan, maka beliau berkata: “Mundurlah kalian (kaum wanita), bukan untuk kalian bahagian tengah jalan; bagian kalian adalah pinggir jalan (HR. Abu Dawud).

Selain itu Ibnu Umar berkata, “Rasulullah melarang laki-laki berjalan diantara dua wanita.” (HR. Abu Daud).


Dari uraian di atas jelaslah bagi kita bahwa lelaki dan wanita memang harus menjaga batasan dalam pergaulan. Dengan begitu akan terhindarlah hal-hal yang tidak diharapkan. Tapi nampaknya panduan pergaulan ini belum sepenuhnya difahami oleh sebagian orang. Karena itu menjadi tanggung jawab kita menasihati mereka dengan baik. Tentu saja ini harus kita awali dari diri kita masing-masing.

Semoga Allah senantiasa membimbing kita dan menjauhkannya dari perbuatan tercela dan perbuatan yang tidak terpuji. Amin.


Sumber:

Modul Paket Studi Islam Khairu Ummah, Drs. Ahmad Yani, LPPD Khairu Ummah: Jakarta Pusat

Etika Islam, Miftah Faridl, Pustaka: Bandung

Tarbiyatun Nisa, Ishlah No. 2/Th. I/Syawal 1413 H


Editor: 'Abid Sakina

Monday, April 11, 2011

Menteri Luar Negara Austria gesa sekatan ke atas Gaza dihentikan

Isnin , 11/04/2011 - Menteri Luar Negara Austria, Michael Spindelegger menggesa agar sekatan ke atas Gaza yang telah berlangsung selama 4 tahun dihentikan segera bagi menamatkan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Gaza.

Spindelegger yang tiba di Gaza melalui Mesir pada Rabu lalu berucap dalam satu sidang media yang dibuat di Ibupejabat UNRWA bahawa sekatan tersebut sepatutnya ditamatkan sekarang kerana penduduk Gaza telah cukup sengsara.

Selepas menghadiri beberapa mesyuarat di Gaza, beliau berpendapat bahawa Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya mengambil inisiatif khusus untuk menamatkan sekatan tersebut. Katanya lagi, Negara-negara EU perlu mencapai kata sepakat berhubung penderitaan terus-terusan yang dialami oleh penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

kredit;  http://palestinkini.info/

Friday, April 1, 2011

April Fool: Antara Barat dan Keparat


“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?”
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

[boleh baca komen2 di artikel ini untuk penjelasan sejarah April Fool]

Zahar : Polisi baru Mesir untuk Palestin

Khamis , 31/03/2011 – Delegasi Hamas pada hari Selasa (29 Mac) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mesri, Dr. Nabil Arabi, untuk membincangkan peranan Mesir ke dalam landasan yang betul berkaitan isu Palestin, sempadan Rafah dan fail rekonsiliasi.

Delegasi itu memuji berkenaan pendirian kementerian Arab terhadap serangan Zionis ke atas Gaza, dan kerajaan baru yang strategik dari peringkat nasional, Arab dan Islam. Semasa lawatan ke Kaherah ini, mereka dapat mengesan semangat dan polisi baru yang bakal muncul beberapa hari lagi.

Dr. Mahmoud Zahar, ahli badan politik Hamas, dan Dr. Khalil El-Hayyah, selepas pertemuan mereka dengan Menteri Luar Mesir berkata : “kami meletakkan janji-janji yang banyak bahawa Kerajaan Mesir akan meneliti dan menangani isu Palestin, rekonsiliasi dan rakyatnya. Kami juga bersetuju dalam banyak perkara, termasuklah tindakan yang akan dikenakan ke atas PA Fatah dan badan Palestin di Ramallah, agar kita dapat mencapai rekonsiliasi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Kredit: http://palestinkini.info/