Tuesday, April 28, 2009

SiLa o0 SiLa...^^,

ENTERPRENEUR DAY
HARI : SELASA [ESOK]

MASA : JAM KEMAHASISWAAN

TEMPAT : PLAZA FAKULTAS KEDOKTERAN, UNPAD


"Huhu...mengidam nasi kerabu..."
"Waa..rindu nak makan kuew tiaw tom yam la..."

"Dahaga la...lama tak minum air jus HPA..hmm"


Haa...apa yang ditunggu lagi...? Mai singgah gerai IMAN...Istimewa utk anda... Ada apa...? Macam2 ada... Special for you....

  • NASI KERABU BUDU (Buatan chef terkenal)
  • KUEW TIAW TOM YAM (Slurpp~!)
  • JUS DARI HPA (Berkhasiat lagi menyegarkan~)
  • ROTI IMAN (Ala2 roti arab gitu~)
Apa tunggu lagi...? Sila2 serbu gerai kami....sangat2 dialukan...
Beli jangan tak beli....:)

Turut ada di gerai IMAN....
  • PAMERAN PERUBATAN ISLAM & BEKAM
Sempena Health & Hygiene Campaign pula...
Ayuh~! Kita dermakan darah kita...

  • MARI MENDERMA DARAH~ - di A.4.1
p/s: yg sudah tulis nama, tolong hadirkan diri pada jam 10 am - 1 pm....



** Kepada semua ahli IMAN dan Biro yg turut berkerjasama, terima kasih atas kesungguhan kerja utk persiapan esok..semoga semua dapat sama2 memberi kerjasama dan moga Allah melancarkan segala urusan esok... Semoga Allah membalas jasa kalian~jazakumullah al-khair..

Monday, April 27, 2009

Miscellaneous

Bismillahirrahmanirrahim


Buatmu saudara-saudaraku yang tulus kita bersaudara, ikatan murni dikemaskan dengan lafaz syahadah yang berkilau-kilau melemparkan kesuciannya...


Ps: Terima kasih tuan yang buat gambar...cantik. Love it! Untuk gambar-gambar yang menarik, silalah layari iluvislam.com

Thursday, April 23, 2009

Wudhu pembersih Zahir Batin

www.iluvislam.com

petikan harian metroedito:n13@m

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.

Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."

Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.

Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.

Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.

Friday, April 17, 2009

HEALTH & HYGIENE CAMPAIGN

[Klik Poster utk lihat details]

TEMA : " PHYSICALLY SMART, SPIRITUALLY GREAT"

ANJURAN : IMAN & PKPMI


DI ANTARA PROGRAM MENARIK YG DIADAKAN:-


1] 16/4 : IFTAR @ MAJLIS BERBUKA PUASA - BALE 4

2] 25-26/4 : PERTANDINGAN AIR (BERENANG,SELAM & SUKANEKA AIR) - KOLAM RENANG CIKUDA.

3] 28/4 : EXPO PERUBATAN ISLAM & PROG. DERMA DARAH - PLAZA FK.

4] 30/4 : PENGADILAN RUMAH/KOSAN TERCANTIK - RUMAH/KOSAN YG MENYERTAI.

5] 7/5 : CERAMAH & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH - A.3.2

6] 9/5 : "CRY NO MORE"(SUMBANGAN & GOTONG-ROYONG DI RUMAH ANAK YATIM)


** Pembetulan kpd poster HH Campaign..Cry No More di bawa ke 9/5/09. Utk info lanjut, nantikan jarkom IMAN atau blh rujuk kpd ahli2 IMAN.
~Sama2 memeriahkan kempen ini~! BERSIH+SIHAT=HIDUP SEJAHTERA(^^,)

*~KEBERSIHAN & KESIHATAN JASMANI n ROHANI OBJEKTIF UTAMA~*


Wednesday, April 15, 2009

Promo Kempen Healthy and Hygiene

Bismillahirrahmanirrahim.

Program yang insyaAllah akan dianjurkan oleh IMAN-PKPMI adalah kempen Healthy and Hygiene! Bersih dan sihat, amalan hidup yang ada pada setiap mereka yang ingin bergelar doktor.Program Iftar Jami'e akan dilangsungkan sebagai pembuka tirai bagi kempen ini. Program ini akan dilangsungkan pada 16 April 2009, bertempat di Bale 4.


InsyaAllah, bermulanya program ini pada jam 5.30 ptg, kedatangan para tetamu-tetamu yang bersemangat! Sementara menunggu, beberapa slide akan dipasang bagi menemani si penunggu yang setia. Diharap semua boleh tiba dengan lebih awal. Sejurus sahaja azan berkumandang, kita akan berbuka puasa, setelah itu menunaikan solat berjemaah. Akan ada pengisian, diberi diantara maghrib dan isya'.


Marilah kita meramaikan program kali ini. Ilmu yang dicari dengan berusaha, adalah sangat berharga. Ceriakan hidup kita dengan puasa dan berbuka bersama-sama! Mari hidupkan hati kita dengan ilmu-ilmu yang susah untuk dicari...

Monday, April 6, 2009

Tangisan Pembaca Al-Quran


Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”

Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!

Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?

By: Dini_Syarif