Showing posts with label RISALAH. Show all posts
Showing posts with label RISALAH. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

FIKAH PERUBATAN ( Bahagian ke-2 )

Assalammualaikum wbt

Apa khabar para pencinta ilmu? Anda sihat ? jadi kali ini, kita sambung pula perbincangan kita tentang Fikih perubatan dan kesihatan ini. Sebelum ini saya menyatakan ada 5 kaedah dalam fikih ini, jadi jom kita tambah ilmu kita…

Kaedah pertama

1.Setiap perkara bergantung kepada tujuannya.

Penerangan :
-          Maksud umum kaedah ini bagi segala perkara yang lahir daripada mukalaf sama ada dalam bentuk perbuatan atau pertuturan, hukum – hakam ditentukan berdasarkan maksud ataupun tujuan dia melakukan dan menuturkannya.
-          Kaedah ini sebaik-baiknya dibantu dengan kaedah :

Keharusan syarak menafikan bayaran ganti rugi

-          Contoh :

1. Doktor yang mahir dalam bidangnya tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang tidak disengajakan. Ini disebabkan beliau memang mahir dalam selok – belok asas perubatan.
2. Pegawai farmasi tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya memberikan ubat-ubatan sebagaimana yang dicadangkan oleh doktor yang diperakui. Ini kerana dia sememangnya diizinkan berbuat begitu.
3. Apabila berlaku kesan sampingan ataupun kemalangan dalam pembedahan ke atas pesakit yang memberi izin dibedah, sedangkan doktor yang mengendalikan pembedahan itu sudah pun berpegang teguh dengan asas- asas operasi pembedahan, maka doktor tidak perlu membayar apa- apa ganti rugi.

Kaedah kedua

2. Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka

- Maksud kaedah ini : Perkara yang sudah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangn keraguan ke atasnya.
- Ada beberapa kaedah yang lahir dari kaedah di atas :

a) Asal masalah adalah kekalnya perkara di atas keadaanya yang asal.
b) Pada asalnya perkara-perkara yang baru muncul itu tidak ada.
c) Asalnya setiap orang bebas daripada tanggungjawab dan tidak terikat dengan mana-mana hak.
d) Asal masalah yang baru berlaku itu perlu dianggarkan berlaku pada waktu yang terhampir
e) Asal setiap sesuatu perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan keharamannya.
f) Tidak boleh dikira syak (dalam perkara) yang telah nyata salahnya.

Kaedah ketiga

3. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan.

Beberapa kaedah yang terbit daripada kaedah ini :

a) Suatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas
b) Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit.

Huraian :
-          Maksud kaedah diatas, apabila seseorang itu ditimpa keadaan yang menyulitkan, sekiranya beramal dengan hukum asal yang disyarakkan, maka ISLAM memberikan keringanan dan kemudahan ke atas mereka selama darurat masih ada. Inilah yang dimaksudkan, “apabila perkara itu sempit ia menjadi luas”.
-          Selepas hilang darurat itu, ia perlu kembali kepada hukum asal sebagaimana disyarakkan. Inilah yang dimaksudkan “ sesuatu perkara apabila menjadi luas ,maka ia akan sempit.”

Kaedah keempat

4. Kemudaratan hendaklah dihilangkan.

Beberapa kaedah yang terbit daripada kaedah di atas adalah :

a) dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan dan dilarang memudaratkan orang lain.
Maksud : Jangan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Jangan melakukan perkara yang berguna kepada diri sendiri tetapi mendatangkan kemudaratan ataupun kesusahan kepada orang lain.

b) Darurat mengharuskan yang dilarang
c) Perkara yang dibolehkan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja.
d) Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan kemudaratan (kerosakan) yang seumpama dengannya ataupun yang lebih besar daripadanya.
e) Kemudaratan yang lebih besar hendaklah dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan
f) Kemudaratan hendaklah dibendung setakat termampu
g) Menolak kerosakan diutamakan dari mengambil kebaikan
h) Melakukan mafsadah (masalah) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan maslahat (kebaikan) yang besar.
i) Melakukan mafsadah bersifat sementara dibolehkan demi mendapatkan maslahat bersifat abadi.
j) Maslahat yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana mafsadah yang masih berupa angan-angan.
k) Keadaan darurat tidak boleh membatalkan hak orang lain.
l) Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan am.

Kaedah kelima

5. Adat (uruf) diperhakimkan.

Maksud : Adat boleh menyabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas untuk hukum yang hendak disabitkan. Adat ditakrifkan oleh ulama dengan, “ Perkara yang menjadi kebiasaan oleh manusia bagi mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi perkara lumrah “

Contoh :
-          Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit tanpa perlu kepada penerangan terperinci daripada doktor seperti Panadol. Pada kebiasaannya, Panadol tidak memberikan kesan sampingan yang memudaratkan, sekiranya pesakit itu mengalami kesan sampingan yang teruk, doktor tidak patut disaman. Panadol tidak member kemudaratan kepada orang yang mengambilnya pada kadar dan jangka masa yang sepatutnya.


Baiklah, macam mana sahabat semua? Menarik bukan ilmu tentang fikah perubatan ini. Sebenarnya masih banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang ilmu fikah perubatan dan kesihatan ini. Kami harap dengan adanya artikel ini dapat menggalakkan sahabat semua untuk terus gali ilmu ALLAH SWT yang sangat luas ini hanya semata-mata mencari keredhoan ALLAH SWT….. kami ucapkan semoga anda semua menjadi para professional ISLAM yang berjaya di dunia dan di akhirat….



Jazakallahu Khairan Katsiran.

Rujukan :

Fikah Perubatan Karya Dr.Harmy Mohd Yusoff,Ustaz Shamsul Kamal Abdullah,Dr.Rosediani Muhammad,Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millennia.









Thursday, July 5, 2012

FIKAH PERUBATAN

Assalammualaikum w.b.t

Untuk entry kali ini, IMAN akan membawa anda semua untuk memahami apakah itu Fikah Perubatan sebenarnya kerana rata-rata Pelajar Muslim di Bandung adalah mahasiswa dalam bidang perubatan dan kesihatan. Oleh itu, jom sama-sama kita baca dan tambah ilmu kita tentang asas-asas ilmu Fikah Perubatan ini.

“Apabila aku sakit, Dia yang menyembuhkan penyakitku” (Q.S Asy-Syu’ara’ 26: 80)

Pertama : Fikah Perubatan berdiri atas prinsip-prinsip umum

 Fikah Perubatan sama seperti hukum-hukum cabang fikah yang lain. Fikah bersumberkan wahyu yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Secara umum,al- Quran dan hadis meletakkan tiga prinsip dalam perubatan iaitu ;

1. Umat Islam dibenarkan berubat

2. Kaedah mengubati penyakit mestilah tidak bertentangan dengan prinsip- prinsip yang ditetapkan Islam. ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud
“ Belanjakan (hartamu) di jalan ALLAH serta janganlah kamu mencampakkan (dirimu) dengan tanganmu sendiri kepada kehancuran. Berbuat baiklah, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang – orang yang berbuat kebaikan.”

3. Kuasa menyembuhkan semua jenis penyakit adalah hak mutlak ALLAH. Manusia hanya perlu berikhtiar mengubati penyakit.

Abi al-Zubair melaporkan daripada Jabir yang Rasullulah SAW berpesan, sesungguhnya untuk setiap penyakit itu ada ubat.Apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin ALLAH SWT. Direkodkan oleh Muslim.

Kedua : Hukum asal urusan perubatan adalah harus

Namun begitu, ianya perlu disandarkan pada syariat. Banyak kaedah perubatan yang diharamkan bahkan ada yang membawa kepada syirik.
Contohnya berubat menggunakan azimat, tangkal dan berubat menggunakan khidmat jin.Manakala yang diharamkan adalah seperti berubat menggunakan anggota badan binatang yang diharamkan memakannya ataupun mengambil arak sebagai ubat dan sebagainya.

Ketiga : Fikah Perubatan dibangunkan dengan mengambil kira Illat (sebab) dan Maslahat (keperluan ataupun kepentingan)

Perlu ditegaskan disini, di sebalik hukum-hukum syariah, objektif utamanya adalah mendatangkan manfaat atau kebaikan serta menolak dan menghindarkan kemudaratan kepada manusia.Kenyataan ini berdasarkan pada firman ALLAH SWT dalam surah Al- Baqarah, ayat 85,
“….ALLAH mahukan kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…”

Ulama menggubal kaedah-kaedah fikah ataupun prinsip fikah dalam menghadapi sebarang masalah yang baru timbul. Ia dikenali sebagai al-Qawa’id al- Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah fikah).
Terdapat banyak kaedah fikah yang disusun oleh para Ulama. Kaedah yang masyhur hanya lima kaedah sahaja. Kelima-lima kaedah ini adalah ibu kepada segala kaedah fikah yang lain iaitu :

Kaedah pertama :
Setiap perkara bergantung kepada tujuannya

Kaedah kedua :
Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka

Kaedah ketiga :
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan

Kaedah keempat :
Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Kaedah kelima :
Adat (uruf) diperhakimkan




Menarik bukan? Ok, untuk keterangan setiap kaedah ini akan diperjelaskan pada entry seterusnya, teruskan membaca dan update Blog IMAN ye….

Jazakallahu Khairan Katsiran….

Rujukan :
Fikah Perubatan Karya Dr.Harmy Mohd Yusoff,Ustaz Shamsul Kamal Abdullah,Dr.Rosediani Muhammad,Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millennia.

Thursday, May 31, 2012

Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam



Oleh : HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH
Antara Penyapu Lidi Dan Vacuum CleanAntara Penyapu Lidi Dan Vacuum Cleanerer:
Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam. 


“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.
“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”
“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”
“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia. “Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.
“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”
“Teruskan…”


“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!” “Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.
“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri. Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.
“Nanti dulu, ada lagi!”
“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.
“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”
“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”
“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”
Muhammad Amin membalas sederhana: “Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”
“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”
“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”
“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.
“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”
“Maksud engkau?”
“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”
“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.
“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”
“Err…apa lagi?”
“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”
“Isyy! Mana ada kita main pedang?”
“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”
“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”
“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”
“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya. Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.
“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”
“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.
“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!” balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.
 
Fenomena berbilang jamaah adalah sesuatu yang lazim berlaku sekarang ini di dunia Islam. Malah ia adalah sesuatu yang hangat di institut pengajian tinggi. Di sebalik kelaziman dan kehangatan ini, tidak ramai yang mengetahui apakah hukum berbilang jamaah di dalam Islam. Seterusnya jika berbilang jamaah dibolehkan, apakah adab-adab yang patut dimiliki oleh setiap ahli jamaah? Risalah ini insya-Allah akan mengupas dua persoalan di atas.

Bahagian A: Hukum Berbilang Jamaah.

Para ilmuan berbeza pandangan tentang hukum berbilang jamaah di dalam Islam. Perbezaan mereka boleh disimpulkan kepada dua pandangan:
•    Tidak boleh berbilang jamaah di dalam Islam kerana ia memecah-belahkan persatuan umat Islam. Malah istilah “jamaah” itu sendiri tidak tepat untuk digunakan kerana “jamaah” bererti persatuan yang antonim kepada perpecahan. Berbilang jamaah adalah satu perpecahan, lalu bagaimana mungkin ia digelar jamaah?
Seterusnya terdapat beberapa dalil yang secara jelas melarang perpecahan di kalangan umat Islam. Salah satu daripadanya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ .
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (Wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). [al-An’aam 6:159]
Berbilang jamaah yang wujud masa kini ialah “golongan-golongan” yang dimaksudkan oleh ayat di atas. Kita tidak boleh mengikuti golongan-golongan atau jamaah-jamaah yang lain kecuali apa yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, iaitu golongan atau jamaah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
•    Boleh berbilang jamaah merujuk kepada tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghantar para sahabat dalam jamaah-jamaah yang berasingan, setiap satu dengan misi tertentu seperti dakwah, risikan, peperangan dan sebagainya. Perkara ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab sirah yang muktabar.

Di antara dua pandangan ini, saya cenderung kepada yang dipertengahan. Berbilang jamaah dibolehkan jika setiap satu daripadanya ditubuhkan sebagai satu sarana yang memiliki matlamat demi kebaikan agama Islam dan manusia sejagat, tanpa mengira muslim atau bukan muslim. Sekalipun wujud berbilang jamaah, setiap jamaah memiliki dasar-dasar agama yang sama seperti apa yang dibawa oleh Allah dan Rasul-Nya, iaitu apa yang dikenali masa kini sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Jika dikaji secara mendalam ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan dalil melarang berbilang jamaah, ia sebenarnya merujuk kepada jamaah-jamaah yang setiap satunya memiliki dasar-dasar agama yang tersendiri. Ini sudah tentu tidak dibolehkan. Seterusnya jika dikaji sirah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, setiap jamaah yang baginda utuskan – seandainya ia dapat digelar sebagai jamaah – memiliki dasar agama yang sama. Hanya misi mereka yang berbeza antara satu sama lain.

Bahagian B: Adab-Adab Berjamaah. 
Sekalipun berbilang jamaah dibolehkan, terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan oleh setiap ahli jamaah dalam semua jamaah agar masing-masing tetap berada di sempadan “yang dibolehkan”. Adab-adab yang saya maksudkan ialah:


Adab Pertama: Tidak Memiliki Dasar Agama Yang Tersendiri. 
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ .
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [al-An’aam 6:153]

Berdasarkan perintah Allah di atas, kita umat Islam hendaklah berada atas satu jalan agama, iaitu jalan Allah yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Jalan inilah yang membentuk dasar-dasar Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Kita tidak boleh mengikut jalan-jalan yang lain dengan dasar-dasar yang lain.

Pada masa kini terdapat beberapa jamaah yang masing-masing memiliki dasar yang tersendiri. Sekalipun dasar tersebut mungkin berasal dari Islam, ia hanya satu daripada keseluruhan dasar-dasar yang membentuk kesempurnaan Islam. Jamaah pertama hanya memiliki dasar “menegakkan negara Islam”, jamaah kedua hanya memiliki dasar “mendirikan khalifah”, jamaah ketiga hanya memiliki dasar “keluar empat puluh hari”, jamaah keempat hanya memiliki dasar “tidak mentakwil sifat-sifat Allah”, jamaah kelima hanya memiliki dasar “zikir berlagu” dan pelbagai lagi. Semua ini tidak dibolehkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ .
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah 2:208]

Allah melarang kita mengikuti jejak langkah syaitan kerana antara tipudaya syaitan ke atas umat Islam ialah membanyakkan jalan-jalan dengan setiap jalan memiliki dasar yang tersendiri sehingga akhirnya umat Islam terpisah jauh dari jalan Allah yang sebenar:
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17 ).

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” [al-A’raaf 7:16-17]
 
Adab Kedua: Tidak Berbangga-Bangga Dengan Jamaah Sendiri. 
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَلاَ تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنْ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32).
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32]

Merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: “Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”, maka setiap jamaah tidak boleh berbangga-bangga dengan menganggap diri mereka sebagai yang terbaik. Ini dilarang kerana sikap sedemikian akan melahirkan persaingan yang negatif antara jamaah seperti saling berburuk sangka, saling memfitnah dan saling bermusuhan. Seterusnya sikap ini akan melahirkan jamaah-jamaah yang berpuak-puak dan bersuku-suku.

Sikap yang benar ialah merasa rendah diri lagi serba kekurangan. Sikap ini seterusnya akan melahirkan budaya positif saling memahami, saling bertukar pendapat dan saling bekerja sama antara jamaah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ .
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya. [al-Maidah 5:02]

Adab Ketiga: Hanya Berpegang Kepada Tali Allah. 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا .

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. [Ali Imran 3:103]
Allah memerintahkan kita untuk hanya berpegang kepada tali-Nya, iaitu menjadikan Allah sebagai satu-satunya sumber ketaatan, arah tujuan, tempat pergantungan, fokus kecintaan, curahan kesetiaan, dasar pembelaan dan sebab kemarahan.

Maka dalam rangka berjamaah, tidak boleh berpegang kepada tali jamaah. Tidak boleh menjadikan jamaah sebagai sumber ketaatan, arah tujuan, tempat pergantungan, fokus kecintaan, curahan kesetiaan, dasar pembelaan dan sebab kemarahan. Justeru dalam rangka berjamaah, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut:

1.    Pemimpin jamaah (amir) tidak boleh mengeluarkan syarat yang bertentangan dengan perintah larangan Allah. Seorang amir tidak boleh melarang ahlinya daripada mengikuti majlis-majlis ilmu yang di dalamnya disampaikan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah atau melarang ahlinya daripada menyertai aktiviti agama yang tidak termasuk dalam senarai aktiviti jamaahnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi amaran keras kepada orang yang melarang orang lain daripada jalan-Nya:
أَلاَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ (18) الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا .
Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim! (Iaitu) orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong. [Hud 11:18-22]

2.    Ahli jamaah tidak boleh mentaati syarat pemimpin jamaah yang bertentangan dengan perintah larangan Allah, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Mentaatinya bererti melakukan maksiat dan dalam hal ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengingatkan:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ .

Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tiada wajib mendengar dan tidak wajib taat.

3.    Perasaan gembira dan sedih, suka dan marah, redha dan benci, Wala’ (kesetiaan) dan Bara’ (tidak setia) tidak boleh dibataskan kepada hal-ehwal jamaah. Sebaliknya hendaklah didasari kepada hal-ehwal agama dan umat. Sebagai contoh:
·          Hendaklah merasa marah seandainya umat Islam diperangi, bukan marah kepada ahli jamaah yang tidak aktif (futur) atau yang ingin keluar jamaah (bughat dan mutasakitun).
·          Hendaklah merasa gembira seandainya dapat menjemput orang bukan Islam memeluk Islam, bukan sedih jika tidak dapat mengkader ahli baru ke dalam jamaahnya.
·          Hendaklah setia (Wala’) kepada seluruh umat Islam, membela mereka, mengunggulkan mereka, mencintai mereka dan membantu mereka. Sikap Wala’ tidak boleh dibataskan kepada jamaah sahaja kerana:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
(55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ (56 )

Sesungguhnya Wali kamu tidak lain hanyalah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu Walinya (maka mereka itulah golongan Allah), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang. [al-Maidah 5:55-56]
 
Adab Keempat: Tidak Memesongkan Hadis-Hadis Berkaitan Jamaah. 
Sebahagian jamaah ada yang memesongkan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menyentuh perihal jamaah. Antara hadis yang dimaksudkan ialah:
فَإِنَّ يَدَ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْتَكِضُ .

Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.
Hadis di atas dan lain-lain yang semakna lazim digunakan untuk menarik ahli-ahli baru, memaksa ahli-ahli tersebut agar tetap setia dalam jamaah dan mendakwa jamaahnya sahajalah yang benar.

Ini adalah satu kesalahan besar.

al-Jamaah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah keseluruhan umat Islam. Dalam erti kata lain, hadis-hadis di atas menerangkan kepentingan untuk umat Islam bersatu (berjamaah) dan jika ada khalifah yang hak, hendaklah kita bersatu (berjamaah) dengan khalifah tersebut.

Hadis di atas tidak bermaksud jamaah-jamaah tertentu dengan amir-amirnya. Sesiapa yang menggunakan hadis-hadis di atas dan lain-lain yang semakna dengannya atas tujuan jamaahnya yang tersendiri, sungguh dia termasuk dalam kategori orang yang berdusta atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam sebuah hadis yang sudah dihafal dan diketahui oleh semua orang, Rasulullah bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ .

“Jangan berdusta atas (nama)ku kerana sesungguhnya sesiapa yang berdusta atas (nama)ku, maka dia akan memasuki neraka.” 

Terdapat empat kategori orang yang berdusta atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: 
1.    Orang yang mencipta sesuatu hadis lalu dia menyandarkannya kepada Rasulullah.

2.    Orang yang menyampaikan sesuatu hadis tanpa dia sendiri mengetahui sama ada ia sahih atau tidak berasal daripada Rasulullah.

3.    Orang yang mengatakan “Hadis ini sahih, Hadis itu dha’if” dan sebagainya padahal dia sendiri tidak tahu nilai darjat hadis tersebut.

4.    Orang yang menyampaikan sesuatu hadis lalu ditarik maknanya jauh daripada makna asal yang ingin disampaikan oleh Rasulullah.
Orang-orang yang menggunakan hadis-hadis jamaah seumpama di atas dan lain-lain yang semakna dengannya atas tujuan jamaahnya sendiri termasuk dalam kategori keempat di atas.

Adab Kelima: Membetulkan Tujuan Berjamaah. 

Telah diterangkan sebelum ini bahawa berbilang jamaah dibolehkan jika ia sekadar satu sarana yang bermatlamat demi kebaikan agama dan manusia. Perkara ini perlu sering diingat-ingatkan kerana sering kali terjadi tujuan berjamaah berpindah arah dari kebaikan agama dan umat kepada kebaikan jamaah dan ahli sendiri.

Perkara ini boleh diukur melalui aktiviti-aktiviti jamaah itu sendiri. Syaikh Muhammad Sa‘id Ramadhan al-Buti pernah mengulas tentang aktiviti jamaah-jamaah di Timur Tengah:

Sesungguhnya dakwah yang difahami dan diterapkan oleh majoriti kelompok (jamaah) Islam sekarang ini tidak lebih dari aktiviti sekitar anggota kelompok (jamaah) masing-masing.

…Jika anda perhatikan secara saksama, nescaya anda akan menyaksikan dinding pemisah yang tinggi yang memisahkan antara kelompok-kelompok (jamaah-jamaah) yang melancarkan aktiviti gerakan seperti yang kami kemukakan sebelumnya. Pada dasarnya di antara mereka itu tidak terjadi proses dakwah, diskusi atau tukar fikiran. Justeru anda menyaksikan sebaliknya, iaitu muncul pelbagai macam kelompok dengan pelbagai macam aliran dan pemikiran yang merosak. Kemudian masing-masing kelompok (jamaah) berusaha mencari pengaruh, berlumba-lumba mendatangi perkampungan untuk menyebarluaskan pemikiran dan aliran mereka…

Semua ini terjadi pada saat para pemerhati Islam atau kelompok-kelompok (jamaah-jamaah) Islam sedang memberi tumpuan kepada kegiatan gerakan mereka yang khusus di kalangan mereka. Sehingga dengan demikian itu mereka sudah merasa senang dan puas hati, dimana dengan aktiviti gerakan itu mereka sudah merasa (seolah) berperanan sebagai seorang da’i (untuk kebaikan Islam dan umatnya).

Dengan penghuraian di atas, penulis tidaklah bermaksud merendahkan aktiviti kelompok-kelompok (jamaah-jamaah) Islam, …… tetapi yang penulis maksudkan adalah bahawa aktiviti gerakan ini merupakan satu hal sedangkan dakwah ke jalan Allah merupakan satu hal lain dimana masing-masing istilah tidak dapat disamakan.

Meski pun aktiviti yang dilakukan oleh kelompok-kelompok (jamaah-jamaah) tersebut adalah baik dan bermanfaat, namun demikian mereka tidak memainkan peranan yang diwajibkan, iaitu mengajak manusia ke jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

…Layak untuk kami kemukakan di sini, bahawa masyarakat Islam, sekali pun kaya dengan pelbagai aktiviti gerakan kelompok-kelompok (jamaah-jamaah) Islam, namun sebenarnya sungguh miskin dalam aktiviti dalam bidang dakwah. Sejauh yang kami saksikan dari beberapa medan dakwah ke jalan Allah dan pengenalan Islam di beberapa tempat, kegiatan tersebut tidak lepas dari keadaan atau tindakan yang bersifat memenuhi kepentingan peribadi dan bukan untuk memenuhi kepentingan yang lebih besar atau memberi solusi (dalam menghadapi cabaran-cabaran Islam dan umatnya).

Tujuan berjamaah hendaklah sentiasa jelas dan nyata kepada setiap ahli. Disyorkan setiap jamaah menjadikan ayat berikut sebagai slogan:
إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِصْلاَحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ .

Aku tidak memiliki apa-apa tujuan melainkan melakukan pembaikan (untuk agama dan manusia) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. [Hud 11:88]

Adab Keenam: Saling Menasihati dan Menegur. 
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2 ) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3 ).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [al-‘Asr 103:1-3]

Dalam konteks berjamaah, saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran, yakni saling menasihati dan menegur, berlaku dalam dua sudut:
·          Di dalam jamaah, yakni sesama ahli jamaah yang saling menasihati, menegur ke arah kebenaran dan kesabaran. Perkara ini berlaku dalam semua tingkatan. Ahli biasa menegur ahli jawatankuasa, ahli muslimat menasihati ahli muslimin dan begitulah sebaliknya.Jangan pula wujud budaya kasta dalam jamaah sehingga ahli biasa tidak boleh menasihati ahli jawatankuasa dan ahli muslimat tidak boleh menegur ahli muslimin.Demikian juga, ide yang cemerlang serta pemikiran yang bernas perlu diterima secara terbuka sekali pun yang mengemukakannya ialah seorang yang baru seminggu menjadi ahli.
·          Di antara jamaah, yakni di antara pelbagai jamaah yang berbeza, hendaklah tetap saling menasihati dan menegur ke arah kebaikan dan kebenaran.Jangan pula wujud tembok pemisah yang tinggi lagi tebal di antara jamaah sehingga masing-masing tidak tegur menegur, apatah lagi untuk nasihat menasihati.
Adab Ketujuh: Menyertai Jamaah Bukan Satu Kewajipan. 
Apabila berbicara tentang jamaah, akan ditemui sebahagian umat Islam yang tidak menyertai mana-mana jamaah. Terdapat beberapa sebab di sebalik tindakan ini:

1.    Mereka berpendapat pandangan yang melarang berbilang jamaah adalah pandangan yang kuat (rajih) sehingga dengan itu mereka menahan diri daripada menyertai mana-mana jamaah.

2.    Mereka tidak menemui mana-mana jamaah yang memiliki adab-adab berjamaah yang baik.

3.    Mereka pernah menyertai satu atau lebih jamaah dan mendapati jamaah-jamaah tersebut tidak memiliki adab-adab berjamaah yang baik. Maka dengan itu mereka keluar dan berhenti daripada menyertai mana-mana jamaah.

4.    Mereka berpandangan usaha demi kebaikan agama dan manusia dapat dicapai secara lebih berkesan tanpa menyertai mana-mana jamaah.

Di antara yang menyertai jamaah dan yang tidak menyertai, perlu wujud sikap saling menghormati antara satu sama lain. Tidak boleh satu pihak mencerca atau memandang rendah pihak yang lain. Ini kerana yang diwajibkan oleh agama ialah berjamaah – yakni bersatu – manakala menyertai jamaah hanya satu pilihan yang terbuka kepada kecenderungan masing-masing.


Mewajibkan setiap individu menyertai jamaah bererti mensyari‘atkan satu hukum agama yang baru dan ini adalah salah satu perkara yang menyalahi tauhid. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ .
 
Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari‘atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah? [al-Syura 42:21]
Demikian tujuh adab berjamaah yang perlu diperhatikan oleh para ahli jamaah dan mereka yang berhajat menyertai jamaah.


Nasihat Kepada Para Pelajar. 
Memandangkan kebanyakan yang menyertai jamaah-jamaah ialah para pelajar institut pengajian tinggi, saya ingin merebut peluang ini untuk berkongsi dua nasihat.

1.    Tujuan anda di institut pengajian tinggi ialah menuntut ilmu dalam jurusan masing-masing. Maka fokus anda ialah menuntut ilmu hingga lulus cemerlang. Jangan berlebih-lebihan dalam aktiviti jamaah hingga terganggu aktiviti pembelajaran anda. Ingat! Jurusan yang sedang anda pelajari itu adalah juga penting demi kebaikan agama dan manusia. Justeru bahagilah masa dan tenaga secara adil antara pembelajaran dan aktiviti jamaah.

2.    Sama ada menyertai jamaah atau tidak, berusaha demi kebaikan agama dan manusia adalah sesuatu yang dituntut ke atas kita sepanjang hidup. Oleh itu jangan sekadar bergiat aktif ketika di institut pengajian tinggi tetapi kemudian mengabaikannya setelah tamat pengajian. Sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha sehingga ke akhir hayat. Agama Islam dan manusia, sama ada yang muslim atau bukan muslim, amat memerlukan anda

Wednesday, November 2, 2011

Sejarah Qurban

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (Al Hajj: 34).

1. Qurban Di masa Nabi Adam As.
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”. berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa”. (Al Maidah: 27).
Allâh memerintah Adam agar mengawinkan Qabil dengan saudara perempuan kembar Habil yang bernama Lubuda yang tidak bagus rupa, dan mengawinkan Habil dengan saudara perempuan kembar Qabil yang bernama Iqlima yang cantik rupa. Pada saat itu Adam dilarang Allâh mengawinkan perempuan kepada saudara laki-lakinya yang kembar. Namun Qabil menolak hal ini, sementara Habilmenerima. Qabil ingin kawin dengan saudara perempuan kembarnya sendiri yang cantik rupa. Maka Adam menyuruh kedua anaknya untuk berqurban, siapa yang diterima qurbannya, itu yang menjadi suami bagi saudara perempuan kembar Qabil yang cantik
Kemudian kedua anak Adam itu berqurban, Habîl adalah seorang peternak kambing dan ia berqurban denganKambing Qibas yang berwarna putih, matanya bundar dan bertanduk mulus, dan berqurban dengan jiwa yang bersih. DanQabil adalah tukang bercocok tanam, Ia berqurban dengan makanan yang jelek, dan niat yang tidak baik. Maka diterima qurbannya Habil dan tidak diterima qurbannya Qabil. Dan qurban-qurban itu diletakkan di sebuah gunung dan tanda diterimanya qurban itu ialah dengan datangnya api dari langit lalu membakarnya. Dan ternyata api menyambar Kambing Qibas qurbannyaHabil, sebagai tanda diterima qurbannya. Melihat hal demikian Qabil marah, dan membunuh saudaranya.


2. Qurban di masa Nabi Idris As.
Disunnahkan kepada kaum Nabi Idris As yang taat kepadanya antara lain; beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya. Dan bagi kaum Idris ditetapkan hari-hari raya pada waktu-waktu yang tertentu, serta berqurban; di antaranya saat terbenam matahari ke ufuk dan saat melihat hilal. Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).


3. Qurban di masa Nabi Nuh As.
sesudah terjadi taufan (banjir) Nûh, Nabi Nûh As membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan qurban, yang nantinya qurban tersebut sesudah diletakkan di tempat tadi dibakar.


4. Qurban di masa Nabi Ibrohim As.


Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa usia Ismail sekitar 6 atau 7 tahun. Sejak dilahirkan sampai sebesar itu Nabi Ismail senantiasa menjadi anak kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash-Shaffaat: 102 :
“Maka ketika sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anakku aku melihat (bermimpi) dalam tidur bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpinya, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih putranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak putranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina. Baru saja Ibrahim berjalan meninggalkan rumah, syaitan menggoda Siti Hajar: “Hai Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail?”. Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak-teriak: “Ya Ibrahim, ya Ibrahim mau diapakan anakku?” Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT tersebut.
Setibanya di Jabal Qurban, sekitar 200 meter dari tempat tinggalnya. Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih Ismail. Rencana itu pun berubah drastis, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surat Ash-Shaffaat ayat 103-107:
“Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya. Dan Kami panggillah Dia: “Hai Ibrohim, “Kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “.


5. Qurban di masa Nabi Musa As.
Penyembelihan qurban berlaku hingga zaman Nabi Musa As. Nabi Musa membagi binatang yang disediakan untuk qurban kepada dua bagian, sebagian dilepaskan saja dan dibiarkan berkeliaran sesudah di beri tanda yang diperlukan. Dan sebagian lagi disembelih.


6. Qurban Bani Isroil.
Ummat dulu sebelum kita, jika seorang dari mereka berqurban, orang-orang keluar menyaksikan apakah qurban mereka itu diterima atau tidak. Jika diterima datang api putih (Baidhâ`u) dari langit membakar apa yang diqurbankan. Jika qurbannya tidak diterima, api itu tidak muncul. Dan rupa api itu Lâ dukhâna lahâ wa lahâ dawiyun (api yang tidak berasap dan berbunyi). Dan bila seorang laki-laki dari mereka (Bani Isrâ’îl) bershadaqah, jika diterima turun api dari langit, lalu membakar apa yang mereka sodaqohkan.


7. Qurban di masa Nabi zakaria As dan Nabi Yahya As.
Nabi Zakaria As dan Nabi Yahya As adalah di antara nabi dan rosul dari Bani Isroil, pada keduanya ada qurban. Dan qurbannya adalah binatang dan Amti’atun (barang-barang) lalu di bakar api.


8. Qurban Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani
Bangsa Yahudi merupakan sebagian dari bani Isrâ’îl. Sementara Bani Isrâ’îl adalah keturunan Nabi Ya’qub As. Nabi Ya’kub bergelar, Isrâ’îl.Pada bangsa Yahudi terdapat qurban yang biasa mereka lakukan demikian juga pada bangsa Nashrani. Qurban pada bangsa Yahudi dan bangsa Nashrani, yaitu melakukan pengurbanan dengan membakar sebagai sesaji yang bertujuan mengingat-ingat kesalahan, yaitu dengan menyembelih sapi dan kambing jantan yang mulus, tidak cacat. Dengan menghidangkan: tepung, minyak dan susu. Qurban karena adanya ketentraman, sebagai rasa syukur kepada al-Rabb . Qurban pada bangsa Nashrani, antara lain: Persembahan missa seorang Kahin berupa roti dan arak. Yang menurut keyakinan pada mereka hakekatnya, roti dan arak yang mereka qurbankan ditukar dengan daging dan darah al-Masih.


9. Qurban Pada Bangsa Arab Jahilliyah.
Bangsa Arab Jahiliyah juga suka berqurban. Qurban mereka dipersembahkan untuk berhala-berhala yang mereka sembah. Qurbannya ada binatang yang disembelih untuk berhala, dan ada binatang yang dilepas bebas berkeliaran, juga untuk berhala.
Cara qurban Arab Jahiliyah, yaitu mereka jika menyembelih binatang qurban, seperti unta, mereka percikan daging dan darahnya pada al-baet (ka’bah).
Arab Jahili jika mereka menyembelih binatang, memercikan darahnya pada permukaan ka’bah, dan memotong-motong dagingnya lalu mereka simpan di atas batu.
Selain qurban yang disembelih, juga ada qurban Jahiliyah yang dilepas untuk sembahan mereka, yaitu Bahîrah, sâibah, washîlah, hâm.
* Bahîrah, ialah unta betina yang telah beranak lima kali, dibebaskan, tidak boleh di ganggu. Jika anak yang kelima jantan, mereka sembelih dan boleh dimakan baik oleh laki-laki atau perempuan. Jika Betina dibelah telinganya, dan hanya dapat diambil manfaatnya oleh laki-laki, tidak boleh oleh wanita. Jika betina itu mati, halal, baik bagi laki-laki atau wanita.
* Sâibah, yaitu unta jantan yang dilepas tidak boleh diganggu karena dipakai nazar pada Thaugut-thaugut mereka. Orang Arab Jahiliyyah jika mereka sakit atau sesuatu yang hilang kembali lagi, mereka jadikan unta jantan saibah ini sebagai qurban.
* Washîlah, ialah domba betina jika melahirkan betina, mereka makan. Jika lahir jantan dipersembahkan buat Tuhan mereka. Jika kembar, mereka tidak menyembelih yang jantan karena buat Tuhan mereka.
* Hâm, ialah unta jantan yang telah dapat membuntingkan unta betina 10 kali, tidak boleh diganggu-gugat lagi, untuk Tuhan mereka.
Sembelihan Jahiliyyah itu terbagi tiga:
1. Untuk mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan untuk maksud ini dibakar, mereka ambil kulitnya saja, dan mereka berikan kepada Kahin (dukun).
2. Untuk meminta ampun. Untuk maksud ini, dibakar separuh, dan separuhnya lagi diberikan kepada kahin (dukun).
3. Untuk memohon keselamatan. Untuk maksud ini mereka makan.


10. Qurban Abdul Muthalib (Kakek Nabi SAW).


Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahwa jika anaknya laki-laki sudah ada sepuluh orang , maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban di muka berhala yang ada di sisi Ka’bah yang biasa di puja oleh bangsawan Quraisy. Oleh sebab itu, setelah istri Abdul Muthalib melahirkan anak laki-laki maka mereka itu genaplah sepuluh orang.
Abdul Muthalib bermimpi pada suatu malam ada suara yang memanggil, yang ia tidak mengerti maknanya, yaitu, Ihfir Thayyibah!, lalu pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah!, berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! dan malam keempat suara dalam mimpinya yaitu, Ihfir Zamzam!. Setelah itu baru ia mengerti dan bermaksud untuk melaksanakan mimpinya itu.
Sebelum pelaksanaan qurban itu, Abdul Muthalib mengumpulkan semua anak laki-lakinya dan mengadakan undian. Pada saat itu undian telah jatuh pada diri Abdullah. Padahal Abdullah itu seorang anak yang paling muda, yang paling bagus rupanya, dan yang paling dicintainya. Tetapi apa boleh buat, undian jatuh kepadanya, dan Abdullah menurut saja apa yang menjadi kehendak ayahnya.
Seketika tersiar kabar di seluruh kota Mekkah, bahwa Abdul Muthalib akan mengurbankan anaknya yang paling muda. Namun ketika itu orang-orang quraisy menolak dan menghalanginya. Hingga mereka mendatangi seorang al-‘Arâfat yaitu kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menghukumi mereka supaya mengundi antara Abdullah dengan unta. Bila keluar unta, maka sembelih unta. Jika yang keluar Abdullah maka setiap kali keluar diganti dengan 10 ekor unta. Lalu mereka kembali ke Makkah, dan melakukan undian antara Abdullah dengan 10 ekor unta. Undian pertama keluar Abdullah, lalu diganti dengan 10 ekor unta. Hal ini berulang sampai undian yang kesembilan yang keluar Abdullah, baru yang kesepuluh keluar unta. Maka Abdul Muthalib mengganti Abdullah  dengan 100 ekor unta untuk berqurban. Dan dengan demikian Abdullah urung untuk dijadikan qurban oleh ayahnya.
Dengan adanya peristiwa itu. Maka Nabi SAW setelah beberapa tahun lamanya menjadi rosul pernah bersabda,‘Aku anak laki-laki dari dua orang yang di sembelih “Ibnu Dzabihain”.”


11. Qurban Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW melakukan qurban pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Iedul Adha. Beliau menyembelih 100 ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali Ra.
“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam Keadaan berdiri (dan telah terikat). kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Al Hajj:36).
Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih hewan qurban, kapan memakan daging qurban, siapa yang dapat memakan daging qurban. Binatang qurban, yaitu al-Budnu, dalam bahasa ialah nama yang khusus bagi unta. Sedangkan sapi dipandang sama menempati tempat unta dalam hukumnya karena Nabi Saw berkata, “Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bagian dari ketujuh bentuk itu.”



Tuesday, September 13, 2011

Surat Cinta Itu...

Si gadis remaja itu kelihatan sungguh gembira. Senyumannya melebar hingga ke telinga. Hatinya berbunga-bunga. Bahagia menyapa dirinya. Apa tidaknya, dia baru mengecapi kebahagiaan yang diidamkan; cintanya akhirnya dibalas! Berkali-kali surat cinta yang baru diterimanya itu dikucup-kucup. Surat itu dikirimkan oleh seorang jejaka yang sudah lama diminatinya. Berkali-kali juga dia membaca isi surat itu yang pasti tercatat kata-kata yang penuh puitis dan romantis. Kata-kata yang berbekas di hatinya. Bau harum kertas hijau yang didadanya terhias sekuntum bunga ros merah itu menusuk ke sukmanya.

Sebelah malamnya, kelihatan si gadis tekun di meja tulis. Dia membalas kembali surat cinta itu untuk deberikan kepada jejakanya dengan kata-kata romantis, luahan cinta dan rasa serta janji manis. Sebelum tidur sekali lagi gadis itu menbaca isi surat yang diterimanya siang tadi. Usai itu, dia melipat kembali surat itu lalu memasukkan kembali ke dalam sampul merah jambu dan meletakkannya di bawah bantal. Malam ini tidurnya pasti diwarnai mimpi yang indah-indah. Dan esok pagi-pagi lagi dia akan ke pekan untuk mengirimkan surat kepada jejaka idaman. Ah, besarnya impak surat cinta itu kepada diri gadis itu. Siapa tidak bahagia mendapat surat cinta sebegitu?

Kini, jauh lebih mudah. Dengan satu klik, terus saja surat cinta melalui emel boleh dihantar. Dengan hanya satu klik, semuanya terluah.

Sebenarnya bukan soal kisah cinta mereka yang palsu itu yang ingin penulis kongsikan. Tetapi ada perkara yang lebih besar lagi. InsyaAllah kita akan berbicara perkara yang membangkitkan iman dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Berbicara tentang surat cinta untuk kita semua. Surat cinta dari Allah. Apa ya? Sama ada kita sedar atau tidak, atau kita buat-buat tidak sedar, Allah telah mengurniakan kita surat cinta yang paling besar nilainya di sisi kita, iaitu Al-Quran. Benarkah begitu?

Al-Quran adalah kalamullah, yang merupakan mukjizat yang diturunkan dari Allah ke hati Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia merupakan wahyu dan itu memberi jaminan bahawa Al-Quran itu sempurna dan bebas daripada sebarang kekurangan sebagaimana yang ada pada kitab selainnya. Setiap yang tertulis di dalamnya adalah kebenaran yang mutlak. Apa yang penting, keasliannya akan terjaga sampai bila-bila, tidak mampu digugat oleh musuh-musuh Islam yang mahu merosakkannya. Ia menjadi rujukan untuk segenap urusan kehidupan dunia mahupun kehidupan selepas ini. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, semua termaktub di dalam Al-Quran.

Al- Quran adalah segala-galanya bagi kita. Al-Quran merupakan sumber cahaya yang menjadi penyuluh jalan kepada hati manusia dikala dirinya terkapai-kapai mencari arah dalam kegelapan. Sebagaimana firman Allah SAW yang bermaksud.

Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan dengan (kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." [QS Al-Maidah, 5:15-16]
Apa kaitannya dengan situasi ini? Mudah saja, cuba kita muhasabah diri dengan evaluasi diri kita, sejauh manakah penghayatan kita terhadap isi dan makna surat cinta yang telah Allah berikan kepada kita. Adakah hati kita berbunga-bunga dan rasa bahagia apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan keindahan Syurga dan adakah hati kita tersentuh betapa dahsyatnya balasan api neraka yang memamah dan menghancurkan isinya?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebutkan nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat bertambah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal." [QS Al-Anfal, 8:2]

Friday, September 9, 2011

IBADAH PUASA BUKAN SYAMPU RAMBUT DUA DALAM SATU

Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun [Shahih Muslim, no: 1164]

Puasa sunat enam hari bulan Syawal paling awal dimulakan pada dua Syawal. Ini kerana tarikh satu Syawal adalah Hari Raya Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh berkata: Nabi melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha. [Shahih al-Bukhari, no: 1991].

Syarat dan adab bagi sunat enam hari bulan Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadan. Adapun perbezaannya, maka ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Oleh itu, puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada satu Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walaubagaimanapun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan sunat enam hari bulan Syawal berdasarkan keumuman firman Allah: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan ) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. [Ali Imran 3:133]

Tidak ada hari raya selepas puasa sunat enam hari bulan syawal. Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada satu Syawal dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya yang memiliki erti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunat enam hari bulan Syawal.

Ini adalah satu bid'ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia tetapi disyariat oleh Tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah), iaitu (perayaan Aidil) Adha dan (perayaan Aidil) Fitri. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 1134] Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Hanya pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan kerana ia disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak ada hari perayaan sempena genapnya puasa sunat enam hari bulan Syawal.

Antara Puasa Sunat Dan Puasa Qhada

Jika kita merenung semula hadis berikut: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringainya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun. [Shahih Muslim, no: 1164], akan didapati bahawa Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari bulan selepas puasa bulan Ramadan disempurnakan. Namun, bagi sesiapa yang ada meninggalkan puasa Ramadan kerana sakit, haid, musafir, kerja berat dan lain-lain, hendaklah dia menggantikan (qadha) semula puasa-puasa yang ditinggalkan, kemudian diikuti dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal. Ini juga merupakan sikap yang benar iaitu hendaklah diutamakan membayar hutang yang wajib berbanding memberi sedekah yang sunat.

Ada sebahagian orang yang tetap berpuasa sunat enam hari bulan Syawal tanpa menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkannya berdasarkan kenyataan A'isyah, isteri Rasulullah: Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu menggantikannya (qadha) kecuali pada bulan Sya'ban karena sibuk (melayani) Rasulullah. [Shahih Muslim, no: 1146]

Sebenarnya jika dihalusi kenyataan A'isyah di atas, beliau tidak menyatakan bahawa dirinya telah berpuasa sunat enam hari bulan Syawal sebelum menggantikan puasa Ramadannya. Bahkan wujud kemungkinan bahawa beliau tidak melaksanakan puasa tersebut kerana sibuk membantu Rasulullah dalam urusan-urusan yang lebih besar dan penting seperti dakwah, jihad dan menghafal hadis.

Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut Dua Dalam Satu

Terdapat pandangan masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadan dan puasa sunat enam hari bulan Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Quaran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut dua dalam satu. Padahal sudah jelas bahawa Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari bulan Syawal selepas disempurnakan puasa wajib bulan Ramadan.  

(Sumber: Majalah DARA.com keluaran september 2011)