Monday, March 22, 2010

Palestin: Kalau Dengan Terhapusnya Kami



Al-Aqsa semakin tercedera. Sinagog Hurva dirasmikan di perkarangan Masjid.

Keadaan semakin genting. Retak menunggu belah. Belah menunggu roboh.

Sampai bilakah kita akan terus berdiam.

Membatu dan membodoh?

Adakah sehingga Al-Aqsa lupus

Atau sehingga saudara kita di sana habis terhapus?

Saya cuba menghayati jiwa mereka.

Mari hayati puisi ini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau Dengan Terhapusnya Kami

Kamu meninggalkan kami
membiarkan kami sendiri di tebing ini
dirogol dibunuh berhari-hari
tetapi kamu membiarkan
seakan kita tidak sama-sama sujud pada Ilahi

kamu meninggalkan kami
berdarah terluka setiap hari
bom peluruh menghujani diri
mati mati dan esok ada lagi yang mati
seakan-akan kita tidak berkongsi Nabi

Apakah kamu sedang berusaha
tetapi musuh menghadangmu hingga terjeda
atau kamu hakikatnya tergari dengan dunia
sehingga sanggup membiarkan musuh menghapuskan saudara?

Hingga bila kamu hendak tersedar
dari alpa yang lama
dari lena yang panjang
baru terlepas dirimu dari ikatan dunia?

Tidakkah kamu ini tertipu dengan garisan sempadan dunia?
tidakkah kamu ini terperdaya dengan jenis bangsa?
kita tidak sedarah
tetapi jangan kamu lupa bahawa kita seaqidah

Kami menitis darah di sini
berjuang bukan kerana negara kami
tetapi tidakkah kamu melihat bahawa yang dirobek itu agama Ilahi?
sedang kamu tertidur dengan sangkaan bahawa mereka tidak akan menyerangmu nanti

Kalaulah dengan terhapusnya kami sedikit masa nanti
menyedarkan kalian dari panjangnya mimpi
membangkitkan kalian dari lena selama ini
menyemarakkan nyalaan perjuangan hingga berapi-api
maka kami redha…
biar roboh Al-Aqsa
biar tiada tinggal seorang pun dari kami
kalau itu maharnya
untuk kesedaran dan kebangkitan kamu
wahai ummah hari ini



~angkasa
18 Mac 2010
10.31am
Lagu Doaku
Puisi Kalau Dengan Terhapusnya Kami

0 comments: