Friday, February 19, 2010

PERMAI 2010 : reminiscence [short]

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, tergerak juga nak tulis sedikit laporan tentang program yang telah dijalankan 3 minggu yang lalu.

Program ini yang bernama PERMAI which stands for Perhimpunan Mahasiswa Malaysia di Indonesia telah dijalankan di Politeknik Pos Bandung yang terletak di Lembang. Ia telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, bermula pada tarikh 21 Januari sehingga 23 Januari. Dan ustaz yang dijemput adalah......jeng jeng jeng....Ust. Hasrizal! Bersama kang Harry sbg prog selingan.

Perancangan prog telah diadakan setahun yang lalu, yang mana sepatutnya prog ini diadakan pada tahun 2009. Disebabkan ada masalah sedikit pada pihak ustaz, kami perpanjangkan waktu agar diadakan pada tahun 2010.

Program telah diadakan di Politeknik Pos Bandung di Lembang. Pengarah program adalah saudara Zulhazwan, dengan nama panggilannya Saudara Awang. Terima kasih kami ucapkan kepada Saudara Awang dan crew-crewnya atas kejayaan program tersebut.

Tentatif prog adalah
Hari pertama : dimulakan dengan ketibaan pelajar, pendaftaran, makan malam. Pada waktu malam adalah majlis perasmian dengan kehadiran wakil dari JPMI dan warden. Kemudian ada muqadimmah oleh ustaz, dan seterusnya ice breaking oleh beberapa wakil pelajar dari bandung. kemudian tidur.

Hari kedua : Prog bermula dengan solat subuh dan tazkirah, breakfast, slot pertama oleh Ust, rehat, slot kedua dan kemudiannya Zohor dan lunch. Disambung kembali dengan prog Kang Harry, motivator yang dijemput khas. Diwaktu petangnya, usai solat Zohor, adanya games bg muslimat. Malam disambung dengan slot 3 oleh Ust.

Hari ketiga: Bermula dengan qiamullail oleh beberapa orang pelajar, kemudian setelah solat subuh, diteruskan dengan games. Selepas itu ust memberi slot yang terakhir dan majlis penutup.[untuk laporan penuh sila klik di sini]

Tidak mampu untuk menulis panjang, biarlah gambar2 yang menjadi kata-kata ku...

 

  

  

 

Ps: Maaf, lambat report, tak tahu nak tulis apa sebenarnya..hua hua hua!!!
hoh, silalah mengomen ye...sorry!

2 comments:

Anonymous said...

salam..
saya salah seorang peserta permai10.
sy menanti,hari demi hari..adanya berita tentang jualan cd permai,spt yg dijanjikan..
sy brharap cd tu ada mengandungi keseluruhan slot bersama ustaz.
n..x nk ke anjurkan program..mcm ni lagi,tp..membincangkan tajuk yg lain..mungkin yg lebih sesuai dgn masalah remaja masa kini..contohnya:cinta,couple or rumah tangga.
saya yakin,pasti ramai yg berminat untuk menyertainya..
cubalah anjurkan di malaysia klu bleh,..supaya lbeh ramai yg boleh sertai..
n..klu bleh,biarlah ustaz hasrizal..hehe..
assalamualaikum..

mysterious_musafir said...

waalaikumussalam saudara/i anonymous..

untuk penjualan cd itu, masih diusahakan.

InsyaAllah, ke depan IMAN akan berusaha untuk menganjurkan program yang seperti saudara/i cadangakan. Kami akan lihat prospects untuk buat program di M'sia.

Untuk request Ust Has, agak susah, akan diusahakan juga.

Terima Kasih atas komen dan cadangannya...