Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, telah berjalan program yang tidak seberapa. Tahniah kepada ajk.
Setelah iftar[buka puasa] dan makan malam beramai-ramai. Dan setelah solat maghrib, tayangan diadakan dan setelah itu solat isya', dan diteruskan dengan ceramah oleh Kang Indra Kusumah. [Minta maaf, mungkin tempat tidak begitu conducive, terpaksa bersempit sedikit.]
Ceramah yang dipanaskan dengan persoalan...
"Sudah berapa kali kamu menyambut Maulidur Rasul? 10 kali? Dan apakah selepas setiap kali sambutan, ada perubahan pada diri kamu?"
Kata Kang Indra lagi,
"Sambutan Maulidur Rasul di adakan pada tahun Sultan Salahuddin. Keadaan umat islam pada masa itu sama seperti sekarang. Rakyat Palestin keadaannya sama, masih ditindas. Jadi seorang ulama mencadangkn untuk mengadakan hari peringatan kepada Rasulullah, untuk meningkatkan semangat perjuangan umat islam. Dan pada tahun itu juga Palestin dapat diraih kembali kepada milik umat islam..."
Begitulah serba sedikit kisah yang di kongsi bersama oleh Kand Indra.
Dengan ingatnya mereka umat terdahulu kepada Rasulullah, dapat melepaskan Palestin dari tindasan orang lain. Kita yang sudah bertahun-tahun menyambut Maulidur rasul, tetapi Palestin masih tertindas, apakah benar sambutan kita ini?
Kang Indra juga telah bercerita tentang pentarbiyahan halus oleh Allah buat Baginda sejak kecil lagi, dengan tarbiyah kepimpinan sehinggalah tarbiyah peperangan. Dan juga serba sedikit sirah Rasulullah, kerana kekangan waktu yang sedikit.
Marilah kali ini kita benar-benar mengambil iktibar dari sirah hidup Rasulullah. Janganlah sekadar tahu, tetapi biarlah tahu kita itu bermakna sesuatu dan membawa kepada sesuatu juga.....
Ps: Sorry, x pandai nak ulas panjang-panjang. Kalo yang lain ada komen atau tambahan silalah berkongsi ya! jangan malu-malu!
Pss: CD permai nak siap dah! In progress!!!
0 comments:
Post a Comment