Sunday, February 5, 2012

Nota tarbiyah dari Gaza: As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin – Hidup & syahidmu membakar semangat jihad ummat zaman ini

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

421243_342196709137337_107299275960416_1283989_337920099_n

“Inna Nuqaddimu qabla junddi qadatana” (Sesungguhnya pimpinan kami lebih dulu mengorbankan diri sebelum kami mengorbankan tentera-tentera kami) – As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Kata-kata ini diabadikan pada tembok berhadapan dengan rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Kedua mereka syahid dalam jarak hanya 40 hari pada tahun 2004. Kedua mereka membuktikan bahawa amal mereka adalah selari dengan apa yang mereka ucapkan.

Seperti pepatah Arab: “Sekiranya anda hendak menjadi pemimpin kami maka hendaklah anda berada di hadapan kami.”

- Catatan di bumi Gaza pada hari, Khamis 26 Januari 2012 ketika jaulah dan melaksanakan misi audit projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

 

Nota 2

“Di sinilah Syeikh Ahmad Yaasin menemui syahid beliau,” ujar akh Abdul Rahim Syihab (Abu Muhammaad) yang merupakan rakan pelaksana projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin keluar dari masjid ini (al-Mujamma al-Islami) selepas selesai menunaikan solat subuh. Beliau ditolak di atas kerusi rodanya oleh pembantu beliau untuk pulang ke rumah hanya kira-kira 100 m. Helikopter penyerang Apachee sudah menunggu dan melepaskan tiga tembakan roket Hellfire, tepat mengenai tubuh as-Syahid yang mulia. Jasadnya berkecai. Episod serangan ini disaksikan secara live oleh Ariel Sharon (the butcher of Shabra Shatilla), Perdana Menteri Israel ketika itu.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin mengabadikan apa yang beliau ucapkan. “Sesungguhnya sekiranya kamu (Israel) hendak membunuh aku, maka aku ada di kerusi roda aku.”

“Kamu akan dapati kami akan mati dalam keadaan menghadap musuh-musuh kami dan bukannya dalam keadaan membelakangkan mereka (lari dari mereka).”

Al-Akh Abdul Rahim Syihab menambah, “Ariel Sharon kini berada dalam azab-un-alim (seksa yang amat pedih). Dalam keadaan koma sejak 5 tahun lalu tanpa ada tanda-tanda akan pulih mahupun akan mati.

La haula wala kuwataa illa billa hil aliyul azim.

Sahabat-sahabat pergilah ke medan di mana jihad sedang berkumandang untuk mengubat hati kita yang sudah tenggelam dalam dunia yang melekakan ini sehingga hilang dari jiwa kita sifat-sifat rijal dan jundi. “Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan dakwahMu yang mulia ini yang menuntut padanya pembuktian amal, bukan sekadar kata-kata.”

Nota 3

“Inilah rumah kediaman as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin,” ujar al-Akh Abdul Rahim Syihab. Aku berusia 6 tahun ketika ayah aku membawa aku ke rumah Syeikh Ahmad Yaasin. Di sini ayah aku memberikan bai’ahnya (janji taat setianya) kepada dakwah ini. Syeikh Ahmad Yaasin adalah murabbi ayahku.

Aku dihantar bersekolah tadika di al-Mujamma al-Islami (sebuah institusi yang diasaskan oleh as-Syahid dan masjid di mana as-Syahid mendirikan solatnya).

As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin adalah pengasas penting kepada usaha-usaha Islamic Society of Jabaliya di mana al-akh Abdul Rahim Syihab adalah Rais (pengerusinya yang ke 3). Dengan permulaan modal sebanyak USD 20,000 kini Islamic Society Jabaliya mengendalikan projek-projek bantuan untuk rakyat Palestin (kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin dgn usahasama Aqsa Syarif, projek ternakan lembu, ternakan ikan aquaculture, penajaan anak yatik, bantuan keluarga miskin dan lain-lain) yang bernilai USD10 juta.

Inilah baroqahnya dakwah dan mujahadah sertanya syahidnya Syeikh Ahmad Yaasin. Apa juga yang dilakukan oleh musuh-musuh zionis tidak pernah sedikitpun memberi kesan buruk kepada dakwah ini. Malah dakwah inilah yang menjadi benteng paling ampuh dalam menghadapi musuh yang jauh lebih kuat pada zahirnya tetapi amat lemah pada hakikatnya. Kerana yang dihadapi oleh Israel adalah satu toifah (golongan) yang mendapat dokongan langsung dari Allah SWT yang memiliki dakwah ini.

Nota 4

Inilah bahagian hadapan rumah Syeikh Ahmad Yaasin as-Syahid. Inilah dia pemimpin umat yang sebenar. As-syahid hidup di kalangan rakyat Palestin yang miskin dan hidup bersama mereka. Memberi mereka segala harapan yang baik terhadap kehidupan, perjuangan, berhadapan dengan musuh dan penindasan.

Ketika dibebaskan dari penjara Israel dalam keadaan lumpuh berkerusi roda (sejak kecil – berusia 10 tahun) beliau diberikan sejumlah wang sebagai elaun sara hidup. Setelah mencongak perbelanjaan harian dan mendapati jumlah yang disalurkan lebih banyak dari keperluan, beliau telah memulangkan lebihannya.

Inilah pemimpin yang sehingga hari ini menjadi sebutan. Namanya masih meniti di bidir-bibir manusia dan tidak pernah luput dari ingatan. Mereka inilah insan yang telah meninggalkan kita tetapi seolah-olah masih hidup di kalangan kita.

Ariel Sharon menyangka dengan membunuh Syeikh Ahmad Yaasin dan kemudian as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi, mereka boleh memadamkan usaha jihad dan kebangkitan rakyat Palestin. Bahkan syahidnya mereka berdua menyuburkan lagi jihad ini. Kesilapan besar ditempa oleh musuh yang tidak memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi setelah syahidnya.

Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian. “Hidup mulia atau mati syahid.” (Is syazizan aumut syahidan)

Nota 5

As-Syahid Ahmad Yaasin tidak boleh bergerak dari kerusi rodanya tetapi dia telah menggerakkan ummah ini. Beliau telah berseru kepada umat ini. “Wahai para pemuda – jihad adalah kewajipan kalian – untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dan untuk membebaskan negara kalian dan diri kalian dari penguasaan Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Ia adalah pejuangan kalian, semoga menang atau syahid.”

Beliaulah yang sepatutnya dijadikan idola bagi umat ini, disamping ribuan para pejuang ulama mujahid yang telah pergi menemui Tuhan dan masih setia menunggu giliran mereka.

Mereka mengharapkan mati syahid dan sentiasa mendambakannya. Sebagaimana yang diulang-ulang oleh Dr Abdul Aziz Rantisi, yang menyusul as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin selepas hanya menggantikan Syeikh Ahmad Yasin sebagai pimpinan HAMAS selama sekitar 40 hari. “Setiap orang akan mati, samada mati akibat serangan jantung atau mati ditembak Apachee. Adapun aku memilih Apachee.”

Harapan dan doa ikhlas beliau benar-benar dimakbulkan oleh Allah. Helikopter Apachee telah melepaskan tembakan peluru berpandu kepada beliau sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah dengan doa, “Wahai Allah! Masukkan lah aku ke dalam syurgaMu.” Beliau menyusul murabbi beliau, Syeikh Ahmad Yaasin dengan cara yang sama.

 

Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/02/nota-tarbiyah-dari-gaza-as-syahid-syeikh-ahmad-yaasin-hidup-syahidmu-membakar-semangat-jihad-ummat-zaman-ini/#.Ty4clHuLozw.facebook

0 comments: