Friday, November 26, 2010

HARI RAYA IDUL ADHA

 Page3

   Sempena menyambut antara hari kemenangan umat islam iaitu Hari Raya Korban, IMAN dengan kerjasama BAIK, telah menggembleng tenaga menjayakan beberapa program sebagai persiapan menyambut hari penuh ketakwaan ini.

   Program ceramah yang bertajuk ‘Mempersiapkan Generasi Islam, dan  Pengorbanan yang diperlukan’ telah berlangsung pada hari jumaat, 12 November 2010 bermula jam 7.30 malam, bertempat di A.3.3 FK UNPAD. Tiga  penceramah jemputan telah dijemput bagi melontarkan idea dan menyuntik semangat mempersiapkan generasi Islam.

Antara barisan penceramah jemputan adalah,pertama saudara Ahmad Rofiqi iaitu pengajar di pasca sarjana di Jakarta dan Kolej Islam Muhammadiah Singapore. Penceramah kedua ialah Ustaz Sarifuddin Firdaus yang merupakan seorang pengajar dan pendakwah. Manakala penceramah terakhir adalah saudara Fakhrul Radzi bin Ahmad Zubir merangkap pelajar Malaysia UNPAD, A Level Programme at INTEC Shah Alam dan berasal dari Ipoh,Perak.

Pelbagai ilmu dan pencetus kesedaran telah berjaya disampaikan oleh barisan penceramah jemputan mengenai betapa pentingnya persiapan diri para generasi Islam sekaligus memeriahkan lagi program dengan semangat keazaman baru, insyaallah.

   Pada tanggal 15 November 2010,iaitu pada hari isnin pula, satu perjumpaan dengan semua AJK Hari Raya Korban telah diadakan. AJK terdiri daripada semua pelajar Malaysia di UNPAD. Perjumpaan ini diadakan demi membincangkan tugas masing-masing dan menyampaikan amanat terakhir untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Program diakhiri dengan sesi fotografi mengikut setiap unit seperti unit acara,unit memasak, unit pemotongan, unit kebersihan, unit logistik, unit tugas-tugas khas, unit multimedia dan informasi, dan Majlis Tertinggi.

   Pada tanggal 16 November 2010 program iftar telah berlangsung di A4.1.5 FK UNPAD yang bermula pada jam 5.30 petang. Acara bermula dengan bebuka puasa beramai-ramai, kemudian solat maghrib berjemaah serta takbir raya turut dilaungkan. Seusainya takbir, satu slot pengisian tazkirah telah diadakan yang berkaitan dengan pengajaran yang dapat diambil sempena Hari Raya Korban ini.Beberapa kisah pengorbanan terawal dalam sejarah manusia juga telah dikongsikan bersama dengan para hadirin agar pengertian ketakwaan, kesabaran dan pengorbanan lebih difahami. Dan

majlis diakhiri dengan solat isya’ berjemaah.

   Acara kemuncak iaitu Hari Raya Idul Adha telah berlangsung di Puri Alpina, pada 17 November 2010 yang bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba. Solat sunat hari raya berlangsung di setiap masjid terdekat di setiap tempat tinggal pelajar masing-masing. Seusainya solat sunat hari raya, Alpina mula dibanjiri dengan pelajar Malaysia UNPAD untuk menyaksikan proses penyembelihan binatang korban. Alhamdulillah tahun ini 3 ekor kambing dan 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Setelah itu, hasil kerjasama semua AJK terutama unit pemotongan daging korban siap dipotong dan daging-daging tersebut sedia untuk diagihkan kepada penduduk tempatan. Alhamdulillah sebanyak 290 bungkus telah diserahkan kepada DSA (Dompet Sosial ASH SHOFWAH) Masjid As-syakir, Jalan Sayang.

         Pada malam harinya pula, Jamuan makan malam sempena hari raya korban telah berlangsung dan acara bermula pada jam 7.30malam yang dihadiri oleh semua pelajar Malaysia UNPAD. Demi memeriahkan lagi majlis,persembahan nasyid turut dilantunkan, tidak lupa ucapan dari amir IMAN sendiri.Kesyukuran dipanjatkan atas kelancaran segala perancangan dan segala kekurangan itu pula akan dijadikan pengajaran untuk mengemudi program seperti ini lagi di lain tahun insyaallah. Diharapkan juga tema Bukti Cinta Sang Hamba dapat dihayati oleh semua pelajar muslim Malaysia Unpad yang berjaya menghadirkan diri dan memeriahkan lagi segala program yang berlangsung. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat mereka yang sudi menderma tenaga dan masa menjayakan aktiviti korban tahun ini.

untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

0 comments: