Monday, July 20, 2009

Khabar Dari Al-Quds!

Wallpaper Palestine... Tekan untuk besarkan

(Terkini) 2 cedera pertempuran tentera Fatah dengan pelarian Palestin.

Isnin , 20/07/2009 – Dua rakyat Palestin tercedera semasa pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas.

Saksi-saksi melaporkan sejumlah besar lelaki bersenjata menyerbu kem pelarian jam 2 pagi sambil melepaskan tembakan dan mengepung rumah Khalil Amer untuk menahannya. Mereka menambah pertempuran kejam meletus antara penduduk di kem dan tentera Abbas yang menembak secara rambang ke arah orang ramai yang marah itu sehingga menyebabkan kecederaan dua saudara tersekat Amer sebelum mereka dihantar ke hospital dan memindahkan ibu dan makciknya selepas mereka didapati pengsan.


Pernyataan Qadumi mengungkap rahsia Fatah.


Isnin , 20/07/2009 – Penulis dan pengkaji Palestin, Ibrahim Hamami menegaskan bahawa tuduhan Pemimpin Fatah dan Ketua Bahagian Politik Palestinian Liberation Organization (PLO) Faruk Qadumi terhadap Presiden Palestin Mahmud Abbas dan pemimpin kumpulan pengkhianat Fatah, Muhammad Dahlan yang dianggap terlibat dalam pembunuhan Presiden Yasser Arafat, adalah sangat penting.

Perkara ini disampaikan oleh Hamami dalam dialog dengan agensi berita Arab “Quds Pers” yang diterbitkan semalam, Ahad (19/7). Beliau berpendapat, ia penting bukan kerana menjelang muktamar keenam gerakan Fatah dan bukan kerana berasal dari tokoh politik yang mempunyai pengaruh,Faruq Qadumi, tetapi kerana perkara tersebut menjelaskan realiti yang masih menjadi keraguan dan tanda tanya di kalangan para pemimpin Fatah dan para pemimpin politik Palestin, atas sebab tidak dijelaskan realiti kematian Presiden Yasser Arafat. Oleh kerana itu, ia dianggap sebagai peristiwa pembeza dalam sejarah Fatah antara masa Arafat dan sesudahnya.



Tawanan HAMAS: Menculik tawanan yang dibebaskan tindakan jenayah dan tidak bermoral.



Isnin , 20/07/2009 – Para tawanan HAMAS dalam penjara Zionis mengutuk tindakan pemburuan dan penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh militia Abbas terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat. Mereka juga turut mengutuk secara khusus tindakan menculik yang dilakukan oleh militia tersebut terhadap tawanan yang dibebaskan sebelum mereka tiba di rumah mereka.

Para tawanan tersebut berkata dalam satu kenyataan yang diseludup keluar dari penjara Zionis pada petang Khamis (16/7) yang diterima oleh Pusat Media Palestin: “Pihak ‘keselamatan’ dan pihak berkuasa di Ramallah dengan pelbagai namanya di Tebing Barat, masih terus melakukan tindakan menculik para mujahidin yang terdiri daripada kader-kader, para anggota dan penyokong gerakan HAMAS, serta golongan pejuang dari kalangan rakyat Palestin. Mereka juga terus diburu, diseksa dan dibunuh.

Para tawanan itu menambah: “Apa yang menyedihkan ialah pihak ‘keselamatan’ itu menunggu tawanan HAMAS yang dibebaskan dari penjara Zionis di sekatan-sekatan jalanraya sebagaimana berlaku baru-baru ini terhadap beberapa orang pejuang. Paling akhir ialah Iyad Habib dari Beit Lehm yang dibebaskan pada 9 Julai setelah menjalani tahanan pentadbiran dalam penjara Zionis selama 2 tahun, sebaik sahaja keluar dari penjara, beliau mendapati militia Abbas sedang menunggunya untuk diculik sebelum sempat beliau sampai ke rumahnya.


(Terkini) 7 Penyokong Hamas ditangkap!


Jumaat , 17/07/2009 -
Pasukan Keselamatan yang setia kepada bekas pemimpin PA dan Fatah, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah menculik tujuh penduduk yang menyokong Hamas di daerah Tulkarem, Nablus dan Jericho termasuk dua bekas tahanan penjara Israel dan seorang anggota majlis perbandaran.

Omama, laman web rasmi Hamas di Tebing Barat, dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata lima penduduk telah diculik di Tulkarem dan seorang bagi Nablus dan Jericho. Sementara itu, pihak berkuasa Abbas telah membebaskan Huda Mara’ba, 61 selepas 50 hari ditahan.

Sumber tempatan di Qalqilia menyatakan Mara’ba diharamkan masuk Qalqilia atau melawat kubur suaminya manakala bapanya dipaksa menandatangani surat jaminan yang menghendaki anak perempuannya tidak memasuki bandar tersebut atau jika tidak mereka berdua akan ditahan.



(Terkini) Al-Qaddumi sekali lagi menegaskan keterlibatan Abbas dan Dahlan dalam pembunuhan Arafat dan para pimpinan HAMAS.



Muhammad Dahlan, Gunting Dalam Lipatan buat Ummat Islam


Jumaat , 17/07/2009 –Sekali lagi Faruq al-Qaddumi, setiausaha agung pergerakan Fatah menegaskan penglibatan Abbas dan Dahlan seorang pemimpin yang khianat dan telah melarikan diri itu dalam konspirasi pembunuhan Presiden Arafat dan para pemimpin pejuang lain. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di Ramallah.

Al-Qaddumi berkata dalam kenyataan akhbar kepada al-Jazeera pada petang Rabu (15/7): “Saya tidak menuduh sesiapa. Tetapi saya hanya membentangkan laporan pertemuan antara Areal Sharon, Abu Mazin dan Dahlan.” Beliau juga percaya dan pasti bahawa laporan itu adalah benar. Beliau berkata: “Saya hanya membentangkan satu dokumen. Jika ia palsu, sila buktikannya. Saya yakin ia adalah dokumen asli dan segala yang terdapat di dalamnya benar.

Beliau juga menambah: “Semenjak tahun 2004 hingga sekarang, telah terbukti melalui perlakuan beberapa anggota pihak berkuasa, maklumat-maklumat ini adalah benar.” Beliau juga menjelaskan beliau telah memaklumkan beberapa orang anggota jawatankuasa pusat pergerakan Fatah dan Majlis Revolusi tentang dokumen tersebut.



(Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.

Jumaat , 10/07/2009 – Salah sebuah kelab malam di Israel membuat kad undangan dan poster yang dihiasi dengan foto wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra. Perkara ini mengundang kecaman hebat dari warga Palestin yang melihatnya sebagai penghinaan terhadap kehormatan kaum muslimin dan Arab.

Zahi Nujaedat, juru cakap Gerakan Islam di Palestin ’48 dalam keterangan akhbarnya Khamis (9/7) mengatakan;”Undangan sebegitu itu tidak lain adalah sindiran kepada umat Islam dan Arab yang lalai agar mereka bangkit dan mengumumkan dirinya sebagai penjaga dan pejuang bagi tempat mi’rajnya Rasulullah ke langit ketujuh.

Nujaedat menambah, “Celakalah orang yang melakukan perbuatan jahat itu. Foto yang disebar tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Zionis dengan semua elemennya, sama ada pemerintah mahupun masyarakatnya, hingga kepada para pemabuk dan penarinya, bertekad kuat untuk merobohkan masjid Al-Aqsa dan menggantinya dengan haikal Sulaiman.”



Hammad : “Kami berjaya menahan rangkaian perisik Fatah di Gaza”.

Khamis , 09/07/2009 – Di dalam satu wawancara dengan TV Al-Aqsa milik Hamas di Gaza, Fathi Hammad yang merupakan Menteri Dalam Negeri bagi Kerjaan Hamas di Gaza yang telah dibubarkan, berkata bahawa pihak keselamatan di kementeriannya telah menahan mereka yang digelar “rangkaian perisik” yang bekerja untuk gerakan Fatah.



Menurut Hammad, semua yang ditahan telah disyaki mengumpul maklumat berkaitan sayap bersenjata Hamas, kelengkapan persenjataan mereka serta menjejaki pergerakan pemimpin Hamas, terumatanya Ismail Haniyya.

Menurut Hammad lagi, perkara-perkara itu telah didedahkan melalui sesi siasatan ke atas rangkaian perisik tersebut bahawa mereka menerima arahan daripada Ramallah dan diberi tugas untuk menyediakan laporan lengkap berkaitan Hamas untuk difailkan kepada pihak berkuasa Palestin, PA di Tebing Barat.

Hamad menambah bahawa laporan tersebut akan dihantar ke Israel dan Amerika.




0 comments: