Thursday, October 27, 2011

Kita & Mereka


KITA dan MEREKA
sama sahaja
kerna kita manusia
mereka manusia

KITA dan MEREKA
ada bezanya
kerna kita mampu
mereka kurang mampu

pakaian kita, pakaian mewah-mewah
berjenama..Alpha lauren, Polo, Roxy, Scholl, Clarks, Giordini, dll
pakaian mereka, pakaian murahan
tiada jenama..hanya bekas orang, hasil sumbangan ikhlas orang

tidur kita, beralaskan tilam empuk
tidur mereka, beralaskan tikar semata

makanan kita, sedap dan mewah belaka
makanan mereka, yang asas pun sukar nak dapat

rumah kita, berdindingkan batu simen, berlantaikan batu marmar granite
rumah mereka, berdindingkan kayu nipah, berlantaikan bumi

hidup kita, serba lengkap serba moden
hidup mereka, serba kekurangan serba konvensional

kita punya laptop, blackberry, ipad, iphone, dslr
mereka?
untuk membeli hp pun perit sekali

kita bergerak sana-sini berbangga dengan kereta mewah,
Merc, BMW, Toyota, Honda, Jaguar
mereka?
hanya mampu dengan 2 kaki paling tidak 2 tayar motor

peluang pendidikan kita, cerah dan mudah
mereka?
sangat susah, dan sukar kerana tidak cukup wang ringgit

kesihatan kita, ada doktor persendirian lagi
mereka?
untuk mendapat khidmat sang doktor terpaksa bergadai

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna nikmat Allah tidak terhitung nilainya
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
 Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (16:18)

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna semuanya adalah rezeki dari Allah

اللّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقَدِرُ وَفَرِحُواْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مَتَاعٌ

 Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).(13:26)

KITA dan MEREKA...




Thursday, October 20, 2011

Kisah Pak Pandir..


Di sebuah desa bernama Hegarmanah tinggallah sepasang suami isteri yang berhijrah dari Tanah Melayu. Hidup mereka boleh dikatakan bahagia walaupun tidak dikurniakan zuriat. Pak pandir, si suami sangatlah pemalas orangnya, setiap hari, setiap waktu, detik dan saat hanya menghabiskan masa dengan terbaring di pelantar rumah merenung nasib, mengelamun, berkhayal duit jatuh dari langit, berangan-angan dapat membuka sebuah ladang betik dan akhirnya tertidur. Berbeza pula dengan mak andir, si isteri yang sangatlah rajin, pagi-pagi membuat kupat tahu untuk dijual, tengah hari sibuk menyiapkan gehu pedas untuk di jual sebelah petang dan malam menjahit tempahan-tempahan celana, dan gamis.

" Bapaknye, pergilah keluar mencari rezeki, membuat amal kebaikan", cadang mak andir di suatu hari.
Setelah memikirkan cadangan mak andir, pak andir lantas masuk ke rumah dan keluar bersama beg berisi kelengkapan bermusafir. Mak andir kaget di muka pintu. " Aku keluar mencari rezeki ", kata pak pandir bernada serius.

Bermulalah pengembaraan pak pandir untuk 'mencari rezeki'.Liku-liku jalan tanah tidak berturap tar, berbatu-batu seperti terapi refleksologi, debu-debu tanah mengalahkan padang pasir di tempuh sehingga sampai di suatu persimpangan jalan. Pak pandir berhenti. Memandang ke bawah, terlihat olehnya satu benda yang sangat menarik, berwarna hitam kecokletan, separa pejal, bentuk yang sedikit berpusar, cantik dan kemas terletak. Terlintas di hati pak pandir, adakah ini 'rezeki'? adakah ini binatang ? adakah ini pokok?..Pak pandir yang memang terkenal dengan sifat dungunya cuba berfikir dalam keraguan..dalam keadaan ragu-ragu tentang benda tadi, dengan selambanya pak pandir memegang objek tersebut...

tahukah teman-teman apakah objek tersebut?? itulah tahi lembu.. =p

Cerita rakyat 'pak pandir' yang masyhur sangat menarik perhatian dari semuda-muda usia sehinggalah setua-tua usia manusia..apa yang ingin disampaikan adalah

(1) manfaatkanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya dengan perkara-perkara kebaikan


jangan asyik duduk melangut macam pak pandir tu, bukan dapat apa-apa hasil pun..
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." (Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Allah pun dah mengingatkan dalam surah Al-Mukminun bahawa sangat beruntung orang yang beriman kalau khusyuk solat, jauh dari perkara lagho, tunaikan zakat, memelihara kemaluan, jaga amanah dan janji kerana Allah dah menjanjikan syurga Firdaus.
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" (23:3)

(2) isu keraguan

memang tidak dapat tidak kita sebagai manusia lari dari keraguan, was-was, (apa lagi sinonim dia) dalam setiap tindak tanduk kita terutama bab-bab makan, halal-haram

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, Aku telah hafal sabda Rasulullah saw.,
"Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu." (h.r. Tirmidzi dan Nasa'i..)

Pak pandir yang dalam keraguan dengan tidak sengaja telah memegang tahi lembu tu..kalaulah pak pandir tahu tentang hadis di atas mesti dah lama dia tinggalkan benda tersebut dan tidaklah dia bermusafir dalam keadaan busuk tahi lembu..

"Sesuatu yang meragukanmu & kamu ragu didalamnya baik perkara dunia mahupun akhirat, maka yang terbaik ialah kamu meninggalkannya hingga tiada kegelisahan dan kebimbangan dalam dirimu pada apa yang kamu kerjakan"


*Kisah ini adalah rekaan semata sekadar perumpamaan untuk peringatan, bukanlah satu topik untuk diperbahaskan secara logik atau tidak logik.




Wednesday, October 5, 2011

LAPORAN I DARE ( I Daie Islamis & Realistis

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kami baru sahaja selesai melaksanakan satu program yang diberi nama I DARE atau I Daie Agamis & Realistis yang disertai oleh ahli IMAN bersama ahli BAIK (Biro Agama Islam KUBI) di Taman Bougenville, Bandung.

312824_10150348582182122_826617121_8035553_912446043_n

 

Program selama 3 hari ini (30 Sept, 1 & 2 Oktober 2011) telah dijalankan yang bertujuan

1) Memberi kesedaran dan pemahaman tentang dakwah dan tarbiyah
2) Membentuk para da'ie yang proaktif dan mempunyai nilai ihsan dalam melaksanakan taklifan yang diberikan
3) Melahirkan para da'ie yang aslabuhum tanzhiman (solid penataan organisasinya) melalui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan masa, cara berkomunikasi, dan sanggup berkorban
4) Mengeratkan ukhwah sesama peserta dan ahli jawatankuasa
5) Melahirkan para da'ie yang 'hebat'

Berikut adalah rentetan program yang telah dilakukan

30 September 2011:

       Bermula jam 5.00 petang kami telah berkumpul di UNPAD perkarangan Dewan Orang Ramai dan telah menjamah makanan petang sambil menunggu ketibaan bas. Disebabkan ada salah faham jadual ketibaan bas, setelah jam 7 malam kami mula bertolak ke lokasi tujuan.

Page4

Akhirnya dalam jam 10 malam kami selamat tiba di taman Bougenville yang udaranya sangat dingin ditambahi sejuknya malam yang agak menggigit kulit. Namun alhamdulillah kami dengan cepatnya meletak beg masing-masing dan bergegas ke khemah program untuk mengisi slot pertama pada malam pertama itu.

       Di slot pertama ini, awal-awal lagi kami diberi tugas menjawab soalan dan teka-teki yang agak mencabar minda. Slot utama pada malam pertama  diteruskan dengan pengisian oleh Ahmad Zulfahmi dan Mohd Mohsein yang cuba menjentik jiwa kami untuk muhasabah kembali kenapa  kami menyertai program ini.

Mungkin objektif program telah ditetapkan, namun subjektif bagi masing-masing kerana setiap orang itu menilai dengan situasi diri sendiri. Yang pasti, kami mencari ibrah dalam program kali ini.

       Setelah jam 11 malam, sesi pengisian tamat dan kami menuju tempat tidur masing-masing yang menempatkan akhwat di dua buah villa, manakala ikhwan di khemah di sebuah padang.

Page5

 

1 Oktober 2011:

        Seawal jam 3 pagi kami berkumpul kembali di dalam khemah program untuk qiyamulail bersama dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah. Tazkirah subuh telah disampaikan oleh salah seorang peserta lelaki mengenai hati.

Setelah bersarapan, slot kedua diteruskan dengan ceramah dari Ustaz Cucu bertajuk Menjadi Daie Yang Proaktif dan mempunyai nilai Ihsan.

Aktiviti LDK pula diteruskan pada sebelah petang. Setiap kumpulan telah diberi soalan-soalan mengenai masalah yang biasa dihadapi dalam berdakwah. Kemudian, setiap kumpulan harus membentangkan dan bersiap untuk menjawab soalan yang diajukan. Tujuan LDK ini adalah untuk mencetuskan idea di saat masalah-masalah ini dihadapi oleh kami.

 

        Seusai solat zohor dan menjamak asar, kami meneruskan sesi pengisian oleh Ahmad Zulfahmi bertajuk Bicara Organisasi. Sepertimana kami berorganisasi IMAN dan BAIK, pengisian oleh speaker amatlah kena dengan kami mengenai tanggungjawab dan pengisian masa antara berorganisasi serta menjadi seorang pelajar perubatan! Namun apa yang penting perlu diingatkan, organisasi itu bukanlah menjadi pembeda tujuan dakwah apatah lagi untuk menjauhkan ukhwah. Tetapi agar tubuh-tubuh ini bangkit dalam satu barisan dan setiap orang mampu memainkan peranan dalam lingkungan masing-masing, insyaAllah.

Page6

Penghujung petang kami telah diisi dengan aktiviti riadah masing-masing.

           Pada sebelah malam pula, setelah solat berjemaah Maghrib dan Isya’ ,speaker Ahmad Fakhrul Radzi memainkan peranan beliau dalam membangkitkan semangat kami untuk menjadi Daie Idaman. Kata-kata “I AM DAIE and I WILL BE THE BEST DAIE” dilaungkan yang sebelumnya peserta diminta mengimbau kembali perjalanan hidup dari kecil sehingga pada malam itu.

Kami diminta mengimbau jatuh bangunnya kami dalam perjalanan menempuh permainan dunia, dan kisah hitam yang lalu bukanlah penyebab yang menghalang kami untuk memilih jalan dakwah ini. Mungkin memori luka itulah yang menjadi penguat untuk bangkit dan menjadi sebaik-baik manusia yaitu bermanfaat kepada orang lain, InsyaAllah.

          Malam terakhir kami di taman ini diisi dengan permainan kotak beracun dan mereka yang mendapat kotak beracun ini harus menjawab soalan yang dipilih. Di atas  batu berhampiran sungai kami mengelilingi unggun api sambil menjamah jagung bakar serta air teh panas. Sesi malam terakhir ini banyak diisi dengan curahan hati peserta serta pesanan-pesanan dari mereka yang lebih berpengalaman  tentang usaha berdakwah.

301669_10150348569002122_826617121_8035419_28218751_n

2 Oktober 2011:

       Amazing Race atau Treasure Haunt  telah dijalankan pada hari terakhir kami disini dan setiap permainan yang disusun serta klu yang diberi mempunyai maksud tersendiri, yang memerlukan peserta berlari sambil berfikir untuk meneruskan permainan.

IMG_7688

 

      Seusai solat berjemaah, pengakhiran kami adalah dengan perasmian penutup dari ketua pengarah program Mohd Asyraf As’ari dan ucapan dari Ahmad Zulhazwan sambil kami dihidangkan makanan tengahari. Setelah semuanya selesai kami mula berangkat pulang dan selamat tiba kembali di Jatinangor pada jam 6 petang.

Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada rahmatNya kerana telah memperlancarkan program ini dan alhamdulillah juga kerana mendapat banyak  masukan dari peserta yang mengakui banyak manfaat yang telah mereka perolehi. Semoga ukhwah terus kuat, dan usaha menyampaikan serta mempraktikkan ajaran Islam terus mekar di bumi Jatinangor khususnya dan kemana saja kami bertebaran di muka bumi Allah amnya. Islam itu untuk semua. Wallahua’lam.

Untuk lebih banyak gambar sila tekan tab gambar di atas atau KLIK DISINI

Monday, September 26, 2011

Pendaftaran PERMAI secara online

PERMAI kini membuka pendaftaran secara online setelah anda mendaftarkan nama anda tempoh hari ke wakil PERMAI di setiap tempat anda. Jika di Bandung, UNPAD,  kepada Mohd Fikri.

Sila daftar online disini:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEo4RUJybXRhOTJELUxxcTNnNUJmZkE6MQ

Berikut senarai nama mereka di BANDUNG yang telah mendaftar:
1. Ahmad Zulhazwan Bin Ahmad Kasim FK UNPAD 2006
2. Nurul Aiman Binti Ismail
3. Izharuddin Bin Azar
4. Ahmad Luqman Ahmad Shuhaili
5. Farah Wahidah Sazali
6. Najiha Jalil
7. Nabilah Binti Mohamed
8. Duha Bt Mohd Yunus
9. Nik Nur Aini Syuhadah BT Nik Rusli
10. Farhana Yem
11. Nur Khairunnisa Binti Juhari
12. Izzah Fasihah Bt Zainal Ariffin
13. Siti Nur Illyyinna Ismail
14. Fatin Zulaikha Kamarudin
15. Nurul Syafiqah Naam
16. Raihanah Che Ghani
17. Akmal
18. Aiza Amierah Abdull Ropaa
19. Inah Ja Abd Jalil
20. Safuraa Binti Said
21. Abdul Qayyum Bin Abdul Rahim
22. Areaf  (veggie)
23. Muhamad Azrinaz Shafie
24. Ahmad Muhibuddin
25. Haikal Ambri Bin Rosle
26. Muhammad Alqadri
27. Nur Shuhada Adnan
28. Mohd Najmir Bin Mohd Maliki
29. Nadia Nasuha Zolkaflee
30. Md. Ashraf
31. Farizan Che Kob
32. Fatin Farhana
33. Nur Amiera Jamal Abd Nasir
34. Nurul Atikah Asyariah Bt Aminan
35. Murni Bt Hamzah
36. Muhd Faez Faisal Bin Sezali
37. Tajul Al Adib B. Ibrahim
38. Qatrunnada Zainol
39. Mahirah Mohd. Yusof
40. Nazurah Bt Md Shah
41. Nor Shafiqah Bt Samsuri
42. Nashithatul Amani
43. Nur Azlin Bt Zainal Abidin
44. Faridah Harun Othman
45. Nur Izzati Mohamad Ali
46. Azrul Reesha
47. Siti Nur Nabilah Bt Mohd Alwi
48. Fatin Ayuni Binti Rozalli
49. Nur Syafika Idayu Binti Gani
50. Nurlina Binti Abdullah
51. Wan Syuhada' Bt Wan Pakhzi
52. Nurul Diyana Bt Nor Azemi
53. Nurul Farhana Bt Ismail
54. Norhaslina Bt Mat Yasim
55. Mumtazah Ahmad
56. Madihah Binti Mohamad Mustafa
57. Amirah Bt Shahrani
58. Syahirah Binti Jani
59. Nadiah Binti Muhammad Ali
60. Nadwa Aqeela Bt Mohd Najib
61. Mohd Amirul Bin Kamal

Untuk proses lebih lanjut proses pendaftaran boleh lihat gambar dibawah atau ke BLOG PERMAI
Jzkk.

Saturday, September 24, 2011

DI ANTARA TIDUR YANG MENDAPAT PAHALA DENGAN TIDUR KOSONG


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
 

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

AIDILFITRI MAAL IMAN 1432H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
320598_3333987987629_1206424169_102078900_1210361255_n

Syukur kepada Ilahi kerana telah mempertemukan kami semua ahli IMAN dalam majlis raya bersama yang telah dijalankan pada 16 September 2011 bersamaan 18 syawal 1432H.
Majlis telah berlangsung di Bale 4, UNPAD yang turut dihadiri oleh IMAN INTERN.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Akmal dengan memohon rahmat serta keampunan dariNya. Majlis diteruskan dengan ucapan Amir IMAN, Asyraf As’ari dan seusai itu barulah acara makan mengambil tempat. dan juadah raya menjadi santapan kami pada malam itu.

Setelah makan, acara pertandingan pula dimulakan.Antaranya, pertandingan kuiz tentang ayat al-quran dan teka gaya mengikut unit masing-masing. Setelah itu, acara yang dinantikan pula dimulakan, yaitu cabutan bertuah.

Seterusnya, Amir IMAN mengambil tempat kembali untuk menyampaikan pin kolar mengikut unit masing-masing, kemudian merasmikan buku 3P( Panduan Pelaksanaan Program), dan akhir sekali menyampaikan hadiah pada unit terbaik yang kali dimenangi oleh Unit Ekonomi (UE).
Tidak lupa Anugerah Tokoh IMAN turut diadakan buat menghargai jasa mereka yang telah banyak menyumbang pada awal penubuhan IMAN suatu ketika dulu. Anugerah Tokoh IMAN diberi kepada Mohd Mohsein b. Kamarulzaman, Mohad Fathy B. Ismail, Natasha Bt Abdul Hadi dan Nurul Aimi Bt Mustaffa
Acara kemuncak pula diteruskan yaitu dengan sesi fotografi yang juga mengikut unit masing-masing serta bersama semua ahli IMAN yang hadir.


312559_3333987347613_1206424169_102078897_871641788_n
Alhamdulillah sekali lagi, majlis berjalan dengan lancar. Namun, majlis bersama julung-julung kalinya ini diadakan bukan sekadar untuk suka-suka. Harapan kami ialah untuk membina ukhwah keranaNya yang pasti.
Semoga dengan terjalinnya ukhwah yang kukuh, terbina satu bangunan tubuh yang kuat untuk berusaha di jalanNya. InsyaAllah.

Dengan memohon rahmat dan keampunan dari Allah Yang Maha Penyayang, kami berharap ukhwah kami terus bersemi dan menjadi istiqomah dalam setiap perjuangan kami mencapai Visi dan Misi IMAN, InsyaAllah.

Untuk melihat gambar program kali ini sila tekan DISINI

Tuesday, September 13, 2011

Surat Cinta Itu...

Si gadis remaja itu kelihatan sungguh gembira. Senyumannya melebar hingga ke telinga. Hatinya berbunga-bunga. Bahagia menyapa dirinya. Apa tidaknya, dia baru mengecapi kebahagiaan yang diidamkan; cintanya akhirnya dibalas! Berkali-kali surat cinta yang baru diterimanya itu dikucup-kucup. Surat itu dikirimkan oleh seorang jejaka yang sudah lama diminatinya. Berkali-kali juga dia membaca isi surat itu yang pasti tercatat kata-kata yang penuh puitis dan romantis. Kata-kata yang berbekas di hatinya. Bau harum kertas hijau yang didadanya terhias sekuntum bunga ros merah itu menusuk ke sukmanya.

Sebelah malamnya, kelihatan si gadis tekun di meja tulis. Dia membalas kembali surat cinta itu untuk deberikan kepada jejakanya dengan kata-kata romantis, luahan cinta dan rasa serta janji manis. Sebelum tidur sekali lagi gadis itu menbaca isi surat yang diterimanya siang tadi. Usai itu, dia melipat kembali surat itu lalu memasukkan kembali ke dalam sampul merah jambu dan meletakkannya di bawah bantal. Malam ini tidurnya pasti diwarnai mimpi yang indah-indah. Dan esok pagi-pagi lagi dia akan ke pekan untuk mengirimkan surat kepada jejaka idaman. Ah, besarnya impak surat cinta itu kepada diri gadis itu. Siapa tidak bahagia mendapat surat cinta sebegitu?

Kini, jauh lebih mudah. Dengan satu klik, terus saja surat cinta melalui emel boleh dihantar. Dengan hanya satu klik, semuanya terluah.

Sebenarnya bukan soal kisah cinta mereka yang palsu itu yang ingin penulis kongsikan. Tetapi ada perkara yang lebih besar lagi. InsyaAllah kita akan berbicara perkara yang membangkitkan iman dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Berbicara tentang surat cinta untuk kita semua. Surat cinta dari Allah. Apa ya? Sama ada kita sedar atau tidak, atau kita buat-buat tidak sedar, Allah telah mengurniakan kita surat cinta yang paling besar nilainya di sisi kita, iaitu Al-Quran. Benarkah begitu?

Al-Quran adalah kalamullah, yang merupakan mukjizat yang diturunkan dari Allah ke hati Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia merupakan wahyu dan itu memberi jaminan bahawa Al-Quran itu sempurna dan bebas daripada sebarang kekurangan sebagaimana yang ada pada kitab selainnya. Setiap yang tertulis di dalamnya adalah kebenaran yang mutlak. Apa yang penting, keasliannya akan terjaga sampai bila-bila, tidak mampu digugat oleh musuh-musuh Islam yang mahu merosakkannya. Ia menjadi rujukan untuk segenap urusan kehidupan dunia mahupun kehidupan selepas ini. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, semua termaktub di dalam Al-Quran.

Al- Quran adalah segala-galanya bagi kita. Al-Quran merupakan sumber cahaya yang menjadi penyuluh jalan kepada hati manusia dikala dirinya terkapai-kapai mencari arah dalam kegelapan. Sebagaimana firman Allah SAW yang bermaksud.

Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan dengan (kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." [QS Al-Maidah, 5:15-16]
Apa kaitannya dengan situasi ini? Mudah saja, cuba kita muhasabah diri dengan evaluasi diri kita, sejauh manakah penghayatan kita terhadap isi dan makna surat cinta yang telah Allah berikan kepada kita. Adakah hati kita berbunga-bunga dan rasa bahagia apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan keindahan Syurga dan adakah hati kita tersentuh betapa dahsyatnya balasan api neraka yang memamah dan menghancurkan isinya?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebutkan nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat bertambah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal." [QS Al-Anfal, 8:2]