Rabu, 27 /10/2010 - Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) memberikan notis pelupusan kepada pemilik tujuh buah rumah timur Bethlehem, selatan Tebing Barat. Berita yang dipetik dari sumber tempatan itu turut menambah bahawa unit IOF menyerbu wilayah pada hari Isnin dan memerintahkan tuan tanah untuk segera merobohkan rumah-rumah mereka.
Pada malam minggu itu juga tentera zionis IOF turut menangkap dua kanak-kanak-kanak Palestin di pintu masuk ke kampung Beit Ummar, utara Al-Khalil.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : syuhada
Surah Faathir, 35:29 = Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.
well,promotion has been made before this,this is just some additional info and covers of the planner.
we made this planner simple,informative and comes in handy in order to make it more user friendly.
we include the list of contact person such as student council,Bale Padjadjaran,and so on..
since most of us studying in english,so,we made this planner in english. :D
we include also the reference for each faculty,which are the general human anatomy, common abbreviation used in prescription and the anatomy of teeth .
there's also Quran verses that state science exist in our life and the statement from the researcher that proves it was right.amazing right? there are lotssssaa Quran verses that state the science theories,but some of them is still controversial among the scientist.
subhanallah,"sesungguhnya ilmu manusia itu terbatas"
among scientist that has been mentioned here is the Prof Keith Moore. Who is he? He is the author of our The Developing Human,Clinically Oriented Embryology.
as a science stream student,it feels great to read more about this right?
The cover,we made6 colors for the buyers to choose. We are consumers too,so,we do understand that all of us have different taste when it comes to favorite colors. :D
we do also insert "waktu solat" for whole year for 2011.so we can refer the table anytime.
"public holiday in Indonesia & Malaysia" are added also.
"mutabaah ibadah" also been inserted for every month to help us evaluate ourselves.
this planner also has the notes column,so instead of planning on the date here and there,we can also write extra notes in this column.
ok,lets check this out~!!
picture speaks thousand words
these are the covers,we have 6 different colors
Peaceful Green
Brave Red
Sunshine Yellow
Cute Pink
Sky Blue
Cool Dark
if you are interested, please contact your batch representative. orders and payment can be made before 8th november 2010.(except for TWP 3rd year student,since they are having exam)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana kita nak tahu makanan yang kita masak tu sedap?
Bagaimana kita nak tahu telinga kita tak pekak?
Bagaimana kita nak tahu makcik sebelah rumah kita sakit?
Kita buat UJIAN, test.
Makanan tu sedap bila kita test dengan lidah kita sendiri, atau suruh orang lain rasa.
Telinga kita tak pekak kalau orang tak menjerit kat telinga kita bila dia bercakap kat kita.
Makcik sebelah rumah tu sakit sebab kita dak tak nampak dia buang sampah kat luar, tak bau masakan dia yang sedap, tak bawak keluar anak dia jalan-jalan petang-petang.
Tu serba ringkas bagaimana kita nak PASTIkan keadaan sekeliling kita. Banyak cara wat ujian ni, boleh rasa, alami, perhati, banyak lagi.
Jadi kita sebagai mahasiswa, bagaimana nak tahu kita ni mencapai tahap yang kompeten dalam pembelajaran kita? Makanya ada ujian..
MDE, SOOCA, OSCE..
Siapa cemerlang dapat A, kurang cemerlang fail..
Ada reward, ada punishment.
Yang A naik la GPAnye, yang kurang A kurang la GPAnye..
Stop.
------------------------------------------------------------------------------------
Itu dari segi hidup kita, sebagai mahasiswa.
Pada masa yang sama, kita adalah mahasiswa Muslim.
Jadi bagaimana ujian kita, sebagai seorang Muslim pula?
1. Ujian kekayaan dan kemiskinan.
Surah Al-Fajr, 89:15-16
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
Hakikatnya, kekayaan dan kemiskinan merupakan salah satu bentuk ujian Allah.
2. Ujian kepintaran, kepandaian.
Surah Az-Zumar, 39:49
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.
3. Ujian kepayahan.
Surah Shaad,38:41
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".
4. Ujian keimanan.
Surah At-Taubah,9:16
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Terdapat banyak lagi ujian2 dalam hidup seorang Muslim. Namun yang terbesar adalah ujian keimanan. Adakah kita akan cemerlang atau fail dalam ujian2 tersebut?
Untuk itu, Allah telah memandu kita, memberikan solusi kepada kita, bahawa tetaplah kita dalam jalanNya,
Surah Al-Anfal,8:24 Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.
Maka selepas ujian-ujian yang diberikanNya, ada reward mahupun punishment yang menanti.
Kedua-duanya berunsur motivasi. Mengajak manusia menyedari hakikat diri.
Surah Ar-Ra'ad,13:18
Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.
Syurga atau Neraka?
Satu destinasi yang pasti.
Pilih salah satu.
Itulah ujian kita.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wallahua3lam. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua. Sebarkan kebaikan. Mohon maaf atas sebarang kekurangan, minta teguran buat kemajuan di masa depan.
Jumaat ,22/10/2010 - Perisikan Israel memperbaharui tempoh penahanan, tanpa perbicaraan atau ikat jamin, untuk ketujuh kalinya terhadap Bakar Said Bilal. Pembaharuan itu diumumkan satu jam sebelum pembebasannya yang telah dijadualkan sebelum ini.
Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat kajian tahanan dan hak-hak asasi manusia Ahrar, mengatakan bahawa Bilal ditahan di kawasan pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel). Dia penjara sejak 15/4/2008 hanya atas tuduhan boleh membahayakan serta mempunya fail keselamatan rahsia.
Dia masih teringat bahawa Bilal ditahan di Petah Tikwa. Berikutan penangkapan itu, dia diarah untuk tinggal di sana selama 40 hari di mana ia menjadi sasaran soal siasat yang kejam, tetapi ternyata tiada apa-apa bukti yang menunjukkan dia bersalah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : syuhada
Jumaat ,22/10/2010 - Pengarah penyediaan perisikan di bandar al-Khalil, Mahmoud Hamdan berbangga mengakui bahawa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat menggunakan penderaan kepada Tahanan Palestin, sambil menerangkan bahawa penderaan ialah satu polisi yang tidak boleh dielakkan.
Sumber memberitahu Pusat Info Palestin (PIC), bahawa Hamdan yakin banyak negara selalu menggunakan penderaan, walaupun mereka menandatangani persetujuan untuk menentang penderaan.
“Penderaan yang kami gunakan ke atas tahanan menepati undang-undang dan tidak boleh disangkal,” kata Hamdan yang direkod oleh sumber PIC.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : redz
Jumaat ,22/10/2010 - Sekumpulan penduduk daripada penempatan haram Bracha menyerang petani pada pagi Rabu di desa Burin, mencederakan seorang petani Palestin dan menghancurkan sejumlah pohon zaitun. Polis menangkap salah seorang petani setelah bertengkar dengan penduduk.
Warga Palestin melaporkan bahawa puluhan penduduk haram Israel menyerbu kebun zaitun di sekitar Burin dan menyerang petani Muneer Qadous dengan alat yang tajam dan merampas sejumlah besar zaitun di miliknya. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus untuk rawatan.
Penduduk mengatakan tentera Israel hanya melihat dari dekat insiden tersebut dan menangkap salah satu kerabat Qadous ketika ia berusaha untuk berdepan denga para penduduk haram itu. Namun pihak berkuasa tidak berusaha untuk menghentikan para penduduk haram, yang menceroboh di daerah hari demi hari, kata mereka.
Khalid Qadous, salah satu penduduk tempatan, mengatakan kepada wartawan PIC bahawa penduduk membakar sejak Khamis lalu 2,500 pokok zaitun di desa Burin, beberapa pohon berumur beratus-ratus tahun.
“Tentera Israel sengaja diam dan melambatkan respon dalam semua kes memadamkan api dengan bomba Palestin sehingga api akan mempengaruhi jumlah terbesar dari pohon zaitun,” dia menjelaskan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : ameen
Aha~ u all semua mesti nak planner kan? Maklumlah sekarang semua nak all in one. Takdela banyak2 diari, kalendar, buku nota blues clues, list hutang, biodata kawan2 macam sekolah rendah dulu.
Jadi~ dengan limpah kurnia dan rahmatNya, alhamdulillah Unit Penerbitan dan Multimedia (UPM nama manja dia), dengan rasa rendah diri telah menerbitan satu planner bagi memenuhi kebutuhan2 mahasiswa masa kini.
So lepas ni u all x perlu la nak gendong bermacam2 lecture notes, bilik bersepah bertampal2 'what to do', berlambak kertas mutabaah yang tak diupdate dan lain2. InsyaAllah planner tu dah cukup jika u all memaksimumkan penggunaan dia.
Soalnya harga bukan masalah. Rp 35000 senaskhah. Banyak pilihan cover, pilih je mane berkenan. Sume kawaii...
Ok, last but not least, tengok video promo ni, menggambarkan realiti tentang betapa pentingnya kita perlu ada planner~ huhu. Enjoy!
Hari-hari kita berjalan kaki. Ke kafeteria, ke bilik kuliah, ke perhentian bas, ke pejabat, ke pasar malam, ke masjid dan pelbagai lagi. Berjalan kaki merupakan perkara yang amat lazim sehingga saya yakin sedikit di antara kita yang pernah terfikir, wujudkah apa-apa tunjuk ajar dan bimbingan Islam tentang hukum dan adab berjalan? Tentu saja ada. Maka peluang ini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian hukum dan adab berjalan yang digariskan oleh Islam.
Pertama: Menjauhi Sikap Sombong
Apabila berjalan, jauhi sikap sombong. Sikap buruk ini boleh timbul kerana beberapa sebab, seperti merasakan diri sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini, perasan diri sendiri paling cantik lagi ramping dan pelbagai lagi. Sikap sombong ini diterjemahkan kepada gaya berjalan yang tertentu, atau mungkin saja gaya yang biasa tetapi hati yang angkuh, muka yang memandang ke atas, mata yang menjeling ke kiri-kanan dan sebagainya.
Sikap seperti ini hukumnya dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". [Surah Luqman, ayat 18].
Dalam ayat yang lain Allah mengingatkan: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." [Surah al-Isra', ayat 37]. Jika kita menyalahi perintah ini, yakni tetap berjalan dengan berlagak sombong, Allah meneruskan:"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu."[Surah al-Isra', ayat 38].
Sementara itu Rasulullah SAW pula mengingatkan: "Ketika seorang lelaki berjalan dengan memakai pakaian yang membuat dirinya ujub, rambutnya disikat rapi, tiba-tiba dia ditelan oleh bumi dan meronta hingga Hari Kiamat" [Sahih al-Bukhari, no: 5789]. Oleh itu berjalanlah dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri. Ini adalah sikap yang mulia kerana: "...tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya." [Shahih Muslim, no: 2588]
M
Kedua: Berjalan Dengan Bertenaga.
Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda berjalan dengan langkah yang sedikit laju, seolah-olaj sedang turun bukit padahal permukaan adalah mendatar. Cara berjalan seperti ini memberi gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan. 'Ali bin Abi Thalib menerangkan: "Apabila baginda (Rasulullah) berjalan, maka baginda condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang lebih rendah. Aku tidak pernah melihat ada orang yang seperti baginda baik sebelum mahupun sesudah ini." [Shahih Sunan al-Tarmizi, no: 3637]
Abu Ihsan al-Atsari menjelaskan: "Nabi SAW apabila berjalan, baginda berjalan dengan tegar. Maksudnya baginda mengangkat kedua-dua kakinya di atas tanah kerana tegarnya baginda berjalan, seakan-akan baginda bertumpu pada pangkal telapak kakinya. ...Gaya jalan seperti ini sesuai dengan roh islam kerana padanya nampak kekuatan seorang muslim di hadapan manusia (lain). Seorang mukmin yang lebih kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah" [Panduan Amal Sehari Semalam, ms. 292]
Ada sebahagian kita yang apabila berjalan, mengheret selipat, sandal atau kasutnya di atas permukaan sehingga mengeluarkan bunyi. Seolah-olah terdapat beban beberpa kilogram di atas kedua-dua kaki sehingga tidak mampu di angkat ketika membuka langkah berjalan. Cara berjalan seperti ini menggambarkan orang yang malas, tidak bersemangat, tidak bermotivasi lagi lemah. Tentu saja ia bukan merupakan cara berjalan kita muslimin dan muslimat.
M
Ketiga: Sesekali Tidak Beralas Kaki.
Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki. Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar. Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki. Fudhalah bin Ubaid menerangkan: "Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala."[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]
M
Keempat: Muslimat Berjalan Di Tepi
Di antara adab Islam ialah wanita - yakni para muslimat - berjalan di tepi lorong. Adab yang sopan lagi mulia ini mampu mengelakkan daripada berlaku pelanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dari kaum lelaki yang lazimnya berjalan di tengan lorong. Rasulullah SAW berpesan: "Bahagian tengah lorong bukan untuk kaum wanita". [Shahih al-Jami' al-Shagheir, no: 5425]
Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.
So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.
“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.
Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini: “Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”
Kontroversi bukan? “Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”
Hmm…. Tak patut cakap begitu. “Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting. “Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?
“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.
Beringatlah!
Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, kena rogol then dibunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.
Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dsb. Nak watpe? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?
Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?
So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.
Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!
Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar tak sepatutnya, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?
Jumaat, 15/10/2010 – Turki mengumumkan akan memboikot persidangan Kesatuan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) minggu depan di mana kementerian pelancongan Israel bersiap sedia untuk menganjurkannya di Baitulmuqaddis sebagai protes kerana mengadakannya di kota suci itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Turki, Ertugul Günay mengatakan kepada media pada Selasa lalu bahawa Turki, yang merupakan anggota OECD tidak akan mengambil bahagian atau menghantar wakil untuk persidangan pelancongan dwi-tahunan itu yang akan diadakan di Baitulmuqaddis 20 Oktober ini kerana penganjuran di Baitulmuqaddis mempunyai konotasi politik yang tidak sesuai untuk subjek persidangan seperti pelancongan.
“Kenyataan kekesalan mengenainya telah dibuat sebelum bermulanya persidangan itu. Kami ingin pelancongan mengambil tempat, bukannya politik, “kata Günay.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : hijjaz
Jumaat, 15/10/2010 – Ahli kanan PLO, Yasser Abed Rabbo telah mencetuskan kemarahan di kalangan warga Palestin disebabkan kenyataan bagi pihak berkuasa Ramallah dan Fattah yang menyatakan bahawa mereka sudi memperakui Israel sebagai negara Yahudi sebagai balasan kepada negara Palestin di sempadan pada tahun 1967.
Timbalan Jurucakap Utama bagi Jawatankuasa Perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar mengatakan Abed Rabbo sewajarnya didakwa di mahkamah Palestin kerana membelot terhadap hak rakyat, darah para syuhadak dan prinsip kebangsaan Palestin.
Menurut kata-kata Bahar dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu, Abed Rabbo telah melanggar prinsip-prinsip perjanjian kebangsaan Palestin dan telah memecah-belahkan rakyat Palestin. Beliau menambah, kenyataan yang dikeluarkan Yasser itu boleh membawa ancaman kepada rundingan damai Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : idawati
Jumaat, 15/10/2010 – Jurcakap LifeLine for Gaza 5, Zehar Al-Beirawi mengumumkan bahawa Kerajaan Mesir memberi kebenaran pada hari Rabu (13 Oktober) lalu untuk konvoi memasuki Gaza.
Dalam temubual khas dengan Pusat Informasi Palestin Beirawi memaklumkan bahawa konvoi akan bergerak menuju ke Gaza pada hari Jumaat dalam perjalanan yang bermula dari Pelabuhan Latakiya Syria, kemudian ke Pelabuhan Arisy Mesir dan terakhir masuk ke Jalur Gaza melalui Gerbang Rafah.
Beliau menambah bahawa Kerajaan Mesir menghalang 10 ahli konvoi untuk meneruskan perjalanan ke Gaza seperti dalam maklumat yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Sawalhah kepada Pusat Informasi Palestin yang lalu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar penterjemah : Azleen
Rabu ,13/10/2010 -Konvoi Talian Hayat 5 yang diketuai oleh bekas anggota parlimen UK, George Galloway sedang bersiap-sedia untuk keluar dari Pelabuhan Latakia, Syria menuju ke Pelabuhan Al-Arish di Mesir.
Penyelia konvoi tersebut menjangkakan lewat petang ini pihak berkuasa Mesir akan memutuskan samada mereka akan membenarkan konvoi tersebut berlabuh di Pelabuhan Al-Arish sebelum kemudiannya membelah perairan Genting Gaza demi menghantar bantuan kemanusian.
Sebelum ini Mesir telah pun mengharamkan konvoi tersebut disebabkan isu penghantaran pulang yang dikenakan ke atas George Galloway tidak lama dahulu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menekan kerajaan Mesir agar membenarkan konvoi kapal itu berlabuh sebentar di negaranya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : salwa
Di sebuah rumah di pinggir kota,
Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan.
Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka.
Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.
Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.
"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"
Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.
Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.
"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."
Ayahnya menambah,
"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap tu"
Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.
Ibu dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu dan ayah tersenyum seperti mereka ada merahsiakan jawapan sebenar.
"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? kita tak tanam padi kan?
Ibu dan ayahnya terkejut, kenapa hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?
Ibunya menjawab,
"Ya, Fikrah, kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah kita tak muat untuk menanam padi. Jadi ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"
Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.
"Ya.. kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.
Sedangkan Fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.
Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.
"Dari kilang, beras itu dibungkus dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah kita membeli beras, dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, dan ibu fikrah memasaknya untuk kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan tu"
Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.
Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar
"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.
"Dari mana datangnya tanah"?
Ayah dan ibu Fikrah terdiam dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"
"Fikrah tahu semua yang ibu dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
kenapa ibu dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"
Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.
Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.
Ibu Fikrah berkata,
"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari Allah S.W.T"
Makanan yang kita makan itu dari Allah S.W.T. Rasa sedap makanan itu juga dari Allah S.W.T. Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.
Ayah Fikrah menitiskan air mata menyambung kata-kata ibu fikrah.
"Benar Fikrah, segala-galanya dari Allah S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini kita sekeluarga terhindar dari api neraka."
Mereka bertiga menadah tangan semula dan berdoa kepadaNya.
Tangisan keinsafan dan air mata yang keluar dari mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.
Segalanya dari Al-Khaliq.
Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006). + www.facebook.com/agmnhob
Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang lalu, Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan (IHRAM) khusus untuk mahasiswa- mahasiswa muslim di UNPAD. Program ini diadakan untuk meraikan ketibaan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti menarik selain menjadi medan untuk mahasiswa mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang IHRAM berlangsung adalah:
Iftar jam'ie dan solat Terawikh berjemaah:
yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2010 di Plaza FK UNPAD bermula pada 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Antara tentatif progam ini adalah berpuka puasa bersama-sama peserta,solat maghrib berjemaah, tazkirah bertajuk taubat, solat isyak dan terawikh berjemaah dan diakhiri dengan tayangan slide.
MABIT (malam bina iman dan taqwa):
mabit telah diadakan di Masjid Ibnu Sina UNPAD pada 21 Ogos 2010. Program yang bermula jam 3.30 pagi itu diisi dengan qiyamullail, tilawah al-quran, sahur bersama, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang telah berakhir pada jam 7.00 pagi.
Malam penutup IHRAM:
Bagi malam penutup IHRAM, acara telah diadakan di Bale 4 pada bulan September yang bermula pada jam 4.30 petang. Pada malam penutup ini, telah berlangsungnya majlis khatam al-Quran, tayangan, berbuka puasa bersama,solat maghrib berjemaah, tazkirah, dan solat isyak serta terawikh berjemaah. Majlis telah berakhir pada jam 8.30 malam.
Terawikh,Tadarus, dan Tazkirah (3T)
Sempena program ini juga 3T telah dijalankan pada sepanjang bulan Ramadhan, di setiap kosan atau tempat tinggal Mahasiswa Malaysia bermula jam 7.00 hingga 8.00 setiap malam.
Cry No More (CNM):
Program lain yang tidak kurang menariknya juga adalah Cry No More iaitu program memasak dan memberi makanan kepada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan. CNM telah dijalankan pada tanggal 31 Ogos 2010 bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang.
Jumaat, 01/10/2010 – Mahasiswa yang juga salah seorang pemimpin Hamas, Raafat Nasif, yang ditahan di penjara menyeru agar keutamaan dapat diberikan kepada masaalah penculikan, penderitaan para tahanan dan kebajikan keluarga mereka di penjara PA Fattah. Nasif juga memohon agar kepimpinan Hamas tidak mendiamkan diri dan tidak bertoleransi terhadap penindasan yang berlaku kepada gerakan, para pemimpin dan para wakil rakyat Palestin oleh PA Fattah.
Nasif juga berharap agar Hamas tidak meninggalkan isu ini kerana “bersangka baik terhadap situasi yang sebenarnya buruk seperti yang disaksikan beliau sendiri iaitu bermacam-macam jenis penindasan dan penderaan yang berlaku di penjara Fattah di Ramallah”. Beliau berkata lagi bahawa masaalah para tahanan ini adalah amat jelas sehingga “seperti tidak masuk akal untuk mengadakan sebarang dialog sedangkan situasi sedang dimonopoli oleh Fattah dan sekutunya di Tebing Barat”.
Mesej Nasif ini disampaikan dalam suratnya yang berjaya diseludup keluar dari penjara Aufer milik Zionis di Ramallah dan salinannya diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Rabu lepas (29 Spetember).
sumber : http://www.palestine-info.info/ar penterjemah : Azleen
Jumaat, 01/10/2010 – Para peserta Talian Hayat 5 ke Gaza berharap agar pihak berkuasa Mesir akan membenarkan konvoi kapal bantuan mereka melepasi sempadan Mesir untuk ke Gaza.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan konvoi yang diketuai oleh bekas ahli parlimen Britain, George Galloway memasuki Mesir selepas ahli parlimen itu dihantar pulang dari Mesir pada 2009. Walaubagaimanapun, para aktivis yang menyertai konvoi tersebut bertekad untuk memasuki wilayah Mesir bersama-sama dengan kapten mereka yang berbangsa Britain itu.
Konvoi Talian Hayat 5 berlabuh di Turki pada Selasa baru-baru ini selepas mendapat arahan daripada kerajaan Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : salwa
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka. Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.” “Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya. catatan : + adik perempuan itu bernama Palestin. + adik lelaki itu bernama Iraq. + abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya + adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur. + adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam + bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah + mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC +pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.
IMAN (Islamic Malaysian Association) adalah biro agama islam di bawah PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) yang berpusat di Bandung.
Tujuan kami bukanlah ia sekadar satu biro agama sekadar kewajipan setelah dilantik, namun cita-cita kami agar tersebarnya kalimah agung Allah dan izzah Islam di muka bumi Bandung ini khasnya serta keseluruh muka bumi ini amnya. Semuanya dengan biiznillah...
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untukmu dalam agama suatu kesempitan...." (Al-Hajj : 78)