Tuesday, August 2, 2011

Ihya` Ramadhan - IHRAM


Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan buat semua.

       Alhamdulillah,syukur di panjatkan kepada Allah s.w.t di atas keizinanNya untuk kita menjalankan program pembukaan IHRAM (Ihya` Ramadhan ),semalam tanggal 1 ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan di Masjid As-Syifaa A6 FK.Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh MC : Faiz Twp09 dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Azrul Twp09.



penyampaian tazkirah = persiapan bulan Ramadhan


    Majlis diteruskan dengan perkongsian tazkirah oleh saudara Luqman yang berkisarkan tentang persediaan kita dalam menyambut Ramadhan.Serba-sedikit mengenai tazkirah beliau adalah persoalan mengenai target atau tahap pencapaian yang ingin kita peroleh di sepanjang bulan Ramadhan.Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan amal di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya , turunnya rahmat Allah buat hambaNya yang beriman.Beliau juga menyatakan tentang tingkatan orang yang berpuasa di mana tingkat 1 merupakan orang yang sia-sia puasanya kerana hanya menahan lapar dan dahaga,manakala tingkatan yang kedua adalah mengawal anggota badan dari perkara-perkara maksiat dan tingkatan yang terbaik yakni yang ketiga adalah puasa para nabi di mana puasanya mampu mendekatkan diri kepada Allah.

      Seterusnya , program diteruskan dengan buka puasa bareng (bersama ) dan solat jemaah Maghrib , Isya dan solat sunat tarawih secara berjemaah.Para pelajar juga disajikan dengan tayangan video mengenai khutbah Nabi Muhammad mengenai Ramadhan.Program ihram akan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan dengan solat sunat tarawih dan tadarus Quran mengikut kosan masing-masing ,Qiam pada 6 Ogos , dan penutup pada 25 Ogos 2011,insyaAllah.

  















Semoga program IHRAM tahun ini dapat berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t serta dapat memberi manfaat buat semua.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan akhir kata , selamat beramal..=)

0 comments: