Saturday, July 30, 2011

Orang-orang yang uzur berpuasa

Pertama:
Uzur yg mewajibkan pemiliknya berbuka dan haram berpuasa. Jika ia berpuasa, puasanya tidak sah dan tetap harus mengqadhanya. Ini ditetapkan berdasarkan ijmak. Inilah uzur yg berkaitan dengan perempuan, iaitu haid dan nifas

Kedua:
Uzur yang membolehkan pemiliknya untuk berbuka, bahkan dalam keadaan tertentu mewajibkan, akan tetapi ia wajib mengqhada. Ini adalah uzur sakit dan safar(dalam perjalanan), sebagaimana yg difirmankan oleh ALLAH:

وَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Bila ada di antara kalian orang yg sakit atau dalam perjalanan(lalu ia berbuka), maka wajiblah baginya berpuasa sebanyak hari yang ditingalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan tidak menghendaki kesulitan bagi kalian (Al-Baqarah:185)

Ketiga:
Uzur yg membolehkan pemiliknya untuk berbuka, bahkan suatu ketika mewajibkannya, dan tidak perlu mengqadha namun memberi fidyah(menurut jumhur). Itulah uzurnya orang tua sarat dan setaraf dengannya, contohnya pengidap penyakit yg tidak ada lagi harapan sembuh

Keempat:
Uzur yg masih diperselisihkan oleh ulama tentang jenisnya; apakah ia sejenis dgn uzur sakit, orang tua, atau memiliki hukumnya sendiri? Ini adalah uzurnya orang hamil dan menyusui.

Kelima:
Uzurnya orang yg berat untuk melakukan puasa kerana jenis pekerjaannya. Contohnya pekerja buruh kasar.

Rujukan:
Fiqh Ash-Shiam, Prof. DrYusuf Al-Qardawi, cetakan 2010, bab orang2 yg uzur berpuasa m/s 65-66

0 comments: