Tuesday, May 3, 2011

Al-Arabi berikrar tamatkan kepungan Gaza dalam masa 10 hari

Selasa, 03/05/2011 - Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

kredit: http://palestinkini.info/

0 comments: