Thursday, February 17, 2011

Laporan Maulidul Rasul 1432H

Page8

Assalamualaikum wbt….

   Segala Puji dan Syukur kepada Ilahi yang telah mempermudahkan dan melancarkan satu lagi program IMAN sempena Maulidul Rasul pada hari selasa 15 Feb 2011 bersamaan 12 Rabiual Awal 1432H.

   Program telah berlangsung di FK UNPAD, A4.1 yang bermula pada seawal jam 8 pagi sehingga sebelum waktu Zohor. Pengisian oleh ustaz Suherman diiringi oleh acara lain seperti tayangan slide, tayangan video, jualan buku yang semuanya berkisar tentang kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Tidak lupa juga penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Quote terbaik di Facebook yang bertajuk “Rasulullah, we admire you. Apa yang anda ingin sampaikan jika Rasulullah bersama anda ketika ini?”

 

Page9    Ceramah Ustaz Suherman yang tidak lekang dari lawak jenaka namun penuh sinis itu, telah menyedarkan kami mencintai dan mengenali Nabi bongsu Allah ini bukan sekadar pada tanggal 12 Rabiual Awal semata-mata. Ini bukan satu sambutan sahaja!

   Perkongsian yang lebih sistemetik disampaikan oleh Ustaz dalam mengenal Rasul, sifat-sifat Rasul,kekhususan risalah nabi, kenapa harus mengenal Nabi Muhammad SAW sehinggalah bagaimana ingin mencintai Rasulullah SAW.

 

Risalah selembar kertas yang sarat berkaitan Rasulullah SAW turut diedarkan kepada tetamu yang hadir. Mungkin hanya selembar kertas, namun kesedaran yang ingin disampaikan amat mendalam.

   Akhir sekali, tidak kira yang hadir atau tidak hadir, selagi kita bergelar muslim, islam, wajib kita beriman dengan Rasulullah SAW. Beriman tidak sekadar percaya tapi beramal dengan Al-Quran serta sunnah baginda, dan akhir sekali menjadi tugas kita juga untuk menyebarkannya! ~wallahuaklam.

Wassalamualaikum wbt.

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sepanjang program berlangsung sila klik disini

0 comments: