Saturday, November 13, 2010

LAPORAN AIDILFITRI MAAL IMAN

   Page1          Pada 16 Oktober 2010 program Aidilfitri Maal Iman 1431H telah diadakan di Bale 4,Universitas Padjadjaran. Program ini bermula pada jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam. Program ini diadakan sempena menyambut bulan syawal, yaitu Hari Raya Aidilfitri bersama semua ahli Iman di samping juga bertujuan untuk menguatkan lagi ukhwah sesama ahli Iman kerana dengan program seperti ini ahli Iman boleh saling lebih mengenali dan berkerjasama dalam menjayakan majlis. Majlis bermula dengan solat fardhu Isya’ berjemaah, dan diiringi dengan bacaan doa demi mendapat keberkatan dariNya. Kemudian, slide dan tayangan video sempena Hari Raya ditayangkan. Sejurus selepas itu aktiviti utama yaitu menjamu selera bermula. Usainya makan-makan satu pertandingan telah dimainkan yaitu pertandingan mengenal tajuk cerita dan juga tajuk lagu. Cabutan bertuah mengikut nombor telefon juga turut diadakan di samping menyampaikan hamper kepada unit terbaik. Akhir sekali adalah sesi fotografi mengikut unit dan keluarga besar Iman. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar sekali dan sekalung penghargaan buat semua AJK Aidilfitri Maal Iman yang telah berjaya mengatur segala program yang telah diadakan. Inilah tanda ukhwah fillah abadan abadaa kami.

untuk melihat lebih banyak gambar boleh dilihat dengan menekan tab galeri Iman di atas atau klik disini.

0 comments: